I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 23 Januari 2011

hidup bermakna...

'Hidup bermakna" kata2 yang sungguh simple, tapi padat maknanya.  Aku cukup suka dengan ucapan ini.  Apa yang aku faham, hidup bermakna menggambarkan bahawa hidup ini perlu mempunyai dan memberi makna kepada diri kita dan orang lain. "Mempunyai makna?" dengan kata lain, memberi faedah dan manfaat kepada diri kita dan orang sekeliling kita.

Sebagai hamba kepada Pencipta, hidup bermakna bermaksud kita jadikan hidup yang sementara ini memberi makna kepada kita untuk penghidupan akhirat yang kekal abadi.  Mentaati Allah dan menjauhi laranganNYA itulah antara cara untuk kita hidup bermakna. Buat yang wajib, tambahkan dengan sunat, dan tinggalkan yang haram. Very simple dan senang.  Tak susah mana pun untuk menjadi hamba yang bermakna.
bercerita tentang perkara sunat, aku teringat lagi kata2 Ustaz Zahazan, dalam segmen 'Tanyalah Ustaz'.  Beliau memberitahu tentang kelebihan solat sunat Dhuha.  Bermula dari situ aku mula berusaha untuk komited dengan solat sunat yang satu ini.Katanya solat sunat Dhuha pembuka pintu rezeki, pembuka pintu jodoh...dan betullah yang diberitahu oleh ustaz Zahazan.  Rasa2nya gaji aku tu biasa aje, macam beberapa tahun lepas, cuma bertambah sikit around RM 160 aje setahun, tidaklah banyak...tapi berkatnya tu, rasa macam gaji berjuta2....Alhamdulillah.Terima kasih kepada ustaz Zahazan....pahala berterusan untuk ustaz. Dan rasanya hidup akupun sekarang ini lebih bermakna.  yang paling seronok, aku dah ada follower.  Buatlah, hanya dua rakaat, setengah jam selepas syuruk, dan setengah jam sebelum zohor...anda telah membina satu kehidupan yang bermakna di dunia dan membina sebuah mahligai dalam syurga....hanya untuk dua rakaat itu...

cik n mek...dalam kenangan
Sebagai anak, hidup bermakna dengan mentaati ibu bapa, menghormati mereka dan merasakan benar2 pengorbanan mereka.aku cukup tersentuh sampai mengalir air mata, dengan kisah yang disampaikan oleh motivator di radio IKIM hari ini. kisahnya tentang kasih seorang ibu.  menurut motivator tersebut, kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba, yang cuba menyelamatkan ibu dan anak dalam kejadian kemalangan yang amat mengerikan.  Dalam kemalangan tersebut, hanya anaknya selamat.  ibu dan bapanya terkorban.
Ibu tersebut dalam keadaan yang sangat teruk lukanya dan sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, sempat lagi meyusukan anaknya yang sedang menangis, ketakutan dan terkejut agaknya, walaupun dirinya sendiri dipenuhi dengan darah lukanya dan menahan kesakitan yang amat sangat. Anaknya dipeluk dan dicium seolah2 tidak mahu melepaskannya, sehinggalah rohnya tercabut dari jasadnya. kasih ibu, kasih yang bermakna kepada anak....tapi pernah tak kita terfikir untuk menjadi anak yang bermakna kepada ibu kita?

Berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi mereka ada....dan kepada yang telah ketiadaan ibu dan bapa, berbuatlah amal kebajikan semoga amalan anda menjadi saham pahala kepada mereka.  bukan hanya doa mohon keselamatan sahaja, tapi apa sahaja amal perbuatan anak2 akan menjadi saham akhirat untuk ibu dan bapa....

Sabtu, 22 Januari 2011

mrs perfectionist...

Tiada sesiapa pun dalam dunia yang perfect, kecuali Allah sahaja yang Maha Sempurna. Statement yang telah diketahui dan diakui oleh semua manusia, aku pun...Aku sangat2 mengetahui bahawa akupun termasuk  dalam kategori orang tidak sempurna, dan of course, berbanding dengan orang lain, mungkin aku lagi banyak kelemahannya.

Cuma satu perkara yang tak mampu aku halang dalam diriku...sifat mementingkan kesempurnaan. Aku sangat teliti dan sangat perihatin tentang kesempurnaan dalam apa sahaja yang aku lakukan, pada kata2 ku, pada tingkah laku aku and everything has to be done perfectly. my friend called me "mrs perfectionist".  "Skima" itu panggilan suami aku. Teruk ke sikap ini?

Semua perkara! termasuk perkara sekecil2nya atau besar.  as a sample, sidai kain kat ampaian, biasa aje bagi orang lain. Tapi bagi aku mesti ada disiplinnya. Mula2 sekali pengasingan dibuat mengikut spesifikasi dan jenis pakaian , contohlah:  Mula2 sidai baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, kain batik, baju kecik2, dan baju anak. Tak boleh campur2. so, disidai mengikut disiplin inilah....huhuhu..mesti you all gelak bila membacanya.
Kalau bab nak melipat pakaian, huh..lagi hebat... Lipatan yang kemas dan tersusun, juga mengikut jenisnya...kalau you all tengok kat pasar raya, hah macam tulah caranya aku melipat, mengemas dan menyusun pakaian kami sekeluarga.

Itu, baru kerja2 kat rumah.  kalau kat tempat kerja....alahai...orang macam aku ni kadang kala, sukar jugak orang lain nak terima cara aku bekerja.  semua nak perfect.  Pelajar2 aku pun, masa mula2 agak susah jugak diorang nak menyesuaikan diri dengan aku.  Tapi lama2 ok jugak.. Satu perkara yang jelas, kerana sikap ini, aku tak berapa percaya kepada orang lain untuk melakukannya.  Aku sanggup menyusahkan diri, semata2 untuk menyiapkan kerja agar sempurna.  Jadi, bagi yang tak berapa suka buat kerja, atau tak serius dalam melaksanakan tugasan, bila bekerja dengan aku, mereka boleh lepas tangan.  meaning, mereka cuba take advantage atas sikap aku ini.  itulah kelemahannya.

Tak tension ke?  Bukan selalu. Ada ketika2nya timbul juga tekanan dan stress, especially bila tidak menepati ciri2 kesempurnaan yang aku tetapkan. Contohnya baru2 ni, aku menjadi sangat tertekan, sampaikan ibadah aku jadi terganggu.  Ini kerana berlaku sesuatu yang tidak menepati kesempurnaan mengikut piawai akulah..., berterusan aku memikirkan hal tersebut. huh...teruk betul aku ni... Hanya kerana aku bercakap menggunakan perkataan yang tidak wajar menurut penilaian aku, (tapi rasanya bagi orang lain biasa aje) aku jadi stress dan ianya menghantui benak fikiranku berhari2 lamanya...

Alahai cikjah...sedarlah diri kau tu sikit, mana ada manusia perfect...nanti kan tak pasal2 engkau dapat penyakit darah tinggi atau jantung...huuhuhuhu..mintak jauhlah...let by gone be by gone..tak payahlah fikir2 sangat, cuma berhati2lah di masa hadapan.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan....langit mana yang tak berbintang pada waktu malam, bumi mana tidak diterangi mentari di waktu siang... huh..pandai2lah engkau ubah suai pepatah melayu tu..

imaginasiku masa kecil2...

bila terkenang zaman kanak2 ku, tanpa sedar aku tergelak sorang2. banyak peristiwa lucu dan kelakar sepanjang meniti usia kanak-kanak....kanak2 dengan imaginasi yang berbagai.  Akupun tak terkecuali. Cuma imaginasi aku ni selalunya pelik2, as i told before, aku ni memang pelik, dari kecik sampai dah banyak umur macam ni...sori ek...bukan tua, cuma banyak umur aje..."tua" istilah yang cukup sensitif...hehehehe..

Setiap kali aku memakan buah limau pasti kenangan yang melucukan itu menjengah di ingatan aku.  Mak selalu larang aku menelan biji limau, katanya nanti biji limau itu tumbuh dalam perut aku.  Aku tak pula rasa takut atau gerun, bahkan seronok pulak tu.  Aku beritahu mak, kalau gitu aku nak telan banyak2.  Cuba bayangkan kalaulah biji limau tadi tumbuh dalam perut aku, kan bagus tu...bila pokok limau tu dah berbuah, nanti senang aku nak memetik buahnya tu dan tak payahlah susah2 nak pi pasar untuk beli buah limau...hihihi...kan seronok...save money and energy..mak aku membeliakkan biji matanya bila aku merasionalkannya... huhuhuhu..sakitnya kena cubit...

peristiwa lain pula, bulan posa atau Ramadhan masa aku kecil2 dulu. Lucu sangat2 bila mengenangkan puasa masa kecil.   Yelah...puasa budak2, baru nak belajar puasa. Masa sahur, memanglah agak sukar sikit untuk bangun. Biasalah..Tapi seingat aku, sepanjang siang hari bulan puasa, memang aku tak membuang sama ada buang air kecil atau buang air besar.  kalau nak jugak, aku tahaaaaaaaaaaaaaan aje. Kenape pulak? kalau dah buang nanti, habis lah keluar apa yang aku makan dan minum masa sahur tadi. Nanti aku akan letih sebab lapar dan dahaga.Huhuhu..innocent betul aku masa kecik dulu...

itulah antara imaginasi pelik masa aku kecil2 dulu, yang masih ada dalam ingatan ku...

Rabu, 19 Januari 2011

kawan2 baik..

tiba-tiba aku teringatkan kawan2 baik dan orang2 yang pernah berbuat baik kepadaku...
tahun 1990, merupakan tahun yang sangat getir bagi aku dan kami sekeluarga.  masa tu aku berada di tahun satu kat universiti.  aku masih ingat lagi, ketika itu semua rakyat malaysia sedang sibuk dengan kempen untuk pilihan raya umum.
agak2 aku dalam bulan oktober.... kebetulan aku balik kampung, saje lah..hujung minggu kan..sesampai sahaja di rumah, aku agak terkejut dengan suasana rumah kami yang agak tunggang terbalik, macam kapal pecah.  aku kehairanan.  lalu ibu dan kakak aku memberitahu keadaan mereka masa itu.
boleh dikatakan semua ahli keluarga kami kesampukan syaitan...disihirkan oleh manusia yang durjana, atas dasar apa aku pun tak tahu. sedih sangat aku. seketika aku terkenang mimpi yang aku alami selama sebulan, berulang2 mimpi yang sama.  aku tidak memahami apa yang tersirat disebalik mimpi itu.
nak tahu mimpiku? dalam mimpi tersebut, aku bersama dengan anak2 buahku berada dalam sampan, di tengah2 laut.  aku cuba berdayung, tiba2 dayungku hilang.  entah macam mana, akhirnya tinggal aku sorang2 kat atas sampan tersebut.  aku berusaha untuk ke tepian. berjaya, tapi tiba2 sahaja aku berada di hadapan rumah abang aku.  untuk masuk ke rumahnya, aku terpaksa melintasi 3 lubang api dengan melompat.  sebulan mimpi yang sama.  aku naik seram jugak.  bila aku telefon mak, bertanyakan khabar katanya semua ok...sehingga hari aku balik.  rupa2nya mereka tak nak aku risau.
itu mimpi aku..
pada malam selepas aku tiba kat rumah, rupa2nya syaitan tu mencari mangsa baru....aku juga tidak terkecuali menjadi mangsa laknatullah itu.  bermula malam itulah, aku sudah tidak menjadi diri aku yang sebenar.  aku sedar, tapi tak mampu mengawal diri aku. dalam tempoh tersebut, ramai jugalah orang alim dan bomoh2 yang  cuba membantu kami...of courselah dibayar, bukah free weh...akhirnya, mimpi aku menjadi reality, tinggallah aku sorang2 yang masih belum baik lagi...dan 3 lubang api itu bermaksud, rumah2 kami 3 buah semua dijilat api hanya dalam 15 minit sahaja, rumah mak ayah dan 2 orang kakak aku. yang tinggal hanyalah rumah abang aku yang jaraknya agak2 dalam 10 langkah sahaja.  betullah mimpi itu.
masa keadaan sakit inilah aku  mengenali orang2 yang baik yang membantu kami dengan ikhlas.  antaranya, Allahyarham Shukor (semoga Allah merahmatinya), Zainuddin, kawan kat universiti : Fuad (dalam seminggu 2-3 kali dia bawa aku pi jumpa Ustaz as-Syifa' di UKM)Siti Eishah, Fauziah dan ramai lagi...
semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas kebaikan mereka dan semoga Allah memberiku peluang untuk membalasnya...

Selasa, 18 Januari 2011

oh! dunia ini...

huh..sedapnya..petang tadi aku masak gulai lemak ikan, entahlah ikan apa..tapi kakak yang jual ikan kat tepi jalan tu beritahu, namanya 'ikan pisang'.  entah betul, entah tidak.  tapi yang penting sedap...well...tengoklah pulak sapa yang masak kan?  my hubby siap makan bertambah 2-3 kali.  nampak sangat isterinya ni pandai masak...kah..kah..kah..sebenarnya nampak sangat jarang masak.huhuhu..

sebut pasal jarang masak ni, aku bukannya tak nak masak, tapi kadang tu penat sangat.  selalu juga aku terfikir, kita ni selalu kelelahan dan kepenatan mengejar dunia.  pagi2 lagi dah keluar rumah, petang2 baru balik rumah.  let say, pukul 6.00 pagi dah bermula rutin di rumah...pergi kerja, balik rumah dah pukul 4.00 petang. hampir 10 jam kita habiskan untuk rutin harian kerja.  dalam masa 10 jam tu, kita habiskan 15 minit untuk solat zohor. kalau rajin bolehlah buat solat sunat dhuha, katalah 15 minit jugak.  so, 10 jam kerja, hanya 30 minit sahaja untuk ibadah, berbaloi ke?

So, apa cara untuk kita kaut segala pahala daripada kerja dunia kita?  Senang sahaja, NIAT...sebab niatlah yang membezakan antara rutin dan amal, antara adat dan ibadat. Jadi kalau kita nak pi kerja, mulakan yang pertama dengan langkah kaki kanan beserta dengan niat kerja kita kerana Allah..contohnya " Ya Allah, aku bekerja, kerana Engkau ya Allah,atau untuk mendapat keredaan Engkau ya Allah"...tapi mestilah kerja yang halal kan.. Jadi, Alhamdulillah, kita mendapat pahala berterusan selama 10 jam kita bekerja, sebagai bonusnya...Allah akan memberkatinya dengan menganugerahkan ketenangan hati kepada kita, tak delah nak tension2 lagi, orang sekeliling akan suka, kita bekerjapun luarbiasa tekunnya... Tak percaya? Cubalah..dan beritahu saya...

Penat dan letih kita kejar dunia? memanglah...habis tenaga dan kudrat kita untuk dapatkan habuan dunia. tapi dunia ni makin kita kejar makin lagi dia jauh, sedangkan akhirat kita (mati) makin mendekat. kuantiti dunia kalau nak dibandingkan dengan akhirat seperti sebutir padi dalam seguni beras..tapi itu juga yang kita kejar. Nilai dunia ini hanyalah ibarat seekor bangkai anjing sahaja, tapi dunia jugalah yang kita cari.
Ini bukan bermaksud kita kena tinggalkan dunia, tinggalkan semua kerja dan tanggung jawab, sebab nak fokus kepada akhirat sahaja.  ini satu pandangan yang salah. Ambillah dunia sekadar perlu sahaja, dan jangan lupa untuk mendapatkan ganjaran untuk akhirat.

"Bekerjalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi, tapi beramallah untuk akhiratmu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya"...mafhum hadis Rasulullah s.a.w

Selalunya kita bila kat tempat kerja, semua benda kita boleh buat : berlari ke hulu ke hilir, panjat naik dan turun tangga. menghadap komputer, menghadap pelajar, menghadap kerja2 yang menimbun, etc. tapi kenapa bila nak solat, nak menghadap Allah Rabbul Jalil, Maha Pencipta, kita rasa penat, kita rasa lelah...nak habiskan 4 rakaat tu pun rasa macam lama bebenor?Ya Allah, janganlah Engkau timpakan perasaan ini kepada ku.

Sedangkan pada hakikatnya...waktu solat itu adalah waktu yang sangat penting bagi diri manusia. waktu untuk bersantai2 dengan Rabb kita, waktu untuk kita bersembang2 dengan Allah, waktu rehat setelah seharian bekerja.  mengikut kajian ahli sains juga mendapati solat boleh menenangkan jiwa. perlakuan dalam solat boleh memberikan kesihatan kepada minda dan fizikal manusia.kajian itu juga mendapati bahawa jantung manusia berada di peringkat yang paling normal adalah ketika takbir kita untuk berpindah dari rukun rukuk ke sujud.Allahu Akbar! Maha Suci Engkau ya Allah...

Kalau kita sedih, solatlah medium yang paling mujarab untuk kita meluahkan perasaan kita kepada Allah.  Kenapa? Allah tak tahu ke kita sedang sedih?..No, salah tu, sebab Allah itu Maha Mengetahui. Tapi kan seronok bila kita dapat meluahkan perasaan kita kepada seseorang yang sudah mengetahui hal keadaan kita, tapi dia mendengar dengan teliti seolah2 dia belum mengetahuinya... mana ada a good listener macam tu...kalau kita meluahkan perasaan kepada suami atau kawan, paling2 dia mendengar dengan telinga aje, mata ke lain, hati pun entah ke mana2...
Dengan Allah? kita boleh bersembang, bercakap, meluahkan apa sahaja...unlimited skop. asal sahaja kita mahu. lagi pula, ada satu petikan, cuma aku lupa kat mana aku bacanya...:-(..yang menyebut tentang permintaan malaikat supaya dimakbulkan segera doa seorang hamba (someone else)..tahu apa jawapan Allah?

"...tidak, sebab AKU sangat suka mendengar hambaKU berdoa kepadaKU".

...Allahu Akbar, aku rindu sangat2 untuk bertemu MU, cuma aku takut, layakkah aku untuk itu?  Semoga aku ada peluang itu.  Takut aku, kalau2lah ada..memang ada kot..kesalahan yang walaupun kecil menjadi penghalang untuk aku bertemu dengan MU dalam syurga nanti..

Isnin, 17 Januari 2011

fulus punya pasal...


ini hanyalah sebahagian daripada graf hidupku. grafnya agak menaik sikit, sebab ianya merupakan kejutan dan membawa perubahan yang agak besar terhadap diriku terutamanya berkaitan dengan tanggapan aku terhadap orang lain.
Aku ni termasuk dalam kategori manusia yang banyak merantau...itupun kerana tugaslah..kalau bukan kerana tugas, aku lebih suka duduk kat kampung aku sendiri...Jadi inilah sebahagian daripada pengalaman yang aku kutip disepanjang perjalanan ini.
kerana duit manusia sanggup lakukan apa sahaja
Aku..memanglah dah namanya journal kehidupan aku..maka aku mestilah ceritakan tentang kisah dan pengalaman aku...

Pengalaman ini telah mengajar aku tentang tanggapan aku terhadap orang lain selama ini adalah salah.  aku mengenali diriku, dan aku tahu apa yang tak mungkin dan tak sanggup aku lakukan terhadap orang lain. tapi bila dah nama pun orang lain, maka kita tidak mungkin mengenalinya.  hatta suami kita, walaupun bertahun2 kita duduk sebumbung, tinggal sebilik, tidur sebantal, kita masih belum betul2 mengenalinya.  inikan pula kawan, yang hanya berkerja aje sebumbung.
Kesilapan besar aku adalah, aku sentiasa beranggapan positif terhadap orang lain.  aku anggap orang lain itu sama dengan aku.  aku anggap, bila aku tak sanggup melakukan sesuatu tindakan itu, maka orang lain pun sama, tidak akan melakukannya.
aku sama sekali tidak akan menipu duit orang lain  maka aku anggap orang lain pun takkan sama sekali melakukannya...itulah kesilapan aku.
ceritanya bermula...aku sebagai ketua panitia kepada beberapa orang anak buah. kami bersepakat untuk meng'order' buku kerja bagi anak2 murid kami.  untuk menyenangkan urusan, aku sebagai ketua mengordernya atas nama akulah...dah ketuakan... bila dah dapat, so aku agih2kan kepada anak-buahku.  ada yang 'tak laku2' buku jualannya, dan ada yang terlebih laku pulak...so aku beritahu kepada yang terlebih laku tu, mintak aje daripada kawan2 yang tak laku2 tu, dan informlah kat kawan tu berapa banyak yang hang ambil. ok, semua settle..

Once upon the time...datanglah sang collector kepada akulah....nak mintak duit, apa lagi...buku dah habis, fulusnya kena bayarlah. so yang lain tu bila aku collect the money, tak ada masalah.  yang menimbulkan  masalah, tu... yang terlebih laku...tak nak mengaku dan tak nak bayar...siap mintak bahan bukti pulak yang menyatakan dia tu ada berurusan pasal buku kerja ngan aku....sabar ajelah. ada jugak manusia macam ni..memang silap aku...aku percayakan dia.  wal hasilnya...akulah..akulah juga yang kena bayornya...
memang malangkan...inilah yang dikatakan "diberi susu tapi dibalas ngan tuba"

Aku?...seriklah sekejap.  lepas tu berlaku lagi, jiran kat belakang rumah nak berhutang ngan kami RM200.  My hubby said"No!".  aku, alah kesiannya kat dia...sebab bagi aku, kita takkan sanggup nak pi berhutang dengan orang, especially yang kita tak berapa kenal atau baru kenal, kecuali kalau dalam keadaan kita desperate sangat.  agaknya dia tu terdesak sangat kot, takpelah bang, kita bagi ajelah sikit kat dia...so, my hubby pun bagilah kat 'JIRAN KAMI' RM100 aje.yelah...kami sebenarnya baru aje pindah kat situ, belum kenal sangat pun..janjinya minggu depan nak bayar, aah...yelah..

Tunggu, punya tunggu, habok pun tadak...bila jumpa dengan my hubby pun, dia buat bodoh aje..macam tak ada hutang pun ngan kami...biarlah, agaknya bukan rezeki kami, rezeki Allah nak bagi kat dia melalui kami...

Pengajarannya : jangan terlalu percaya kat orang selain diri kita...even, sedara mara pun...sebab dengan sedara mara pun aku pernah kena tipu...pasal duitlah jugak.  Bukan aku nak korang semua, berburuk sangka, tapi berpadalah kalau nak percaya tu.  terutamanya pasal duit, jangan percaya lebih2 sangat...lagi2 lah dalam keadaan hari ini, fenomena hari ini, atau dewasa ini...hahaha..


Khamis, 13 Januari 2011

begitu-begitu sahaja....

alangkah bagusnya...
kalau aku menjadi burung....
terbang bebas...
hinggap dari pokok ke pokok
dari ranting ke ranting
bebas semahunya...

berpagi2....
mencari rezeki
berpetang2....
Tambah kapsyen
kembali ke sarang
beranak....
berbini...
begitu-begitu sahaja..

kalau sudah sampai ketika..
ajal datang menjemput rasa...
begitu-begitu sahaja...
tanpa kubur, tanpa nisan
tanpa soal, tanpa jawab
tanpa mungkar, tanpa nakir
tanpa dosa, tanpa pahala...
begitu-begitu sahaja....
......UM 1994....

muhasabah diri 3...

qoute dari Mukashafah al-qulub li Imam al-Ghazali, rahimahullah....

Allah memberikan kepada syaitan/iblis :
-  kemampuan untuk mengoda anak Adam
-  setiap kali anak Adam beranak, setiap kali itulah iblis beranak
-  diberi umur panjang untuk memperdayakan anak Adam sehingga kiamat...

Allah menganugerahkan kita untuk mengalahkan syaitan/iblis:
-  setiap kita dijaga oleh malaikat
-  setiap satu kebaikan diberi 10 kali ganda pahala, (sebaliknya satu kemungkaran diberi satu dosa sahaja)
-  taubat kita diterima sehingga sakaratul maut di halkum
-  niat untuk melakukan kebaikan diberi satu pahala, jika dibuat diberi sepuluh kali ganda, lintasan untuk
   melakukan kemungkaran, tidak akan diberi dosa sehingga anak Adam melakukannya...

lagi...

                       - utusan iblis : tukang tenung (tukang tilik...termasuk tukang horoskop)
                       - kitab iblis : perangai buruk dan syair2 yg melalaikan
                       - hadis iblis : pembohongan
                       - tukang azan iblis :seruling/alat muzik yg boleh melalaikan
                       - masjid iblis :pasar
                       - rumah iblis : tandas
                       - makanan iblis: semua makanan yang tidak disertai dengan nama Allah, (ketika makan atau          
                          menyediakannya).                                                                       
                        - minuman iblis: semua yang memabukkan
                        - perangkap iblis: perempuan...

Isnin, 10 Januari 2011

rindu...

aku perasan beberapa hari ini, terasa macam kosong aje hati dan fikiran aku.  macam ada vakum space dalam diri.  aku cuba mengoreksi diri, apalah yang kurang dengan diri ini.  rasa macam sesuatu yang tidak beres dengan diriku...
ruang kosong ini sangat menyakitkan..
aku rasa sangat tak selesa..
hatiku tak tenteram..
jiwaku terpenjara...
semua benda yang aku buat, rasa macam tak kena aje..
bila aku tersenyum, rasa macam sumbing aje...
bila aku ketawa, rasa macam hambar..
bila aku bercakap, rasa macam tawar aje...
orang kata macam mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena
dimanakah silapnya
dimanakah salahnya....

setelah beberapa hari membuat koreksi diri,
baru aku perasan,
rupa2nya aku 'offline' dengan Allah...
sebab ehem2.....
line solat...off
line khalwah..off
line tilawah..off
line doa...kadang on, kadang off

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan aku sendirian,
tanpa perhatianMU...
tanpa kasih sayangMu...


Ya Allah, tak sanggup aku menanggung sakitnya rasa rindu padaMU
sakitnya...
peritnya..
sengsaranya...

semoga rindu hambaMU yang hina ini..
semoga kasih hambaMU yang kerdil ini...
semoga sayang hambaMU yang dhaoif ini..
mendapat perhatianMU ya Allah...

"Kalau hambaKU mengingatiKU sehasta, AKU mengingatinya sedepa, kalau hambaKU mengingatiKU dalam keadaan berjalan, AKU mengingati hambaKU dalam keadaan berlari, jika hambaKU mengingatiKU dalam keadaan baring, AKU mengingatinya dalam keadaan berdiri"


Itulah Allah, kekasihku..aku tahu Allah sedang merinduku di kala aku juga sedang merinduiNYA, aku tahu Allah menyayangiku, di kala aku mengingatiNYA.  mana lagi kekasih yang mampu melakukan seperti itu?

perkara yang ingin aku lupakan....

kenapa kita selalu lupa untuk perkara yang kita nak ingat
dan kenapa kita selalu ingat pada benda2 yang ingin sangat kita lupakan....
banyak kekhilafan dan kesalahan
yang aku lakukan sama ada hari ini,
atau saat ini
atau perkara2 lampau yang ingin sangat aku lupakan,
makin cuba aku lupa,
makin ligat pulak ingatannya menjengah,
makin kuat pulak ianya mengetuk pintu memori aku.

perkara yang sangat ingin aku lupakan....
pergilah engkau jauh dari aku....

perkara yang sangat ingin aku lupakan...
macam parasit
mengancam ketenangan jiwa dan perasaan ku...
aku menjadi tidak tenteram...
hatiku menjadi galau...
resahku kian melalau..

perkara yang sangat ingin aku lupakan...
termasuklah kesilapan aku dalam menuturkan kata2
yang rasanya boleh mengguriskan hati orang lain,
atau yang boleh memalukan aku...
nak sangat aku lupakan semua itu...

perkara yang sangat ingin aku lupakan....
termasuklah kesedihan yang aku tanggung disebabkan oleh tindakan orang lain terhadap diriku....
aku sayangkan diri aku....
aku tak nak berterusan dalam rasa sedih ini...
tolonglah ingatan ini,
tolonglah pergi jauh dari aku....
aku tidak mengharapkan kehadiranmu....

Ahad, 9 Januari 2011

2011...

Rasa2nya masih sesuai lagi kot untuk ucapkan selamat tahun baru 2011 untuk diriku sendiri...
azam tahun baru 2011? tak tahulah..aku rasa dah dua tiga tahun ni, tidak ber'azam' aku.  berlalu setiap tahun, tanpa azam.  sebab kalau ada azam pun, gitu2 jugak aku...masih tercongok kat sini. masih lagi seperti dulu.
tapi, azam aku tahun ni...aku nak mempunyai azam....hihihii...agaknya akulah manusia yang paling pelik...tak pernah gamaknya untuk tahun baru orang berazam untuk mempunyai azam...

tapi azam apa? belum tahu lagi..ni dok tengah pikiaq la ni..apa ye azam aku tahun nih? hemmmmmm......
aku memang ada azam sebelum2 ni.  tapi azam pelik daripada orang lain.sebab aku ni memang manusia yang sangat pelik.orang lain, asal saja masuk tahun baru, azam pun baru, asal masuk tahun baru, mesti ada azam yang berlainan. tapi aku lain bukan sikit, tapi banyak kot.....selalunya bila masuk aje bulan rejab, aku baru ada azam,  azam untuk bulan  ramadhan.
tapi 2011 ni macam lain sikit, aku berazam untuk lebih komited dengan tugasan aku...aku nak perform sebaik mungkin...InsyaAllah...semoga Allah mempermudahkan urusanku dan memperkenankan pemintaan ini.

tapi rasa2nya, macam tak berapa nak jadi azam nih...ish..ish..ish...boring..boring..boring...

Jumaat, 7 Januari 2011

pulau redang 2....

...sambungan dari kisahku di pulau redang

pada hari yang kedua kat sana, pagi2 lagi kami dah bersiap sedia untuk ke marine park. berkumpul kat jeti di pusat ko menunggu boat yang akan membawa kami ke sana. aku memerhati kiri dan kanan, melihat kawan2 aku yang begitu teruja.  masing2 sedang mencuba alat snorkling - goggle, tiub - i guess lah- untuk bernafas, serta kaki itik -aku yang bagi nama kat alat tu, ok dak?.  aku? hahahaha...melayan perasaan gabra aku aje. tapi.... control power! tak de orang perasan kot.hihihi...
kat marine park
opps! terlupa nak beritahu you all...hihi...:-) malam tadi masa taklimat tu kami diajar cara2 untuk menggunakan alat untuk snorkling.  aku cuba try test gak, walaupun aku tahu, aku takkan sama sekali melakukan snorkling, gayat oooh ngan air. tapi try gak lah.  ish..ish... nak gunakan benda tu pun aku dah rasa rimas, lagi lah kalau masuk dalam air nanti. so, masing2 pilih2 dan amik satu set sorang.  aku buat bodo aje, tak de rasa pun nak ambil.
boat ke marine park
boatpun dah ada, kami pun teruslah naik dan bertolak ke marine park.  boatnya tidaklah besar sangat tapi tidaklah terlalu kecik untuk kami semua.  agak2 akulah, ini mesti boat nelayan. diaorang kidnap kat mana tah.  cantik betul pemandangan ciptaan Allah ni.  kagum sangat aku.  pulau2 kecik dengan pepohonan yang menghijau, laut yang membiru...fuuuuhhhhh cantik betul.

dari pusat ko untuk ke marine park, seolah2 kami macam mengelilingi separuh pulau tersebut.  jadi masa awal2 tu tak delah mencabar sangat.  tapi bila dah agak2 kat tengah laut China Selatan, ombak pun makin kuat lalu boat pun makin tinggilah dilambung ombak.  aku tak berapa gayat sangat, sampai mabuk laut,sebab dah biasa naik boat untuk ke sekolah dulu2. cuma takut dan gerun aje. yelah..aku dok bayangkan, kalau2 boat tu jadi macam kapal titanic, huh, takut lemas...ayat al-Kursi, ayat seribu dinar dan macam2 lagi, semua aku baca

Rakan aku Wan, rupanya tak tahan dengan lambungan ombak, dia mabuk laut.  tapi kira oklah, sebab dia  dah makan ubat tahan mabuk laut.  jadi masa kat atas boat tu dia macam mamai , nak tidur aje.  ada sorang lagi rakan kami pun tak tahan jugak.  dia pun mabuk laut jugak. hampir2 nak termuntah.  kami diberitahu oleh instructor, kalau mabuk laut yang teruk, sampai muntah tu dah bewarna hijau, maksudnya tak ada makanan yang keluar, tapi cecair yang ada dalam usus.  boleh jadi lembek dibuatnya. rasa2 aku kalau dia dah start muntah, mesti susah nak berhenti tu...huhuhu.....pucat lesi mukanya...huhuhu...amboi cikjah, hang dok gelak kat orang, tunggulah hang kena sekejap lagi...

selepas teruk kena lambung ombak dan melawan perasaan takut dan gerun, akhirnya kami sampai dengan selamatnya di marine park.  tak ada bahasa yang boleh aku gambarkan betapa cantiknya tempat ini, subhanallah....hebatnya ciptaan Allah.
mendengar arahan instructor -water confident
selepas bersarapan, bersantai sekejap meninjau2 keindahan marine park. agak2 dalam pukul 9 lebih gitu kami diberi taklimat oleh instructor untuk aktiviti snorkling pada pagi itu.  kami dibekalkan dengan roti putih, lepas tu dimasukkan ke dalam botol mineral yang kecik.  aku ingatkan untuk apa, rupanya bila kita kat bawah laut tu, melihat keindahannya, kita juga boleh bagi makan kat ikan lah...makan time! untuk para ikan.  mesti ikan2 tu seronok.

bila diaorang dah mula menyentuh kesejukan air laut dan merasai kemasinannya, aku...secara senyap2 membawa diriku ke tempat lain...hihihi..nanti kalau dok tercongok kat situ, obvious sangatlah aku takut air.  sebab semua orang yang ke sana mesti dan wajib menghayati keindahan alam lautan itu dengan snorkling.
so...ke mana aku?aku ke jeti. menelusuri keindahan laut dari atas. oklah jugak boleh nampak tapi tidak secara dekatlah, macam tengok dalam tv ajelah.  then, aku menuruni anak2 tangga jeti tu, bolehlah nampak ikan2 yang pelbagai warna, ada yang bewarna biru, stripe kuning dan macam2lah...sempatlah jugak ikan2 tu merasa hangatnya kasih sayangku bila aku suapin mereka...hahahaha...

sedang aku leka bermain dengan ikan2 tu, sayup2 terdengar suara2 yang memanggil namaku. bila aku menjengok, ada tangan2 yang menggapai2 ke arahku. aku dipanggil. instructor memanggil aku....alahai..sudah aku kali ini.  ini tak lain, mesti nak paksa juga aku menyelam.  ish..ish..dia nih tak tahu ke, aku takut.
dengan hati hati yang sembal, aku ke sana. memang sah, dia paksa jugak aku.  jadi, aku terpaksalah jugak menyelam....tapi yang bagusnya, dia sanggup jadi tourist guide untuk aku...huhuhuhu...semua kengkawan gelakkan aku.....

tapi betullah bila kat dalam laut tu, memang cantik sungguh, ikan berenang2, tayang body mereka kat depan mata aku aje...tapi, korang jangan tak tahu, tangan aku ni memang tak lepas dari memegang lengan si tourist guide aku tuh...berlapik ye...tak pegang direct, diakan lelaki...jangan marah ye... aku bukan nak menggatallah...jauh sekali nak mengorat, hoii....aku dah ada suami yang aku cintai.  cuma aku tak percaya pada diri, sebab aku tak berapa ada "water confident".  bila dah naik ke daratan, semua kawan2 masih gelakkan aku, siap perli lagi tu...wuhh...hebatlah kak jah, dapat layanan istimewa, siap ada tourist guide lagi tu...huhhuhuhu...janganlah jeles..

menjelang tengahari, kami menuju pelangi bay...katanya kat sana ada satu tempat yang menjadi tumpuan anak2 ikan yu...Cikgu Him menakutkan kami, especially akulah..katanya boat ni tak leh berhenti betul2 kat tepi pantai, sebab air cetek...boat akan menurunkan kami agak jauh jugaklah dari pantai,jadi kami dikehendaki berenang ke tepianlah....ahhh...sudah aku...akut dah gabra dah, tak tahu nak cakap apa.  aku beritahu cikgu Him, aku nak dok dalam boat ajelah...tak nak pergi sanalah...dia gelak memanjang kat aku...aku menjeruk rasa.rupa2nya dia saja je nak menakutkan aku...ada jeti pun..
kumpulan jungle trekking
sesampai aje kat pelangi bay, aku bukannya sibuk nak melihat anak2 ikan yu macam orang lain, tapi sibuk mencuci mata dan mencuci wallet...beli cenderamata untuk cahaya mata dan cahaya hatiku kat rumah tu... lebih kurang dalam pukul 4 lebih, kami meninggalkan pelangi bay...kami diberi pilihan sama ada untuk menaiki boat ataupun berjalan..jungle trekking...  aku dan beberapa kawan memilih untuk jungle trekking aje....sebab dah penat dilambung ombak dan ketakutan, jadi harap2nya daratan akan memberi suasana baru.  so, dalam satu hari tu, kami dah mengelilingi pulau redang.  kumpulan kami ni ditemani dua orang aje lelaki, cikgu asmadi dan instructor kami, encik apa...lupalah pulak...:-) treknya mencabar jugak, tapi masih dikira oklah berbanding merempuh ombak petang yang agak kuat.  hampir 2jam juga perjalanan untuk sampai ke pusat ko.  perghhh.....penat gila...
rasanya inilah peristiwa terakhir di pulau redang, kerana esoknya awal2 lagi kami bertolak balik...fuhhh...selamat aku.
tapi aku sangat2 bersyukur kerana dapat pergi ke sana, melihat sendiri keindahan ciptaan Allah dan merasai pengalaman yang tak mungkin aku perolehinya di mana2 pun.  jadi kalau anda diarahkan untuk menghadiri kursus ke atau apa2 aje yang baru bagi anda, pergilah..berbaloi...pengalaman yang sangat berharga...


nilah muka2 yang kepenatan selepas jungle trekking

pulau redang....

as i said before, aku ni sangat phobia ngan air. ada peristiwa kenapa aku sangat gerun bila sebut aje air...
ingat lagi dak peristiwa aku hampir lemas semasa aku kanak2...so semenjak hari itu, aku memang takut ngan air.   Dua tahun lepas, aku diarahkan mengikuti satu kursus, khusus untuk penasihat persatuan, ke sebuah pulau yang amat cantik di Pantai Timur, Pulau Redang.  Pulau ini terletak dalam negeri Terengganu.  Sangat familiar bagi sesiapa yang berminat dengan snorkling atau apa2 aje yang berkaitan dengan pulau dan pantai.
Macam mana nak pergi sana? Hanya dengan menaiki feri di Kuala Terengganu.  Resort dan pengangkutan untuk ke resort2 yang ada kat Pulau Redang boleh diuruskan dari sini, di jeti di Kuala Terengganu.
bersama bff
Bila cerita bab pulau, mestilah ada air kan?....huhuhuhu...hatiku merawan. air! huhuhu...hatiku menyeriau. meremang bulu romaku.  macam mana nak tolak ni....pengganti pun tak dapat.  yelah sapa yang nak pergi...bukan seronok pun.
at last, aku kuatkan hati dan kukuhkan semangatku. aku terima cabaran tersebut. sebenarnya aku ingin mencabar diriku sendiri, mencabar perasaan takutku...dan menyahut cabaran kengkawan aku.


Di jeti kat Kuala Terengganu
then, pada pagi tersebut kami, agak2 dalam 20 orang atau lebih, bertolak ke Kuala Terengganu. aku tak ingat jam berapa kami sampai kat jeti pulau redang di Kuala terengganu, agak2 after lunch hour.
dari jeti ini, kami menaiki feri dan sampai di pulau redang  dah petang.
semasa dalam feri, tiada masalah..so far so good. Tapi setiap kali feri dilambung ombak yang agak besar, weh... gayat gak.
PATI..yang kat depan tu ketuanya...hihihi
kami berkampung di pusat-ko di Pulau Redang. ianya terletak berhampiran dengan jeti.  Seusai solat asar, kami dibawa ke pantai, untuk 'water confident'...alahai..sudah! rela dalam paksa...akulah...kami bertolak ke tepian pantai. huh...ganasnya transport kat sini.  kami ramai2 disumbat dalam anak lori, macam ikan sardin ...orang yang tak berapa muda ni, faham2 ajelah macam mana kami nak panjat anak lori ni, tertonggek2...huhuhu..gelihati aku...lagi2 bila dah berada kat dalam tu, macam "PATI" pendatang asing tanpa izin....wuhhh...jalannya...sangat2 mencabar...berbukit dan berbatu bata...sengal2 badanku diulik ayunan lori....melintasi berjaya resort, pehhh... menarik.  nantilah ada fulus lebihkan, nak jugak bawak suami dan anak...

inilah transport kami kat sana...



bila sampai kat sana....tolong..aku sebenarnya tak leh nak citer, masih terasa pedihnya mataku, masih terasa masinnya air laut yang masuk ke dalam tenggorokku...baru aje nak mula water confident, aku hampir2 lemas. nasib baik kawan aku perasan. pakai safety jacket tu....tapi tak leh jugak.  instructor puas memujuk aku...iskh2..makhluk sesat dari planet marikh agaknya nih...takut gila ngan air laut...last2, aku menjadi penonton aje kat tepian pantai.  melihat kawan2ku yang begitu teruja.  Malam tiada aktiviti menarik, cuma penerangan untuk aktiviti  esok. kami semua tidur mati...letih dan penat plus lemas...akulah tu...hihihi..
itu baru satu peristiwa di pulau redang....senang2 nanti aku citer pulak insiden2 lain yang menggempakkan di pulau redang nan indah....
ikan2 yang bergembira menyambut kami...

Khamis, 6 Januari 2011

muhasabah diri 2...

Apa yang ada pada bilangan 40? kalau ianya melibatkan bilangan, tiada bezapun dengan nombor2 lain. kalau ianya melibatkan duit, mungkin RM40 tidak sebesar mana berbanding dengan nilai RM40 ribu. Tapi kalau ianya melibatkan umur, bannnnnnnnyakkkk pandangan dan berbeza.
Apabila aku bertanya kepada kawan2ku, ada yang berpandangan..."krisis umur pertengahan" kawanku melontarkan pandangan. " perasan nak jadi macam remaja, berimejkan remaja, pakaianpun macam remaja, gelagat macam orang muda.." tempelak kawanku yang kedua. pandangan sinis..."simpton2 awal untuk menoupouse" huh..ganas tu...
tak kurang juga yang beranggapan..."perempuan ni kalau dah masuk usia 40, bukan main lagi mereka bergaya..kalau lipstik tu, sebatu dah nampak merahnya.., kalau dressing pulak, dia punya cutting ikut body, sampai terlupa bonjolan di sana sini... sampai malu den nak nengoknya...". kalau kawan lelaki pula, tak ade benda lainlah.." ..nak tambah sorang lagi.." huhuhu...bermacam2 pandangan mereka.
bagi aku sendiri, usia 40 itu sangat penting dalam perjalanan hidupku. usia 40 itu permulaan usia kematangan. kalau dulu, aku sering kali bertindak secara emosi tanpa berfikir secara rasional. usia 40 bermaksud sudah 40 tahun aku hidup. sudah 40 tahun juga aku mengharungi pelbagai onak dan duri hidup. sudah 40 tahun juga mengutip pengalaman di sepanjang perjalanan ini. dan jangan lupa usia 40 ini, aku semakin hampir kepada kematian, seolah2 sebelah kaki aku dah berada dalam kubur. bila dinilai banyak benar kekurangan atau kesilapan yang aku lakukan sepanjang meniti usia 40 ini. dalam usia ini barulah timbul perasaan ini...

Rupa2nya dalam al-Qur'an pun disebut tentang kepenting usia 40 ini. iaitu dalam surah al-Ahqaf ayat 15. firman Allah tersebut menjelaskan tentang permulaan usia untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan bertaubat dan melakukan ketaatan. ini juga bertepatan dengan sabda Rasulullah yang mafhumnya :

.."sesiapa yang tidak berubah (kearah kebaikan-masih melakukan maksiat) ketika usianya 40 tahun, maka dia telah mempersiapkan satu tempat duduk dalam neraka"

walaupun hadis ini tidak mencapai tahap hadis sahih (hanya dhoif), dan tidak boleh digunakan untuk penetapan hukum, tapi bagi aku sendiri, kalau untuk menimbulkan kesedaran diri, apa salahnya...
Rasulullah s.a.w sendiri mula dilantik menjadi rasul ketika Baginda berusia 40 tahun.

wahai diri hisablah dirimu, dimanakah kedudukan dirimu sekarang....adalah masih leka dengan ibadah, atau masih lena dengan maksiat....

wahai diri, sekali engkau masuk ke lubang kubur, tiada lagi laluan untuk keluar, kecuali hanya laluan ke syurga atau ke neraka.

wahai diri, apabila datangnya malaikat munkar dan nakir, bolehkan engkau menjawab pertanyaannya dengan baik, berjayakah engkau melepasi peringkat saringan ini?

wahai diri, bila beradu dalam liang lahad, siapakah yang menemani dirimu, si buruk yang busuk atau bidadari seharum kasturi?

wahai diri, mampukah engkau terbang melalui titian al-mustaqim dengan selamat? atau sekadar berjalan atau hanya merangkak atau yang lebih teruk lagi jatuh nun di bawah sana dengan api yang marak menjulang?

insaflah diri....usiamu pemberian Allah, walaupun hanya bilangan sahaja, tapi ada tanggung dan ada jawabnya....mampukah engkau menjawap di hadapan Allah nanti tentang pemberian ini?

Selasa, 4 Januari 2011

tanggung jawab atau sayang...

   Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang sangat relevan dengan tanggung jawab atau sayang...
misalnya, sebagai seorang pekerja....kita melakukan tugasan kita kerana rasa tanggung jawab atau kerana sayangkan tugasan tersebut. sebagai seorang isteri, kita menguruskan suami dan anak2 kerana tanggung jawab atau kerana sayang.. sebagai anak pula, kita berbakti kepada ibu bapa atas dasar tanggung jawab atau sayang.
   
   Pernahkah kita terfikir bahawa kedua2 perkataan itu mempunyai bentuk perilaku yang sama tapi impak yang berbeza. sebagai pekerja, kita melaksanakan tugasan tersebut walau atas dasar apa sekali pun. tugas kita sebagai isteri, menguruskan anak2 atau suami atau juga pengurusan rumah tangga tetap berjalan lancar walaupun atas niat apa sekalipun.

   Bila kita lakukan atas dasar tanggung jawab, diakhir tugasan nanti pasti kita akan kelelahan dan mudah berputus asa. tetapi bila kita lakukan kerana perasaan sayang dan cinta kita, kita pasti akan melakukannya dengan terbaik dan tanpa rasa jemu atau putus asa.
 
   Dalam beribadah kepada Allah, konsepnya tetap sama...kalau kita lakukan ibadah kerana tanggung jawab kita sebagai hamba, maka kita akan lakukan seadanya..ataupun mungkin kita macam 'hangat2 tahi ayam'....dah habis gasnya, hilanglah mood kita. ataupun bila kita berdoa kepada Allah, lambat makbulnya kita akan kecewa...


   Lakukan ibadah kerana cintakan Allah, pasti rasanya berbeza. lakukan ibadah kerana sayang kepada Allah, ini akan menyebabkan timbul rasa cemburu bila melihat orang lain melakukan ibadah lebih daripada kita.
bila kita lakukan apa sahaja, kepada Allah, ataupun kepada makhluk Allah disekeliling dengan penuh kasih sayang, tanpa ada pelbagai 'intentions', maka kita akan mendapat balasan kasih sayang.

   Itu yang disebut dalam pepatah : kalau bercakap lahir dari hati yang ikhlas, maka ianya akan jatuh ke hati juga, oleh itu kalau kita bercakap hanya lahir dari mulut aje, maka telinga kanan mendengar, keluar telinga kiri.


So, buatlah sesuatu dengan penuh makna, lahir dari hati yang ikhlas, matlamat kita kerana Allah dan untuk mendapatkan mardhatillah.... 

klik...