I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 12 Disember 2011

Nasi Ayam Cik Jah

Rasa2nya ramai yang dah teror buat nasi ayam.  Cuma ini nasi ayam versi akulah....mungkin orang lain punya versi lagi sedap kut. Just care to share aje...

A. Nasi Ayam Cik Jah
Bahan2 :
3 pot beras yang dah dibersihkan dan ditoskan.  Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang 
3-4 hirisan halia dan dimayang - untuk sedap gunakan halia yang masih muda
3 helai daun pandan
Sedikit marjerin
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara2 :
1.  Panaskan periuk dan masukkan marjerin/mentega.  Tumiskan bahan yang dimayang halus sehingga terbit bau.  Masukkan daun pandan. kacau.  Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan garam.  Bila mengelegak masukkan beras.  Nasi dimasak seperti biasa.

B. Ayam 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam dibersihkan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1/2 cawan kicap manis kipas udang
Ayam siap untuk dipanggang....
3 sudu makan sos tiram ( additional sahaja. kalau tak ada tambahkan garam secukup rasa)
1 sudu makan madu (kalau tak ada, tambahkan sedikit gula)
(tak perlu sebuk perasa sebab kicap tu memang dah banyak serbuk perasanya)


Cara2 :
1.  Semua bahan diblend sehingga hancur.  Perapkan ayam dengan bahan ini, agak2 dalam 10-15 minit sahaja.
2.  Ayam dipanggang selama 35 minit dengan suhu 250c, atau boleh sahaja digoreng.  Cuma nanti mudah hangus dan berwarna agak kehitaman, so be carefull. 
3.  Bahan lebihan perapan tadi dimasak sehingga mengelegak - untuk dijadikan pencicah kicap.Angkat.

C. Sup
Bahan2 :
Air rebusan ayam
sedikit halia diketuk
sedikit lengkuas diketuk
2 ulas bawang merah diketuk
1 ulas bawang putih diketuk
2 keping asam keping
1 sup bunjut
Garam, gula dan serbuk perasa


Cara2 :
Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus  hingga betul2 masak.  Perasakan dan angkat.  Taburkan dengan bawang goreng serta daun bawang. Petua untuk sedapkan semua jenis sup: bersihkan bahagian bawah batang daun sup dan daun bawang (bahagian akarnya) dipotong dan masukkan bersama rebusan sup tadi.  

Sup, pencicah : kicap dan air lada
D. Pencicah Kicap dan Air Lada
 Pencicah kicap : Lebihan perapan ayam tadi 

Bahan Air Lada :
3-4 biji cili merah yang besar
2-3 biji cili  kecil
1 biji tomato dipanggang
3 ulas bawang merah dipanggang
2 ulas bawang putih dipanggang
Garam
Gula
Cuka


Cara2 :
Semua bahan diblend halus. Masak bahan tadi sehingga mengelegak.  Kalau agak cair, masak sehingga sedikit pekat. Rasakan manis dan masamnya biar lebih sikit


E. Additional 
Mentimun
Daun salad
Buah tomato
Nenas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...