Petang tadi, dari kejauhan aku melihat layang-layang sedang terbang di udara. Berliuk lintuk di udara dibuai angin petang. Hummm...cuaca yang bagus, angin yang sesuai...seronok tengok budak-budak bermain layang-layang. Tentulah mereka lagi seronok.... berjaya menerbangkan layang-layang mereka ke udara. Bukan senang untuk berjaya, ramai juga yang kecundang..
"Seronok jadi layang-layang" suamiku memecahkan kesunyian.
"Kenapa bang, apa yang seronoknya jadi layang-layang?" aku tertanya-tanya, jadi layang-layang seronok?, bukan boleh pi shopping ke, atau baca novel ke...hehehe..
"Yelah...dapat lepas bebas di udara.."suamiku memberi pandangan. "Oh...ye ke layang-layang dapat lepas bebas?" aku provoke suami. "Ish...bebaslah tu...terbang ke udara, kita mana boleh terbang bebas macam tu?" suamiku memberi respons."Eh..eh..eh..cuba abang tengok, layang-layang tu tak bebas, ada tali yang mengikatnya. Saya rasa, kalau lepas bebas...mesti dah entah kemana-mana layang-layang tu terbang, paling-paling mesti dah tersangkut kat mana-mana pokok" aku menambahkan rencah perbualan..."Emmm...betul jugak kan.." suami memandangku dengan senyum kambingnya...
Perbualan habis di situ, tapi aku masih berfikir tentang layang-layang itu. Layang-layang itu persis hidup kita. Kita mahu bebas, sebebas-bebasnya. Kita nak jadi macam layang-layang. Terbang ke mana sahaja kita suka. Tak nak terikat dengan agama. Agama mengongkong kebebasan. Konon nak jadi orang I.T (Ikut Terlintas), semua nak buat. Agama letak tepi.Gua punya sukalah, nak buat apa...Mungkinkah begitu?
Timbul pertanyaan, kenapa layang-layang itu masih kekal di udara, tidak jatuh ke bawah? Sudah tentulah angin yang menjalankan tanggungjawabnya. Tapi yang paling penting sekali kerana adanya tali pengikat layang-layang serta kemampuan pemainnya untuk menarik dan melepaskan tali tersebut ("chut tali" -istilah orang Kelantan).
Tali itulah sebenarnya agama. Tali itulah yang menyebabkan kita masih selamat terbang di udara. Tanpa tali itu, sudah pasti kita kan terbang melayang-layang, hilang arah tujuan, hilang tempat bergantung hingga tersangkut kat mana-mana pokok. Kalau dah tersangkut tu, mestilah layang-layang kita dah rosak atau koyak rabak, akhirnya buang ajelah...kita beli yang lain.
Hidup kita dan layang-layang? Fikirlah sendiri perkaitannya...kalau anda berfikir menggunakan mata hati, anda telah temui jawapannya di situ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan