I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

hidup berumahtangga....

     Gambaran hidup berumah tangga umpama kita melihat pemandangan menerusi bola kristal.  Sangat cantik dipandang, tak jemu mata melihat.  Serba sempurna. Serba menarik. Tiada cacat celanya...sempurna.itu kalau lihat dari luar, agak2nya kalau kita duduk kat dalam tu seronok tak?...

     Hidup berumah tangga begitulah juga...seronok dipandang dari luar. Indah dilihat dari luar.  Serba lengkap dan sempurna. Indah dan menarik. Kita melihat sepasang suami isteri dan anak-anak...seronoknya hidup seperti mereka.  Emmm...mesti bahagianya menjadi seperti pasangan itu.

     Melihat kepada suaminya, yang nampak caring dan loving, mesti dia seorang yang sangat prihatin dengan isterinya, mesti dia seorang yang sangat menghormati isterinya, mesti dia seorang yang sangat menjaga hati isterinya, mesti dia seorang yang tidak ego yang bersedia menerima pandangan dan cadangan isterinya, mesti dia seorang yang bersedia mendengar rintihan dan luahan hati isterinya, mesti dia melayan isteri dengan selayaknya ...ohhhhh..alangkah seronoknya kita mendapat pasangan seperti itu. Loving couplelah gitu...

     Melihat kepada isterinya, dengan penuh kelembutan dan kesopanan melayan suami dan anak, fuhh..very loving. Pakaian cantik bergemerlapan, mesti dia seorang isteri yang sedang bahagia menerima kasih sayang suaminya, kerana dia sentiasa dihormati oleh suaminya, mesti dia seorang yang bahagia kerana suaminya sentiasa melayannya sebagai layaknya seorang isteri....ohhhhh...pasti bahagia hidupnya. Pendek kata serba indah dan menarik.

     Tapi hidup yang sebenar tidaklah seindah itu, hidup yang sebenar tidaklah seseronok seperti itu.  Suami yang anda pandang kat luar itu caring, tidak semestinya dia memang seorang yang sangat caring kepada isterinya, suami yang anda pandang baik dan sopan itu, tidak semestinya dia baik dan sopan kepada isterinya, juga tidak semestinya dia bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan isteri, juga tidak semestinya dia melayan isteri selayaknya sebagaimana dia melayan mana-mana perempuan yang berurusan dengannya, atau dia bergaul bersama kawan-kawan perempuan yang sepejabat dengannya... huh! jangan haraplah...lelaki ni belum dapat, digembelingnya segenap usaha semata2 nak pikat perempuan, siap hafal skrip ayat2 cinta, tapi bila dah jadi hak dia (ehhhh...isteri nih hak milik suami ke?) dibiarnya kita mencari makna bagi setiap kata dan lakunya. Lalu disitu berlakulah pertembungan antara 'makna' kita dan 'niat' dia...

    Begitu jugalah dengan isteri....pandangan dari luar lebih indah dari pandangan di dalam. 

   Jadi bila anda nak berkahwin atau ada cadangan untuk berkahwin atau pun yang sudah terkahwin, janganlah letak expectation yang tinggi terhadap pasangan anda. Janganlah berkhayal nak jadi seperti puteri2 atau putera2 dalam fairy tales, atau membayangkan pasangan anda akan melakukan begitu begini, kerana bimbang nanti kecewanya umpama anak ayam dilanggar lori balak...sebab apa yang anda bayangkan tak akan sama dengan apa yang anda alami di alam realiti...

Selasa, 21 Jun 2011

katak oh katak...

Suatu petang yang hening, akau dalam keboringan tahap gaban,tak tahu nak buat apa2.  Tiba-tiba....terkejut aku, ada sesuatu yang bergerak2 di hadapanku. Aku cuba fokus. Opps...cepat aje ianya bergerak, tak sempat aku nak konsentrate.  Apa bendanya tu...asyik bergerak-gerak sahaja. Tak sempat aku nak kenal pasti apa bendanya tu...sekejap2 hilang, lepas tu ada lagi.  Macam biskut 'chipsmore'lah pulak, sekejap ada, sekejap tak ada...
  Hah! tu dia aku dah nampak. Aku berusaha untuk melihatnya dengan jelas, kalih ke sana, kalih ke sini....aku mencari posisi yang sesuai supaya aku boleh melihatnya dengan jelas.  Dalam keadaan kalut itu, sempat lagi aku berfikir...alangkah bagusnya kalau aku dapat rakamkan 'benda' tu.  Aku pun bergegas untuk mengambil kameraku. Puas menyelongkar, emmm...baru jumpa.  Cepat2 aku menuju ketempat kejadian tadi.  Yelah, nanti dibuatnya 'benda' tu menghilangkan diri, rugilah.  Bukan senang nak dapatkan pose yang menarik ini....so, inilah pose2 yang menarik dari si 'dia' yang comel.  Tapi yang menariknya, habis aje aku tangkap gambar, dia terus aje menonong berlalu pergi....hehehehehehe...
Ini antara untuk senaman 'katak'....

Baiklah...mula2 regangkan kaki dan tangan...buat begini ye...

ok..ikut  saya....up...down...up...down

Rabu, 15 Jun 2011




Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”


Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.


“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI


Komen Cik Jah...
Berbuatlah apa sahaja, tapi fikirlah dulu berlandaskan agama....
Agama bukan bahan untuk dijadikan gurauan...
Dan jangan sekali2 kalau nak bergurau kita gunakan isu berkaitan agama
Walaupun benda2 yang remeh temah atau simple
sebab kesannya amat membahayakan...
Iman umpama senipis kulit bawang, mudah terkoyak
Kalau tersilap sikit, boleh menyebabkan hilang iman dan agama
Kalau nak bercakap juga isu berkaitan agama, sila bertanya kepada yang lebih tahu..

Kepada pelukis yang berkenaan...
berapa ramai orang dah hilang kepercayaan kepada agama,
berapa orang yang dah mempertikaikan hukum Allah,
berapa orang yang dah tergelincir imannya,
hanya semata2 lukisan anda....
semuanya anda akan tanggung dan jawab di hadapan Allah nanti...
bertaubatlah dan bersyahadahlah semula...
anda sedang mempertikaikan keEsaan Allah dalam bab syariat yang telah ditetapkan olehNYA....

Bila kita masuk Islam, 
maka kita kena menerima segalanya...suka atau tidak...
SEMUANYA...
Bila anda mengucapkan kalimah syahadah...
maka Islam perlu diterima
bukan hanya ibadah fardhu, tetapi semua sekali ketetapan Allah...
daripada sekecil2 perkara....contohnya cara masuk tandas,
sehinggalah perkara yang besar2....contohnya dalam hal ehwal negara
Sebab Islam itu sempurna dan syumul...
tiada benda yang tertinggal, semuanya ada, 
sebab....Allah yang mmencipta manusia dan DIA MAHA Tahu semua keperluan manusia...
seperti tukang meja, dia tahu apa yang diperlukan untuk memastikan meja itu boleh berfungsi dengan betul...
Islamlah keseluruhannya....jangan ambil separuh2...


Isnin, 13 Jun 2011

mencari bahagia II...

Bahagia itu dari hati
Carilah bahagia dari dalam diri
Mustahil engakau dapati
dari luar diri

Hati yang terikat dengan dunia
pasti tidak akan bahagia
kerana penat mengejar dunia

Hati yang hitam dek  maksiat
pasti tidak akan pernah menemui bahagia
kerana hati itu punca segala bahagia

Hati yang kecewa
pasti tidak akan bahagia...
kerana penat berusaha
mengubat lara

Hati yang penuh hasad dengki
pasti tidak akan bahagia
kerana penat mencari
kekurangan orang sampai lupa diri sendiri

Hati yang penuh syak wasangka
pasti tidak akan bahagia
kerana penat menduga
betulkah syak kita
atau salahkah wasangka kita

Hati yang penuh dendam kesumat
itu umpama api yang membakar diri
hingga sakit sendiri
kerana dendam itu dari syaitan yang berapi
lalu membakar diri

Untuk bahagia...
hati perlu bersih
dengan zikruLlah
disitu engkau temui ketenangan dan kebahagiaan seluruh kehidupan

Lapangkan hatimu dengan kemaafan
di situ engkau temui keindahan sebuah ikatan

Sirami hatimu dengan sifat redha dan qanaah
di situ engkau temui kepuasan nikmat anugerah Allah

Penuhkan hatimu dengan sangkaan baik
di situlah engkau akan rasai nikmat hidup bermasyarakat
marahmu bukan untuk dihapus
tapi untuk diurus


nukilan
cikjah@journalperjalananhidupku
jun 2011

Jumaat, 10 Jun 2011

Mencari Bahagia....

     Hidup ini sangat complicated.  Banyak benar mehnah dan ujian hidup yang perlu kita lalui setiap saat dan ketika. Kadang kita jadi stress, duit tak ada, kalau ada pun cukup2 makan sahaja.  Bisnes kita tak berjalan lancar.  Macam2 dah kita lakukan untuk mendapatkan wang, supaya kita boleh beli macam2. Dah macam2 MLM atau direct selling kita join, tapi tak jadi jugak. Last2, untung tak dapat, modal entah ke mana.

     Hummm.... kereta rosak, nak gunakan duit juga tu. Road tax dan insurans lagi nak kena bayar.  Petrol nak kena isi, kalau tidak tak bergeraklah kita. Maintainance kereta nak kena guna duit jugak.Itu belum citer pasal tuan kereta lagi. hahahaha...maintainance kereta dan tuan kereta jugak nak kena fikir. Kadang2 tu maintainance kereta lagi mahal daripada tuannya.Dan lagi teruk kalau dekat2 dengan akhir bulan. Mahunya makan maggi hari2...hah, itu kalau bujanglah.  Kalau yang dah berkeluarga tu lain pulak citernya. Hari2 makan sardin...sampai anak binipun dah jadi macam muka sardin.


    Tengah2 kita pening kepala dok berfikir macam mana dari mana nak cekau duit, tetiba pulak dapat masalah sampingan....anak kita kat kolej nak pakai duit. Abang kita pulak dalam keadaan terdesak, nak hutang lah pulak dengan kita. Hummmm...kita sendiripun hutang keliling pinggang.  Mak atau ayah pulak sakit, nak guna duit juga tu. Ish2...bertimpa2 masalahnya, macam sudah jatuh ditimpa pintu pulak (sebab sekarang rumah dah tak ada tangga macam rumah dulu2...huhuhuhu..sorilah cik pah ye)...fening2 kepala. Di buatnya pada masa yang sama, kita jugak ada masalah problem dengan pasangan kita. Huh...boleh pecah kepala nak memikirkannya. Kan seronok kalau dapat jadi macam kanak2, hidup mereka bahagia aje, tak ada masalah apa2pun....just enjoy their life time.

    Lepas tu,  kita pun mulalah nak membandingkan diri kita dengan orang lain.  Kenapa aku tak jadi macam dia, seronok sahaja, macam tak ada masalah. Kenapalah nasib aku jadi begini, tak sebaik nasib orang lain. Lama2 nanti, akan terbit perasaan bahawa hidup ini tidak adil....tak baik tu cik pah, macam dah tak redha pulak dengan kadak dan kadar Allah SWT. Kalau dah begitu, hati pun tak bahagia. dada rasa macam sempit sahaja. Nafas yang kita sedut, macam tak berapa nak masuk aje. Monyok aje. Rupapun dah tak nampak macam muka orang.

Kenapa jadi begini?

Muhasabah diri.... penyelesaiannya:

1.  Jaga solat fardhu ditunaikan denga khusyuk, sempurna dan penuh makna.  Bukan asal solat aje...tu tak  ada makna tu. You've to feel it.


2.  Tutup aurat. Jaga batas pergaulan.

3.  Ingat Allah. Ingat ketika solat tu memang dah wajib.  Yang kat luar solat?  Matlamat hidup bukan untuk hiburan semata.Kalau hari2 telinga disumbat dengan lagu2 yang melalaikan, mata pulak dijamu dengan     benda2 maksiat...tak cukup kat dunia reality, kat dalam tv pun banyak maksiat, bila masa pulak kita nak      ingat Allah. 
     Apa kaitannya? Rezeki dari Allah, kalau dah dikelilingi maksiat, ada ke peluang untuk kita dapat rezeki      yang diberkati dariNYA?


4.  Jaga hubungan dengan ibu bapa.  Sebab doa atau apa sahaja yang keluar daru mulut ibu bapa ni makbul.     Jadi,  jaga hati dan perasaan mereka

5.  Jangan berbohong atau menipu orang.


6.  Jangan panjang angan2 tentang masa depan. Bina impian dan merancang tak apa. Jangan jadi macam Mat      Jenin pulak.  Berangan sahaja. Tapi tak ada tindakan susulan.

Amalan-amalan sunat untuk memperoleh rezeki yang diberkati Allah : 
a.  Solat sunat Dhuha. Minimum 2 rakaat. 
Masanya: 28 minit selepas syuruk, kebiasaanya, dalam pukul 7.40 pagilah, tamatnya : masuk waktu zohor.  Huh...sempat tu sebelum masuk pejabat, buatlah. 
Caranya : very simple, seperti solat sunat lain jugak, cuma niatnya : Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala. 
     Lepas tu iringilah dengan doa khusus ....usahakan, banyak sumber carilah.Ganjarannya : selain murah rezeki, sebuah istana dalam syurga bakal menantinya.


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 

b.  Amalan membaca surah al-waqiah selepas solat maghrib atau kalau tak sempat, sebelum tidur. 

c.  Banyakkan membaca doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang Sahabat Baginda :


   Amalan2 di atas tu, rasa2nya ramai yang dah tahu...cuma mungkin terlupa. Tapi tak pelah sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua.  Semoga dapat diamalkan oleh semua dan kita semua dapat menemui kebahagiaan di dunia dan yang paling penting kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.  Dan sekiranya hati pembaca terjentik hati untuk mengamalkannya, di situlah beradanya keikhlasan kita bersama.  Semoga ianya menjadi pahala amal jariah untuk saya....

klik...