I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 23 Disember 2012

Buttermilk Pancakes...

Alahai hujan tak berhenti2 lagi.  Rasa2nya dah lebih seminggu hujan tak berhenti2, tak delah tersangat lebat, tapi "bbeghet" hah! itulah istilah yang paling tepat yang kami gunakan untuk menggambarkan hujan yang tiada hentinya. Musim hujan, bukan musim untuk berhibernasi, tapi...tak tahulah kenapa...mulut ni mesti nak mengunyah aje...lapar aje...Hummm...kalau pekena lempeng sedap jugak ya, makan panas2...

Buttermilk pancakes nih...nak buatnya very easy, walaupun bunyi macam western food, hihihihihi ...alah, lempeng le...tapi sedap...so aku nak kongsilah resepinya :

Bahan2 :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan buttermilk
1/4 cawan fresh milk
2 sudu besar butter-melted

Seving :(additional)
butter cubes
fresh strawberries
topping strawberry

Cara2 :
Satukan semua bahan dalam mangkuk, dan sebatikan semua sekali dengan senduk aje...
then boleh lah bakar menggunakan non stick pan, gunakan api perlahan
boleh dimakan dengan apa2 aje yang anda suka...

Tak ada "buttermilk?", nak beli kat mana eh, ada masalah? 
Buttermilk nih anda boleh buat sendiri:
1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka, 
biarkan sebentar dalam 10-15 minit anda akan dapati susu akan jadi agak pekat. 
Anda juga boleh gantikan cuka tu dengan jus lemon, atau jus limau kasturi atau yang canggih sikit cream of tartar....
Ish2...cik jah mana kau tahu semua nih? herannya aku...kagum2...
Alah cik pah oiiii....aku godek dari internetlah....hahahaha...bangganya aku...

Isnin, 3 Disember 2012

Swiss Roll Koktail...

Hummm...lama aku meng'up-date' blog nih...dah bersawang gamaknya...bukan apa bila dah cuti2 nih, rasa macam nak cuti semuanya...rasa macam nak bermalas-malasanlah pula...

Oklah...sambil layan kemalasan ini, aku mencuba beberapa resepi yang aku 'godek' dari internet...Beberapa minggu lepas aku ada juga mengikuti kelas memasak..Swiss Roll... Tapi tak berapa syok la..Cikgunya ajar cara nak buat swiss roll pakai tepung segera...aku barang segera nih tak berapa minat...risau gak apa kebende yang dimasukkan dalam tepung tu. At last aku godek2 internet dan jumpa resepi yang paling simple tapi sedap...resepi dari hanamemories.blogspot.com
Terima kasih dan sori ye Hana ada yang saya ubah, ikut apa yang ada kat dapur saya...hihihihihi...


Bahan kek :
3 biji telur
50 gm gula
60 gm tepung diayak
1 sk esen vanilla
pewarna/perasa -strawbery emulco

Filling:-frosting krim chis
150 gm cream cheese
150 gm whipping cream(aku guna fresh cream...sebab itu yang ada )
30 gm gula
1 sk lemon jus (aku guna limau kasturi aje...)
Bahan lain :
1/2 cawan fruit coktail tanpa airnya- sebab aku nak buat swiss roll coktail

Loyang : saiz 27cm

Cara2 ;
1.  Panaskan oven suhu 180.
2.  Pukul telur dan esen vanilla hingga berbuih, kemudian masukkan gula.  Terus pukul hingga telur betul2 kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung sikit2. Hanya kaup balikkan aje..hingga sebati.
4.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian plain dan satu bahagian lagi letak strawbery emulco.
5.  Alas loyang ngan baking sheet dan dilengser dengan sedikit marjerin. masukkan adunan ke dalam piping bag. Secara selang seli picitkan ke dalam acuan. Bakar selama 10-15 minit.
6. Filing - mula2 pukul krim chis hingga gebu dan agak putih kemudian masukkan semua bahan lain kecuali jus kasturi (itu last sekali). Dah siap, boleh  sapukan filing dan taburkan fruit coktail dan gulung dengan kemas. Sejukkan dulu agak 3-4 jam barulah dipotong.

p/s
Aku try kali ke3 baru jadi elok....beberapa pengalaman tidak menjadi:
1.  Pastikan peralatan mixer dibersihkan dan kering kalau tak telur tak berapa kembang.
2.  Pastikan telur betul2 kembang, kalau tak... dalam kedua2 situasi tadi akan menyebabkan kek anda bantat dan tak gebu.
3.  Pastikan saiz loyang ikut yang ditetapkan oleh sumber resepi ini iaitu Hana, supaya anda boleh gulung dengan selamat. aku guna loyang ikut ada aje, lastly, kek aku pecah2, tak cantik tapi sedap..

oklah...kek ni berbaloi untuk dicuba ye...
"EZY TO TRY N NICE TO EAT" ...
                                          SELAMAT MENCUBA

Rabu, 17 Oktober 2012

oreo cheese cake sedap..

OREO CHEESE CAKE

Bahan-bahan :

1. Base
 100 gm biskut marie
 100 gm biskut cracker –apa2 brand pun tak apa
 100 gm butter dicairkan atau  minyak jagung…

Cara membuatnya :
1.  Kisar kering kedua2 biskut.  Campurkan dengan butter atau boleh jugak gunakan minyak 
jagung.  Sebenar aku agak2 aje kuantiti minyak tu, agak2 sampai biskut tadi jadi agak lembab (agak2 aku dalam 6 camb atau ¼ cawan).
2.  Kemudian tekan padat dalam loyang. Alas dulu loyang tu dengan aluminium foil,nanti
lebih senang bila nak keluarkan kek.  Sejukkan dalam peti ais selama 20 min or so….. tapi aku tak buatpun....

2.  Filling kek :
250 gm cream cheese
40 gm gula halus
30 gm tepung gandum
3 biji kuning telur
100 gm whipping cream – anggaran ½ cawan

3 biji putih telur
60 gm gula halus

1 peket kecil biskut oreo – dibuang krimnya dan dibelah empat

3. Topping
100 gm blueberry  @ strawberry 

Cara-cara membuatnya :
1.  Putar cream cheese hingga ringan.  Masukkan gula halus dan putar lagi sehingga sebati
2.  Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3.  Masukkan kuning telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga sebati.  
4.  Kemudian tambahkan whipping cream dan putar lagi hingga licin.
5.  Dalam bekas lain : pukul putih telur hingga berbuih dan kembang.  Kemudian masukkan
gula dan pukul lagi hingga kental atau istilah tepatnya : meringue. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.  Tak perlu dipukul, hanya kaup balikkan sahaja dengan menggunakan sudip.  Kemudian masukkan biskut oreo. Gaul sekejap.
6.  Sapu sedikit topping ke atas base tadi, kemudian barulah dituangkan adunan cream cheese tadi.
7.  Bakar dengan kaedah water bath – alah macam kukuslah jugak. Bahagian atas adunan kek, kat bawah pula letaklah air
      Suhu : 160
     Api : atas bawah sahaja
     Masa : 45 – 1jam atau hingga nampak agak kekuningan
9.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.  Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau
semalaman.  Bila tiba time nak makan barulah letakkan topping. 
     Hummmm…yummy…sedap.












Ahad, 14 Oktober 2012

Kawan Lama...

Hummmmm....baru2 ni aku ada jumpa dengan kawan lama. Kawan yang sama2 belajar kat sekolah menengah dulu dan terus bersambung sampailah kat universiti.  
Itulah, semenjak beberapa hari sebelum tu, mata kanan aku asyik bergerak2 aje...
kata orang nak jumpa orang jauh...betullah tu atau kebetulan aje? 
Bila dah jumpa tu, biasalah sembang2...
Soalan famous : Dok kat mana sekarang?
                        Kerja kat mana sekarang?
                        Anak berapa orang sekarang?
                        Isteri dah berapa orang 
                        sekarang?...Hehehehe...kalau 
                        kawan lelaki lah.
                        Suami kerja apa, kat mana?

Yelah...dah lama tak jumpa
Banyak cerita dan berita yang dah tertinggal...macam semalam yang ku tinggalkan gitu...
Tapi ada soalan yang agak menyentuh hati...
soalan yang terpaksa aku analisis betul2 kat dalam kepala aku ni...
"Awak pakai keta apa sekarang?" Hullamak...apa punya soalan pulak ni
Weh! Soalan apa ni? Soalan menguji minda ke, atau soalan menguja minda?
Wella!... cik pah oiii...apa perasaan mu tika ditanya begitu oleh kawan lamamu...
Adakah sama rasa macam yang ku rasa sekarang ini?
Kecik hati aku tau!...
Aku tahulah...kawan aku tu bukan sekadar HONDA, tapi bapak segala HONDA dia boleh beli...
Actually, aku pun boleh aje kalau nak beli HONDA tu...bukan tak nak beli pun...cuma kalau beli tu motor HONDA kapchai ajelah...hahahahaha...
tapi....yang nih ajelah yang aku mampu...bersyukurlah jugak

Rabu, 26 September 2012

Homestay cik jah...

Assalamualaikum semua....

Nak bercuti habis anak beranak, atau menghadiri majlis perkahwinan atau pun untuk apa2 aje yang nak dibuat di Kelantan, dan perlu tempat penginapan yang murah tapi selesa? Cik Jah ada jawapannya...

Hahahahaha...... (cik pah gelak) Macam professor serba tahu lah pulak cik jah nih...
Betullah cik pah oiii...Ada satu homestay yang menepati piawai itulah....Homestay cik jah...

Lokasi :
Terletak di Kg Kebakat, Wakaf Bharu.
5 minit untuk ke Pasar Wakaf Bharu, yang terkenal dengan Pasar Paginya (setiap hari Jumaat) dan pasar malamnya pula macam-macam ada (malam Jumaat)
25 minit perjalanan ke Pengkalan Kubor
10 minit ke Kota Bharu
15 minit ke Wakaf Che Yeh
45 minit ke Rantau Panjang

sangat2 strategikkan cik pah?...

Spesifikasi rumah :
- 3 bilik tidur dan 2 bilik air...
- ruang tamu dan ruang dapur
- dilengkapi dengan kemudahan asas 

 Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi: 
En Fauzi b Awang (019-9167583)...aku punya setiausaha....hahahaha

Apa2pun kita layanlah dulu pic...zassssssssssssssss








Jumaat, 21 September 2012

Kek Coklat Kukus Sedap

Favourite si dara...
Alahai....si hitam manis...
Sedap agaknya, sekali tibai 6 biji...Akupun bersemangatlah nak buatnya...Adalah beberapa kali membuatnya...very simple, tapi sedap.  Aku dapatkan resepi ni dari internet...lupalah pulak namanya..apa2pun thank you very much..sebab memang sedap...

Bahan2 :

3 biji telur
1 cawan gula halus (aku gantikan dengan 'brown sugar..sebab nak habiskan stok yang ada...tapi rasanya lagi  sedap, sebab kurang manisnya)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas

Bahan untuk diayak bersama :

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung kek (kalau tak ada, boleh jugak ganti dengan self raising flour...sebab itu aje yang aku ada)
1/2 cawan serbuk coklat/koko pun tak apa
1 camca teh soda bikarbonat

Cara-cara :

1.  Panaskan pengukus.
2.  Telur dipukul hingga kembang + gula + susu + minyak - dipukul hingga sebati.
3.  Masukkan bahan yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaup balik saja adunan itu.
4.  Tuang air panas perlahan2 dan sebatikan adunan tersebut.
5.  Acuan : lengserkan dengan marjerin atau alas sahaja dengan aluminium foil.  Boleh juga menggunakan paper cup kecil (masukkan ke dalam acuan lompang) atau saiz muffin.  Kukuslah hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit. 
 6.  Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan.....

Apam Polka Dot Cikjah...

Atas permintaan anak dara aku, maka aku cubalah mengeraskan tangan ini untuk mencuba resepi apam polka dot nih....Hummmmm...macam2 betul.
Fenomena hari ini, semuanya nak polka dot....Baju corak polka dot...tudung polka dot....apam pun polka dot jugak...
Sebenarnya resepi ni aku dapatkan dari Ani Sweety...thanks my sweet...


Bahan2 (A) :
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 camca teh ovalette
1 camca teh esen vanila
3/4 cawan susu segar @ susu cair

Bahan2 (B):
1 sudu besar baking powder
2 1/4 cawan tepung gandum
- Diayak bersama

Bahan2 Lain :
Filling secukupnya (strawberi/coklat/blueberi/kaya)
pewarna
papercups medium
acuan kuih lompang

Cara-cara :
1.  Sediakan pengukus.
2.  Bahan A : telur + gula + ovalette + esen di pukul kembang + susu dan dipukul lagi hingga betul2 kembang dengan menggunakan kelajuan maksima 
3.  Kemudian masukkan bahan (B) dan dipukul sehingga kembang, pekat dan likat, agak2 dalam 6-8 minit jugaklah.
4.  Bahagikan adunan mengikut warna kesukaan anda.
5.  Letakkan papercup dalam acuan lompang.  Dengan menggunakan piping bag, picit adunan ke dalamnya agak2 separuh daripada papercup tu, kemudian letakkan filling (boleh jugak gunakan piping bag..untuk lebih senang)
6.  Masukkan pula adunan yang berbeza warna sehingga memenuhi 3/4 papercup itu. 
7.  Kemudian bolehlah dot2kan mengikut kreativiti anda. Dan bolehlah dikukus selama 10-15 minit....

SELAMAT MENGERASKAN TANGAN ANDA!...





Kek Lapis Cikjah...



Resepi ni aku dapat dari sorang kawan  masa kerja  kat Tawau beberapa tahun lepas...Kak Im atau Rahimah namanya....
Rasa keknya memang lumayan sedapnya....yelah dengan horlicks dan milo, mestilah sedap....
Hari tu masa sambutan raya kat skul aku bawa kek ni.... kengkawang dok mintak resepinya...so, aku share ajelah resepinya kat sini..

Bahan :
1 bar/250 gm mentega
1/2 cawan gula halus
3/4 - 1 tin susu pekat
2 gelas tepung biskut marie
1 camca teh baking powder
1 gelas milo/ boleh juga diganti dengan serbuk koko
1 gelas horlicks
10 biji telur



Cara-cara:
1.  Jerang periuk pengukus.
2.  Mentega + gula dipukul hingga kembang
3.  Kemudian dicampurkan dengan telur satu demi satu sambil dipukul sebati.
4.  Kemudian masukkan susu pekat - pukul sekejap + baking powder dan tepung serbuk marie dan dipukul hingga sebati.
5.  Adunan dibahagikan kepada dua : 1. Adunan pertama +  Milo, 2: Adunan kedua  + horlicks
6.  Kukuslah adunan selapis demi selapis. Pastikan betul2 masak setiap lapisan tu.   Mulakan dengan horlicks , milo dan akhir sekali juga dengan horlicks 

Selasa, 18 September 2012

Tips Di Dapur...

Assalamualaikum suma...
Apa khabar agaknya cik pah kita...juga apa khabar suri2 rumahtangga kita semua.  

Untuk ibu2 dan isteri ye..dalam sedar atau tidak sebenarnya our chores kat dapur tu semuanya adalah ladang pahala untuk kita...Asal sahaja kita meletakkan niat "Lillahi Taala", maka semuanya menjadi pahala untuk kita kutip di akhirat kelak...

So hari ni kan, cik pah aku nak kongsilah petua-petui rahsia turun temurun (...hahaha..macam nak bukak kilang jamulah pulak) yang aku kutip sepanjang perjalanan hidup ini bersama ibunda yang tersayang...

Tips sebelum memasak...
1.  Mak aku pesan, jangan lupa baca "Bismillah...." bila nak memulakan kerja kat dapur atau apa2 kerja. Pesannya selalu bila nak buka penutup "genuk" beras (bekas tempat isi beras lah), pun mesti baca 'Bismillah.."
2.  Segala pinggan mangkuk, periuk belanga, atau kuali kotor tidak boleh dibiarkan bermalaman tanpa dibersihkan dulu. Maksudnya singki perlu clear sebelum masuk tidur.  Mak aku kata nanti syaitan malam2 dok jilat pinggan mangkuk kotor kita.  Nanti rezeki susah nak masuk. Entahlah...rasional atau tidak alasannya tu...Emmmm...cuba imagine...geli geleman bulu hidungku...

3.  Pastikan segala peralatan memasak yang kita ambil kat tempat simpanan tu dicuci dulu sebelum digunakan, walaupun nampak macam dah bersih. Yelah, kita tak tahu apa yang merayap kat peralatan itu kan? Okey...rasional..rasional...

4.  Mak aku kata, nak memasak mesti dengan perasaan...mesti ada feeling nak memasak...rasa seronok ini akan menerbitkan keikhlasan.  Bila kita ikhlas, dapat pahala, orang yang makanpun rasa macam kenyang aje.. 
Hah! yang ni memang aku setuju sangat2. Selalunya kalau aku rasa malas, tak ada feeling...almost the time memang hancuss la masakan aku tahap tak berapa master chef nih . Tak sedap la, jadi enam jahanam la, takpun boleh campak dalam tong sampah aje..  Hihihi...pengalaman tu...
Oklah...aku membawa diriku dulu ye...tetiba rasa lapar sangat2...next time aku sambung lagi tip yang lain...

Ahad, 9 September 2012

Kesian cikgu....

Dunia semakin berubah.  Tugas guru juga berubah, semakin mencabar. Menghadapi karenah pelajar yang semakin beubah.

Kalau bercerita pasal sikap dan attitude pelajar, sangat menyesakkan jiwa ragaku sebagai guru.  10 tahun lepas.... rasanya tidaklah sesesak ini.
Puas aku berfikir, puas sudah aku mengorek, di mana silapnya....tapi agar sukar untukku memperoleh jawapannya.

Kalau 10 tahun lepas, jenuh aku nak menjawab salam pelajar, setiap kali bertembung dengan mereka. 
Hari ini jenuh pula aku nak mengucapkan salam, sebab mereka buat 'derk' aje..

Tak hormatkan guru....pandang cikgupun dah semacam....
siap boleh melawan lagi tu...
"Tumpang lalu cikgu.., berjalan sambil menundukkan badan, itu dialog dulu..
Kalau sekarang, mahu dilanggar aje cikgu...

Berpakwe makwe tak yah citerlah....
Alah, kami tak buat apa2pun, biasa2 ajelah cikgu...just pegang2 tangan, "kissing2" aje...
Huh! mereka tak tahu, itulah permulaannya kepada perlakuan zina...

Dalam kelas, cikgu mengajar...boleh dia berkhayal atau layan tidur...tak kira lelaki ke perempuan, sama aje...
Kalau ditegur, yang lelaki menjawab 2-3 juta patah perkataan...yang perempuan pula, muncuuuuuung aje sampai boleh sangkut 'hanger'....

Malas? Hummmm....aku lagi malas nak citer...
Kadang2 tu, cikgu macam SS (Syok Sendiri) masa mengajar...tak pun macam bercakap dengan kerusi dan meja...hahaha...nak buek macam mano...itu tanggung jawab kami

Kalau time periksa atau latihan...malas nak guna otak, sayang sangat otaknya tu...agak2 boleh disimpan kat arkib...
tak nak cuba jawab, paling senang tiru atau tidur aje...
Kesian cikgu....buat kerja tak cerdik....yelah, menanda kertas jawapan pelajar hasil daripada peniruan!

Kesian cikgu...stress, makan hati berulamkan jantung,
Nak denda, pa & ma pulak bising....
"Cikgu, don't u ever touch my son/doter"....Huh! Apo den nak buek? Guna mulut aje = membebel ajelah...kalau berani, sentuhlah....
membebel....membebel... sampai berbuih mulut..
Last2 aku jadi jahtin bebel (@ justin bieber)
Hahaha....

Alah cikgu, kan dah belajar macam2 pedagogi,aplikasi ajelah...haah, betul tu...
Dah macam2 methodologi, pedagogi, psikologi....huhhuhu..last2 dah habis gigi tinggal gusi..
Teori.... kadang2 terlalu ideal untuk diaplikasikan....
Kami yang menghadap budak yang bernama manusia, yang datang dari pelbagai latar belakang, yang lahir dari mak bapak yang berbeza, yang terdedah dengan pelbagai RADIOaktif, TVaktif, YOUTUBEaktif and so, and so...
yang telah pun menjadi buluh( huhuhuhu...sebab aku mengajar pelajar form 4 & 5).... 

Isnin, 18 Jun 2012

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum....Salam Rajab, salam Sya'ban dan salam coming soon Ramadhan!


Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya nih...


Persediaan Ramadhan :
1.  Rajab adalah bulan memohon keampunan dan beristighfar....so, banyakkan istighfar
2.  Sya'ban adalah bulan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w, jadi banyakkan selawat ye wahai diriku yang lupa...
3.  Ramadhan adalah bulan anugerah untuk hambaNYA yang bertaqwa...tetapkan target yang ingin dicapai wahai cik jah yang selalu alpa...


Wahai diriku yang selalu lupa:
Masuklah ke dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dalam keadaan bersih jiwa dan ragamu.  
Dalam keadaan dirimu  betul2 mengharapkan keredhaaNYA.  
Dalam keadaan dirimu bersedia untuk bermujahadah bagi mencapai  target sebagai orang yang bertaqwa.

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan...
Ya Allah, aku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Ramadhan is coming....

.

Ramadhan is a gift...


Ramadhan bulan seribu bulan...




Ahad, 17 Jun 2012

Selepas 5S...

Assalamualaikum semua....
Humm....lega sangat2. Akhirnya semua sudah 'settle'. Selepas bertungkus lumus selama beberapa bulan ini, akhirnya kami penghuni bilik UPP telah berjaya mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  Letih? memang. Penat?. Of course la...Kepuasan? Memang sangat2 puas.

Aku teringat kata-kata seorang motivator : " Kalau kita bekerja dengan hati bahagia, maka hasilnya pasti boleh melahirkan kepuasan yang tidak terhingga.  Kalau kita bekerja dengan penuh keseronokan, maka segala penat jerihnya dah tak terasa. 
Projek 5s...bukan sedikit masa yang dihabiskan, bukan sedikit tenaga yang dicurahkan, bukan sedikit peluh yang meleleh (walaupun dok dalam bilik berhawa dingin...hehehehehe) dan yang paling penting bukan sedikit cuti sekolah yang terpaksa dikorbankan...
Mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah:  'Petang2 kita balik rumah dengan keadaan penat dan letih, kerana seharian berkerja bersungguh2...maka gugurlah segala dosa-dosa kita (dosa-dosa kecil)'....Hummm itulah dia, apa sahaja yang kita buat pasti tidak akan sia-sia.  Segalanya boleh jadi iabadah dan mendatangkan pahala. 
 Yes! Sekolah Kita, Ladang Pahala Kita.... tinggal lagi pastikan niat kerana Allah SWT dan bersungguhlah dalam bekerja.

Alah, tak payah cakap banyak, kita layan dulu gambar2...



Seronok bekerja kalau dah kemas gini...
















PICs bilik2 khas/zon yang telah berjaya mencapai target yang telah ditetapkan selepas audit ke2... Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah dan layak dinilai sebagai saham akhirat kita...Amin Ya Rabbal Alamin..
Tahniah untuk Cik Jah n the gang...Bilik UPP

















Rabu, 25 April 2012

Gaji Baru...

Baru sekejapan tadi aku ke bank 
bersama2 dengan suami....
apa lagi nak draw duitlah.  Gaji dah masuk, 
so aku kena keluarkan...hehehehe.
Ish2...punyalah jemnya jalan, 
especially hala ke bank la..
aku tertanya2....'Bang, nape ek, 
ramainya makhluk manusia hari ni".
Selalunya tak adalah jem cam gini, 
walaupun baru gaji
Suami ku pun naik hairan...
Ooooo....baru aku perasan, 
ramainya makhluk manusia hari ini
sebabnya semua orang yang bergaji 
government, naik 13%...
mesti diaorang very excited nak tengok gaji masing2...
Apalah lambat betul minda ni nak pick up...

Aku terpandang seorang isteri tergedik2, 
tersenyum2 kat laki dia yang dok tengah draw duit.
Aku pandang suami dan sambil tersenyum2...
lalu berkata "Abang, bulan ni mesti 
isteri2 terlebih sayang kat suami kan?...
"Lha,kenapa pula?...Ish2, suamiku ni 
memang innocent betul lah.
"Yelah, bulan nikan dapat durian runtuh"
"Durian runtuh?" Geram betul aku, 
"Abang niiiii...durian runtuhlah, dapat gaji dan tunggakan sekali" 
 "Oooo..., dah tu kenapa isteri terlebih sayang pulak?"
"Yelah...bolehlah kecek2 sikit, manja2 sikit, 
sayang2 lebih dari biasa, mana tahu kalau
ada orang nak bagi gaji lebih sikit ke?"
"Macam tak ikhlas aje?"
"Bukan pasal ikhlas atau tidak, tapi biasalah kan manusia..."
"Jadi ayang ni sayang abang lebih sikitlah bulan ni?" Amboi tanya akulah pulak
"Emmmmm....sayang biasa aje...tapiiiii....adalah lebih sikit"
Suami aku tergelak sakan...  

Aku Sibuk...(Sebelum 5s)

Hummmm...lama jugak aku tak meng'up date' blog ni.
Agak2 aku adalah dekat  sebulan lebih kot.
Agak sibuklah semenjak dua menjak nih cik pah oiii..
(Hehehe..lama tak dengar nama cik pah nih...rindulah pulak aku kat engkau..)
Ni semua penuh 'pepak' ..nak kena kosongkan..
(Hihihihi...aku rindu jugak nak buat 'come back' kat dalam blog cik jah nih..)
(Uwwwekkk...nak muntah aku...cik pah! hahahaha..nak buat come back konon!)
Sorilah wahai pembaca budiman....
lama jugak tak gaduh dengan cik pah ni...

Ok..ok...kita stop dulu pasal come back tu...Apa jugak yang disibukkan tu cik jah oiii...
Entahlah cik pah...
Kalau kat sekolah tu sibuklah dengan kelas...
sibuklah lagi dengan 5s nya...
Sisih...susun...seragam...sapu... dan sentiasa amal....itu ceritanya
Januari dah diuar2kan oleh Pengetua...
Bulan Mac baru nak mula serius... 
Letihlah cik pah oii...
Bahagian Sisih aje pun ambil masa jugak..
Nak kena buat 'clearance stock'...huhuhuhu..tolong! bagi oksigen!
yang nak dibuang sayang, nak disimpan tak berguna..
hohoho..payah betul...
Rasa2nya kerja macam semut aje...
Ish2..bila nak siap nih, katanya bulan Jun nanti akan dinilai oleh MPC
Agak2 sempat tak?
Macam tak aje...
Dalam kepala ni penuh dengan agenda 5s...
tapi diluar kepala tak jadi2 jugak...
Agaknya betullah....lepas nih kena bawa tilam bantal ke sekolah...
Ish..tak sanggup aku...








Jumaat, 23 Mac 2012

Kulim 2012

Cuti Mac baru2 ni aku mengikut trip ke Kulim.  Trip ni dianjurkan oleh Jabatan Bahasa. Katanya kat Kulim time ni ada offer especially untuk pinggan mangkuk dan langsir. Kilang tersebut terletak kat area perindustrian Kulim, apa nama tempatnya aku pun tak perasan.  Sebab syok sangat duduk dalam bas. Layan ngantuk dan letih. Jadi, tourist guide, iaitu Kak Mah (Kak Tie's sister) dok bercerita pun, tak berapa nak masuk dalam minda...

 So, layan ajelah gambar2 kat bawah nih...


Menginap kat Tune Hotel kat Kulim...oklah...tapi kena bawa sendiri :
towel, sabun mandi...nak aircond, tambah duit..
nak tengok tv, tambah duit...
Hussain Nasi Kandar...sebelah Tune Hotel dan Pasaraya Giant..
Tengahari lunch dengan nasi kandar...
Malam dinner dengan  nasi kandar..
Pagi2 lagi breakfast dengan nasi kandar...
Obses dengan nasi kandar...

Nasi Kandar Hussain....lauk kari ikan dan kuah campur semua, jangan
lupa papadom!...hehehehe

Nasi kandar Hussain....yummmy....memang sedap, hingga menjilat jari
dan licin pinggan.....memang sedap sunggoh aih!
Lagi satu, teh tariknya memang kaw2 punya,lemak berkrim,
 dan yang terbaik!...
Ish2..nampak gayanya kena pi lagi sekali lah...


Burger...home made

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi resepi daging burger...hand made punya! Anak2 kita mesti suka makan burger kan? Kalau kita tengok iklan kat TV mesti kecur ayaq liuq kita. Namun, sebagai ibu yang prihatin, kita cukup risau untuk membelinya sama ada yang frozen punya atau yang dah siap masak. Jadi hari ini aku kongsi burger yang sedap dimakan dan penuh khasiat...yum..yum..yum..Anak aku cukup sukakannya!

DAGING BURGER


Bahan2: 
400gm daging lembu atau ayam kisar 
( daging lembu lebih sedap)
2 biji telur
1 camca besar oat @ nestum original
2 keping keju chesdale - dicarik2kan  
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit garam
kalau suka, masukkan sedikit maggi secukup rasa
1 labu bawang besar- dicincang halus


Cara-cara :
1.  Daging kisar dibersihkan dan ditoskan airnya .
2.  Dalam mangkuk masukkan daging kisar dan semua bahan diatas dan gaul sebati.
3.  Ambil sedikit 


adunan dan 
bentukkan bulat dan saiz ketebalannya bergantung kepada anda.  Kemudian letak aje dalam kuali non stick sehingga agak keperangan atau rasa2 macam dah masak.  
4.  Buatlah sehingga habis dan anda boleh simpan dalam freezer.  Bila nak makan, panaskan aje.



Selamat mencuba! 

Burger yang dibuat dengan kasih sayang dan dipenuhi dengan ucapan2 baik serta selawat dan  lafaz zikir lain pasti akan menambat hati anak dan suami supaya lebih kasih dan sayang kepada ibu atau isteri... 

Sabtu, 17 Mac 2012

aku datang lagi...

Cuti sekolah baru2 ni, aku dan family lagi sekali mengunjungi tempat favorite aku, mana lagi kalau bukan Cameron Highland cik pah oii.  Tak lengkap rasanya cuti kalau tak ke sana. Even dah pergi tempat lain pun, hati ini mesti meronta2 untuk ke sana juga. Aku dan family baru aje balik daripada trip ke Kulim, Kedah.  Hari Isnin kami sampai kat rumah. Siap basuh baju, kemas2 rumah, hari rabu kami bertolak.
Pagi2 lagi, agak2 dalam pukul 7.40 pagi.  Siap masak makanan kegemaran suamiku yang tercinta, nasi goreng! cik pah oiii. Perjalanan kali ini lain sikit, kami konvoi dengan kawan aku, Hayati dan familynya.  Janjinya jumpa kat Machang paling lewat jam 9.00 pagi. Aku sampai kat Machang around jam 8.45, agak2 sejam jugaklah perjalanan. Tak sampai 10 minit, Tie dan familynya terjonggol sampai.  Bagus2...

BFF.... kami dalam dunia isteri dan ibu...
So, perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam...akhirnya berakhir.  Perhentian pertama, S'corner. Rasa2 aku ni tempat baru nih.  Teringin nak berhenti sebab ternampak " Muallaf Tea House".  Cuba try lah dulu.  Hummm... cheese cakenya memang sedap, sedap sangat2.  Masih terasa kesedapannya. Ini yang buat aku lagi teruja nak pergi lagi nih. Teh tariknya jugak 'kaw2'...sedap sangat.

Sampai di Brinchang, kami menginap di Hotel Wira Awan.  Sebenarnya aku dah booking awal2 lagi, sebelum cuti. Yelah...nanti tak pasal2 kena tidur dalam khemah kat sana nanti. Hotel ni terletak agak ke dalam sikit.Betul2 laluan depan Hotel Iris. Hotel ni hotel budget murah, aku agaklah.  Tapi....hah! ada tapi2nya pulak ke cik jah oii? Kaunter depan bagus, layanan bagus...aku bagi 4 daripada 5 bintang.  Tapi, part bilik nih, ada kureng sikit.  Of courselah, cik jah oii...namanya sudah budget murah, faham2 ajelah. Tapi taklah murah sangat cik pah oii..RM110 untuk standard room for peak season, RM150 for family room. Kira oklah jugak kan.

Nasib baik lah cik pah, aku bawak tuala. Diorang tak sediakan tuala.  Nasib baik ada juga sabun mandi.  Kalau kat Tune Hotel, sabun pun kena bawak.  Nasib baik blanket, tilam dan bantal tak payah bawak. Hehehehehe.. Shower pun dah uzur sangat2. Langsir pun macam tak cukup kain.Lagi satu yang aku tak berkenan, cadar dan blanket tu macam tak bertukar, macam ada bau orang lain...dan rasa gatal semacam. Lain kali aku kena bawak blanket sendirilah. Walau apapun, sebab dah penat sangat, tertidurlah aku dalam ketidakselesaan. Tak kisahlah, sebab pagi2 esok kami dah nak  check out, nak ronda2 CH. Bolehlah untuk sekadar sekali 'jenegha'
Kalau sapa-sapa yang berminat nak menginap kat sini bolehlah hubungi :
Hotel Wira Awan
PT 826, Jalan Pecah Batu, Brinchang

39100 Cameron Highlands, pahang
Tel: 605-491 4251
Fax: 605-491 4251

atau terus saja goggle hotel wira awan untuk maklumat lanjut...
Kembar tak seiras, lain ibu lain ayah...payah sungguh..











Keindahan bungaan ciptaan Allah...

Just enjoy the viewing....betapa indahnya alam ciptaan Allah...






















Selasa, 28 Februari 2012

segalanya pasti akan berakhir...

Assalamualaikum.....salam keceriaan untuk semua pembaca..


Segalanya pasti akan berakhir...kata-kata yang ringkas tetapi persepsinya pelbagai.


Ada orang yang hidupnya sentiasa dirundung malang. Kesusahannya bertimpa-timpa.  Lepas satu, satu kesedihan yang menimpanya.  Kadang kala rasa macam hidup ini tidak adil.  Kadang kala kita rasa, apalah dosa yang telah kita lakukan sehinggakan bertimpa-timpa kesusahannya.  Sudah jatuh ditimpa tangga.  Cuma yang bagusnya hari ini kebanyakan rumah tak ada tangga....hehehehe...agak2nya lepas jatuh tu ditimpa apa ek?.  Ish2..cik jah dalam serius tu sempat lagi buat lawak antarabangsanya...


Ada juga orang yang diberi ujian dengan sakit. Sakit yang agak kronik. Kena makan ubat, macam2 ubat.  Kena berpantang makannya, macam2 benda yang tak boleh dimakan.  Bukannya pantang jumpa, terus makan...hehehehe. 
Ada yang kena operation. Gerun nak kena operation tu satu hal, menanggung sakit itu satu hal lain pulak. Lagilah kalau kena duduk dalam ward, lama2 pulak tu. Ward tu macam dah jadi rumah kedua.  Tengok pulak orang keliling kelalang, sihat...segar bugar.  Boleh gelak, boleh ketawa.  Boleh tidur baring dengan lena. Boleh makan dengan berselera...masa tu kita rasa cukup tension dan hidup ini tidak adil.


Ada orang yang kehilangan orang yang dikasihi. Hilang ibu dan ayah. Hilang suami, hilang anak.  Suami mati, anak pun meninggal.  Suami ceraikan kita, anak2 dapat kat dia. Tengok orang sebelah dok bersenda gurau laki bini. Kita bersendu garau dengan dinding. Tengok orang sebelah dok suap menyuap dengan anak isteri.  Kita pulak suap sendiri. Tengok orang sebelah sakit demam ada orang peduli. Kita pulak sendiri kena peduli.  Tension...tension.


Itu hanyalah sebahagian daripada masalah yang selalu dihadapi.  Kalau nak cerita tentang masalah memanglah banyak.  Sebab setiap manusia yang normal pasti akan menghadapi masalah, hanya orang2 yang istimewa aje yang tak ada masalah.  Orang yang kurang siuman...memang tak ada masalah.  Tidur tanpa alas kat kaki lima, tepi jalan atau mana2 aje, tak ada sebarang masalah.  Berjalan ke hulu hilir tanpa alas kaki, tak apa, tak sakit pun....tak pula kecacingan. Makan tak basuh tanganpun tak apa, tak ada pulak kumannya.  Tak adalah pulak nak kena penyakit kencing manis atau penyakit jantung.  


Hehehehehe....cik jah...cik jah.Itu orang yang kurang siuman.  Kalau macam kita yang siuman ni macam mana?
Cikpah, segalanya pasti akan berakhir!  Itulah nasihat dan pegangan yang kita hayati sebenar2nya.  Kalau kita susah, sakit atau apa sahaja masalah dan kesusahan yang kita hadapi, ingatlah...segalanya akan berakhir.  Tak ada yang kekal di dunia ini.  Yang paling penting, kita kena bersabarlah dulu...by hook or by crook..segalanya akan tamat.  Kalau ada masalah, tiba masa hilanglah masalah itu.  Kalau kita sakit, tiba masa akan hilanglah penyakit itu...paling2 pun kita semua akan matikan? 


Yang paling penting...setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan.  Ustaz Zahazan kata, sekali kesusahan akan diikuti dengan dua kali kesenangan.  So, sabarlah dan sentiasa berfikiran positif.  Ingat jugak, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kena sabar dan tunggu 'our turn'.  Buah anggur pun ikut step jugak sebelum menjadi raisin,  takkan keluar buah terus jadi raisin kan?

  

klik...