I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label my resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Januari 2013

Mee Rebus Cik Jah

Dah beberapa hari, dok teringin nak makan mee rebus...Hummm...hari ni baru tercapai cita2..Memang sedap sangat2.  Berbalaoilah membuatnya dan memakannya....


Bahan2:
1 kg mee - dicelur
1/2 kg daging (lagi sedap kalau dapat tulang rusuk)
1/2 kg udang besar
1/2 kg keledek (yang kuning lagi sedap, sebab ia agak manis)-direbus dan dilecek halus
1 cawan kacang dal dibasuh, tos dan direndam-direbus dan diblend halus bersama2 dengan air rebusannya. 
1/2 cawan cili kisar- boleh digunakan cili kering atau cili fresh...hehehehe.. kalau nak pedas pakai cili padi...terangkat mak mentua cik pah
garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya.

Bahan penumis :
2 biji bawang besar (sederhana besarnya)
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Semua bahan diatas diblend bersama2....
2 batang serai - diketuk
minyak masak secukupnya

Garnish:
Telur rebus
tauhu goreng dan dipotong dadu
sawi dan tauge dicelur
cili hijau dan merah dipotong
bawang goreng
limau kasturi
daun sup dan bawang
keropok sayur

Cara2:
1. Stok udang : udang dikupas kulitnya, direbus sekejap.  Keluarkan udang tersebut....Manakala kulit dan kepalanya dibersihkan kemudian direbus sekejap (dengan air rebusan udang tadi) kemudian diblend kasar bersama dengan air rebusan.  Lepas tu ditapis..so jadilah stok udang kita.
2. Stok daging : Daging / tulang rusuk tadi dibersihkan dan direbus bersama dengan sedikit garam dan sedikit bahan yang diblend...agak2 dalam 15 - 30 minit (kalau tulang rusuk, lebihkan masa supaya daging dan tulang tu senang nak diceraikan) ...kemudian keluarkan daging tadi dan dipotong nipis2... 
3.  Tumis : Tumis bahan2 yang diblend bersama dengan serai sehingga naik bau....kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga cili tadi betul2 masak kemudian masukkan garam. Kacau lagi hingga betul2 masak dan hilang bau cilinya.
4.  Kemudian masukkan stock udang dan daging, keledek dan kacang dhal.  Masukkan juga udang rebus tadi serta daging yang dah dipotong nipis2.  Masaklah dengan api perlahan.  Tambah air mengikut kesesuaian. Perasakan dengan garam dan gula....aku suka lebih sikit manisnya...

Ok...selamat mencuba..kalau sedap komenlah sikit...

Ahad, 23 Disember 2012

Buttermilk Pancakes...

Alahai hujan tak berhenti2 lagi.  Rasa2nya dah lebih seminggu hujan tak berhenti2, tak delah tersangat lebat, tapi "bbeghet" hah! itulah istilah yang paling tepat yang kami gunakan untuk menggambarkan hujan yang tiada hentinya. Musim hujan, bukan musim untuk berhibernasi, tapi...tak tahulah kenapa...mulut ni mesti nak mengunyah aje...lapar aje...Hummm...kalau pekena lempeng sedap jugak ya, makan panas2...

Buttermilk pancakes nih...nak buatnya very easy, walaupun bunyi macam western food, hihihihihi ...alah, lempeng le...tapi sedap...so aku nak kongsilah resepinya :

Bahan2 :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan buttermilk
1/4 cawan fresh milk
2 sudu besar butter-melted

Seving :(additional)
butter cubes
fresh strawberries
topping strawberry

Cara2 :
Satukan semua bahan dalam mangkuk, dan sebatikan semua sekali dengan senduk aje...
then boleh lah bakar menggunakan non stick pan, gunakan api perlahan
boleh dimakan dengan apa2 aje yang anda suka...

Tak ada "buttermilk?", nak beli kat mana eh, ada masalah? 
Buttermilk nih anda boleh buat sendiri:
1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka, 
biarkan sebentar dalam 10-15 minit anda akan dapati susu akan jadi agak pekat. 
Anda juga boleh gantikan cuka tu dengan jus lemon, atau jus limau kasturi atau yang canggih sikit cream of tartar....
Ish2...cik jah mana kau tahu semua nih? herannya aku...kagum2...
Alah cik pah oiiii....aku godek dari internetlah....hahahaha...bangganya aku...

Isnin, 3 Disember 2012

Swiss Roll Koktail...

Hummm...lama aku meng'up-date' blog nih...dah bersawang gamaknya...bukan apa bila dah cuti2 nih, rasa macam nak cuti semuanya...rasa macam nak bermalas-malasanlah pula...

Oklah...sambil layan kemalasan ini, aku mencuba beberapa resepi yang aku 'godek' dari internet...Beberapa minggu lepas aku ada juga mengikuti kelas memasak..Swiss Roll... Tapi tak berapa syok la..Cikgunya ajar cara nak buat swiss roll pakai tepung segera...aku barang segera nih tak berapa minat...risau gak apa kebende yang dimasukkan dalam tepung tu. At last aku godek2 internet dan jumpa resepi yang paling simple tapi sedap...resepi dari hanamemories.blogspot.com
Terima kasih dan sori ye Hana ada yang saya ubah, ikut apa yang ada kat dapur saya...hihihihihi...


Bahan kek :
3 biji telur
50 gm gula
60 gm tepung diayak
1 sk esen vanilla
pewarna/perasa -strawbery emulco

Filling:-frosting krim chis
150 gm cream cheese
150 gm whipping cream(aku guna fresh cream...sebab itu yang ada )
30 gm gula
1 sk lemon jus (aku guna limau kasturi aje...)
Bahan lain :
1/2 cawan fruit coktail tanpa airnya- sebab aku nak buat swiss roll coktail

Loyang : saiz 27cm

Cara2 ;
1.  Panaskan oven suhu 180.
2.  Pukul telur dan esen vanilla hingga berbuih, kemudian masukkan gula.  Terus pukul hingga telur betul2 kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung sikit2. Hanya kaup balikkan aje..hingga sebati.
4.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian plain dan satu bahagian lagi letak strawbery emulco.
5.  Alas loyang ngan baking sheet dan dilengser dengan sedikit marjerin. masukkan adunan ke dalam piping bag. Secara selang seli picitkan ke dalam acuan. Bakar selama 10-15 minit.
6. Filing - mula2 pukul krim chis hingga gebu dan agak putih kemudian masukkan semua bahan lain kecuali jus kasturi (itu last sekali). Dah siap, boleh  sapukan filing dan taburkan fruit coktail dan gulung dengan kemas. Sejukkan dulu agak 3-4 jam barulah dipotong.

p/s
Aku try kali ke3 baru jadi elok....beberapa pengalaman tidak menjadi:
1.  Pastikan peralatan mixer dibersihkan dan kering kalau tak telur tak berapa kembang.
2.  Pastikan telur betul2 kembang, kalau tak... dalam kedua2 situasi tadi akan menyebabkan kek anda bantat dan tak gebu.
3.  Pastikan saiz loyang ikut yang ditetapkan oleh sumber resepi ini iaitu Hana, supaya anda boleh gulung dengan selamat. aku guna loyang ikut ada aje, lastly, kek aku pecah2, tak cantik tapi sedap..

oklah...kek ni berbaloi untuk dicuba ye...
"EZY TO TRY N NICE TO EAT" ...
                                          SELAMAT MENCUBA

Rabu, 17 Oktober 2012

oreo cheese cake sedap..

OREO CHEESE CAKE

Bahan-bahan :

1. Base
 100 gm biskut marie
 100 gm biskut cracker –apa2 brand pun tak apa
 100 gm butter dicairkan atau  minyak jagung…

Cara membuatnya :
1.  Kisar kering kedua2 biskut.  Campurkan dengan butter atau boleh jugak gunakan minyak 
jagung.  Sebenar aku agak2 aje kuantiti minyak tu, agak2 sampai biskut tadi jadi agak lembab (agak2 aku dalam 6 camb atau ¼ cawan).
2.  Kemudian tekan padat dalam loyang. Alas dulu loyang tu dengan aluminium foil,nanti
lebih senang bila nak keluarkan kek.  Sejukkan dalam peti ais selama 20 min or so….. tapi aku tak buatpun....

2.  Filling kek :
250 gm cream cheese
40 gm gula halus
30 gm tepung gandum
3 biji kuning telur
100 gm whipping cream – anggaran ½ cawan

3 biji putih telur
60 gm gula halus

1 peket kecil biskut oreo – dibuang krimnya dan dibelah empat

3. Topping
100 gm blueberry  @ strawberry 

Cara-cara membuatnya :
1.  Putar cream cheese hingga ringan.  Masukkan gula halus dan putar lagi sehingga sebati
2.  Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3.  Masukkan kuning telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga sebati.  
4.  Kemudian tambahkan whipping cream dan putar lagi hingga licin.
5.  Dalam bekas lain : pukul putih telur hingga berbuih dan kembang.  Kemudian masukkan
gula dan pukul lagi hingga kental atau istilah tepatnya : meringue. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.  Tak perlu dipukul, hanya kaup balikkan sahaja dengan menggunakan sudip.  Kemudian masukkan biskut oreo. Gaul sekejap.
6.  Sapu sedikit topping ke atas base tadi, kemudian barulah dituangkan adunan cream cheese tadi.
7.  Bakar dengan kaedah water bath – alah macam kukuslah jugak. Bahagian atas adunan kek, kat bawah pula letaklah air
      Suhu : 160
     Api : atas bawah sahaja
     Masa : 45 – 1jam atau hingga nampak agak kekuningan
9.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.  Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau
semalaman.  Bila tiba time nak makan barulah letakkan topping. 
     Hummmm…yummy…sedap.












Jumaat, 21 September 2012

Kek Coklat Kukus Sedap

Favourite si dara...
Alahai....si hitam manis...
Sedap agaknya, sekali tibai 6 biji...Akupun bersemangatlah nak buatnya...Adalah beberapa kali membuatnya...very simple, tapi sedap.  Aku dapatkan resepi ni dari internet...lupalah pulak namanya..apa2pun thank you very much..sebab memang sedap...

Bahan2 :

3 biji telur
1 cawan gula halus (aku gantikan dengan 'brown sugar..sebab nak habiskan stok yang ada...tapi rasanya lagi  sedap, sebab kurang manisnya)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas

Bahan untuk diayak bersama :

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung kek (kalau tak ada, boleh jugak ganti dengan self raising flour...sebab itu aje yang aku ada)
1/2 cawan serbuk coklat/koko pun tak apa
1 camca teh soda bikarbonat

Cara-cara :

1.  Panaskan pengukus.
2.  Telur dipukul hingga kembang + gula + susu + minyak - dipukul hingga sebati.
3.  Masukkan bahan yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaup balik saja adunan itu.
4.  Tuang air panas perlahan2 dan sebatikan adunan tersebut.
5.  Acuan : lengserkan dengan marjerin atau alas sahaja dengan aluminium foil.  Boleh juga menggunakan paper cup kecil (masukkan ke dalam acuan lompang) atau saiz muffin.  Kukuslah hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit. 
 6.  Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan.....

Apam Polka Dot Cikjah...

Atas permintaan anak dara aku, maka aku cubalah mengeraskan tangan ini untuk mencuba resepi apam polka dot nih....Hummmmm...macam2 betul.
Fenomena hari ini, semuanya nak polka dot....Baju corak polka dot...tudung polka dot....apam pun polka dot jugak...
Sebenarnya resepi ni aku dapatkan dari Ani Sweety...thanks my sweet...


Bahan2 (A) :
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 camca teh ovalette
1 camca teh esen vanila
3/4 cawan susu segar @ susu cair

Bahan2 (B):
1 sudu besar baking powder
2 1/4 cawan tepung gandum
- Diayak bersama

Bahan2 Lain :
Filling secukupnya (strawberi/coklat/blueberi/kaya)
pewarna
papercups medium
acuan kuih lompang

Cara-cara :
1.  Sediakan pengukus.
2.  Bahan A : telur + gula + ovalette + esen di pukul kembang + susu dan dipukul lagi hingga betul2 kembang dengan menggunakan kelajuan maksima 
3.  Kemudian masukkan bahan (B) dan dipukul sehingga kembang, pekat dan likat, agak2 dalam 6-8 minit jugaklah.
4.  Bahagikan adunan mengikut warna kesukaan anda.
5.  Letakkan papercup dalam acuan lompang.  Dengan menggunakan piping bag, picit adunan ke dalamnya agak2 separuh daripada papercup tu, kemudian letakkan filling (boleh jugak gunakan piping bag..untuk lebih senang)
6.  Masukkan pula adunan yang berbeza warna sehingga memenuhi 3/4 papercup itu. 
7.  Kemudian bolehlah dot2kan mengikut kreativiti anda. Dan bolehlah dikukus selama 10-15 minit....

SELAMAT MENGERASKAN TANGAN ANDA!...





Kek Lapis Cikjah...



Resepi ni aku dapat dari sorang kawan  masa kerja  kat Tawau beberapa tahun lepas...Kak Im atau Rahimah namanya....
Rasa keknya memang lumayan sedapnya....yelah dengan horlicks dan milo, mestilah sedap....
Hari tu masa sambutan raya kat skul aku bawa kek ni.... kengkawang dok mintak resepinya...so, aku share ajelah resepinya kat sini..

Bahan :
1 bar/250 gm mentega
1/2 cawan gula halus
3/4 - 1 tin susu pekat
2 gelas tepung biskut marie
1 camca teh baking powder
1 gelas milo/ boleh juga diganti dengan serbuk koko
1 gelas horlicks
10 biji telur



Cara-cara:
1.  Jerang periuk pengukus.
2.  Mentega + gula dipukul hingga kembang
3.  Kemudian dicampurkan dengan telur satu demi satu sambil dipukul sebati.
4.  Kemudian masukkan susu pekat - pukul sekejap + baking powder dan tepung serbuk marie dan dipukul hingga sebati.
5.  Adunan dibahagikan kepada dua : 1. Adunan pertama +  Milo, 2: Adunan kedua  + horlicks
6.  Kukuslah adunan selapis demi selapis. Pastikan betul2 masak setiap lapisan tu.   Mulakan dengan horlicks , milo dan akhir sekali juga dengan horlicks 

Jumaat, 23 Mac 2012

Burger...home made

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi resepi daging burger...hand made punya! Anak2 kita mesti suka makan burger kan? Kalau kita tengok iklan kat TV mesti kecur ayaq liuq kita. Namun, sebagai ibu yang prihatin, kita cukup risau untuk membelinya sama ada yang frozen punya atau yang dah siap masak. Jadi hari ini aku kongsi burger yang sedap dimakan dan penuh khasiat...yum..yum..yum..Anak aku cukup sukakannya!

DAGING BURGER


Bahan2: 
400gm daging lembu atau ayam kisar 
( daging lembu lebih sedap)
2 biji telur
1 camca besar oat @ nestum original
2 keping keju chesdale - dicarik2kan  
1 camca teh serbuk lada hitam
sedikit garam
kalau suka, masukkan sedikit maggi secukup rasa
1 labu bawang besar- dicincang halus


Cara-cara :
1.  Daging kisar dibersihkan dan ditoskan airnya .
2.  Dalam mangkuk masukkan daging kisar dan semua bahan diatas dan gaul sebati.
3.  Ambil sedikit 


adunan dan 
bentukkan bulat dan saiz ketebalannya bergantung kepada anda.  Kemudian letak aje dalam kuali non stick sehingga agak keperangan atau rasa2 macam dah masak.  
4.  Buatlah sehingga habis dan anda boleh simpan dalam freezer.  Bila nak makan, panaskan aje.



Selamat mencuba! 

Burger yang dibuat dengan kasih sayang dan dipenuhi dengan ucapan2 baik serta selawat dan  lafaz zikir lain pasti akan menambat hati anak dan suami supaya lebih kasih dan sayang kepada ibu atau isteri... 

Isnin, 19 Disember 2011

Bubur Lambuk Cik Jah...



BUBUR LAMBUK CIK JAH

Bahan A:
2 pot beras
Air secukupnya untuk memasak bubur

Bahan B: Blend halus
1 labu bawang besar…bawang merah pun boleh
3 batang serai dihiris halus
3 keping hirisan halia

Bahan C:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ekor ikan selayang yang dipanggang atau rebus diambil isinya sahaja
4 sudu besar kerisik
1 cawan santan + 5  cawan air
3 sudu kecil garam halus, agak2...kalau rasa macam tak cukup, tambah aje..
Sedikit ‘maggi secukup rasa’

Bahan D:
1 kg lala/lokan mentah
Daun midin
Daun kadok
Daun pucuk manis
Daun kesom (kalau suka)

Cara2 membuatnya :
1.        Masak nasi sehingga menjadi bubur.  Nak tahu masak macam mana? Tips mak aku senang saja, bila kita dah nampak beras tu macam dah ‘pecah perut’nya, kira dah masaklah tu…hihihihi…istilah mak akulah…
Dah sudah, ketepikan dulu.
2.   Kalau nak sedap lagi nasi direbus bersama dengan tulang rusuk lembu, bukan tulang rusuk suamimu ye cik pah…atau mana2 bahagian, asalkan tulang lembu dan of course kena ada juga la dagingnya, takkan tulang semata….
3.       Isi ikan dicarik2kan agar sedikit halus.
4.       Lala/lokan : tuangkan air panas yang kalau boleh, air yang sedang menggelagak ke atasnya supaya senang dikopek kulitnya…lalu  diambil isinya sahaja ye cik pah…
5.       Sayuran pula dibersihkan dan dipetik2 aje,  kecil2
6.       Bubur nasi tadi diletakkan atas api semula dan masukkan semua bahan (B dan C) serta digaul hingga rata. Bila dah mengelegak, masukkan semua bahan D.
7.       So, Bubur Lambuk Cik Jah semudah A,B,C,dan D sahaja….selamat mencuba…

Isnin, 12 Disember 2011

Nasi Ayam Cik Jah

Rasa2nya ramai yang dah teror buat nasi ayam.  Cuma ini nasi ayam versi akulah....mungkin orang lain punya versi lagi sedap kut. Just care to share aje...

A. Nasi Ayam Cik Jah
Bahan2 :
3 pot beras yang dah dibersihkan dan ditoskan.  Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang 
3-4 hirisan halia dan dimayang - untuk sedap gunakan halia yang masih muda
3 helai daun pandan
Sedikit marjerin
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara2 :
1.  Panaskan periuk dan masukkan marjerin/mentega.  Tumiskan bahan yang dimayang halus sehingga terbit bau.  Masukkan daun pandan. kacau.  Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan garam.  Bila mengelegak masukkan beras.  Nasi dimasak seperti biasa.

B. Ayam 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam dibersihkan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1/2 cawan kicap manis kipas udang
Ayam siap untuk dipanggang....
3 sudu makan sos tiram ( additional sahaja. kalau tak ada tambahkan garam secukup rasa)
1 sudu makan madu (kalau tak ada, tambahkan sedikit gula)
(tak perlu sebuk perasa sebab kicap tu memang dah banyak serbuk perasanya)


Cara2 :
1.  Semua bahan diblend sehingga hancur.  Perapkan ayam dengan bahan ini, agak2 dalam 10-15 minit sahaja.
2.  Ayam dipanggang selama 35 minit dengan suhu 250c, atau boleh sahaja digoreng.  Cuma nanti mudah hangus dan berwarna agak kehitaman, so be carefull. 
3.  Bahan lebihan perapan tadi dimasak sehingga mengelegak - untuk dijadikan pencicah kicap.Angkat.

C. Sup
Bahan2 :
Air rebusan ayam
sedikit halia diketuk
sedikit lengkuas diketuk
2 ulas bawang merah diketuk
1 ulas bawang putih diketuk
2 keping asam keping
1 sup bunjut
Garam, gula dan serbuk perasa


Cara2 :
Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus  hingga betul2 masak.  Perasakan dan angkat.  Taburkan dengan bawang goreng serta daun bawang. Petua untuk sedapkan semua jenis sup: bersihkan bahagian bawah batang daun sup dan daun bawang (bahagian akarnya) dipotong dan masukkan bersama rebusan sup tadi.  

Sup, pencicah : kicap dan air lada
D. Pencicah Kicap dan Air Lada
 Pencicah kicap : Lebihan perapan ayam tadi 

Bahan Air Lada :
3-4 biji cili merah yang besar
2-3 biji cili  kecil
1 biji tomato dipanggang
3 ulas bawang merah dipanggang
2 ulas bawang putih dipanggang
Garam
Gula
Cuka


Cara2 :
Semua bahan diblend halus. Masak bahan tadi sehingga mengelegak.  Kalau agak cair, masak sehingga sedikit pekat. Rasakan manis dan masamnya biar lebih sikit


E. Additional 
Mentimun
Daun salad
Buah tomato
Nenas

Nasi Kerabu Kuning

Cuti sekolah...hari2 untuk mengasah bakat memasakku dan hari2 untuk menaikkan saiz badan.  Nasi kerabu, sedap dimakan tapi leceh nak membuatnya. Banyak procedure (hihihihi....) dan benda yang nak dibuek.

Nasi Kerabu Kuning :

Bahan utama :
Nasi kuning 
Sambal kelapa 
Budu 
Sambal lada  
Serbuk lada hitam
Ulam2 yang dipotong halus


Additional :
Keropok
Ikan celup tepung
Ayam goreng

A. Cara2 membuat nasi kerabu kuning :
1.  Beras dibersihkan.  Masukkan air secukupnya.  Masukkan  kunyit serbuk sebagai pewarna.  Jangan lupa pewangi nasi : daun pandan (2-3 helai) daun limau purut (2-3 helai) dan nak lagi sedap masukkan 2-3 pelepah daun serai.  Masaklah seperti biasa.
Kelapa parut sangai dan bahan yang ditumbuk

B. Sambal Kelapa (Sambal Nyiur)
Bahan :
1 mangkuk kelapa parut 
5 ulas bawang merah- potong kecil supaya senang suami awak nak tumbuk nanti
4 batang serai - serai dipotong halus2 agar senang hancur.
4-5 hirisan halia
Bawang merah, halia dan serai
3-4 sudu makan gula (anggaran aje)
1 sudu makan garam (aku guna garam halagel rasanya kurang masin sikit...jadi agak2 ajelah, kalau macam kurang masin boleh tambah)
3-4 ekor ikan selayang atau ikan mata besar- dipanggang atau direbus dengan sedikit air, dah sejuk asingkan isi ikan.

Cara2 membuat :
Ikan selayang yang dah direbus 
1.  Kelapa sangai : kelapa parut disangai dalam kuali dengan menggunakan api perlahan. Hendaklah dikacau selalu. Macam mana nak tahu ianya dah ok? Bila warnanya dah bertukar keperangan dan agak crunchy.  Keluarkan cepat2 dari kuali, kalau tak nanti warnanya bertuka coklat gelap...itu kiranya dah hampir hanguslah tu...
  
Sambal kelapa yang dah siap digaul sebati dengan bahan tumbuk
dan isi ikan....
2.  Kemudian dapatkan tukang tumbuk yang gagah perkasa (hihihihi...my hubbylah tu ) kemudian carikan lesung batu. Tumbuk sampai hancur bahan2 berikut (ikut urutan ye!) : Mula2 tu serai....bila dah hancur baru masukkan halia, kemudian masukkan bawang.  Bila semua dah hancur dan sebati masukkan garam dan gula secukup rasa.  Macam mana nak tahu gula dah cukup rasa? Bila kita tumbuk, ianya macam agak berair sikit. Kalau kering, maksudnya gula belum cukup lagi.  So, tambahlah sikit2, sampai ianya agak berair. Sambal kelapa ni mesti ada rasa masin dan agak sedikit manis. Akhir sekali masukkan isi ikan dan ditumbuk sehingga hancur dan sebati semua bahan tadi. Satukan bahan tumbuk tadi ke dalam kelapa sangai dan gaul rata...of courselah, use your hand, pakai sudu? Takut nanti tak sebati elok.
3.  Resepi ini versi mak aku. Mak aku kata ini resepi nasi kerabu pemalas. Kalau rasa macam korang nak asingkan ikan dan kelapa pun boleh. Ikan yang dah siap diasingkan isinya tu hendaklah di hancurkan dengan tangan aje.  Lepas tu digoreng tanpa minyak atau disangai atas api perlahan. kacau selalu sehingga isi agak kering dan tak melekat di  kuali. Dan yang ni nasi kerabu orang yang rajin. Huhuhuhuhu....
Budu, sambal lada dan serbuk lada hitam

C. Budu
Bahan :
1/2 cawan budu
1/4 cawan sedikit air asam jawa
Ulam-ulam yang dah dipotong halus : timun, bunga kantan, bawang merah,
kubis dan limau nipis
2 ulas bawan merah diketuk
1 batang serai diketuk
1 keping gula melaka (kecil)

Cara2 membuatnya :  semua bahan dicampur dan dimasakkan di atas api sederhana. Dimasak sehingga pekat.

D.  Sambal Lada : Cili, garam, gula, dan cuka semua bahan diblend hingga hancur

Cara2 Menghidang Nasi Kerabu Kuning :


Masukkan sedikit nasi dalam pinggan. Letakkan sambal kelapa kat atasnya, budu, serbuk lada hitam, sambal lada, ulaman dan perahkan asam limau nipis.  Lepas tu gaul sebati dan rata2 semuanya sekali.  Barulah boleh dimakan. Yummmm.....yummmm

 Ok...semua bahan utama sudah siap.  Yang paling penting, yang menentukan kesedapan nasi kerabu ini terletak pada sambal kelapanya dan juga budu. Rasa2 aku dah complete kut resepinya tu. Cuma kuantiti bahan2nya tu tidak exactly sangat, aku estimate aje. Sebab kebolehan aku hanyalah  pakai campak aje....
Selamat mencuba...

Ahad, 27 November 2011

kaw-kaw breakfast...

Ubi kayu rebus...
Hummmm...hari ni aku dan family bersarapan ala kampong, tradisional gitu. Menu pagi ni : tonyyoh ubi kayu, ubi kayu rebus, pulut pagi dimakan bersama dengan ikan kukus yang digoreng dan kelapa parut.  Ummmm... yummy. Nak lagi real...pinggan pun gunakan design lama dan klasik...

Lagi syok, sebab sekarang dah masuk musim tengkujuh, hujan aje memanjang.  Dalam media pun dah laporkan di sana sini dah berlaku banjir, ada yang dah kena pindah.  Bersabarlah ye...itulah ujian Allah, untuk meningkatkan level keimanan dan kesabaran kita. No pain, no iman. Huhuhuhu...pandai2lah engkau cikjah oiiii...

Pekena pula dengan kopi panas kaw...
Oklah cik pah hari ni aku nak kongsi resepi makanan tradisional, kawan aku...namanya kak nik yang pass kat aku resepi ni. Namanya memang klasik sangat2....Kuih Tonyyoh(ada tasydid kat huruf 'y'....baru ada ummphhh) Ubi Kayu. Resepi yang sangat simple...

Kuih Tonyyoh Ubi Kayu
Ubi kayu yang disagat sedia untuk dikukus
Bahan2 :
Gula melaka yang diricih halus
2 ketul ubi kayu.....dipotong 2 dan dibuang kulit ye cik pah
1 1/2 keping gula melaka, kalau yang guna ketul tu....pandai2 ajelah estimatenya - diricih halus2
Cara :
Kuih Tonyyoh Ubi kayu
1. Ubi kayu disagat kasar atau boleh jugak diricih halus. Kemudian dikukus, agak2 dalam 15-20 minit (atau dah cukup masak..try dululah)  Angkat dan masukkan gula melaka yang dah diricih halus. Kemudian gaul sebati. Kalau gula melakanya tak berapa nak cair, bolehlah kukus semula dalam 5 minit.
Kelapa parut putih
suamiku: gabungjalin semuanya sekali...hihihihi..
2.  Hidangkan bersama kelapa parut putih yang dah dicampurkan dengan sedikit garam.  Kak nik kata, kalau nak sedap lagi, gunakan kelapa muda.  Kelapa putih : kelapa diparut tanpa kulit arinya.


Cara nak masak pulut pagi:
1.  Beras pulut dibersihkan dan ditoskan.  Masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air sama aras dengan beras pulut.  
Pulut Pagi....
2. Bila dah masak (keep warm) masukkan 1/2 cawan air bersih.  Bukan masuk sekaligus cik pah oiiii.... masukkan sikit2 dan digaul rata.  Lepas tu masukkan lagi dan digaul rata.  Buatlah sehingga agak2 pulut tadi dah nampak masak.  Kemudian 'on' (cook) rice cooker tadi dan tunggu sehingga 'keep warm'.  Nak tahu betul2 masak, bila dibuka penutup periuk, kita nampak asap berkepul2 naik...hah...masak dah tu...
Anak daraku suka makan pulut dengan ikan kukus goreng aje...
  

Isnin, 21 November 2011

Asam Pedas Terubuk Goreng

Asam pedas terubuk goreng

  Aku nih tak berapa pandai masak. Kalau setakat nak bagi suami tambah nasih dua tiga pinggan tu bolehlah...Huhuhuhu....cikjah, cikjah...memang suamimu bertambah dua tiga pinggan, sebab aku tahu suami engkau tu bukan jenis yang cerewet...huhuhuhu...agak2lah cik jah oiiii....


Haah...betul tu cik pah, suami aku ni bukan yang jenis cerewet pasal makan, apa aje yang aku masak, semuanya sedap aje...makan nasi dengan budu dan celur pucuk 'beko' pun orait aje....senang nak jaga....hahahaha....


Tapi cik pah, banyak2 menu masakan aku, asam pedas nihlah yang paling aku suka, laki akupun suka....siap diratahnya ikan terubuk tu...walaupun banyak bebenor tulang temulangnya, silap2 boleh tercekik. Bila teringat aje,meleleh air liurku...Yang pastinya, setiap kali bulan puasa, asam pedas ikan terubuk goreng  ni memang tak pernah miss daripada menu wajib aku.
Cuba engkau bagi resepinya, bunyi macam menarik aje....teringin gak nak cuba..

Oklah cik pah, bahan2nya :
(minta maaflah cik pah, aku ni tak berapa pandai nak bagi resepi yang tepat....aku pakai campak aje...kalau rasa macam terkurang atau terlebih, pandai2 engkaulah cik pah...)

Terubuk 'bogel' yang telah siap digoreng...
1 ekor ikan terubuk, disiang dan 'bogelkan' daripada sisiknya, lepas tu diperap sekejap (sekejap aje tau) dengan garam kunyit

Bahan A:
5 ulas bawang merah (aku selalu nak cepat...so gunakan 1 labu bawang besar)
bunga kantan, bendi, daun kesum
3 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambahkan cilinya.  Aku lebih suka guna cili merah yang fresh, jadi tak berapa nak merah kuahnya)


lengkuas - agak 2 dalam 4-5 hirisan 


kunyit segar - agak2 dalam 2-3 hirisan  kalau kunyit serbuk - agak2 dalam 1 sudu kecil kot!

Bahan B:
Sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
asam keping - 3-4 keping, agak2lah....kalau suka boleh tambah belimbing buluh 
garam secukup rasa
serbuk perasa - kalau suka, aku selalu gunakan maggi secukup rasa


apa lagi ye....
hah! lupa aku...sedikit daun kesum dan 2 batang bunga kantan (belah empat)
Sayuran yang sesuai : Bendi (kalau panjang potong 2) dan tomato (belah empat)
Rasa2nya dah cukup kot bahannya...

Cara nak memasak :
1.  Ikan terubuk digoreng hingga masak, berhati2 ye, kadang2 ikan terubuk yang dah 'bogel' ni agak sukar masa kita nak balikkan, nanti terkopek isinya...so, bagi dia garing sikit supaya senang kita nak balik2kan, tapi jangan sampai hangus pulak. Ketepikan
masak asam pedas dalam belanga tanah liat....baru ada ummph!
2.  Semua bahan A diblend . Tumis bahan2 tersebut hingga naik bau. Masukkan air, banyak mana? Kalau banyak sangat, cairlah kuahnya, kalau sikit, pekatlah pulak...agak2 ajelah cik pah..aku pakai campak aje...






3.  Masukkan asam keping, kenapa letak asam dulu? Saje nak bagi kuah tu terasa masamnya. Biarkan mengelegak, then masukkan ikan, garam, serbuk perasa, dan sayur2 - bendi dan bunga kantan,biarkan sekejap barulah dimasukkan tomato dan daun kesum.


4.  Apalgi, boleh dihidangkan dan dimakan.....






klik...