I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label cerita aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita aku. Papar semua catatan

Ahad, 14 Oktober 2012

Kawan Lama...

Hummmmm....baru2 ni aku ada jumpa dengan kawan lama. Kawan yang sama2 belajar kat sekolah menengah dulu dan terus bersambung sampailah kat universiti.  
Itulah, semenjak beberapa hari sebelum tu, mata kanan aku asyik bergerak2 aje...
kata orang nak jumpa orang jauh...betullah tu atau kebetulan aje? 
Bila dah jumpa tu, biasalah sembang2...
Soalan famous : Dok kat mana sekarang?
                        Kerja kat mana sekarang?
                        Anak berapa orang sekarang?
                        Isteri dah berapa orang 
                        sekarang?...Hehehehe...kalau 
                        kawan lelaki lah.
                        Suami kerja apa, kat mana?

Yelah...dah lama tak jumpa
Banyak cerita dan berita yang dah tertinggal...macam semalam yang ku tinggalkan gitu...
Tapi ada soalan yang agak menyentuh hati...
soalan yang terpaksa aku analisis betul2 kat dalam kepala aku ni...
"Awak pakai keta apa sekarang?" Hullamak...apa punya soalan pulak ni
Weh! Soalan apa ni? Soalan menguji minda ke, atau soalan menguja minda?
Wella!... cik pah oiii...apa perasaan mu tika ditanya begitu oleh kawan lamamu...
Adakah sama rasa macam yang ku rasa sekarang ini?
Kecik hati aku tau!...
Aku tahulah...kawan aku tu bukan sekadar HONDA, tapi bapak segala HONDA dia boleh beli...
Actually, aku pun boleh aje kalau nak beli HONDA tu...bukan tak nak beli pun...cuma kalau beli tu motor HONDA kapchai ajelah...hahahahaha...
tapi....yang nih ajelah yang aku mampu...bersyukurlah jugak

Ahad, 9 September 2012

Kesian cikgu....

Dunia semakin berubah.  Tugas guru juga berubah, semakin mencabar. Menghadapi karenah pelajar yang semakin beubah.

Kalau bercerita pasal sikap dan attitude pelajar, sangat menyesakkan jiwa ragaku sebagai guru.  10 tahun lepas.... rasanya tidaklah sesesak ini.
Puas aku berfikir, puas sudah aku mengorek, di mana silapnya....tapi agar sukar untukku memperoleh jawapannya.

Kalau 10 tahun lepas, jenuh aku nak menjawab salam pelajar, setiap kali bertembung dengan mereka. 
Hari ini jenuh pula aku nak mengucapkan salam, sebab mereka buat 'derk' aje..

Tak hormatkan guru....pandang cikgupun dah semacam....
siap boleh melawan lagi tu...
"Tumpang lalu cikgu.., berjalan sambil menundukkan badan, itu dialog dulu..
Kalau sekarang, mahu dilanggar aje cikgu...

Berpakwe makwe tak yah citerlah....
Alah, kami tak buat apa2pun, biasa2 ajelah cikgu...just pegang2 tangan, "kissing2" aje...
Huh! mereka tak tahu, itulah permulaannya kepada perlakuan zina...

Dalam kelas, cikgu mengajar...boleh dia berkhayal atau layan tidur...tak kira lelaki ke perempuan, sama aje...
Kalau ditegur, yang lelaki menjawab 2-3 juta patah perkataan...yang perempuan pula, muncuuuuuung aje sampai boleh sangkut 'hanger'....

Malas? Hummmm....aku lagi malas nak citer...
Kadang2 tu, cikgu macam SS (Syok Sendiri) masa mengajar...tak pun macam bercakap dengan kerusi dan meja...hahaha...nak buek macam mano...itu tanggung jawab kami

Kalau time periksa atau latihan...malas nak guna otak, sayang sangat otaknya tu...agak2 boleh disimpan kat arkib...
tak nak cuba jawab, paling senang tiru atau tidur aje...
Kesian cikgu....buat kerja tak cerdik....yelah, menanda kertas jawapan pelajar hasil daripada peniruan!

Kesian cikgu...stress, makan hati berulamkan jantung,
Nak denda, pa & ma pulak bising....
"Cikgu, don't u ever touch my son/doter"....Huh! Apo den nak buek? Guna mulut aje = membebel ajelah...kalau berani, sentuhlah....
membebel....membebel... sampai berbuih mulut..
Last2 aku jadi jahtin bebel (@ justin bieber)
Hahaha....

Alah cikgu, kan dah belajar macam2 pedagogi,aplikasi ajelah...haah, betul tu...
Dah macam2 methodologi, pedagogi, psikologi....huhhuhu..last2 dah habis gigi tinggal gusi..
Teori.... kadang2 terlalu ideal untuk diaplikasikan....
Kami yang menghadap budak yang bernama manusia, yang datang dari pelbagai latar belakang, yang lahir dari mak bapak yang berbeza, yang terdedah dengan pelbagai RADIOaktif, TVaktif, YOUTUBEaktif and so, and so...
yang telah pun menjadi buluh( huhuhuhu...sebab aku mengajar pelajar form 4 & 5).... 

Rabu, 8 Februari 2012

Doaku...

Allahumma....
Bantulah aku dalam mengingatMU, bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMU, dan dalam memperelokkan amal ibadahku kepadaMU...(doa yang diajar oleh Rasulullah kepada Muaz b Jabal)


Allahumma ya Rahman....
Engkau buangkanlah rasa kecintaanku kepada dunia dan Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta kepadaMU, rasa cinta kepada RasulMU dan rasa cintaku kepada akhirat...


Allahumma ya Ghaffar....
Janganlah Engkau matikan aku, sebelum Engkau ampunkan segala dosa-dosaku...
Engkau matikanlah aku dalam keadaan Engkau meredhaiku dan aku meredhaiMU


Allahumma ya Sattar,
Engkau tutupkan segala keaibanku di hari dimana semua keaiban manusia akan dibentangkan...


Allahumma ya Zal Jalaali wal Ikram....
Aku memohon redhaMU dengan memperoleh syurgaMU......
Aku memohon perlindunganMU daripada kemurkaanMU dengan menjauhkan aku dari nerakaMU...


Allahumma ya Rahim...
Aku mengharapkan kasih sayangMU...semoga Engkau menerimanya...


Amin ....ya Rabbal 'Aalamin...

Ahad, 22 Januari 2012

senamrobik perdana 2012

Aktiviti memanaskan badan dengan bergambar...hihihi..
Hok alah la!.....
Hummm....tahun baru 2012. Bermula bulan Januari, bermulalah tugasan sebagai guru untuk tahun 2012.  Pengajaran dan pembelajaran tingkatan 5 sudah bermula.  Dan seharusnya bagi anak2 pelajar, sudah mula mengorak langkah  kecemerlangan untuk SPM 2012.  Pendaftaran pelajar tingkatan 4 untuk pengambilan pertama dan kedua pun sudah usai dan diikuti dengan program orientasi pelajar tingkatan 4. Sebagai mengakhiri program tersebut, pihak sekolah menganjurkan senamrobik perdana untuk sesi 2012.  So, let's enjoy the pictures....
Antara guru yang very supporting....
Sir Zaki....very2 supporting!
Huhuhuhu.....gambar selepas senamrobik...nampak kurus sikit kan?











Isnin, 21 November 2011

Belakang tabir majlis oren 2011...

Huhuhu....lagi pasal majlis perkahwinan oren kak long dan kak cik...Tapi kali ni tentang sapa2 aje yang terlibat di belakang tabir, terutamanya bahagian penanggah dan tukang sibuk....hahahaha...

Hero paling hensem semalaya.....perasan...hahahaha

Pengapit kita tengah praktis tu....
 Inilah orang2 yang paling sibuk sepanjang majlis berlangsung....






Yang berbaju biru tu.....tumpang sekaki aje tu, sendiri punya tak tahu bila lagi...

Kaklong dan Kakcik's Wedding 2011....

Majlis kahwin kak Long dan Kak Cik....2 dalam 1.  Temanya oren, ish2..rasanya macam dah bertukar warna oren biji mataku....tapi very nice colour, oren dan putih...nice combination...Layan ajelah gambar2 sekitar perkahwinan itu...

Berdebar kak long menunggu saat diijab kabulkan...

Akhirnya kau menjadi milikku.....

Tumpang sekaki nih...

umi dan abah pun mengambil peluang bersanding pulak....

Ish2...lepas ko dok syed nih.....


Akhirnya........ 


oren.....oren.....oren....

  

Isnin, 31 Oktober 2011

43....

Salam semua, apa khabar? Aku suka sangat2 hari ni. Sebab apa? Sebabnya hari ini adalah hari yang sangat istimewa bagiku.  Hari ini (1.11.11) genaplah usiaku 43 tahun. 

Hummm.....43? Oit....cikjah, dah 43 usiamu?Ish..ish...dah tua rupa2nya cik jah nih...aku ingatkan muda lagi.  
Ye ke cik pah? Engkau rasa aku nih dah tua sangat ke? 
Tapi kan cik pah,  aku rasa macam masih lagi muda seperti dulu. Bagiku 43 itu hanyalah pada bilangan sahaja. Cuma kekuatan fizikal aje yang agak menurun berbanding ketika berusia 20an dulu. Tapi aku masih mudalah cik pah, berbanding dengan orang yang berusia 50..hahahaha...

Ish..ish..cik jah ni lorat betullah...janganlah dok perasan...engkau tu memang dah berumur, walaupun tak tua...
yelah...yelah...cik pah oiii..
Cik pah, engkau tahu dak? Tak tahu...
Sabarlah dulu cik pah oii..Sebenarnya,   walau apahal sekalipun, sepanjang hidup ini, aku cukup suka bila usia aku dah menginjak 40an...

Apa kehal kau nih cik jah, pelik betullah engkau ni...biasanya kalau ponpuan tu memang tak suka bila ditanya usia, lagi2 kalau dah masuk umur 40an....ish..ish...tercabut wayer ke apa cik jah nih.
Tak lah cik pah. Aku suka sangat2 sebab aku rasa hidup nih dah complete.  Yelah bila dah masuk usia 40, kedudukan ekonomi pun dah agak stabil. Perasaan pun jugak stabil. Tak ada dah nak marah2 atau garang2 ke, jadi nak risau apa? Cuma risau sikit pasal suamilah....risau dia bukak cawangan baru....hahahaha..gurau aje. jangan marah ye bang!

Tapi cik pah, semenjak dah masuk usia 40an nih ada beberapa perubahan yang aku rasa. 
Rasa2 macam separuh dari jiwa ini dah terikat dengan akhirat. Ingatkan mati aje.Yelah, orang kata, sebelah kaki dah dok ada dalam kubur.  Aku nak tanya engkau cik pah: 
Agak2 engkaulah, apa penerimaan Allah terhadap aku?  
Agak2 Allah sudi tak nak berjumpa dengan aku? 
Agak2 engkau bagaimana layanan Allah terhadap aku nanti? 
Agak2 engkau lepas tak bila aku melalui saringan pertanyaan dalam kubur?
Agak2 engkau selamat tak aku dari azab kubur? 
Agak2 engkau timbangan aku mana yang lebih berat, pahala atau dosa?
Agak2 engkau selamat tak aku semasa meniti titian sirat? 
Agak2 engkau layak tak aku masuk syurga Allah?

Walaupun pertanyaan ini tiada siapa yang mampu menjawabnya, tapi aku makin merindui alam yang satu lagi, aku semakin rasa macam tak sabar untuk bertemuNYA....

"Mati itu syarat untuk bertemu Allah yang dirindui..."

Ahad, 18 September 2011

pelajar dan konflik....

Bulan julai 2011, genaplah 15 tahun aku menaburkan bakti dan khidmatku sebagai guru. dari Sabah hingga ke Perlis (hihihi...lagu semboyan, tapi aku belum sampai lagi untuk berkhidmat di Perlis) aku membawa diri bersama tugasku sebagai. Bermacam karenah dan ragam kawan2 dan anak2 didik yang aku temui. Bukan bermaksud aku ni seorang guru yang hebat dengan pengalaman, tapi itulah faktanya...hihihihi..cikjah2...tak habis2.
Betul cik kiah oiii...dah banyak sekolah, dah berbagai ragam kawan sejawat, dan dah beribu perangai dan feel pelajar aku temui. Lalu tahun2 milinium ini rupa2nya tahun yang mencabar sangat2.  Berbagai konflik pelajar yang aku temui, antaranya.....

1. Konflik Cinta
    Konflik cinta membawa pelbagai masalah dan gejala sosial yang teruk. Kalau 5 tahun lepas pelajar2 bertanya aku, apa hukum bercinta bagi pelajar sekolah, aku akan menjawab..."boleh, tapi kena jaga batas pergaulan dan dalam had2 yang dibenarkan syarak sahaja".
    Tapi kalau ditanya hari ini, aku berani menjawab " kalau anda bercinta, sebelah kaki dah dok ada dalam neraka".  Sebabya? Pelajar hari ini cukup berani, kalau bercinta dah berani pegang sana, pegang sini.'Kissing2' tu dah tak heran...ya Allah..takut betul aku. Itu yang kes buang bayi, mencanak2 bilangannya. Kalau ikut perangkaan tahun lepas, setiap seminit lahir 3 anak luar nikah...nauzubillah.
Lagi satu kalau dah bercinta, prestasi akademik turut merudum. Pelajar yang bagus pun boleh kecundang, kerana cinta.

2. Konflik Malas dan Lembab
    Malas belajar tahap gaban. Otak lembab tahap gorilla. Itulah rumusannya.  kalau kat kelas, dari pagi sampai rehat, dari rehat sampai balik...tidur aje kerjanya. Mengantuk macam dah kena sihir. Macam tak cukup hari nak tidur.Dah bila masa hang nak belajar dan diajar? Ish...ish..malas tahap gaban betul

Lembab? betul! Mereka nih sayang sangat nak guna otak. 7x7=? tekan calculator.  nak calculate markah yang tak seberapa tu pun kena tekan calculator. Nak congak kiraan simple matematik? sori naik lorilah...ketak..ketak..tekan calculator.  Itu yang lembab sangat otak tu.Agak2 aku, sifir tu tak ada dalam kepala mereka. Otak ni kalau tak diasak dengan hafaz ayat al-Qur'an ke, hafal sifir ke, menjawab soalan ke, boleh berkematu otak, berkarat....

3. Konflik Hodonisme
     "life for enjoy".  Tahu nak seronok aje. "Happening" selalu. Abaikan tanggungjawab terhadap Allah, ibu bapa dan diri sendiri. Dah nak buat macam mana, saluran hiburan itu lebih banyak daripada saluran yang bermakna untuk hidup dunia dan akhirat.
Contoh yang simple, kalau ada artis2 yang meninggal dunia, 2-3 hari masih memperkatakan tentang betapa kita kehilangan artis tersebut, 2-3 sebesar2 muka surat, siap dengan gambar2 masa muda sampai ke tua..hahaha..dunia. 
Tapi kalau ahli ilmuan, atau ulamak...cukuplah hari itu aje, itupun beritanya cikenit aja...itulah nilai yang cuba kita terap dan hasilnya.....wallaaaaaaa....remaja hari ini.
Satu lagi, pelajar hari ni dah tak ada perasaan malu lagi, especially pelajar perempuan.  nampak aje budak lelaki, tersengih2, bukan lagi macam kerang busuk, tapi dah jadi macam kerang kena langgar dek lori...hihihi..Ish...ish.. agak2 akulah, boleh jadi meleleh air liur agaknya kalau tengok pelajar lelaki. Lepas nih pelajar lelaki pulak kena pakai tutup muka, takut2 nanti boleh mendatangkan fitnah...apalah dunia.... akhir zaman agaknya.

Itulah sebahagian cerita anak2 didik hari ini. Lalu dengan berbagai konflik itulah
.....kami guru Malaysia berikrar dan berjanji
    mendidik dan memimpin
    putera puteri negara kita....

tapi tidak semua pelajar mempunyai sikap begitu, cuma segelintir sahaja.  Tapi pelajar2 yang bagus itu hanyalah satu dalam seribu

Rabu, 14 September 2011

Abe Nik ke Jordan...

nih gambar2 yang sempat aku snap kat airport, semasa menghantar abe nik ke Jordan...Terasa macam nak belajar baliklah pulak.  Impian yang tak tercapai...nak sambung belajar kat Mesir. Hasrat hati terpaksa diketepikan memikirkan hasrat bonda yang lebih utama...Hummm...takpelah pi hantar anak buah nak pi belajar ke negara timur tengah, kira oklah tu....



Lelaki kedua paling hensem semalaya....


umi monyok, sedih ko tak sihat...


Aah...lelaki paling hensem semalaya...sempat posing sebelum balik..


sempat lagi main kat playground

Rabu, 7 September 2011

Tusibah yang ku kenali....

Tusibah Mabni sahabatku,
ku kenalinya sepanjang setahun ...1996
tika kami sama2 berada di MPI
untuk menyelesaikan diploma pendidikan.

seorang sahabat yang sangat baik
seorang sahabat yang sangat prihatin

tutur katanya sangat lembut
beralun-alun
sepatah-sepatah keluar dari mulutnya

setiap tuturnya dijaga
setiap kalimah penuh berhemah

tak pernah ku lihat dia marah
tak pernah ku dengar dia meninggikan suara

bibirnya hanya tahu mengukir senyum
di matanya terpancar keikhlasan dalam bersahabat
tiada buruk sangka pada orang lain
dia hanya tahu tersenyum sahaja...
aku cukup suka dan admire Tusibah...

seusai diploma
masing-masing membawa haluan
merata-rata aku mencarimu
sehingga semalam aku temuimu
itupun hanyalah berita kematianmu...
aku pasti akan sentiasa merinduimu
sahabatku..
dari kejauhan ini
semoga kita bertemu di sana..

Berbahagialah sahabatku di sana....
berbahagialah sahabat
kerana sudah sampai masa untukmu
bertemu kekasih yang dirindui
bertuahnya dirimu
kerana telah tiba masa untukmu
menghadap Ilahi
yang sentiasa kau kasihi
Beruntungnya dirimu sahabatku
mendahului diriku
untuk bertemu kekasih
untuk bertemu yang kau rindui


Al-Fatihah untuk sahabatku, Tusibah bt Mabni.

luahan hati limpahan sukma sahabatmu...
cikjah@journalperjalananhidupku
8 September 2011

Sabtu, 23 Julai 2011

hadiah..

Aktiviti semasa sambutan hari guru 16 mei 2011....ish2..cik jah kenapa, kena beli hadiah sendiri dan beri sesama kawan, you nih desprate nak hadiah ke cik jah...aku boleh tolong belikan cik jah oiiii.... Jangan kau nak melalut cik pah oiii...bukan despratelah, tapi just to hepi2 aje ngan kawan2 seperjuangan.  Seronok2, nak membina talian ukhuwwah yang kukuh antara kami...mutual mind & intention lah...so inilah geng2 yang very sporting ...

















klik...