Belanjawan atau budget untuk rumah tangga? Pelik ke? Selalunya kita biasa dengar belanjawan negara, terutamanya menjelang akhir tahun atau sekitar bulan September/Oktober. Oiii..Cik Jah...macam2 lah pulak.
Belanjawan untuk rumah tangga dah beberapa tahun aku amalkan. Sebelum ni, entah apa2 aku buat dengan gaji aku dan suami. Itu pasallah, akhir bulan, akhirlah juga gaji kami. Tapi selepas aku melaksanakan amalan membuat budget ni, kiranya....sedikit stabillah. Gaji banyak tu jugak, tapi lebih terurus. Biasanya belanjawan ini aku rancang setiap bulan. Dah print out, simpan dalam fail. Begitu juga, segala resit2 berbelanja untuk bulan tersebut, aku staplekan bersama dengan budget bulanan tersebut. Bukan apa, senang nak merancang untuk bulan seterusnya dan aku boleh trace jika berlaku kenaikan harga barang. Hahahaha....cik jah..cik jah, macam pakar ekonomi dan pegawai bahagian check harga barang aje...
So, bagi pasangan yang baru berumah tangga atau yang belum pernah mencuba untuk membuat belanjawan negara rumah tangga, di sini aku suka nak kongsikan budget bulanan untuk keluarga aku.
CONTOH PERBELANJAAN BULAN MAC 2011
A. GAJI RM 1900+ RM2000 = 3900
(Gaji aku dan suami. Jumlah yang kami persetujui, duit gaji yang lebih lagi tu, terpulang kepada masing2lah nak buat apa)
B. PERBELANJAAAN
I. WAJIB :
Kereta 700
Tadika Echah 200
Simpanan kecemasan 200
Simpanan (2) 100 ...untuk holiday....hahahaha
Simpanan (1) 200 ....simpanan dalam tabung bersama kami
Klinik 100
Kutu 300 ...(hihihi...macam simpanan jugaklah ni)
Bil2 130
JUM 1930 Baki 1970
II. KEPERLUAN KERJA & KERETA
Minyak kereta 450
Servis kereta 50
Makan untuk hubby 200
Makan sendiri 200
Dobi (iron baju my hubby 20 (sapa punya isterilah..pemalas betul)
JUM 920 Baki 1050
III. KEPERLUAN DAPUR & MAKAN
Brg Dapur (Brg kering) 200
Brg Dapur (Brg basah) 200 (RM50/WEEK)
Jalan2 cari makan 350 (RM80/WEEK)
JUM 750 Baki 300
IV. UBAT2AN/SUPPLEMENT
Supplement 150
Cocoa A+ (untuk Echah) 40
JUM 190 Baki 110....
(kalau ada lebihan macam gini, aku cukup suka...bolehlah aku joli sakan..huhuhu, tapi tak selalu ada lebihan ni..). Itu hanya contoh sahaja, anda juga boleh tambah, untuk ibu bapa ke (macam aku dan suami dah tak ada kedua orang tua) atau apa2 sahaja mengikut keperluan keluarga anda.
Jadi begitulah aku merangkap menteri kewangan negara rumah tangga kami menguruskan belanjawan bulanan bagi kami sekeluarga. Bagi barang dapur (barang kering) aku akan senaraikan dulu barang2 mengikut keperluan dan akan disahkan kelulusannya pula oleh perdana menteri (suami akulah...) Ketika membeli-belah tu, pastikan mengikut skima yang telah ditetapkan....supaya tak lari budget.
Tapikan...semenjak harga petrol naik, tak semena2, harga barang pun naik. Jadi bulan depan, kena tambah sikitlah budget untuk petrol dan makan2...ish2..kena cari sumber pendapatn baru ni...sebab nak cover bahagian tu.....fening2...nak biznes apa ek?
Duduk gua ke?duit rumah mana?bil?
BalasPadam