I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 16 Januari 2013

Alkisah....

Alkisah, maka bermulalah satu kisah....adapun semua bapak2 menteri, para biduanda ADUN dan DUN beserta para wakil2 rakyat diceritakan bertebaran ke seluruh pelusuk negeri, jalan-jalan ke stiap ceruk ranatau untuk bertemu rakyat jagaan mereka.

Maka takjublah para menteri dan wakil2 rakyat melihatkan keadaan kampung tersebut. Bertambah hairan mereka melihat lopak2 dan lubang yang memenuhi jalan raya sepanjang perjalanan mereka.  Yelah..(hehehehe) sudah 25 purnama kampung wakilan mereka itu ditinggalkan tanpa khabar berita.  Sehingga kini barulah mereka berjaya  menjejakkan kaki mereka ke kampung wakilan mereka.

Maka rakyat jelata pun juga merasa hairan dan takjub.  Melihatkan perilaku wakilan mereka...bertanya khabar dan membantu mereka.  Rumah yang roboh didirikan semula.  Jalan yang rosak dibaikpulih. Beras petas diagihkan sama. Gula sakai diberi percuma. Hairan betul mereka.

Sepanjang 25 purnama nan lalu semua rakyat merindui mereka.  Sudah diselidik, sudah dilakukan siasatan maka tidak juga ditemui arakian mereka. Lalu musykillah para rakyat jelata, apa gerangan agaknya mereka ke sini....Terdengarlah di sini  sana, gerangan apakah yang membawa mereka ke sini...Hehehehehe...PRU 13 bakal menjelma....itulah punca, itulah penyebabnya....

Huh!Hipokrit betul....

Jumaat, 11 Januari 2013

Mee Rebus Cik Jah

Dah beberapa hari, dok teringin nak makan mee rebus...Hummm...hari ni baru tercapai cita2..Memang sedap sangat2.  Berbalaoilah membuatnya dan memakannya....


Bahan2:
1 kg mee - dicelur
1/2 kg daging (lagi sedap kalau dapat tulang rusuk)
1/2 kg udang besar
1/2 kg keledek (yang kuning lagi sedap, sebab ia agak manis)-direbus dan dilecek halus
1 cawan kacang dal dibasuh, tos dan direndam-direbus dan diblend halus bersama2 dengan air rebusannya. 
1/2 cawan cili kisar- boleh digunakan cili kering atau cili fresh...hehehehe.. kalau nak pedas pakai cili padi...terangkat mak mentua cik pah
garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya.

Bahan penumis :
2 biji bawang besar (sederhana besarnya)
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Semua bahan diatas diblend bersama2....
2 batang serai - diketuk
minyak masak secukupnya

Garnish:
Telur rebus
tauhu goreng dan dipotong dadu
sawi dan tauge dicelur
cili hijau dan merah dipotong
bawang goreng
limau kasturi
daun sup dan bawang
keropok sayur

Cara2:
1. Stok udang : udang dikupas kulitnya, direbus sekejap.  Keluarkan udang tersebut....Manakala kulit dan kepalanya dibersihkan kemudian direbus sekejap (dengan air rebusan udang tadi) kemudian diblend kasar bersama dengan air rebusan.  Lepas tu ditapis..so jadilah stok udang kita.
2. Stok daging : Daging / tulang rusuk tadi dibersihkan dan direbus bersama dengan sedikit garam dan sedikit bahan yang diblend...agak2 dalam 15 - 30 minit (kalau tulang rusuk, lebihkan masa supaya daging dan tulang tu senang nak diceraikan) ...kemudian keluarkan daging tadi dan dipotong nipis2... 
3.  Tumis : Tumis bahan2 yang diblend bersama dengan serai sehingga naik bau....kemudian masukkan cili kisar..masak sehingga cili tadi betul2 masak kemudian masukkan garam. Kacau lagi hingga betul2 masak dan hilang bau cilinya.
4.  Kemudian masukkan stock udang dan daging, keledek dan kacang dhal.  Masukkan juga udang rebus tadi serta daging yang dah dipotong nipis2.  Masaklah dengan api perlahan.  Tambah air mengikut kesesuaian. Perasakan dengan garam dan gula....aku suka lebih sikit manisnya...

Ok...selamat mencuba..kalau sedap komenlah sikit...

Selasa, 8 Januari 2013

mentua vs menantu...

Hummmm...asssalamualaikum cik pah ...apa khabar? 

Ni apa citernya mentua vs menantu nih cik jah....
Saje je hari ini nak kongsi dengan pembaca tentang 2 jenis manusia ni..mentua dan menantu. Ini pun berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku...mana yang sesuai, bolehlah digunapakaikan...tapi kalau rasa tak sesuai, ambilnya sebagai maklumat aje..

Bila sebut krisis menantu-mentua, selalu kita dengar cerita mereka ni tak berapa nak ngam la, bergaduh, masam muka la...  etc.  
Menantu makan hati, mentua pula makan limpa...menantu sakit hati, mentua pula tak nak jumpa....hehehehe...
Selalunya dalam kes ni, menantu tu perempuan la, mentua juga perempuan @ mak mentua  .  Kalau lelaki tu, jarang berlaku ...
So nak buat macam mana? Nak tak nak, menantu tetap jadi menantu kita selama mana mereka masih menjadi pasangan anak kita atau mereka tetap jadi mentua kita selama mana kita masih menjadi pasangan kepada anak mereka...

1.  Pesanan mak aku  : mentua mestilah dilayan seperti kita melayan ibu kita, kalau nak jadi menantu pilihan, layan mak mentua kita LEBIH lagi.....
mak aku kata isteri perlu lebih bertanggung jawab terhadap suami dan keluarganya....
Lagi pulak mak aku kata kalau dapat mentua yang suka pok... pek.. pok.... pek.. mengalahkan CNN...agak2nya habis satu kampung diceriterakan pasal kita...so behave yourself...

2.  Selalu bagi hadiah, cenderahati, macam kain pasang ke, kain tudung ke (lagi bagus yang ada tag2 tu.... e.g Arianni atau Fareeda atau apa2 aje... hehehehe..mahu kopak beg duit aku kalau kena 2 tiga helai )
3.  Kalau pandai masak (macam aku le.. hihihihi..benci betul ngan cikjah nih, perasan!) rajin-rajinlah ke dapur mentua untuk memasak, kalau boleh resepi yang luarbiasa...tapi janganlah sampai peliklah pulak...sampai tak leh nak telan...hhahahaha...
Tapi yang ini pun engkau mesti kena faham dulu kesukaan mentua engkau, cik pah oii...jangan nanti dianggap ..."Huh! mengada2 la menantu aku ni.." Kalau rasa macam tak sesuai, beli aje kat kedai@ restoren mamak ke,lepas tu letak aje dalam tuperware...hahahahaha..terangkat mak mentua kau cik pah...

4.  "Main angin" itu istilah orang Kelantan la....maksudnya kita meraikan atau sentiasa bersetuju dengan mentua atau boleh jugak kita ikut aje rentak yang dimainkan . Kadang2  boleh jadi sort of puji2an, as long ianya perkara yang sesuai la...juga jangan sampai 'over wind' pulak....nanti nampak macam bodohlah pulak.  Pandai2lah...


Akhir kata (bukan aku kata na!) apa2 pun yang kita buat kat mak mentua kita, ikhlaskanlah niat kita tu...buat apa2 mesti lahir dari hati, bukan  nak menunjuk2 atau ria'....
Ingatlah selalu "Sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati juga",  
Pandanglah mentua kita macam kita pandang mak ayah kita juga...sebagai tanda ucapan terima kasih kerana berjaya membesarkan suami kita dengan sempurna...dan menjadi  suami yang soleh untuk kita....
Oklah cik pah aku chow dululah....

klik...