I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 28 September 2011

manual lelaki...



Troubleshooter 2: Lelaki tidak boleh meminta maaf

Sebelum kita bercerita tentang problem ini, maka ada baik kiranya kita memahami dulu benda2 yang tidak digemari oleh lelaki.  Sebenarnya dalam sedar atau tidak, ada 4D  yang tidak disukai oleh lelaki:

   1.  Dipersalahkan
   2.  Ditegur kerana kesalahan atau kesilapan mereka...sebab 'budget bagus'
   3.  Disyaki melakukan kesilapan
   4.  Disedari kesilapan mereka

Kenapa lelaki tidak suka dan tidak boleh meminta maaf? Susah ke nak ucapkan.."saya minta maaf".
Sepanjang tempoh perkahwinan anda, berapa kali agaknya suami anda meminta maaf atas kesalahan yang betul2 mereka lakukan? Paling2 mereka senyap aje kalau mereka buat silap.  Ataupun dibiarkan aje kita termangu2 memikirkannya...

  Agaknya seksa betul nak meminta maaf nih. Mungkin bagi perempuan, 'no hal'lah kalau nak minta maaf.  Sebab kita spesis yang boleh menerima kekurangan dan kesilapan yang mungkin kita lakukan.  Tapi bagi lelaki, minta maaf tu menunjukkan mereka tidak sempurna dan telah melakukan kesilapan.  

Jadi, pantang! datuk nenek,  untuk mereka meminta maaf. Kalau minta maaf seolah2 mereka dah terlibat dengan keempat2 D di atas. Dan pasti mereka sangat tak suka.

Cara Mengatasi :

1. Perbaiki cara kita berkomunikasi dengan suami.  Pilih perkataan atau bahasa yang sesuai agar mereka tidak tersinggung, tapi matlamat kita tercapai..

2.  Pastikan anda tingkatkan harga diri suami dan iktiraf sumbangannya sebelum anda menyampaikan rasa hati anda (hihihi...untuk mengutuklah tu...)

Kata2 yang biasa kita ucapkan ..
" Abang selalu sahaja membuatkan hati saya sakit" 

Kata2 yang luarbiasa...
 " Saya tahu, abang sayangkan saya dan  sentiasa nak jaga hati saya, tapi..abang tahu tak,  hati saya rasa terluka sangat setiap kali abang buat begitu.."



Rasa2nya mesti terbuka pintu hati suami untuk meminta maaf...good luck ya!
 See all of u soon..

Rabu, 21 September 2011

manual lelaki...

  Bercerita tentang lelaki ini, banyak perkara yang kita perempuan sukar untuk memahami mereka. Aku sendiri pun dah berbelas tahun mengahwini seorang lelaki, masih lagi sukar untuk memahaminya.  Ada banyak persoalan2 tentang lelaki yang aku tak faham dan lelaki sendiri tidak memahaminya.

  Alangkah bagusnya, semasa kita (perempuan lah...) mengahwini seorang lelaki, mak bapak dia bagi terus satu salinan manual macam mana nak menguruskan anak lelaki mereka. Jika timbul ' troubleshooter' kita boleh rujuk manual apa yang patut kita buat. Kalau dia meragam, apa tindakan kita untuk menghentikannya. Macam kita beli alat2 eletrik atau elektronik, mesti ada manualnya kan?. Huhuhu...tapi itu mustahilkan.ish..ish..cik jah nih, biar betul...

Troubleshooter 1 : Sukar menerima pandangan atau cadangan perempuan (isterilah tu...)
   Pernah tak korang (sang isterilah) mengalami satu situasi, suami sedang memandu kereta....dan kita tersesat? Pernah? Mesti pernah kan? Suami kita sanggup memandu berjam2, tanpa ada usaha untuk bertanya dengan sapa2 yang ada kat tepi jalan ke, kat kedai mamak ke, atau makcik2 yang dok jemur kain ke. Mesti kita rasa heran.  Tak penatkah suamiku. Kenapa tak bertanya kalau dah tahu sesat. Bila kita bagi cadangan..."Abang pilah tanya kat makcik tu.." Apa respons cik abang anda? Dijegilnya mata kat kita. Atau dia akan menjawab..."Alah saya tahulah, awak tu dok diam2.." atau....'Eh! sapa dreber nih, saya ke awak?.. paling tidak pun dia diam aje dengan muka sebal. Huhuhu..mesti pernahkan?

Kenapa suami kita bertindak begitu?  Bagi kita perempuan, apa salahnya kalau bertanya....bak kata pepatah Melayu, kalau malu bertanya sesat jalan.  Apa pasal hah?  Sebenarnya bagi lelaki@suami, sebarang cadangan daripada isteri tu seolah2 menjatuhkan imej mereka.  Sebenarnya kalau kita kata kat suami..."Abang, pilah tanya kat makcik tu..". Apa yang mereka dengar ialah ..."Awatlah bodoh betul awak nih, sampai boleh sesat.." ataupun ..." Eeee..teruknya awak.." sedangkan lelaki ni jenis spesis makhluk manusia yang sentiasa 'budget' bagus....(perasan baguslah tu...)so, kalau ada teguran atau cadangan daripada the other spesies, mereka akan rasa 'down' sangat2.Hohoho...itulah pasal suami tak leh terima cadangan isteri....BUDGET BAGUS..(walaupun tak berapa bagus).Mereka rasa, mereka perlu sempurna dan mesti sempurna, tidak ada kecacatan.  Hasil kerja mesti bagus, tidak perlu dikomen  Emmmmm...nasiblah perempuan, berkahwin dengan lelaki.

Cara mengatasinya :
Untuk mengatasi  atau 'coupe' problem ini, kita mesti memahami dulu, kenapa lelaki bertindak sebegitu. Sebenarnya bukan salah mereka pun...(saje nak bagi sedap hati kaum adam ni, lepas aku kutuk mereka habis2an). Sebab ada juga lelaki yang tidak setegar itu sikapnya.  Sebenarnya semua bermula semasa proses pembesaran mereka. Cara mereka dilayan oleh ibu bapa menentukan level sikap ini. Biasanya anak2 lelaki yang selalu diberi tanggungjawab atau dia memang anak lelaki sulung dalam keluarga akan menjadi individu lelaki yang sebegitu. Dialog ini kita biasa dengar :
" Along, nanti ayah tak ada nih, tolong jaga mak, jaga adik2"....atau ..."Abang Ngah, jaga adik, jangan sampai jatuh.." etc.

   Maka mereka akan membesar sebagai lelaki yang sentiasa 'rasa' mereka mesti bagus dan sempurna.
 
   Jadi bila kita berurusan dengan mereka, pastikan ego mereka tidak tercalar, gunakan kebijaksanaan anda supaya mereka sentiasa merasa diri mereka bagus...huhuhu..pujilah dulu supaya ego mereka tinggi, lepas tu baru kutuk....hahahaha..nak hidup biasalah...

You can try this:
"Abang, saya rasa abang mesti sangat familiar dengan jalan2 kat sini kan? dan tak mungkin kita sesat .....cuma mungkin jalan2 kat sini dah berubah kot, bangunan pun dah bertambah (seolah2 jalan kat situ yang salah, suami kita tak salah..hohoho)....itu yang kita sesat sikit..., cuba2 kita tanya kat restoran tu, sambil2 boleh basahkan tekak" Agaknya suami kita terima dak?

Oklah....kita jumpa lagi dalam 'troubleshooter' lain pulak ya!

Ahad, 18 September 2011

pelajar dan konflik....

Bulan julai 2011, genaplah 15 tahun aku menaburkan bakti dan khidmatku sebagai guru. dari Sabah hingga ke Perlis (hihihi...lagu semboyan, tapi aku belum sampai lagi untuk berkhidmat di Perlis) aku membawa diri bersama tugasku sebagai. Bermacam karenah dan ragam kawan2 dan anak2 didik yang aku temui. Bukan bermaksud aku ni seorang guru yang hebat dengan pengalaman, tapi itulah faktanya...hihihihi..cikjah2...tak habis2.
Betul cik kiah oiii...dah banyak sekolah, dah berbagai ragam kawan sejawat, dan dah beribu perangai dan feel pelajar aku temui. Lalu tahun2 milinium ini rupa2nya tahun yang mencabar sangat2.  Berbagai konflik pelajar yang aku temui, antaranya.....

1. Konflik Cinta
    Konflik cinta membawa pelbagai masalah dan gejala sosial yang teruk. Kalau 5 tahun lepas pelajar2 bertanya aku, apa hukum bercinta bagi pelajar sekolah, aku akan menjawab..."boleh, tapi kena jaga batas pergaulan dan dalam had2 yang dibenarkan syarak sahaja".
    Tapi kalau ditanya hari ini, aku berani menjawab " kalau anda bercinta, sebelah kaki dah dok ada dalam neraka".  Sebabya? Pelajar hari ini cukup berani, kalau bercinta dah berani pegang sana, pegang sini.'Kissing2' tu dah tak heran...ya Allah..takut betul aku. Itu yang kes buang bayi, mencanak2 bilangannya. Kalau ikut perangkaan tahun lepas, setiap seminit lahir 3 anak luar nikah...nauzubillah.
Lagi satu kalau dah bercinta, prestasi akademik turut merudum. Pelajar yang bagus pun boleh kecundang, kerana cinta.

2. Konflik Malas dan Lembab
    Malas belajar tahap gaban. Otak lembab tahap gorilla. Itulah rumusannya.  kalau kat kelas, dari pagi sampai rehat, dari rehat sampai balik...tidur aje kerjanya. Mengantuk macam dah kena sihir. Macam tak cukup hari nak tidur.Dah bila masa hang nak belajar dan diajar? Ish...ish..malas tahap gaban betul

Lembab? betul! Mereka nih sayang sangat nak guna otak. 7x7=? tekan calculator.  nak calculate markah yang tak seberapa tu pun kena tekan calculator. Nak congak kiraan simple matematik? sori naik lorilah...ketak..ketak..tekan calculator.  Itu yang lembab sangat otak tu.Agak2 aku, sifir tu tak ada dalam kepala mereka. Otak ni kalau tak diasak dengan hafaz ayat al-Qur'an ke, hafal sifir ke, menjawab soalan ke, boleh berkematu otak, berkarat....

3. Konflik Hodonisme
     "life for enjoy".  Tahu nak seronok aje. "Happening" selalu. Abaikan tanggungjawab terhadap Allah, ibu bapa dan diri sendiri. Dah nak buat macam mana, saluran hiburan itu lebih banyak daripada saluran yang bermakna untuk hidup dunia dan akhirat.
Contoh yang simple, kalau ada artis2 yang meninggal dunia, 2-3 hari masih memperkatakan tentang betapa kita kehilangan artis tersebut, 2-3 sebesar2 muka surat, siap dengan gambar2 masa muda sampai ke tua..hahaha..dunia. 
Tapi kalau ahli ilmuan, atau ulamak...cukuplah hari itu aje, itupun beritanya cikenit aja...itulah nilai yang cuba kita terap dan hasilnya.....wallaaaaaaa....remaja hari ini.
Satu lagi, pelajar hari ni dah tak ada perasaan malu lagi, especially pelajar perempuan.  nampak aje budak lelaki, tersengih2, bukan lagi macam kerang busuk, tapi dah jadi macam kerang kena langgar dek lori...hihihi..Ish...ish.. agak2 akulah, boleh jadi meleleh air liur agaknya kalau tengok pelajar lelaki. Lepas nih pelajar lelaki pulak kena pakai tutup muka, takut2 nanti boleh mendatangkan fitnah...apalah dunia.... akhir zaman agaknya.

Itulah sebahagian cerita anak2 didik hari ini. Lalu dengan berbagai konflik itulah
.....kami guru Malaysia berikrar dan berjanji
    mendidik dan memimpin
    putera puteri negara kita....

tapi tidak semua pelajar mempunyai sikap begitu, cuma segelintir sahaja.  Tapi pelajar2 yang bagus itu hanyalah satu dalam seribu

Rabu, 14 September 2011

Abe Nik ke Jordan...

nih gambar2 yang sempat aku snap kat airport, semasa menghantar abe nik ke Jordan...Terasa macam nak belajar baliklah pulak.  Impian yang tak tercapai...nak sambung belajar kat Mesir. Hasrat hati terpaksa diketepikan memikirkan hasrat bonda yang lebih utama...Hummm...takpelah pi hantar anak buah nak pi belajar ke negara timur tengah, kira oklah tu....



Lelaki kedua paling hensem semalaya....


umi monyok, sedih ko tak sihat...


Aah...lelaki paling hensem semalaya...sempat posing sebelum balik..


sempat lagi main kat playground

Rabu, 7 September 2011

Tusibah yang ku kenali....

Tusibah Mabni sahabatku,
ku kenalinya sepanjang setahun ...1996
tika kami sama2 berada di MPI
untuk menyelesaikan diploma pendidikan.

seorang sahabat yang sangat baik
seorang sahabat yang sangat prihatin

tutur katanya sangat lembut
beralun-alun
sepatah-sepatah keluar dari mulutnya

setiap tuturnya dijaga
setiap kalimah penuh berhemah

tak pernah ku lihat dia marah
tak pernah ku dengar dia meninggikan suara

bibirnya hanya tahu mengukir senyum
di matanya terpancar keikhlasan dalam bersahabat
tiada buruk sangka pada orang lain
dia hanya tahu tersenyum sahaja...
aku cukup suka dan admire Tusibah...

seusai diploma
masing-masing membawa haluan
merata-rata aku mencarimu
sehingga semalam aku temuimu
itupun hanyalah berita kematianmu...
aku pasti akan sentiasa merinduimu
sahabatku..
dari kejauhan ini
semoga kita bertemu di sana..

Berbahagialah sahabatku di sana....
berbahagialah sahabat
kerana sudah sampai masa untukmu
bertemu kekasih yang dirindui
bertuahnya dirimu
kerana telah tiba masa untukmu
menghadap Ilahi
yang sentiasa kau kasihi
Beruntungnya dirimu sahabatku
mendahului diriku
untuk bertemu kekasih
untuk bertemu yang kau rindui


Al-Fatihah untuk sahabatku, Tusibah bt Mabni.

luahan hati limpahan sukma sahabatmu...
cikjah@journalperjalananhidupku
8 September 2011

Isnin, 5 September 2011

Solatlah.....

Aku kat kelas tadi. Aku bertanya dengan beberapa orang pelajar aku. Hari ini solat subuh? tak....jawab mereka. Semalam, solat subuh? Tak...jawab mereka lagi, Kelmarin, pun tak jugak. Hish...hish... bebudak ni, tak solat. Mengaku tak solat pun, macam nothing to feel.  Tak ada rasa apa2 bila tidak solat. Selamba aje meluncur keluar dari lidah2 mereka.
Hati ini cukup tersentuh dengan insiden ini. Inilah remaja dan bakal menjadi dewasa yang bakal menjadi pemimpin nanti.  Kalau tak jadi pemimpin negarapun, mereka juga menjadi pemimpin kepada negara kecil mereka iaitu keluarga atau paling tidak pun menjadi pemimpin kepada diri mereka sendiri.

Wahai anak2, 
solatlah...5 waktu aje sehari semalam.
Tidak lama pun. Let say, satu waktu solat 5 minit, sehari semalam anak2 hanya gunakan 15 minit sahaja daripada 24 jam masa  yang diberikan oleh Allah kepada kita.  Anda masih mempunyai 23 jam dan 45 minit lagi untuk urusan2 lain lagi. Takkan tak boleh. Tapi kenapa kita rasa macam lama aje? kenapa rasa macam susah aje? sebenarnya itu hanya perasaan aje, perasaan yang diperhias indah oleh syaitan. Macam yang disebut oleh Allah dalam KitabNYA(mafhum) solat itu terasa berat, kecuali bagi orang2 yang khusyuk...

Kenapa tak solat ? Antara alasan :
  • Tak sempat ......dah tu, awak dok buat apa sampai tak sempat? Tak ada buat apa2..
  • Tak sempat...banyak kerjalah, homework bertimbun ..... alahai, solat tu sekejap aje, 2-3 minit dah siap.Anggap aje, commercial break. Masa untuk muscle kita berehat sekejap.
  • Tak sempat....kenapa? saya keluar shopping atau  makan2 dengan kawan. ooooo....jadi,  tak ada masjid/surau la dekat2 area tu?
  • Seluar/baju kotor...ada nampak tak najis kat baju awak? Tak...dah tu, solatlah, unless kalau awak nampak najis berketul2 kat baju/seluar awak.
  •  Tak ingat bacaan solat - selalunya doa qunut atau tahiyyat akhir atau bacaan duduk antara dua sujud. Hemmmm....ada usaha menghafalnya? Tak ada...Oklah...cara very simple, awak photostat aje teks bacaan tersebut, besarkan saiznya, lepas tu tampal aje kat mana2, kat dinding ke atau kat almari ke atau kat mana2 yang agak2 awak boleh nampak dan boleh baca masa tengah solat. So, ketika dalam solat, bacalah berpandukan teks itu...tak ada benda yang tiada solutionnya. Nak atau tidak aje. 
  • Terlambat bangun...takut nanti lewat sampai sekolah atau ofis...jangan macam tu, utamakan perintah Allah, pasti Allah akan menolong anda. Kalau subuh tu, tak sampai 3 minit, dah siap. Jangan risau tak tentu pasal. 
  • saya masih muda....sori to say, mati itu tidak mengenal usia.  Dan saya selalu berpesan kepada pelajar saya, tanggapan ini adalah tanggapan yang saaaaaaangat silap. Kenapa silap? Saya suka menegaskan... apa yang anda lakukan di usia muda anda, maka itulah gambaran anda di masa tua nanti.  Rasionalnya mudah sahaja. Kalau anda seorang yang sangat committed dengan solat semasa muda, maka di masa tua ianya akan menjadi mudah, kerana ianya dah jadi satu kebiasaan.  Tapi kalau di usia tua, anda baru nak memulakannya, ianya agak sukar sebab belum terbiasa. Dan di usia tua juga, badan kita pun dah  lemah dan kurang bertenaga atau mungkin dah dihinggap berbagai penyakit.


Itulah selalunya alasan yang diberikan....nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Yelah kat atas dunia nih bolehlah bagi berbagai alasan. Tapi sekali dah masuk lubang kubur nanti, baru padan muka kita.  Mulut dan lidah dah tak boleh nak berbohong lagi, dah tak boleh mencipta pelbagai alasan lagi. Dipukul dan dipalu oleh malaikat mungkar nakir. Dibelit dan digigit oleh ular sepanjang sebulan perjalanan. Kita merintih dan meraung kesakitan di seluruh anggota badan selama 40 tahun, sehingga hancur segala badan kita, lalu penderitaan itu akan berulang lagi, sehingga bila? Sehingga tibalah Hari Yang Pasti : Kiamat. Itu cerita dalam kubur.

Cuba anda perhatikan orang di sekeliling anda, jiran atau saudara mara anda.  Cuba buat senarai semak:

  • Orang yang kurang berada dan kurang bahagia
  • Orang yang miskin tapi bahagia
  • Orang yang tak punya apa2 tapi sangat bahagia
  • Orang yang semua ada tapi tak bahagia juga
  • Ada orang yang sentiasa berkeluh kesah
  • Ada orang yang sentiasa tenang
  • Ada orang yang sentiasa dirundung duka
  • Ada orang yang macam tak derita


Cuba perhati, persamaan antara orang2 yang tak bahagia adalah kealpaan mereka daripada mendirikan solat.  Betul? Ini hipotisis saya berdasarkan pemerhatian saya terhadap individu2 yang saya kenali di sekeliling saya. Ada orang yang semua benda yang dibuat, semua benda jugalah yang tak menjadi. Tak habis2 ditimpa masalah. " Binalah hubungan yang hebat dengan Allah, pasti anda akan menjadi manusia hebat di dunia"

Khamis, 1 September 2011

Selepas 17 tahun...

Raya tahun ini kusambut dengan berbagai rasa.  rasa sedih dan sebak rasa di dada, kerana raya pertama tanpa ibu yang dah lama pergi dan tanpa ayah jugak yang sudah hampir setahun menghadap Ilahi. Macam anak yatim piatulah gitu.(Huhuhu...dah tua bangkapun, mengaku anak yatim piatu lagi....luculah cik jah nih).

Tapi raya ini jugak membawa kebahagiaan yang tak terucap rasanya, pertemuan dengan sahabat lama yang dah lama lost contact dan of courselah dah lama tak jumpa.  17 tahun! bukan tempoh masa yang sekejap.  Kalau ada anak, dah jadi anak dara, dah nak dapat menantu.  begitulah lamanya aku tak berjumpa dengan sahabat aku nih.Yang sorang tu, aku dah jumpa awal tahun ini (2011), kebetulan dia ditukarkan ke sekolah yang sama dengan aku. So, bila dah jumpa, tak tahu nak cerita. Terharu sangat2. Teruja sangat2.Banyak cerita sangat2. Pendek kata semuanya sangat2lah....So, picture speak louder than word...(hiihihihii...betul ke tu cik jah oiii?)
Layan ajelah cik pah gambar2 nih....


Dua orang sahabat yang 17 tahun hilang di mata, tetapi sentiasa dekat di hati


Bila tengok anak2, rasa macam kami ni  dah tua....

Tetapi masih terselit 'rasa remaja' itu....huhuhuu

Sahabat yang sentiasa ku rindui...

Para suami juga sibuk, entah apa jugak yang dibualkan mereka..

projek sebelum raya..

Huhuhuhu....bila sebut projek, bunyinya macam besar aje. Macam projek jutaan ringgit.Tak adalah cik pah oii...projek besar pada nama, tapi bajetnya ciput aje. mengecat pagar rumah.  Huh! cik jah ni suka bebenor buat gempak, tekejut teman mendengarnya, ingatkan projek nak buat renovation ke, fly over sampai kat rumah hang ke, hok alah la...kalau sekadar nak mengecat, tak payahlah nak dimasukkan ke dalam blog nih! buat menyemak aje...


Cik pah oiiii, itu aku punya pasallah, nak share dalam blog ke, nak shar dalam efbee ke, what ever la...agak2 aku kau ni memang kaki jeles punya manusia. tapi walau apapun, cik pah memang teman se'blog' yang paling rapat dengan aku.
Pagar rumah aku nih,kalau kau nak tahu cik pah, dah lama siap. Sampai dah naik kulat, belum juga bercat, cuma  pakai baju coat aje (cat under coatlah tu) belum dipakaikan coat2 yang bewarna warni, so sempena raya, teringinlah pulak nak warni-warni di aidil fitri...anak dara aku pun sibuk nak mengecat jugak...hahahaha..layanlah gambar2 kemeriahan mengecat itu.....dan cik pah, tutup sikit mulut kau tu, nanti masuk lalatlah pulak...


Gaya seorang professional 
nak mengecatpun kena shoot dulu...


tukang sibuk....



konon...mengecatlah tu...

Suamiku yang tersayang......


selepas diberi sentuhan kreatif...hohoho



klik...