I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

segalanya pasti akan berakhir...

Assalamualaikum.....salam keceriaan untuk semua pembaca..


Segalanya pasti akan berakhir...kata-kata yang ringkas tetapi persepsinya pelbagai.


Ada orang yang hidupnya sentiasa dirundung malang. Kesusahannya bertimpa-timpa.  Lepas satu, satu kesedihan yang menimpanya.  Kadang kala rasa macam hidup ini tidak adil.  Kadang kala kita rasa, apalah dosa yang telah kita lakukan sehinggakan bertimpa-timpa kesusahannya.  Sudah jatuh ditimpa tangga.  Cuma yang bagusnya hari ini kebanyakan rumah tak ada tangga....hehehehe...agak2nya lepas jatuh tu ditimpa apa ek?.  Ish2..cik jah dalam serius tu sempat lagi buat lawak antarabangsanya...


Ada juga orang yang diberi ujian dengan sakit. Sakit yang agak kronik. Kena makan ubat, macam2 ubat.  Kena berpantang makannya, macam2 benda yang tak boleh dimakan.  Bukannya pantang jumpa, terus makan...hehehehe. 
Ada yang kena operation. Gerun nak kena operation tu satu hal, menanggung sakit itu satu hal lain pulak. Lagilah kalau kena duduk dalam ward, lama2 pulak tu. Ward tu macam dah jadi rumah kedua.  Tengok pulak orang keliling kelalang, sihat...segar bugar.  Boleh gelak, boleh ketawa.  Boleh tidur baring dengan lena. Boleh makan dengan berselera...masa tu kita rasa cukup tension dan hidup ini tidak adil.


Ada orang yang kehilangan orang yang dikasihi. Hilang ibu dan ayah. Hilang suami, hilang anak.  Suami mati, anak pun meninggal.  Suami ceraikan kita, anak2 dapat kat dia. Tengok orang sebelah dok bersenda gurau laki bini. Kita bersendu garau dengan dinding. Tengok orang sebelah dok suap menyuap dengan anak isteri.  Kita pulak suap sendiri. Tengok orang sebelah sakit demam ada orang peduli. Kita pulak sendiri kena peduli.  Tension...tension.


Itu hanyalah sebahagian daripada masalah yang selalu dihadapi.  Kalau nak cerita tentang masalah memanglah banyak.  Sebab setiap manusia yang normal pasti akan menghadapi masalah, hanya orang2 yang istimewa aje yang tak ada masalah.  Orang yang kurang siuman...memang tak ada masalah.  Tidur tanpa alas kat kaki lima, tepi jalan atau mana2 aje, tak ada sebarang masalah.  Berjalan ke hulu hilir tanpa alas kaki, tak apa, tak sakit pun....tak pula kecacingan. Makan tak basuh tanganpun tak apa, tak ada pulak kumannya.  Tak adalah pulak nak kena penyakit kencing manis atau penyakit jantung.  


Hehehehehe....cik jah...cik jah.Itu orang yang kurang siuman.  Kalau macam kita yang siuman ni macam mana?
Cikpah, segalanya pasti akan berakhir!  Itulah nasihat dan pegangan yang kita hayati sebenar2nya.  Kalau kita susah, sakit atau apa sahaja masalah dan kesusahan yang kita hadapi, ingatlah...segalanya akan berakhir.  Tak ada yang kekal di dunia ini.  Yang paling penting, kita kena bersabarlah dulu...by hook or by crook..segalanya akan tamat.  Kalau ada masalah, tiba masa hilanglah masalah itu.  Kalau kita sakit, tiba masa akan hilanglah penyakit itu...paling2 pun kita semua akan matikan? 


Yang paling penting...setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan.  Ustaz Zahazan kata, sekali kesusahan akan diikuti dengan dua kali kesenangan.  So, sabarlah dan sentiasa berfikiran positif.  Ingat jugak, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kena sabar dan tunggu 'our turn'.  Buah anggur pun ikut step jugak sebelum menjadi raisin,  takkan keluar buah terus jadi raisin kan?

  

Rabu, 8 Februari 2012

Doaku...

Allahumma....
Bantulah aku dalam mengingatMU, bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMU, dan dalam memperelokkan amal ibadahku kepadaMU...(doa yang diajar oleh Rasulullah kepada Muaz b Jabal)


Allahumma ya Rahman....
Engkau buangkanlah rasa kecintaanku kepada dunia dan Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta kepadaMU, rasa cinta kepada RasulMU dan rasa cintaku kepada akhirat...


Allahumma ya Ghaffar....
Janganlah Engkau matikan aku, sebelum Engkau ampunkan segala dosa-dosaku...
Engkau matikanlah aku dalam keadaan Engkau meredhaiku dan aku meredhaiMU


Allahumma ya Sattar,
Engkau tutupkan segala keaibanku di hari dimana semua keaiban manusia akan dibentangkan...


Allahumma ya Zal Jalaali wal Ikram....
Aku memohon redhaMU dengan memperoleh syurgaMU......
Aku memohon perlindunganMU daripada kemurkaanMU dengan menjauhkan aku dari nerakaMU...


Allahumma ya Rahim...
Aku mengharapkan kasih sayangMU...semoga Engkau menerimanya...


Amin ....ya Rabbal 'Aalamin...

Rabu, 1 Februari 2012

ragam pemandu

Aku ni dah masuk 7 tahun berulang alik dari Kota Bharu ke Besut.  Oit! Lamanya cik jah... Yelah, cik pah oi. Dah kerja, nak buat macam mana....hadapilah jua, walau apa keadaan sekalipun.


Ni berbalik pasal memandu kereta ni, macam2 lah ragam pemandu kereta ke atau motorsikal ke, atau pejalan kaki pun yang aku jumpa tau cik pah.  Kadang2 tu hilang jugaklah sabarnya hati ini.


Ada sesetengah pemandu keretalah terutamanya, asal aje kita nak memotong dia lajukan kereta. Asal aje kita nak memotong, laju aje keretanya....ish..geram betul.  Lagi2 lah kalau jalan yang sederhana lebarnya.  Kalau tak dipotongnya, slow aje.  Saje memang hati dengki punya orang. Lain kali, naikkan sign board kat belakang keta awak tu...."DILARANG MEMOTONG" kan senang gitu


Ada juga yang jenis pemandu, bila kita memotong, dia bertungkus lumus berusaha untuk memotong kita balik.  Agak2nya pemandu tu lelaki kot, tercabar agaknya kalau ponpuan yang take over. Maaflah kepada pemandu2 lelaki, tak semua yang bersikap begini ye!.  Dah tu,engakau buat apa cikjah? Buat apa? buat bodoh ajelah...tak nak layanlah orang macam nih, takuuuuuuut!


Ada juga yang suka berhenti dan parking keretanya ikut suka sesedap rasa aje.  Yang susahnya pemandu lain. Hummmm.....berderet2 kawan kat belakang, dia boleh buat 'derk' aje, buat tak tahu, sambil2 dok belek hand set le, apa2 aje... Sabor ajelah cik pah oiii.


Yang memandu berani separuh mati pun ada.  Kita pula yang rasa gerunnya.  Memotong tu tak kira tempat dan masa...asal ada peluang, 'on' aje.  Seriau  bulu betis cik mat kita. Nak buat macam mana, agak sengugut kot, atau kena cerek berek....biar ajelah.  Cuma nanti jangan membahayakan keselamatan orang lain pulak. 


Itulah dia rencah hidup di jalan raya sepanjang tujuh tahun berualng alik ke tempat kerja..............

klik...