Daripada
Suami-suami
Yang beralamat di Malaysia
____________________________________________________________________
Kepada,
Isteri-isteri
yang beralamat di Malaysia juga... 22 APRIL 2011
PERMOHONAN SUAMI UNTUK TINDAKAN ISTERI
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil suami Malaysia untuk mengemukakan beberapa perkara penting tentang lelaki yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak isteri di Malaysia. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
2.1 Para isteri diingatkan agar sentiasa memastikan diri mereka sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan rasul. Ibadah yang wajib perlu dilaksanakan dengan sempurna. Ini untuk memastikan rumah tangga aman bahagia kerana sentiasa dilimpahi berkat daripada Allah.
2.2. Para isteri juga perlu memastikan diri mereka sentiasa mentaati suami, selama mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan Islam.
2.3 Isteri-isteri juga mestilah sentiasa menjaga perlakuan dan tingkahlaku mereka sama ada ketika kami ada bersama atau semasa ketiadaan. Ini termasuklah cara bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.( Janganlah nampak macam mengada2 pulak, gedik ke...geli teman...). Isteri adalah cerminan suami. Jadi jika isteri bersikap gedik, ini boleh menjatuhkan maruah kami. Di samping itu, isteri juga perlu menjaga batasan aurat dan pergaulan dengan lelaki bukan muhram. Kesian kami...malulah kami
2.4 Untuk perhatian isteri, kami ni jenis spesis manusia yang hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja dalam satu2 masa. Jadi kalau kami dok tengah syok tengok bolA, janganlah dok merengek-rengek nak tukar siaran ke, atau nak ajak pi mana2 ke...sorilah.. jangan marah kami kalau tak dilayan.
(p.s kesian betul kat mereka..kami ni isteri, boleh buat maaaaaacam2 dalam satu masa..cikjah)
2.5 Pakailah pakaian yang kemas, berwangi-wangian sikit ketika duduk2 bersama kami. Ini tidak, semua bau ada, ketiak masam pun ada, bau budu pun ada, bau ikan masin hapak pun ada. Mana boleh tahan. Ini kalau nak keluar kenduri, sekilometer dah boleh terbau wanginya, dah boleh nampak lipstiknya yang merah menyala.Bau2 ni buat suami tak selesa...itulah mula nak cari wangian kat luar....huhuhuh..kalau dah nak, macam2 alasan buat cipta...kata cikjahlah...
2.6 Kami ni satu lagi jenis manusia yang mempunyai tahap keegoan yang sangat tinggi, lebih tinggi daripada Gunung Everest tau! Jadi jangan sekali2 isteri nak "sekat angin"(hihihi...betul ke tu istilahnya cik jah oiii, mana aku tahu..kata cik jah) Kalau isteri rasa tak setuju, gunakanlah pendekatan secara psikologi, supaya ego kami tak tercalar.( Huhuhuhu...ego awak aje nak kira, ego kami sebagai isteri? itulah pasal suami ni susah bebenor nak terima cadangan isteri, kan kami mogok baru hangpa tahu...kata cik jah)
Kami rasa untuk surat pertama ini, cukuplah setakat ini sahaja. Terima kasih atas perhatian pihak isteri terhadap permohonan ini.
Sekian. Terima kasih.
Yang memohon,
...................................
(SUAMI MALAYSIA)
Minta maaf kepada pembaca budiman, entry kali ini lebih serius dan rasmi....dah namanya surat rasmi....kihkihkihkih...Surat ini kugarap setelah mendapatkan response daripada beberapa orang suami orang (huhuhu...macam buat thesis pulak...perasanlah kau cik jah oiiiii...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan