I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Belanjawan rumah tangga

   Belanjawan atau budget untuk rumah tangga? Pelik ke? Selalunya kita biasa dengar belanjawan negara, terutamanya menjelang akhir tahun atau sekitar bulan September/Oktober. Oiii..Cik Jah...macam2 lah pulak.

   Belanjawan untuk rumah tangga dah beberapa tahun aku amalkan.  Sebelum ni, entah apa2 aku buat dengan gaji aku dan suami.  Itu pasallah, akhir bulan, akhirlah juga gaji kami. Tapi selepas aku melaksanakan amalan membuat budget ni, kiranya....sedikit stabillah.  Gaji banyak tu jugak, tapi lebih terurus.  Biasanya belanjawan ini aku rancang setiap bulan.  Dah print out, simpan dalam fail.  Begitu juga, segala resit2 berbelanja untuk bulan tersebut, aku staplekan bersama dengan budget bulanan tersebut.  Bukan apa, senang nak merancang untuk  bulan seterusnya dan aku boleh trace jika berlaku kenaikan harga barang. Hahahaha....cik jah..cik jah, macam pakar ekonomi dan pegawai bahagian check harga barang aje...

  So, bagi pasangan yang baru berumah tangga atau yang belum pernah mencuba untuk membuat belanjawan negara rumah tangga, di sini aku suka nak kongsikan budget bulanan untuk keluarga aku.

              CONTOH PERBELANJAAN BULAN MAC 2011

 A.  GAJI RM 1900+ RM2000                      = 3900
(Gaji aku dan suami. Jumlah yang kami persetujui, duit gaji yang lebih lagi tu, terpulang kepada masing2lah nak buat apa)

B.  PERBELANJAAAN 
 I.  WAJIB :
                  Kereta                          700
                  Tadika Echah                200
                  Simpanan kecemasan    200
                  Simpanan (2)                100 ...untuk holiday....hahahaha
                  Simpanan (1)                 200 ....simpanan dalam tabung bersama kami
                  Klinik                            100
                  Kutu                              300 ...(hihihi...macam simpanan jugaklah ni)
                  Bil2                               130
                                    JUM                    1930            Baki     1970  

II. KEPERLUAN KERJA & KERETA 
                 Minyak kereta                 450
                 Servis kereta                      50
                 Makan untuk hubby          200
                 Makan sendiri                   200
                 Dobi (iron baju my hubby    20 (sapa punya isterilah..pemalas betul)
                                   JUM                        920             Baki        1050 

 III.  KEPERLUAN DAPUR & MAKAN 
                Brg Dapur  (Brg kering)      200
                Brg Dapur  (Brg basah)       200  (RM50/WEEK)
                Jalan2 cari makan                350 (RM80/WEEK)
                                   JUM                        750              Baki          300

IV.  UBAT2AN/SUPPLEMENT 
                Supplement                            150
                Cocoa A+ (untuk Echah)          40
                                  JUM                           190             Baki       110....
(kalau ada lebihan macam gini, aku cukup suka...bolehlah aku joli sakan..huhuhu, tapi tak selalu ada lebihan ni..). Itu hanya contoh sahaja, anda juga boleh tambah, untuk ibu bapa ke (macam aku dan suami dah tak ada kedua orang tua) atau apa2 sahaja mengikut keperluan keluarga anda.

   Jadi begitulah aku merangkap menteri kewangan negara rumah tangga kami menguruskan belanjawan bulanan bagi kami sekeluarga. Bagi barang dapur (barang kering) aku akan senaraikan dulu barang2 mengikut keperluan dan akan disahkan kelulusannya pula oleh perdana menteri (suami akulah...) Ketika membeli-belah tu, pastikan mengikut skima yang telah ditetapkan....supaya tak lari budget.

   Tapikan...semenjak harga petrol naik, tak semena2, harga barang pun naik.  Jadi bulan depan, kena tambah sikitlah budget untuk petrol dan makan2...ish2..kena cari sumber pendapatn baru ni...sebab nak cover bahagian tu.....fening2...nak biznes apa ek?

Selasa, 19 April 2011

surat rasmi untuk isteri

Daripada
Suami-suami
Yang beralamat di Malaysia
____________________________________________________________________
Kepada,
Isteri-isteri
yang beralamat di Malaysia juga...                                                                     22 APRIL 2011

PERMOHONAN SUAMI UNTUK TINDAKAN ISTERI

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil suami Malaysia untuk mengemukakan beberapa perkara penting tentang lelaki yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak isteri di Malaysia. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
    2.1 Para isteri diingatkan agar sentiasa memastikan diri mereka sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan rasul. Ibadah yang wajib perlu dilaksanakan dengan sempurna.  Ini untuk memastikan rumah tangga aman bahagia kerana sentiasa dilimpahi berkat daripada Allah.

    2.2.  Para isteri juga perlu memastikan diri mereka sentiasa mentaati suami, selama mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan Islam.
  
    2.3  Isteri-isteri juga mestilah sentiasa menjaga perlakuan dan tingkahlaku mereka sama ada ketika kami ada bersama atau semasa ketiadaan.  Ini termasuklah cara bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.( Janganlah nampak macam mengada2 pulak, gedik ke...geli teman...).  Isteri adalah cerminan suami.  Jadi jika isteri bersikap gedik, ini boleh menjatuhkan maruah kami.  Di samping itu, isteri juga perlu menjaga batasan aurat dan pergaulan dengan lelaki bukan muhram.  Kesian kami...malulah kami

    2.4  Untuk perhatian isteri, kami ni jenis spesis manusia yang hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja dalam satu2 masa.  Jadi kalau kami dok tengah syok tengok bolA, janganlah dok merengek-rengek nak tukar siaran ke, atau nak ajak pi mana2 ke...sorilah.. jangan marah kami kalau tak dilayan.
(p.s  kesian betul kat mereka..kami ni isteri, boleh buat maaaaaacam2 dalam satu masa..cikjah)

    2.5   Pakailah pakaian yang kemas, berwangi-wangian sikit ketika duduk2 bersama kami.  Ini tidak, semua bau ada, ketiak masam pun ada, bau budu pun ada, bau ikan masin hapak pun ada.  Mana boleh tahan.  Ini kalau nak keluar kenduri, sekilometer dah boleh terbau wanginya, dah boleh nampak lipstiknya yang merah menyala.Bau2 ni buat suami tak selesa...itulah mula nak cari wangian kat luar....huhuhuh..kalau dah nak, macam2 alasan buat cipta...kata cikjahlah...

    2.6  Kami ni satu lagi jenis manusia yang mempunyai tahap keegoan yang sangat tinggi, lebih tinggi daripada Gunung Everest tau!  Jadi jangan sekali2 isteri nak "sekat angin"(hihihi...betul ke tu istilahnya cik jah oiii, mana aku tahu..kata cik jah) Kalau isteri rasa tak setuju, gunakanlah pendekatan secara psikologi, supaya ego kami tak tercalar.( Huhuhuhu...ego awak aje nak kira, ego kami sebagai isteri? itulah pasal suami ni susah bebenor nak terima cadangan isteri, kan kami mogok baru hangpa tahu...kata cik jah)

Kami rasa untuk surat pertama ini, cukuplah setakat ini sahaja.  Terima kasih atas perhatian pihak isteri terhadap permohonan ini.

Sekian.  Terima kasih.


Yang memohon,

...................................
(SUAMI MALAYSIA)

Minta maaf kepada pembaca budiman, entry kali ini lebih serius dan rasmi....dah namanya surat rasmi....kihkihkihkih...Surat ini kugarap setelah mendapatkan response daripada beberapa orang suami orang (huhuhu...macam buat thesis pulak...perasanlah kau cik jah oiiiii...)

Khamis, 14 April 2011

Akulah perempuan itu...

Akulah perempuan itu,
dijadikan Allah dari tulang rusuk Adam,
dekat dihati untuk selalu disayangi,
dekat dengan tangan untuk selalu dibelai,
dekat dengan bahu untuk selalu disandari

Akulah perempuan itu,
yang menjadi pekerja,
dari pagi hingga ke petang
memberikan komitment pada kerja
sentiasa patuh arahan majikan
tidak curi tulang
supaya rezeki yang kita kongsi bersama
diberkati oleh Allah

Akulah perempuan itu,
menjadi suri kepada seorang suami
menjalankan tanggung jawab
dari dapur
hingga ke bilik tidur
sentiasa sabar melayan
pelbagai perangai dan karenah mu

Wahai suami...
janganlah terlalu demand
bila keletihan melanda
kerana tenaga aku sudah kehabisan
menolongmu menambahkan pendapatan
kerana aku manusia perempuan
kadang kala emosi tidak terlawan

Wahai suami,
belailah aku,
pujilah aku,
pujuklah aku,
ucapkanlah cinta kepadaku
ucapkanlah kata rindu padaku
berikan aku hadiah (huhuhu)
berikanlah aku mata dan telingamu

Akulah perempuan itu,
yang menjadi ibu kepada anak
mengasuh dan mendidik dengan sabar
susah hati bila anak sakit
susah hati bila anak merusuh
sentiasa mencuba try n error
pelbagai methode dan cara
mendidik anak supaya anak menjadi insan yang kamil

Akulah perempuan itu,
seorang pekerja yang komited dengan tugas
seorang isteri yang taat melayan karenah suami
seorang ibu yang sentiasa melebarkan kasih sayang

Akulah perempuan itu,
yang dikatakan lemah
tapi mampu melaksanakan pelbagai tugasan
tanpa keluhan tanpa paksaan

Wahai suami,
yang dikatakan gagah perkasa
ketua kepada perempuan,
takkanlah nak buat air secawan
perlu kepada bantuan
takkanlah nak basuh pinggan sebiji
perlu kepada isteri

Ahad, 10 April 2011

Tips untuk suami

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah,
Mengapa mengharapkan isteri setulus kasih Zulaika, andai diri tidak setampan Yusuf
Mengapa mengharapkan isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
Tidak perlu mencari isteri sekuat Hajar dan Sarah, andai diri tidak seteguh Ibrahim...
Jangan mengharap isteri setabah Fatimah andai diri tidak segagah Ali Karramallahu wajhah
Tips untuk suami :


1.  Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah Rasulullah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi. Jangan hanya menharapkan isteri memakai baju tidur satin menawan, kalau suami hanya bersinglet pagoda dan berpelikat cap kuda.


2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. Ala-ala menggoda gitu...Rasulullah sendiri pun menggunakan nama panggilan manja kepada isteri baginda. Contohnya, Aisyah digelar Humaira' (kemerah-merahan). Tapi, janganlah pulak menggunakan panggilan yang menyinggung isteri, si tembam, dek kerana kegebuan saiznya, si muncung, dek kerana kelebihan bibirnya yang tak begitu menawan..


3. Ucapkan terima kasih atau pujian kepada isteri. Isteri masak, pujilah, walaupun gulainya masin. Pujilah isteri..hari ni lawalah isteri abang, biar menggebu hati dan perasaannya...tapi janganlah pulak....'Emmm...baik ada makna tu'. Ahaha....ye tu.. Lagi satu, jangan tahu komplen aje. Sama2 kerja, suami balik terus ambil paper dan menghadap tv, isteri pulak singsing lengan baju, dan ktung..ktang..ktung..ktang, masak kat dapur.  Kalau nak air tu, tahu order aje...agak2 lah...sama2 letihkan...


4.  Ucapkan kata2 sayang dan cinta kepada isteri. Mestilah ikhlas dari hati...kalau tak nanti, tak ada maknanya pada kata2 itu. Ucapan dari hati akan jatuh ke hati jugak, kata2 hanya dibibir, akan jatuh kat tepi telinga ajelah.  Ada jugak suami yang jenis suka mengucapkan kata2 mulus dan manis hanya ketika 'ITU' sahaja.Ish2...tak patut..tak patut. Nampak sangat tak ikhlas dengan isteri.


5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu). Kabarnya, suami yang memeluk isteri boleh memanjangkan usianya sehari..dan juga mengikut teori marslow, boleh meningkatkan produktiviti...huhuhu..takut jadi lain aje....hahaha..


6. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Raikan kemahuan isteri yang sesuai lah... pandai2lah suamilah..isteri pulak janganlah ambil kesempatan pulak, kemahuannya sampaikan  60 ribu..eeiii...ni isteri yang nak kena nih...Kadang kala kemahuan yang remeh pada suami, taptapi amat penting untuk isteri. Tunaikanlah kemahuannya. Tak de nak hilangnya kelelakian awak tu..Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yang perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain. Pernah juga Rasulullah s.a.w mengendong Aisyah kat atas belakang semata2 nak memenuhi hasrat Aisyah untuk melihat suatu pertunjukan, siap Rasulullah bertanya lagi Aisyah, ..puas dah tengok? Hummm...kalau aku, nak mengada2lah sikit..belum lagi..hehehe..


7. Luangkan masa berdua-duaan dengan isteri. Bawaklah isteri pi jalan2 ke, window shopping ke...kadang2 isteri nih..hehehehe...akulah, suka juga hanya window shopping aje, bukan nak shopping pun.  Tengok2 aje...pun dah mencapai tahap kepuasan yang maksimum, kalau dapat shopping lagilah tahap dinasour agaknya...Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. Pernah RasulAllah saw  berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir. Pernah juga Rasulullah s.a.w sengaja membiarkan Aisyah memenangi perlumbaan itu..eeeeeiii...mesti seronok. Rasulullah s.a.w...rindu sangat nak bertemu denganmu, wahai Rasul Junjunganku...


8. Selalu2lah buat kejutan untuk isteri.Hehehe..kahwin satu lagi, itupun kejutan jugak.Hehehe..kalau buat gini,  mahu tercabut jantung hati isteri....Banyak benda lain boleh dibuat, ucapan kasih sayang dengan sms ke, tinggalkan kad ucapan sayang kat atas meja ke, belilah hadiah, kecik pun tak ape..aku suka...tak payah tunggu apa2 occasionlah... Seronok oooo kalau dapat hadiah "surprise" nih...menggebu hati dan perasaanku....huhuhu..wahai suamiku belilah hadiah untukku...
  
Akhirnya, Ingatlah hadis nabi yang bermaksud: "org yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya"
Cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.



Khamis, 7 April 2011

Sembang petang...

Petang tadi, dari kejauhan aku melihat layang-layang sedang terbang di udara.  Berliuk lintuk di udara dibuai angin petang. Hummm...cuaca yang bagus, angin yang sesuai...seronok tengok budak-budak bermain layang-layang.  Tentulah mereka lagi seronok.... berjaya menerbangkan layang-layang mereka ke udara.  Bukan senang untuk berjaya, ramai juga yang kecundang..
"Seronok jadi layang-layang" suamiku memecahkan kesunyian.
"Kenapa bang, apa yang seronoknya jadi layang-layang?" aku tertanya-tanya, jadi layang-layang seronok?, bukan boleh pi shopping ke, atau baca novel ke...hehehe..
"Yelah...dapat lepas bebas di udara.."suamiku memberi pandangan. "Oh...ye ke layang-layang dapat lepas bebas?" aku provoke suami. "Ish...bebaslah tu...terbang ke udara, kita mana boleh terbang bebas macam tu?" suamiku memberi respons."Eh..eh..eh..cuba abang tengok, layang-layang tu tak bebas, ada tali yang mengikatnya.  Saya rasa, kalau lepas bebas...mesti dah entah kemana-mana layang-layang tu terbang, paling-paling mesti dah tersangkut kat mana-mana pokok" aku menambahkan rencah perbualan..."Emmm...betul jugak kan.." suami memandangku dengan senyum kambingnya...

Perbualan habis di situ, tapi aku masih berfikir tentang layang-layang itu.  Layang-layang itu persis hidup kita.  Kita mahu bebas, sebebas-bebasnya.  Kita nak jadi macam layang-layang. Terbang ke mana sahaja kita suka. Tak nak terikat dengan agama. Agama mengongkong kebebasan. Konon nak jadi orang I.T (Ikut Terlintas), semua nak buat.  Agama letak tepi.Gua punya sukalah, nak buat apa...Mungkinkah begitu?

Timbul pertanyaan, kenapa layang-layang itu masih kekal di udara, tidak jatuh ke bawah? Sudah tentulah angin yang menjalankan tanggungjawabnya. Tapi yang paling penting sekali kerana adanya tali pengikat layang-layang serta kemampuan pemainnya untuk menarik dan melepaskan tali tersebut ("chut tali" -istilah orang Kelantan).

Tali itulah sebenarnya agama.  Tali itulah yang menyebabkan kita masih selamat terbang di udara. Tanpa tali itu, sudah pasti kita kan terbang melayang-layang, hilang arah tujuan, hilang tempat bergantung hingga tersangkut kat mana-mana pokok. Kalau dah tersangkut tu, mestilah layang-layang kita dah rosak atau koyak rabak, akhirnya buang ajelah...kita beli yang lain.

Hidup kita dan layang-layang? Fikirlah sendiri perkaitannya...kalau anda berfikir menggunakan mata hati, anda telah temui jawapannya di situ....

Rabu, 6 April 2011

panggilan telefon...

Beberapa hari lepas aku ada menerima panggilan telefon daripada sebuah resort yang agak terkenal jugak.  Pemanggil itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Shah' sahaja. Dia menggunakan telefon peribadi. I'm very suspecious jugak...
Katanya aku termasuk dalam kategori individu yang bertuah, kerana mendapat tawaran hebat daripada pihak resort tersebut.  Keahlian dan beberapa benefit lain lagi. Huh...aku tak berapa minat sebenarnya, sebab sebelum ni aku pernah terkena.

Masa tu aku masih kat Johor. Aku menyertai satu pertandingan di sebuah pasaraya di JB.  Kemudia akau dapat call...katanya aku berjaya mendapat cabutan bertuah, hadiah berupa percutian ke...mana ek?, aku pun dah lupa.  So, aku dikehendaki ke sebuah hotel di JB untuk mendapatkan hadiah tersebut.  Aku n my hubby pun pergilah...siap ada hi-tea lagi tu...Hummmmm...syarat nak ambil hadiah, kena dengar taklimat...ingatkan cara2 nak bercuti, rupa2nya penerangan tentang keahlian percutian mereka.  Bayarannya? lebih daripada RM5 ribu....huh, tak minat aku.  Oklah...dah sudah minum, dah sudah dengar taklimat...aku n my hubby belah ajelah.

   Jadi, aku pun dengar ajelah si Shah tu becerita dengan bersungguh2nya tentang kelebihan2 menyertai package  yang disediakan resortnya.  Kesian pulak kat dia kan kalau aku terus beritahunya tak nak dengar...hihihihi..jahatnya. Apa salahnya meraikan keseronokan orang lain...pok..pek..pok...pek...Sori ar..Shah, akak tak minat sebenarnya...tak pe kak, akak dengar aje dulu...

   Last sekali, sebelum dia mintak nombor akaun ke, kad kredit ko, atau seangkatan dengannya, aku pun : ....hello...hello..hello..sori ar line tak clear lah, saya tak boleh dengar lah suara awak ..hello!...hello!...aku terus offkan telefon aku...huhuhuhu..jahatnya aku.

   Dah nak buat macam mana, dia tak nak dengar cakap aku...aku dah kata, tak nak! dipaksanya jugak aku mendengar...tak pe kak, bagi saya 5 minit...ni dah dekat 15 minit, sapa yang bengang.. Selepas seharian aku onkan telefon, huh...berderet2 missed call dan berderet2 masuk msg...alah delete aje...dak mboh layan aku... tak ada pasal jangan cari hal.... Hei takut aku, nanti tak pasal2 terlibat dengan kes2 penipuan.  Jangan, cikjah oii..dah banyak kes penipuan begini. Baik kau hati2 cik jah...Dunia hari ini, bukan boleh percaya...nak kaya cepat dan senang dengan menipu orang, hah itulah caranya...

Ahad, 3 April 2011

ronda2 cameron highland...

30 dan 31 Mac 2011, kami ronda2 cameron highland..syok jugak..layan dululah gambar2 kat bawah ni....

cinta hatiku...



 







Strawberry n coklat..hihihi..








for the rest of my life..i'll share with u..


amboi2...nak jadi mamak teh tarik pulak..

Cikjah berbunga....

   Kalau kita tak mampu menjadi lebah, janganlah pulak kita menjadi langau perosak.  Kenapa perlu menjadi lebah?  Kenapa tidak burung ke, ayam ke, atau harimau ke? Apa kelebihan lebah?  Lebah sebenarnya mempunyai 4 ciri yang patut kita sebagai individu pekerja contohinya.

    Ciri yang pertama, apabila lebah hinggap di dahan atau ranting pokok untuk menghisap madu, ranting atau dahannya tidak dipatahkan.  Maksudnya, lebah tidak merosakkan organisasi tempatnya mencari kerja.
   Ciri yang kedua, lebah tidak menghisap madu bunga di pokok yang menjadi tempatnya bersarang, maksudnya lebih kurang yang pertama tadilah.
   Ciri yang ketiga lebah akan mempertahankan sarangnya daripada penceroboh dengan segenap tenaganya.
   Ciri yang keempat, lebah akan menitipkan sesuatu yang berharga kepada manusia, sebelum meninggalkan sarangnya...iaitu madu.  Maksudnya apabila kita bersara atau bertukar tempat kerja, tinggalkan dengan nama  yang baik. Bukannya buat benda2 tak elok, lepas tu terus belah....
So, kalau cerita bab lebah, mesti ada bunganya, layan gambar2 bunga kat bawah....macam2 ada!

Bunga raya

Bunga 'Silver'







 

Jade Vine

Ladies Shoes





























klik...