I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 28 Februari 2011

terkenang zaman dulu2...

al-Qur'an sumber kekuatan umat Islam
Masih segar dalam ingatan, masa aku kecil2 dulu ketika belajar mengaji al-Qur'an.Guru al-Qur'an aku yang pertama, dia seorang lelaki yang agak berumur, agak2 aku dalam 80an kot umurnya, tinggal sendirian sebab isterinya dah meninggal dunia.  Rumahnya bersebelahan aje dengan surau dan anak2nya adalah juga yang tinggal sekitar kampung aku.

kkore
Masih aku ingat, masa tu aku masih di bangku sekolah rendah, maybe dalam darjah 3 atau 4 gitu. Aku bersekolah sesi petang, so, aku pi belajar ngaji al-Qur'an pada waktu pagilah.  Selalunya sebelum mula ngaji, aku akan tolong tok guru.  Kadang kala aku masak nasi ajelah, lain tak pandai.  Yelah..tok guru kan dah tua dan tak ade isteri.  Yang seronoknya bila masak tu gunakan "dapur kayu" - memasak pakai dapur yang menggunakan kayu sebagai bahan bakarnya.  Nak bagi api tu kuat nyalaanya, aku gunakan buluh yang dah dipotong pendek. Aku tiup aje, makin kuat aku tiup, makin kuatlah apinya.  Aku seronok sangat2.  Tak sedar rupa2nya muka aku dah tak nampak macam muka manusia dah, penuh dengan contengan hitam dan rambut aku dah memutih penuh dengan abu....tok guru hanya senyum, kawan2 pula dah ketawa gamat.


mata kkore
Yang seronok juga pengalaman mengukur kelapa.  Kukur kelapa dengan menggunakan alat yang dipanggil "kkore".  klik Sorilah aku tak tahu istilah yang tepat.  Tapi ialah macam bentuk rehal besar, ianya mempunyai satu tempat duduk aje.  Bahagian depan yang agak memanjang sikit diletakkan alat yang berbentuk bulat dan bergerigi macam gergaji.  Hah...kita gerakkan aje kelapa yang dah dibelah dua kat benda bergerigi tu. Buat sampai habislah.

Tugas lain pula, kena penuhkan kolah surau dengan air.  Kami selalunya bergilir2lah "mengarai" daripada perigi yang berdekatan.- rasa2nya akau pernah sebut maksud karai sebelum ni.  Bila dah sudah kerja semuanya, barulah kami boleh mula belajar mengaji.  Itulah rutin harian aku sepanjang 3 tahun, kalau aku tak silaplah.  Sebab bila dah naik form 1 aku start belajar mengaji lagi dengan tok guru lain sampailah aku khatam...2 kali.

Mengajar al-Qur'an satu bentuk sedekah jariah
Walaupun apa yang tok guru aku lakukan nampak macam satu perbuatan yang tak patut bagi seorang dewasa, tapi di situlah sebenarnya terletak keberkatan.  Dan ianya merupakan pengalaman yang tak mungkin aku perolehnya dimana2, begitu juga mungkin kanak2 atau remaja hari ini tak akan merasainya.  Kalaulah situasi yang sama berlaku hari ini, geger satu Malaysia.  Ibu bapa mungkin akan menyaman tok guru tersebut, atau pihak NGO akan mengambil tindakan terhadap tok guru aku. Pasti semua pihak akan memberikan komentar dan mengutuklah tok guru aku.


Tapi sebenarnya mereka tidak tahu, aku cukup2 seronok dan zaman kanak2ku berlalu dengan penuh kegembiraan. Dan hari ini aku cukup bangga untuk bercerita tentang kisah ini kepada anakku atau pelajar2ku.  Aku cukup kagum dengan diriku sendiri, kerana merasai pengalaman indah ini.  Aku sempat belajar dengan seramai 3 orang tok guru dan semuanya sudah dipanggil untuk bertemu dengan Tuhan mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama2 dengan orang-orang yang soleh.

gambar kkore, link :
http://bluesriders.blogspot.com/2010/04/kukur-kelapa-blues.html

Ahad, 27 Februari 2011

Monday's Blues

    Kenapalah boring betullah hari ni mendengar orang bercakap...pok..pek..pok..pek. Not in mood lah hari ni.  Monday's blues agaknya.  Tapi kat sini, monday is not the first working day. Entahlah, kenapa ya?

   Bila orang bercakap rasa macam berdengung2 dalam kepala. Sakit betul kepala aku.  Suara2 itu bersemilir dalam kepala aku. Rasa macam berat bebenor otak aku nak memikiurnya.

    Lagi2 kalau yang dicakapkan itu, isu yang agak berat atau yang perlu kepada pendapat aku.  Alahai, macam mana nak bagi pendapat, aku blur aje hari ni.  Masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri.
Ish..ish..aku ni dah berjangkit penyakit negative ke?

  Alahai, kenapalah pulak hari ini......

Rabu, 23 Februari 2011

apa punya woranglah....

Emmm...hari ni malaslah nak masak, makan kat luar nak? Suami aku, on aje dia. Tak kisahlah aku masak pun bagus, makan kat luar pun tak ape.  Bagus betul suami aku ni...itu yang isterinya kadang kala naik lemak juga.

Makan malam di waktu petang, itulah rutin kami. Kami menuju ke tempat yang biasa kami kunjungi.  Restoren Pak Wil, di Panji, Kota Bahru.  Terletak bersebelahan dengan kubur cina tapi penganut kristian, agaknya lah.  Aku pun tak berapa pasti.  Aku cukup suka dengan restoren ni.  Bersih dan sedap. Aku ni jenis yang susah sebenarnya kalau tiba bab2 makan kat luar.  Cerewet! Suami selalunya akan bertanya kepada aku, ok ke tidak. Kalau aku kata ok, singgahlah kami makan, kalau tak, cari lain.  Aku selalunya buat observasi gak. Perkara pertama, mesti lihat suasana dalamnya, bersih ke tidak.  Yang paling utamanya, mesti lihat tandas dulu.  Kalau ok tandas, memang keraplah aku ke sana.  Kalau ko, huh...itulah yang pertama dan terakhir.

humm...kalau macam ni, mesti berselera makan,tapi mesti mahal 
Dah sudah ambil order, aku bersembanglah dengan suami.  macam2 sembangnya.  Tetiba pandangan aku tertumpu kepada meja kat depan aku.  Seorang lelaki yang nampak macam 'bengkak' aje, masam mencuka wajahnya.  Kebetulan pekerja perempuan melintasi meja lelaki itu, dan bertanya  "...dah order?" Dengan suara yang agak lantang dan keras, lelaki tu menjawab "...nak order macam mana, tak ada sapa yang datang tanya!".  Terkulat2 budak perempuan.  Sebenarnya kebanyakan pekerja kat sini, dah familiar sangat dengan aku,  sebab selalu datang. Budak perempuan tu memandang aku, mohon simpati aku...kesiannya budak tu.. mesti dia malu sangat2, sebab semua mata sedang memandang ke arahnya.

Kot ya pun bengang, janganlah sampai marah gitu sekali.  malu budak tu.  Awak tu dah berumur, tak leh ke nak kawal emosi sikit. Dah tak ada sapa yang nak datang bertanya, apa salahnya kalau awak panggil aje budak2 pelayan tu. Tak pun kalau dah sampai tahap kritikal sangat bengang awak tu, pi lah cari kedai makan lain. Habis cerita.  Selalunya aku gitulah.  Kalau dah duduk setengah jam, tak ada orang layan, apa lagi belahlah...buat apa nak tunggu lagi.  banyak restoren atau kedai makan lain lagi. Kalau marah2 gitu, nanti menjatuhkan maruah kita sendiri.

Huh...agaknya lelaki tu dah kebulur atau kelaparan sangat2 kot, sampai tak leh nak kawal nafsunya...hahaha.

positive vs negative

Adakah anda positif? atau anda salah seorang daripada manusia yang mempunyai ciri2 negatif? Macam mana nak kenal kita ni banyak cas positif atau negatif? Boleh kenal ke?

Aku pernah terbaca dan pernah mendengar tentang perkara ini.  Sebenarnya tidaklah susah untuk mengenali adakah kita ni orang yang postif atau negatif.  Menurut pembacaan dan apa yang aku pernah dengar, orang2 yang ada unsur positif, mereka ini more to solve the problem.  Bila timbul sesuatu isu atau masalah, mereka lebih suka berbincang atau lebih fokus kepada cara nak menyelesaikan masalah tersebut.

Manakala orang yang negatif pula, lebih suka berbincang tentang sapa2 yang berkaitan dengan masalah tersebut atau siapakah  yang patut dipersalahkan.  Mereka lebih suka kepada perkara remeh temeh. Lagi seronok, mereka ni lebih suka mengumpat individu yang berkaitan dengan masalah tersebut. Jadi mereka ni, bukan penyelesai masalah, tapi menambahkan lagi parahnya masalah tersebut.

Jadi orang yang positif, perbincangan mereka berfokus, orang yang negatif pula tidak fokus kepada satu2 benda, tapi baaaaaaaanyak benda yang berbentuk gossip, dengan kata lain, mereka ini adalah para pengumpat tegar... hahahaha....So, kalau anda suka mengumpat, anda memang orang yang mempunyai banyak cas negatif.

Selain daripada itu, orang yang negatif ini, semua benda yang dilihat adalah negatif. Semua benda yang orang lain buat, semuanya mesti ada yang tak kena, mesti ada benda yang nak dikutuknya.  Senang cakap, wajib dikomplen, macam tak selesa pulak kalau tak dikutuk. Orang lain semua tak betul, dia jugak yang betul.

Aku pun pernah jugak tak bersetuju dengan kawan2 aku.  Bukan aku tak pernah terasa dengan tindakan atau kata2 mereka. Aku selalu buat bodoh aje, tapi kadang tu simpaaaaan aje dalam hati. Bukan nak kata aku ni bagus, tapi selalunya aku...."alah, lantak hanglah...asal jangan sentuh pasal prinsip aku sudah..." Tapi kalau mereka "apa2kan" prinsip aku, atau  kalau mereka menafikan tindakan yang aku yakin memang betul...mereka sengaja mencari nahas....aku akan memperjuangkannya habis2an, boleh bertukar jadi ultraman ke atau incredible hulk ke...hah, baru mereka tahu...

Selasa, 22 Februari 2011

buat bodoh...

Beberapa hari lepas, aku join 'dia' untuk melaksanakan program khusus untuk pelajar perempuan.  Bagus jugak program ni.  Dari sini, kami boleh kenal pasti pelajar2 perempuan bermasalah serta bolehlah kami membantu dan membuat pemantauan terhadap pelajar tersebut.

Memandangkan hasil yang baik dan mendapat bantuan daripada beberapa orang guru yang sanggup membarikan komitmen kepada program ini, kami bercadang untuk meneruskan lagi usaha murni ini.  dan kami rasa, kami masih memerlukan bantuan daripada guru-guru lain, especially guru perempuan.  Jadi untuk elak daripada bertanya secara direct, kami bercadang untuk mengedarkan borang soal selidik bagi mengenalpasti guru-guru yang bersedia untuk memberikan bantuan.

Hari ni, pagi ini, tetiba aje 'dia' jumpa ngan aku.  Meluahkan segala yang terpendam di hatinya. Dengan mata yang memerah, dia menceritakan tentang kepedihan hatinya.  Huh... berkaitan dengan borang soal selidik tulah...ramai cikgu yang sibuk bertanya.  kalau pertanyaan untuk membina takpelah juga, ini pertanyaan yang meruntuhkan semangat juang.  Kesian 'dia'.

itulah antara cerita manusia.  Kadang kala kita hanya melihat dari 'negative side' jarang benar kita melihat sesuatu itu dari aspek positifnya.  Kenapa perlu di'highlight'kan perkara negatif, kalau positifnya juga banyak. Aku rasa, salah satu faktornya ialah kerana dalam diri kita dipenuhi dengan cas2 negatif. semua benda kita lihat tak bagus.  semua benda yang orang lain buat, kita rasa salah.  Pelik betul dengan manusia ini. Dengan kata lain, kitalah orang yang paling BETUL, tiada yang betul melainkan KITA. So, apa nak buat..buat bodoh ajelah...hahahaha...

Ahad, 20 Februari 2011

Alahai suamiku...

Belimbing buluh sedang berbuah...lebatnya..
Aku dah hampir 16 tahun berkahwin.  Dia seorang suami yang hanya aku kenali selepas kami sah menjadi suami isteri. 'Family Arrangement'.  Dia seorang yang sederhana dalam serba serbi.  Tetapi seorang suami yang sangat baik.  Aku ni jenis garang sikit, dan cepat melenting.  Suami aku pulak 'cool' aje.  Dan dia sangat suit dengan aku.  Selalunya sekeras2 aku, akan cair bila berdepan dengan suami aku ni.  Kenape? Dia ada baca2 ke?  Taklah...aku ni jenis yang tak boleh sgt2 dengan sesapa saje yang cool bila time aku melenting, kalau orang berlembut dengan aku, aku akan jadi lagi lembut.  Kalau orang marah, aku akan lagi marah.Huh..nak buek camno, dah itulah sikap aku.

Inilah pokok serai kayu...
Suami aku ni sangat suka bercucuk tanam.  Kalau kat rumah kami tu macam-macam yang ditanam. Daripada pokok berbatang keras sampailah ke pokok yang tak ada batang.  Hihihihi....Ada pokok jambu, limau nipis dan limau kasturi...macam2lah. Pokok herba pun ditanamnya jugak. Macam pokok misai kucing, pokok herba untuk batu karang.  Emmm...sayuran pun ada.  Satu kelebihan yang aku perasan pada suami aku ni, apa sahaja yang ditanam semuanya menjadi.  Subur menghijau.  Jiran aku beritahu, tangan suami aku sejuk....macam orang2 tua selalu cakap.


Sayur sawi..manis rasanya bila tanam sendiri
Selain bertanam, suami aku ni juga, suka membela.  Bukan bela sebarang bela.  Juga bukan membela hantu.  Suamiku suka bela apa?  Bela burung.  Sekarang ni dok galak membela burung serindit  "lover bird".  Rasa2nya dah ada lebih kurang 10 pasang.  Dah lama juga dia membelanya, dah beranak pinak pun. Satu lagi, suami aku ni memang pandai dalam bab bertukang ni.  Sarang burung tu pun dia buat sendiri.

Sabtu, 19 Februari 2011

Hujung minggu...

Menu hujung minggu...


Hujung minggu, hari yang selalu ku tunggu...hujung minggu selalu ku nanti.  Kenapa?  Hari untuk aku bersantai dan berehat, setelah kepenatan mengejar dunia pekerjaanku.  Hari minggu juga adalah hari yang ditunggu oleh suami dan anak aku.  Bukan apa, selalunya hari minggu, aku boleh masak special sikit...tidaklah sangat2 special.
Emmm...sambal putih pauh dan ulaman..

Hummm....hari minggu ni nak masak apa ye?.  entah....dah kehabisan idea nak masak apa.  Buka peti ais, emmm...ada mangga muda, ada ikan selayang.  Emm..nak masak apa ye.  Emmmm...kalau buat sambal mangga muda sedap jugak ni.

Sambal mangga muda ni, kalau kat kelantan lebih dikenali sebagai "sambal putik pauh".  Putik pauh tu maksudnya mangga yang masih muda.  Bahan yang diperlukan tak banyak, dan cara nak membuatnya tidak susah.  Mula2 tu ikan selayang perlu dibakar atau dikukus atau boleh jugak digoreng tapi sekejap aje, asal masak aje jangan sampai garing. Gunakan ikan selayang sebab ikan ni yang paling sedap lah.., ikan lain pun boleh jugak.  Dah suam2 kuku ikan tu, ambil isinya sahaja. Mangga muda tu dibuang kulit dan dicincang.  Lepas tu, tumbukkan cili dan garam halus agak2 dalam 3 camca teh. Dah hancur biji2 cili2 ni barulah dimasukkan isi ikan dan ditumbuk sebati. Akhirnya masukkan mangga cincang tadi dan ditumbuk lagi.  Jangan terlalu hancur mangga tu, nanti sambal tu jadi macam berair sikit, so tak berapa sedaplah.  Then, bolehlah dimakan.

Berselera suamiku...siap bertambah lagi..
Ikan kembung gulai kuning, sambal mangga muda dicicah dengan  ulam : kacang botoi, daun serai kayu dan "pucuk beko" menjadi menu utama kami.  Selalunya suami aku suka sangat makan sambal putik pauh ni dengan tembikai.  Dah kebetulan tak ada, makan ajelah dengan ulam biasa2.  Suami aku apa lagi, licin dan siap bertambah lagi makannya. Sedap sungguh. Sambal yang agak2 masam dicicah dengan ulam, emmmm...sedap. Dan untuk penghidap kencing manis, pucuk daun serai kayu sangat bagus untuk meneutralkan gula dalam darah. Ulam2 tu semuanya aku petik kat belakang dan tepi rumah aje. Berkhasiat, tak ade racun punya.   

Khamis, 17 Februari 2011

Jogging di pagi Jumaat..

           Yah..yah..yah...adussss penat bangat!  Entah mimpi apa, teringin ikut suami pi berjogging.  Penat jugak, tambah2 di usia yang tak berapa muda nih. Kami anak beranak ke Taman Tengku Anis di Kg Tanjung Chat, untuk berjongging.  Kami keluar agak dah lewat jugak, lebih kurang pukul 8 lebih sikit.  Aku dok bayangkan mesti tak ramai orang, yelah dah lewat.  Sampai saja kat sana, terkejut aku. Perghhhh...ramainya umat manusia. Agak lama juga mencari  sebelum jumpa tempat parking.
trek jogging

   Kami pun memulakan larian (suami, aku dan anak pulak jalan aje).  Sambil berjogging tu, mata aku ni sempat jugak melilau sini sana, melihat telatah manusia. Ada yang datang berkumpulan dan ada jugak yang datang sorang2, dengan keluarga pun ada.

   Ish2...berbagai ragam manusia nih.Kalau yang perempuan tu pulak, aku rasa ada di kalangan mereka nih yang sambil menyelam minum air kot.Cara berpakaian, macam bukan nak berjogging, macam nak tackling aje...huhuhu pandai2 aku buat istilah sendiri.  Pakai seluar tight, baju pulak melekat aje kat badan.  Nampaklah bonjolan sini sana.  Bila berjogging tu, ish2...aku sebagai perempuan pun tengok rasa macam malu sangat2. Orang lelaki, suka ajelah...free showkan..

   Dalam dok melilau tu, sempat jugak habiskan 3 pusingan. Huh...lama jugak baru nak berpeluh.  Macam mana nak berpeluh, kalau banyak jalan dari lari.  Baru aje nak berpeluh, si anak dara aku tu, "...mama, jom berehat, penatlah.." Alahai, kita baru berjaya membina keyakinan diri dan semangat yang tinggi, dah penat. "..emmm...oklah, adik pi main kat playground, mama pusing2 kat sini aje, ye" Aku tinggalkan anak dara tu ngan papanya, aku meneruskan perjuangan yang belum sudah ini.Akhirnya, aku berjaya menyudahkan larian ini dengan peluh yang menitik....yessss..aku telah berjaya mengeluarkan peluh yang agak liat nak keluar nih...Itulah pasal cik jah oiiiii...lain kali kena rajin2 exercise, barulah peluh tu mudah keluar
pandai sungguh photographer..


  Dalam perjalanan balik, suami bertanya, "...Yang, kita nak breakfast kat mana ni?, kita makan nasi lemak T.C nak?".  Huhuhu...baru sekejapn tadi, aku berjaya membakar lemak, lepas ni nak tambah lemak lagi?.  Tapi, orait jugak tu pekena nasi lemak T.C yang sodap itu dengan teh tarik mamak. So, itulah tempat tujuan kami selepas berjogging.

penjual tempe...

aku cukup tersentuh dengan satu cerita yang dikisahkan oleh seorang motivator di radio ikim fm. Kisah tentang penjual tempe....

Makcik penjual tempe, seperti biasa menyiapkan tempe2nya dengan sebaik mungkin.  Kacangnya dibersihkan, dicampurkan dengan bahan tertentu dan dibungkus dengan sewajarnya menggunakan bahan yang bagus.  Pagi2 esoknya, makcik tempe membawa tempe untuk jualan di tempat biasa, dengan penuh harapan dan doa agar tempenya dapatlah dijual pada hari tersebut.

tempe..
Maka datanglah seorang lelaki, bertanyakan tentang tempe makcik tersebut.  Lelaki tersebut ingin melihat dulu sebelum dibeli. Lalu dengan senang hatinya, makcik tempe membuka bungkusan tempenya dan ditunjukkan kepada lelaki tersebut.  "oh...tempe makcik belum masak lagi, saya tak jadi belilah..".  Lelaki itu berlalu.  Makcik tempe merasa sedih, tapi masih berdoa agar tempenya dapat dijual pada hari itu.  Setelah seharian berlalu, makcik tempe kembali ke rumah dengan tempenya yang tidak terjual.

Keesokan harinya, makcik tempe membawa tempenya itu lagi ke pasar, dengan harapan dan doa agar tempenya masak, dan ada yang sudi membelinya. Peristiwa semalam berulang lagi.  Semua orang nak membeli tempe yang masak, tapi tempe makcik tidak juga masak.  Kembali lagi makcik tempe ke rumah....tempenya juga tidak terjual walaupun sebungkus.

Hari yang kedua, dibawa lagi tempenya ke pasar. Masih lagi menggantung harapan dan doanya kepada Allah.   Doanya kepada Allah, moga hari ini tempenya dapat dijual.  Berulang kali doanya kepada Allah. Berterusan dia mengharapkan rezeki daripada Allah.  Tiba2 datanglah seorang lelaki bertanyakan tentang tempenya.  Makcik tempe menunjukkan tempenya kepada lelaki tersebut.  "Oh...tempe makcik belum masak..." makcik tempe masih mendoakan agar tempenya masak. "..emm...saya memang mencari tempe yang belum masak, saya nak beli semuanya sekali.."makcik tempe terkesima.

Moral :  setiap yang berlaku pada diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.  Mungkin kita tidak realize, tapi itulah yang berlaku. Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia2. Janganlah sedih, kalau kita minta sesuatu, Allah bagi sesuatu yang lain. Ketahuilah, sesuatu yang lain itu, pasti yang terbaik untuk kita. Atau kita dah berusaha dan berdoa kepadaNYA, tapi masih belum dikabulkan, janganlah risau...kerana Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.  Yang penting, berusaha dan terus berdoa kepadaNYA.

Sabtu, 12 Februari 2011

bila hati dah berkenan...

Semalam, sepupu aku meninggal dunia. Namanya Kak Nik Esah.  Sehari sebelum tu aku dah pi ziarah dia. Dia dah lama jugak sakit. Dua hari lepas, dia koma.  Itu yang aku pi ziarah.  Sepupu aku ni dah berumur, lebih kurang 60 lebih dah umurnya.Lalu aku terkenang cerita lama....

Teringat aku....masa cuti semester, aku selalu tak pi mana2, dok kat rumah aje.  Tolong ibu membuat kuih untuk jualan.  Selain kuih muih, ibu juga membuat nasi dagang untuk bisnes kecil2an.  Ibu terpaksa bangun awal pagi, lebih kurang pukul 5.00 pagi.  Nasi dagang ni leceh sikit, nak kena kukus dua kali. Gulai ikan atau udang, dah siap malam lagi.  Dah sudah masak semua dan dah dihantar ke gerai2 atau kedai2 kopi, selalunya yang tinggal kat dapur tu periuk belanga yang dah kotor dan perlu dibersih dan dikemaskan.  Siapa lagi kalau bukan aku...huhuhu...pagi2 itulah rutin aku.  Bersih dan kemaskan.

Bila time semester break, selalunya, pagi2, Kak Nik Esah akan terjengul kat depan rumah aku.  Hari2 pulak tu.  Selalunya bila dia datang, dia akan terus ke dapur. tengok dan perhatikan aku buat kerja.  Sambil tu, berbual2lah..Macam2 yang dia tanya. Macam2 yang kami bualkan.  Lama2 aku jadi hairan.  Kenapalah Kak Nik Esah ni hari2 datang.  Tak boring ke dia?  Tak ada kerja lain ke dia? tak fed up ke dia, asyik tengok muka aku pagi2 lagi.

Selalunya dia akan perhatikan aku laaaaama2.  Macam berfikir.  Aaah...lantak pilah...aku teruskan kerja2 aku aje. Lama2, akhirnya terjawablah segala teka tekuk yang bermain di fikiran aku.  Rupa2nya dia nak jodohkan aku dengan anak terunanya. Huh...patutlah hari2 datang rumah, nak observe aku, nak tahu aku ni layak ke tidak.  Tapi...minta maaflah, aku tak berminat.  Ibu pun tak berapa setuju nak berbesan dengan sedara mara nih...bahayanya lebih banyak daripada baiknya.

Bila teringat kisah itu, rasa macam nak gelak pun ada.  Semoga rohnya bersama dengan orang2 yang diredhai Allah.  Amin...

Jumaat, 11 Februari 2011

Malam Pertama...

Ini malamku yang pertama...


Siang tadi...
aku bagaikan permaisuri...
mandiku...

diuruskan,
dijirus orang
dengan air biasa 
dengan air bidara.. 
lalu...
aku dipakaikan dengan baju yang cantik
kain yang tidak mahal...
tapi... bukan sebarangan orang boleh memakainya.....
hanya orang seperti aku...

lantas untuk bertemu kekasihku...
aku diwangikan...
wangian yang hanya dimilki oleh orang seperti aku.....

kemudian....
bagaikan pengantin yang diraikan...
aku diletakkan di pelamin nan indah
diusung...diarak menuju ke tempat pembaringanku...

berkumpullah rakan dan taulan
.....mendirikan solat untukku
.....riuh mengaminkan doa untukku
.....mendengar 
lafaz akad nikahku... dengan ucapan talkin
dengan bersaksikan nisan kaku...

seusai itu....
mereka membiarkan aku
di malam pertama ku

sendirian....
menunggu kedatangannya...
antara debar dan gementar...
antara khauf dan raja'....




Sajak ini tidak diketahui siapa penulisnya, dan teksnya pun aku ingat2 lupa, kepada penulisnya....kalau teksnya bunyi lain aje jangan marah ya...aku tulis ni berdasarkan ingatan.  Sajak ini sangat menarik...

terlerai sebuah rindu...

Yusuf dan ayahndanya terpisah lama
dek kerana cemburu dan iri..
meranalah Yusuf menanggung rindu pada ayahndanya
menderitalah ayahndanya kerana kasihnya pada Yusuf..
menangislah dia siang dan malam..
menanggung rindu yang amat pedih..
lalu..kelamlah siang tidak bercahaya
malam pula gelap gelita...
sampai ketika...
bersimpuh Yusuf di pangkuan ayahndanya
membawa sinar mata dan cahaya..
terlerailah sudah sebuah rindu

fatimah dan ayahndanya terpisah
kerana sampai sudah ketentuan Ilahi..
lalu tinggallah Fatimah menanggung rindu
pada ayahndanya yang dicintai...
sampai ketika yang tidak lama...
berangkatlah Fatimah bertemu tuhannya
bertemu ayahndanya yang dicintai...
terlerailah sudah sebuah rindu...

ayah yang kusayangi....
kita juga terpisah oleh dunia yang berbeza..
ayah yang ku sayangi...
setiap kali ku melalui daerah ini,
rinduku padamu membuak-buak...
bagaikan ternampak kelibatmu
bagaikan terhidu baumu
bagaikan terdengar celotehmu..
ayah yang ku kasihi...
berat sungguh rupanya rindu begini..
ada ruang yang kosong....
ada ruang yang sepi...
rindu ini ...
tidak jemu bertamu di ruang hati
bilakah terlerai sebuah rindu ini?
                                       ciptaan: 
                                                    Cikjah@journalkehidupanku

Khamis, 10 Februari 2011

Bell's Palsy....

Sudah beberapa hari suami asyik mengadu tentang kakinya yang kebas dan matanya asyik bergerak-gerak.  Aku cukup risau.  Takut nanti penyakitnya datang lagi.  Sebab sebelum ini suami aku pernah kena 'Bell's Palsy'.  Peristiwa ini berlaku pada bulan April 2010. Penyakit ini berkaitan dengan saraf, especially di bahagian muka.  Kesannya, mulut akan herot dan kurang berfungsi.

Jadi bila suami aku makan atau minum, biasanya ianya akan meleleh kat tepi bibirnya. Ada sesetengah kes, mata terus tak boleh ditutup, even ketika tidur.  Tapi Alhamdulillah, suami aku boleh juga matanya dipejam ketika tidur.

Suami dan "Bell's Palsy"
BeMasih kuingat lagi peristiwa hari itu, seketika selepas balik dari tempat kerjanya, suami aku bertanya tentang mulutnya yang agak herot dan matanya yang sebelah kiri tak boleh bekerdip, agak berair dan pedih. Terkejut aku melihatkan keadaannya. Selepas berjumpa doktor, barulah aku tahu tentang penyakitnya itu.Bila doktor memaklumkan tentang penyakit ini sebenarnya boleh diubati, dan boleh kembali normal, masa untuk cure pun bergantung kepada individu tersebut..barulah lega hati aku.

Selain daripada mengambil ubat moden, suami juga mendapatkan rawatan alternatif.  Suami pergi berurut di merata tempat.  Akhir sekali kami mendapat tahu tentang pakar urutan untuk penyakit strok ada di Rantau Panjang.  Jadi setiap petang sabtu kami ke Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan urutan di bahagian muka dan leher. Selama sebulan jugak kami berulang alik ke sana.

Ada nampak perubahan.Aku cukup senang hati dengan perubahan itu.  Ditambah lagi suami juga mendapatkan rawatan suntikan khusus untuk penyakit ini dari seorang doktor yang sangat familiar di kalangan orang yang mendapat penyakit saraf ini, iaitu Doktor Jega di Kota Bharu. Kliniknya terletak di hilir pasar MPKB Kota Bahru.

Setiap petang atau malam, aku akan 'demahkan' sekeliling muka dan leher suami.  Mula2 aku akan sangai lada hitam, selepas agak panas sedikit aku letakkannya atas sapu tangan.  Aku gunakannya untuk tuam di bahagian muka dan leher suami, sampai lada hitam tadi sejuk.  Lepas tu sapukan minyak ....entah apa ke namanya minyak tu.  Itulah rutin aku setiap malam.

Selepas beberapa bulan, suami aku sudah pulih agak2 dalam 99%.  Sebab aku masih nampak lagi tinggalan sejarahnya pada muka suami, especially bahagian matanya.  Tidak 100% kembali asal.  Itulah yang cukup merisaukan aku.

Tapi ada cerita lucunya juga.  Selepas suami mengadu tentang sakitnya, aku pun sapulah minyak dan picit2 kaki suami.  Anak daraku yang sorang ni baru berumur 6 tahun, minta aku ambilkan surah Yaasin.  Aku heran, nak buat apalah pulak ni.  Lalu aku ambilkan untuknya dan bertanya untuk apa.  Dengan penuh yakinnya dia menjawab...nak bacakan Yaasin untuk papa! Dah tu, diapun bacalah sampai ayat 7 (sebab ayat2 itulah yang dia tahu...hihihi)...dia beritahu, nanti adik sambung baca  esok pulak.....hihihihi...

link ke:
http://clinicalcases.org/2004/09/stroke-or-bells-palsy-facial-droop.html

Rabu, 9 Februari 2011

Bersajaklah pulak....

sajak ni aku tulis masa kat UM, lebih kurang tahun 1991...yelah...tengah memendam perasaan sorang2, menyimpan cinta sorang...orangnya tak tahu...huhuhu...aku dulu pun pernah bercinta jugak macam orang lain jugak, cuma aku bercinta tak macam muda mudi sekarang.  Aku hanya menyimpan perasaan itu pada seseorang, tak pernah pulak meluahkannya.  Bagi aku cinta begitu lagi seronok, melayan perasaan cinta sorang2 lagi syok.  Pelik kan? Macam biasa, aku ni memang pelik.  Bukan apa, tatasusila dan agama perlu dijaga.  Kalau betul Allah dah takdirkan untuk aku, takkan kemana.  Tapi kalau aku tak dapat, memang Allah dah tetapkan ianya bukan milik aku sejak azali lagi. Tapi kalau hari ni, bercinta sakan, bagaikan nak rak, dah serahkan jiwa dan raga, dah guna badan dan body, alih2 ditinggalkan begitu sahaja.Malu dapat, dosa pun bertambah.

Ketika-ketika

ketika-ketika
ada duka di dada
mengenangkan peritnya 
ombak menghempas dada..
pantai


ketika-ketika
ada sepi di hati
mengenangkan camar bersembunyi
tiada lagi berbunyi


ketika-ketika
ada duka
ada sepi
silih berganti
tersungkur aku
di pantai hati
mengejar ombak
menghambat camar 
                            Ciptaan :
                                         cikjah@journalkehidupanku

















Selasa, 8 Februari 2011

jalan berilmu amat payah...

Aku terbaca coretan Ustaz Sidek Baba dalam majalah Solusi yang terbaru, tentang susah dan perit kisahnya untuk menuntut ilmu.  Lalu aku pun terkenanglah masa aku belajar dulu.Memang susah dan perit, tapi mungkin tidaklah seperit yang dirasai oleh Ustaz Sidek.  Zaman Ustaz Sidek dulu, mungkin zaman awal kemerdekaan, tapi aku dah zaman lama merdeka.  Jadi, peritnya tentulah tak sama, tapi susahnya masih serupa.

Aku dari keluarga susah, ayah dan ibu membanting tulang untuk menyediakan segala keperluan kami.  Berkematu tangan ayah untuk membesarkan kami, berpeluh sampai ke keting, ibu membantu. Tapi ayah dan ibu tidak pernah mengeluh.  Memahami situasi kami, aku redha dengan apa yang ada.

Aku bersekolah di bandar Kota Bharu, SMU(A) Maahad Muhammadi.  Aku tinggal nun di kampung, di seberang Sungai Kelantan.  Untuk ke sekolah aku perlu menyeberangi sungai Kelantan setiap hari dengan boat.
Setiap hari, lebih kurang pukul 6.20 pagi, aku sudah keluar dari rumah dengan mengayuh basikal untuk ke jeti di Palekbang. Rasa2nya tak layak disebut jeti kot. Ini kerana asal  ianya adalah rumah rakit, iaitu rumah yang dibina atas sungai...kemudian dijadikan tempat untuk penduduk yang ingin menaiki boat pergi dan balik ke Kota Bharu.  Sebenarnya, selain ke Kota Bahru, ada beberapa laluan lain lagi, termasuklah ke Kampung Cina, di Penambang, atau ke Lido, di Kota Bharu jugak.

Selepas 20 minit mengayuh basikal, aku sampai kat jeti dan 'park' basikal kat tempat parking biasa, aku menghayun langkahku lebih kurang 5 minit, baru sampai di jeti. Lebih kurang pukul 6.50 pagi, boat akan bertolak ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 25-30 minit untuk sampai. Selalunya masa atas boat itu aku ambil peluang untuk mentelaah pelajaran.  Selalunya aku tak ada masa kat rumah, sebab membantu ibu membuat kuih untuk jualan. Cakap aje, hang nak makan kuih apa, karipap, puteri 2 sebilik, belebab, pulut panggang atau pulut 'dakap', pejam mata aje aku boleh buat...hahaha..bukan nak cakap besar, tapi itulah kuih2 yang aku belajar dari ibu selama bertahun2 membantunya.

Lebih kurang pukul 7.15, aku dah sampai kat seberang sana.  Belum sampai sekolah lagi lah... jauh lagi nak sampai...sabar ye...Ini baru sampai kat jeti di Kota Bharu.  Dari sini aku terpaksa menghayunkan langkah aku lagi sekali, jauh juga.Lebih kurang 20-25 minit jugak. dah berpeluh2, baru sampai kat sekolah.  Ini petua untuk anak2 pelajar, do the exercise, sebelum ke sekolah, nanti oksigen cepat naik ke kepala.  Otak jadi cerdas, tidak mengantuk kat sekolah.  Sebab seingat aku, aku tak pernah mengantuk kat kelas.

Itulah sebagaian daripada ceritera aku dalam menuntut ilmu....

Sabtu, 5 Februari 2011

makcik kepoh...

Cuti yang agak panjang sempena Tahun Baru Cina, memberi peluang kepada bakal2 pengantin dan ibu2 bapa2 untuk mengadakan kenduri perakahwinan atau untuk majlis reception.  Kereta pun banyak memenuhi jalan raya sama ada untuk ke tempat kenduri atau untuk menziarahi sanak saudara.

Aku sendiri pun untuk hari semalam (Jumaat) pun terpaksa menghadiri 3 kenduri, 2 kenduri perkahwinan dan 1 kenduri maulid ar-Rasul.  aah...kita nih dah masuk bulan Rabiul Awal, bulan maulid ar-Rasul.  Bercerita tentang kenduri kahwin ni, peristiwa semalam cukup membuatkan aku bengang.

Suka benar bergaya..
Masa kat tempat kenduri kahwin di rumah sedara aku, ramai2 makhluk manusia tu, tak sangka pulak terjumpa dengan makcik ni sorang. Kiranya makcik ni bau2 bacang aje dengan aku, walaupun rumahnya berjiranan aje dengan rumah ayah kat kampong. Aku cukup tak suka..tak suka..dan tak suka dengan mak cik ni sorang. Ada beberapa peristiwa yang menyebabkan aku menyampah dengan makcik nih. Semuanya bermula selepas perkahwinan aku.

Selepas beberapa tahun perkahwinan aku masih juga belum dikurniakan cahaya mata.  Memanglah aku cukup tertekan dan stress.  Apalagi kalau berjumpa dengan sedara mara yang kepoh, yang asyik bertanya, bila lagi ni nak kembong macam orang lain.  siap ada yang perli, katanya, huh...tak pandai buatlah..macam2lah lagi  kata2 sinis yang dilontarkan. Macamlah aku ni boleh menentukan segala.  Dah berusaha, tapi Allah belum nak bagi lagi, nak buat macam mana kan?  itulah manusia, kadang kala susah betul...tak kahwin susah, dah kahwin lagi susah.  Tak ada anak pun susah, lagi ramai anak...laaaaaaagi susah.

Inilah satu2nya pengarang jantungku
Yang makcik ni lagi satu, setiap kali jumpa dia, mesti asyik dok cerita pasal anaknya yang baya aku tulah..dah berderet anaknya. Kadang tu dia siap kutuk aku bila nampak aku dok melayan anak buah aku...katanya.."aah...baik layan anak buah ajelah, anak sendiri tak tahu bila"....sakitnya hati aku. Sabar ajelah.  Selalunya aku akan cuba mengelak daripada berjumpa dengan makcik ni, sebab aku tahu sangat pokok perbincangannya nanti.

Jumpa semalam pun sama jugak, dok menayangkan  kepada aku cucunya yang berderet, tak cukup sekali, dua tiga kali diulang dialognya.  Sampai aku dah naik bosan mendengarnya.  Eeeeeee...cepat2lah siap makan ni, tak tahan dah lubang telinga aku nih. Dah naik menanah telingaku. Tahulah aku ni bukan peranak...buahnya tak lebat, tak payahlah diulang2. Dia tak tahu ke aku dah cukup fed up dengan sikapnya tu. Aku jadi tak faham betul dengan makcik ni.  Apa sangat yang dijeleskan dengan aku.  Agaknya sebab anak dia tu bukan lulusan universiti dan kerja kilang aje kot. Atau dia jeles sebab aku lebih cantik daripada anaknya...huhuhu..bukan perasan, tapi realiti...hihihihi.....So, dia tunjukkan kekurangan aku dan kelebihan anaknya.  Ada jugaklah manusia macam ni.Tapi sepatutnya dia faham, itu bukan salah aku pun.

Jumaat, 4 Februari 2011

hubungan hebat dengan Allah...

Walau berbagai ragam dan acara yang dilakukan oleh kita sebagai manusia, sebenarnya kita hanya menuju satu hakikat iaitu kematian.Setiap saat bertambah umur kita, maka setiap saat itulah kita menuju ke arah itu.  Tiada sesiapapun yang makin menjauhi hakikat yang ditakuti oleh ramai manusia itu. Kita berjalan ke depan, bukannya berjalan ke belakang. Semakin kita berusaha untuk menjauhinya, semakin ianya mendekati kita...itulah hakikat kematian.

Lalu aku terfikir, kenapa kita perlu menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk dunia semata-mata, kalau tempat tujuan kita adalah mati?  Bukankah patut kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita untuk Allah sebagai persediaan untuk menghadapi saat kematian itu?  Apatah lagi kalau umur kita dah masuk waktu asar (maksud aku 40-an)? Apalah sangat yang dikejar dunia ini yang sementara sahaja. Namun ..kalau yang dah ada keluarga..mesti mereka akan menjawab.."alah...i bekerja siang dan malam, bertungkus lumus ni untuk anak-anak i juga..." Betulkah begitu? Ada kemungkinan tak anak2 mereka akan berusaha bersungguh2 bersedekah, beribadah etc...semata2 untuk kita yang dah mati? Wallahu'alam....kalau betul didikan kita, maka itulah yang kita dapat.

Lalu aku memerhati, terutamanya orang2 yang berada di sekeliling aku.  Aku dapati, (maaflah kalau aku silap) ramai yang rajin bekerja dan berhempas pulas untuk mendapatkan wang atau untuk menyara hidup mereka. tapi kehidupan mereka begitu juga.  Kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam, kais malam makan pagi. Nampak tak senang jugak mereka. Hidup mereka macam bermasalah, haru biru, kelam kelibut.  Aku terfikir, kenapa ya begitu? Rupa2nya ada sesuatu yang penting yang mereka lupakan.  Mereka sangat rajin bekerja sehingga melupakan Allah. Mereka bertungkus lumus sehingga tidak sempat untuk mendirikan solat. Dengan harapan, waktu yang ada boleh digunakan semaksimum yang boleh untuk mencari rezeki.

Tapi mereka lupa solat adalah kewajipan yang menjadi fardhu ke atas setiap muslim mukallaf.  Solat menjadi tiang agama, tanpa solat robohlah agama.  Itulah yang disebut dalam mafhum hadis Rasulullah s.a.w :

"Perbezaan antara kafir dan muslim adalah pada solat"

Dengan solat jiwa kita akan tenang.Dengan solat kita akan mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah, Maha Pemberi Rezeki. Dengan solat, segala pekerjaan kita akan diberkati dan diredhai Allah, lalu makanan secubit, kenyangnya sehari. Jadi kalau kita sudah puas berusaha untuk menyara hidup, tapi belum cukup2 juga, cubalah buat semakan/muhasabah diri....solat kita bagaimana? Sudah sempurna? 

Aku cukup suka dengan kata2 ini (ciptaan aku sendiri sebenarnya...hihihi..)

      "Kalau kita ingin jadi manusia hebat, binalah hubungan yang hebat dengan Pencipta 
        manusia (iaitu Allah SWT)" 

Aku selalu ingatkan pelajar2 aku, tanam kukuh dalam jiwa mereka agar mereka benar2 faham pentingnya  menjaga hubungan dengan Allah SWT.  Hubungan hebat dengan Allah? Of course lah hubungan ini secara rasminya tercipta melalui solat.  Medium lain pun boleh, e.g. zikir.  Cuma solat itu lebih rasmilah. Sebab melalui solat kita akan berhubung terus dan live dengan Allah SWT. Dirikanlah solat 5 waktu.  Nak hebat lagi, buatlah solat2 sunat.  Banyak sebenarnya solat sunat. Selain solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat sunat dhuha sebagai  pembuka pintu rezeki, solat sunat tahajjud kita akan dipandang hebat di kalangan makhluk ciptaan Allah.

Berilah ruang untuk diri kita membina hubungan yang hebat dengan Allah.  Jangan hanya mengejar dunia sahaja. Nanti jadi macam "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Dunia kita tak hebat, akhirat kita tak dapat, akhirnya jadi sahabat syaitan dalam neraka. Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti.  Kalau solat kita tidak beres, maka yang lain pun akan..... kantoi!!!!!  Tahulah dimana nasib kita nanti

Rabu, 2 Februari 2011

Langkawi Geopark

Pada Jumaat malam, 28 Januari 2011 aku bersama suami dan anak serta ahli rombongan lawatan bertolak ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi.  Lawatan ke Langkawi ini adalah anjuran sekolah sempena cuti Tahun Baru Cina.  Lebih kurang 12 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak yang mengikuti lawatan ini.

Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 malam dan sampai di Kuala Perlis sedang2 elok aje untuk solat subuh. Around 8 jam jugak ye untuk ke sana.  Kami bersolat subuh di masjid yang berhampiran dengan jeti di Kuala Perlis.  Sebelum ini aku hanya mendengar cerita kawan2 tentang keunikan (kalau boleh aku katakan unik lah...) solat subuh di sini. Jadi bila dah tiba time baca doa qunut, aku menunggu2 jugak imamnya membaca doa qunut.  memang betul tak ada bacaannya.  cuma aku rasa imamnya faham jugaklah....sebab agak lama jugak dia qiam selepas rukuk.  kebetulan pada masa kami samapai kat situ, dah ada 3-4 buah bas trip dari UKM. Aku rasa imam tu faham kot. Aku meneruskan solat subuh tanpa membaca qunut kerana imam tidak membacanya, seperti yang diamalkan oleh Imam as-Syafie.... 

Seusai sahaja bersarapan, kami menaiki feri pada jam 10.30 pagi. Fuhhh...ramainya makhluk manusia.  Kebetulan pulak, week end ramailah manusia, berebut2lah  sikit.  Ish...ish..macam ni ke nak naik feri, susah ni kalau nak bawak barang2 nanti ...tapi yang bagusnya, bila time balik...line clear aje.  Aku rasa  pengurusan kat sebelah Langkawi ni lebih sistematik sikit, berbanding dari sana.
feri kat Jetty Point

Setelah lebih kurang 1 jam dilambung ombak yang tak berapa kuat itu, kami sampai di Jetty Point.  Emmmmm...macam kat airport lah pulak. Setelah pengangkutan  (teksi @ van sewa) selesai diuruskan oleh ketua rombongan, kami bertolak ke tempat penginapan, Motel Sri Pulau. Cuaca bilik kat motel ni?, bolehlah..nak kata bagus sangat, tak sesuai, nak kata tak selesa pun tak kena juga...kiranya : oklah..untuk berehat sekejap n tidur. Dah sudah mandi dan solat jamak taqdim, perut pun dah mula berdondang sayang, ni nak kena cari makan ni. roti yang kebetulan aku bawa bersama, jadi makanan tengahari kami tiga beranak, bolehlah sekadar untuk alas perut.

Jam 2.00 petang kami berkumpul dan berbincang aktiviti pertama kami.  Aku ikut aje, yelah ini adalah kunjungan pertama aku dan famili.  Tak ada sebarang maklumat, jadi mengikut ajelah. So they all decided to go to HIG (Haji Ismail Group). Aku shopping coklat aje, katanya coklat kat sini lebih murah berbanding kat tanah besar.  Intai2 gak, barangan kaca  correlle, vision, luminarc dan macam2 jenama lagilah, memang murahlah, tapi tak ada yang berkenan.  Pelik ke? Kalau aku, memang tak pelik..sebab aku sendiri memang pelik. Sikap aku yang boleh dipuji (huhuhu...ini bukan perasan) dalam bahagian membeli belah nih, aku tidak mudah terpengaruh...membeli hanya mengikut keperluan.  Aku dah set dalam kepala, hanya nak membeli set cawan dan teko aje, yang lain tu dah ada walaupun tidaklah berjenama correlle atau luminarc. Jadi suami aku tak payahlah risau2 nak ingatkan aku. Coklat tu kenalah beli sebagai cenderahati untuk anak2 buah kami nanti.

Eagle Park
Selepas itu kami bertolak pulak ke Idaman Suri, jugak tempat shopping yang isi kandungannya sama macam di HIG. Cuci2 mata, jangan tak cuci. Dah puas membelek, melihat dan meneropong, akhirnya terpandang dan terjatuh cinta dengan set cawan dan teko yang satu ini.  tidaklah mahal, bolehlah dijadikan  kenangan bahawa 'i waz here'. Lewat petang, kami kembali ke sarang kami...huhuhu...

Hari kedua di sini, kami merancang untuk menaiki cable car.  Dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah di perkampungan Beras Terbakar. Tengok tinggalan sejarah beras yang dibakar oleh penduduk kampung untuk mengelakkannya dirampas oleh penjajah. Siap bergambar kenangan dengan harga RM10. Kalau kat sini, banyak dijual barangan sourvenier seperti t-shirt "Langkawi", topi2 yang pelbagai gaya untuk perempuan dan kanak2, juga topi 'cowboy'. Kain batik agak murah jugak kat sini...tapi kena pandai bargainlah serta kena rajin membuat perbandingan harga, jangan terus beli.

Gua Buaya
Sesampai di sana kami dimaklumkan bahawa cable car terpaksa dihentikan dulu operasinya, sebab angin agak kuat, maybe petang nantilah.  So kami, terus booked boat untuk ronda2 sekitar pulau.  Mengikut package yang berharga RM250.00, kami akan dibawa ke 7 tempat di sekitar pulau selama 2 jam. Menaiki boat di Kilim, kira-kira 20-30 minit dari Langkawi Cable Car. Tempat2 persinggahan kami termasuklah,Gua Kelawar, Eagle Park, Kilim Geopark, Pulau Kasut, Gua Buaya dan tempat bermain dengan ikan pari ( aku tak berapa pasti nama tempat tersebut).  Adventure jugak naik boat ni, gerun pun ada jugak.  Selepas itu kami bergegas untuk kembali ke cable car, setelah dimaklumkan ianya sudah boleh beroperasi semula.

Pemandangan dari dalam Cable Car 
Bayaran untuk menaiki CC, tidaklah mahal sangat.  RM18 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak2. Huh, excited dan seriau. Dalam gerun tapi nak rasa thrillnya tu.Bila dah mula bergerak, terasa gayat jugak, tapi bolehlah ditahan lagi.  Tapi bila dah agak tinggi, sedikit bergoyang dan bergetar, kecut perut aku...rasa macam gayat sangat2.  Bila dah selamat sampai kat bawah barulah lega yang amat.  Tapi seronok. Beli gambar kenangan, terkejut jugak...RM35.00 sekeping.  Ish2...boleh pegi Mekah, balik hari kalau gini.Sebelum balik aku n suami sempat pekena laksa.   Fuhhhh...sedapnya!  Rugi sesapa yang sampai kat sana tak cuba laksa.  Sedap sungguh2.
Dalam perjalanan balik kami solat jamak ta'khir di Masjid Aishah.  Cadangnya nak solat kat tempat penginapan kami, tapi on the way, van buat hallah pulak, tayar pancit.  Kalut jugak. Sedang2 elok kami siap solat, waktu maghrib dah masuk, so kami terus solat jamak kat situ. Sempat lagi singgah kat HIG buat kali kedua, untuk shopping yang terakhir sebelum bertolak balik esoknya. Aku just ronda2 aje.  Tak membeli apa pun.

Inilah tapak kawasan Beras Terbakar itu..
Malam itu kami semua tidur dalam kepenatan yang amat sangat selepas seharian berjalan sakan.  Nak datang lagi?  Rasanya macam tidak, coz yang thrill di Langkawi Geopark itu aje.  Kalau setakat nak shopping barangan kaca yang macam kat Langkawi, kat Kelantan ni pun ada, macam kat Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur...lagi dekat.  Perbezaan harga tu memanglah tapi tidaklah banyak bebenor, berbanding perbelanjaan untuk ke sana. Bila dicalculate semua perbelanjaan : penginapan, tambang pengangkutan, makan minum (tak termasuk shopping sakan macam aku ni) paling2 kurang kena ada RM1200.00.  Kalau kat Rantau Panjang, aku dah boleh beli 2-3 set correlle.  Tapi untuk pengalaman dan luas pemandangan, bolehlah pergi....tapi kalau ke Cameron Highland, aku tak kisah berapa kalipun ke sana, aku tetap nak pergi jugak..hihihi, sebab aku suka suasananya...


klik...