Katanya aku termasuk dalam kategori individu yang bertuah, kerana mendapat tawaran hebat daripada pihak resort tersebut. Keahlian dan beberapa benefit lain lagi. Huh...aku tak berapa minat sebenarnya, sebab sebelum ni aku pernah terkena.
Masa tu aku masih kat Johor. Aku menyertai satu pertandingan di sebuah pasaraya di JB. Kemudia akau dapat call...katanya aku berjaya mendapat cabutan bertuah, hadiah berupa percutian ke...mana ek?, aku pun dah lupa. So, aku dikehendaki ke sebuah hotel di JB untuk mendapatkan hadiah tersebut. Aku n my hubby pun pergilah...siap ada hi-tea lagi tu...Hummmmm...syarat nak ambil hadiah, kena dengar taklimat...ingatkan cara2 nak bercuti, rupa2nya penerangan tentang keahlian percutian mereka. Bayarannya? lebih daripada RM5 ribu....huh, tak minat aku. Oklah...dah sudah minum, dah sudah dengar taklimat...aku n my hubby belah ajelah.
Jadi, aku pun dengar ajelah si Shah tu becerita dengan bersungguh2nya tentang kelebihan2 menyertai package yang disediakan resortnya. Kesian pulak kat dia kan kalau aku terus beritahunya tak nak dengar...hihihihi..jahatnya. Apa salahnya meraikan keseronokan orang lain...pok..pek..pok...pek...Sori ar..Shah, akak tak minat sebenarnya...tak pe kak, akak dengar aje dulu...
Last sekali, sebelum dia mintak nombor akaun ke, kad kredit ko, atau seangkatan dengannya, aku pun : ....hello...hello..hello..sori ar line tak clear lah, saya tak boleh dengar lah suara awak ..hello!...hello!...aku terus offkan telefon aku...huhuhuhu..jahatnya aku.
Dah nak buat macam mana, dia tak nak dengar cakap aku...aku dah kata, tak nak! dipaksanya jugak aku mendengar...tak pe kak, bagi saya 5 minit...ni dah dekat 15 minit, sapa yang bengang.. Selepas seharian aku onkan telefon, huh...berderet2 missed call dan berderet2 masuk msg...alah delete aje...dak mboh layan aku... tak ada pasal jangan cari hal.... Hei takut aku, nanti tak pasal2 terlibat dengan kes2 penipuan. Jangan, cikjah oii..dah banyak kes penipuan begini. Baik kau hati2 cik jah...Dunia hari ini, bukan boleh percaya...nak kaya cepat dan senang dengan menipu orang, hah itulah caranya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan