I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 22 Januari 2012

senamrobik perdana 2012

Aktiviti memanaskan badan dengan bergambar...hihihi..
Hok alah la!.....
Hummm....tahun baru 2012. Bermula bulan Januari, bermulalah tugasan sebagai guru untuk tahun 2012.  Pengajaran dan pembelajaran tingkatan 5 sudah bermula.  Dan seharusnya bagi anak2 pelajar, sudah mula mengorak langkah  kecemerlangan untuk SPM 2012.  Pendaftaran pelajar tingkatan 4 untuk pengambilan pertama dan kedua pun sudah usai dan diikuti dengan program orientasi pelajar tingkatan 4. Sebagai mengakhiri program tersebut, pihak sekolah menganjurkan senamrobik perdana untuk sesi 2012.  So, let's enjoy the pictures....
Antara guru yang very supporting....
Sir Zaki....very2 supporting!
Huhuhuhu.....gambar selepas senamrobik...nampak kurus sikit kan?











Selasa, 17 Januari 2012

Ilahi...

Ilahi...
ku seru namaMU
dengan sepenuh jiwa ragaku....


Ilahi...
ku sebut namaMU
dengan segenap rinduku...


Ilahi
ku ingat namaMU
dalam tidur dan jagaku....


Ilahi...
ku ingin bertemuMU


membawa rinduMU
membawa kasihMU
moga aku diterimaMU...

Sabtu, 7 Januari 2012

Anakku bersekolah......

  Salam semua...Apa khabar agaknya anda semua? Aku nak kongsi perasaan terujaku apabila anak daraku ecah, yang mula melangkah ke alam persekolahannya...tahun 1 -2012.....huhuhuhuhu...

   Hummm....dah masuk minggu yang kedua, baru aku bekesempatan mengupload gambar dan menulis cerita tentang anak daraku yang seorang ini...yelah mama echah pun agak sibuk jugak nak pi sekolah...

   Hihihihi...cik kiah oiii...bukan aje anak aku yang very excited nak bersekolah, tapi mama dia yang terlebih excited nak tengok anak masuk sekolah.  Kalau engkau nak tahu cik kiah, punyalah excitednya mama echah...bulan oktober tu dah siap beli uniform sekolah, fully furnished.  Kalau boleh dengan buku tulis sekali....nasiblah, papa echah kata...hah! udah-udahlah tu mamanya.Buku tulis tu beli kat sekolah nanti!  Macam mama echah pula yang nak sekolah.

   Pendaftaran pelajar tahun 1 pada 1 Januari 2012. Beberapa hari sebelum tu, kalau tak silap aku, dalam dua hari, echah tak boleh tidur.  Agak2 dalam pukul 4.00 pagi aku terdengar sayup2 suara budak menangis, rupa2nya anak daraku menangis....Hummmmmmm...mama adik tak boleh tidur.  Aku tanya, kenapa dik? Dia diam aje. Aku tertanya2, anak aku nih berfikir tentang apa ek, sampai tak boleh tidur.  Dia mengigau ke apa, hah?

   Pada hari pendaftarannya tu, jam 5.00 pagi echah dah bangun. Excited betul. Ataupun dia memang tak boleh tidur?  Bila dah siap semuanya, secara spontan anak aku memberitahu....
"mama, adik takut...." 
Aku tanya, "Adik takut apa?"....
"adik takut nanti tak ada kawan" .  
Hok alah la! Baru terjawab soalan yang bermain2 di kepalaku selama dua hari ini.  Anakku memang berfikir tentang sesuatu.  Itu yang menyebabkan dia tak boleh tidur. Takut tak ada kawan.  
  Agaknya dia bayangkan macam manalah sekolah nanti.  Tempat baru.  Kawan? Adak tak yang nak berkawan dengannya? Ish2....agaknya penting sangat kot kawan bagi seorang kanak-kanak. Kalau macam kita yang dah tua renta nih, kawan tu perlu tapi tidaklah sampai tak boleh tidur malam...hihihihi...perbezaan ketara pemikiran kita dan anak.  








Taat kepada Allah dan Rasul nanti selamat dunia dan akhirat,
Hormat dan sayang kepada papa dan mama, nanti dapat keredhaan Allah dunia dan akhirat,
Dengar kata cikgu, bila besar boleh jadi orang yang berjaya
Belajar rajin2, bila besar jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain

klik...