I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label cerita motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012

segalanya pasti akan berakhir...

Assalamualaikum.....salam keceriaan untuk semua pembaca..


Segalanya pasti akan berakhir...kata-kata yang ringkas tetapi persepsinya pelbagai.


Ada orang yang hidupnya sentiasa dirundung malang. Kesusahannya bertimpa-timpa.  Lepas satu, satu kesedihan yang menimpanya.  Kadang kala rasa macam hidup ini tidak adil.  Kadang kala kita rasa, apalah dosa yang telah kita lakukan sehinggakan bertimpa-timpa kesusahannya.  Sudah jatuh ditimpa tangga.  Cuma yang bagusnya hari ini kebanyakan rumah tak ada tangga....hehehehe...agak2nya lepas jatuh tu ditimpa apa ek?.  Ish2..cik jah dalam serius tu sempat lagi buat lawak antarabangsanya...


Ada juga orang yang diberi ujian dengan sakit. Sakit yang agak kronik. Kena makan ubat, macam2 ubat.  Kena berpantang makannya, macam2 benda yang tak boleh dimakan.  Bukannya pantang jumpa, terus makan...hehehehe. 
Ada yang kena operation. Gerun nak kena operation tu satu hal, menanggung sakit itu satu hal lain pulak. Lagilah kalau kena duduk dalam ward, lama2 pulak tu. Ward tu macam dah jadi rumah kedua.  Tengok pulak orang keliling kelalang, sihat...segar bugar.  Boleh gelak, boleh ketawa.  Boleh tidur baring dengan lena. Boleh makan dengan berselera...masa tu kita rasa cukup tension dan hidup ini tidak adil.


Ada orang yang kehilangan orang yang dikasihi. Hilang ibu dan ayah. Hilang suami, hilang anak.  Suami mati, anak pun meninggal.  Suami ceraikan kita, anak2 dapat kat dia. Tengok orang sebelah dok bersenda gurau laki bini. Kita bersendu garau dengan dinding. Tengok orang sebelah dok suap menyuap dengan anak isteri.  Kita pulak suap sendiri. Tengok orang sebelah sakit demam ada orang peduli. Kita pulak sendiri kena peduli.  Tension...tension.


Itu hanyalah sebahagian daripada masalah yang selalu dihadapi.  Kalau nak cerita tentang masalah memanglah banyak.  Sebab setiap manusia yang normal pasti akan menghadapi masalah, hanya orang2 yang istimewa aje yang tak ada masalah.  Orang yang kurang siuman...memang tak ada masalah.  Tidur tanpa alas kat kaki lima, tepi jalan atau mana2 aje, tak ada sebarang masalah.  Berjalan ke hulu hilir tanpa alas kaki, tak apa, tak sakit pun....tak pula kecacingan. Makan tak basuh tanganpun tak apa, tak ada pulak kumannya.  Tak adalah pulak nak kena penyakit kencing manis atau penyakit jantung.  


Hehehehehe....cik jah...cik jah.Itu orang yang kurang siuman.  Kalau macam kita yang siuman ni macam mana?
Cikpah, segalanya pasti akan berakhir!  Itulah nasihat dan pegangan yang kita hayati sebenar2nya.  Kalau kita susah, sakit atau apa sahaja masalah dan kesusahan yang kita hadapi, ingatlah...segalanya akan berakhir.  Tak ada yang kekal di dunia ini.  Yang paling penting, kita kena bersabarlah dulu...by hook or by crook..segalanya akan tamat.  Kalau ada masalah, tiba masa hilanglah masalah itu.  Kalau kita sakit, tiba masa akan hilanglah penyakit itu...paling2 pun kita semua akan matikan? 


Yang paling penting...setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan.  Ustaz Zahazan kata, sekali kesusahan akan diikuti dengan dua kali kesenangan.  So, sabarlah dan sentiasa berfikiran positif.  Ingat jugak, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kena sabar dan tunggu 'our turn'.  Buah anggur pun ikut step jugak sebelum menjadi raisin,  takkan keluar buah terus jadi raisin kan?

  

Isnin, 5 September 2011

Solatlah.....

Aku kat kelas tadi. Aku bertanya dengan beberapa orang pelajar aku. Hari ini solat subuh? tak....jawab mereka. Semalam, solat subuh? Tak...jawab mereka lagi, Kelmarin, pun tak jugak. Hish...hish... bebudak ni, tak solat. Mengaku tak solat pun, macam nothing to feel.  Tak ada rasa apa2 bila tidak solat. Selamba aje meluncur keluar dari lidah2 mereka.
Hati ini cukup tersentuh dengan insiden ini. Inilah remaja dan bakal menjadi dewasa yang bakal menjadi pemimpin nanti.  Kalau tak jadi pemimpin negarapun, mereka juga menjadi pemimpin kepada negara kecil mereka iaitu keluarga atau paling tidak pun menjadi pemimpin kepada diri mereka sendiri.

Wahai anak2, 
solatlah...5 waktu aje sehari semalam.
Tidak lama pun. Let say, satu waktu solat 5 minit, sehari semalam anak2 hanya gunakan 15 minit sahaja daripada 24 jam masa  yang diberikan oleh Allah kepada kita.  Anda masih mempunyai 23 jam dan 45 minit lagi untuk urusan2 lain lagi. Takkan tak boleh. Tapi kenapa kita rasa macam lama aje? kenapa rasa macam susah aje? sebenarnya itu hanya perasaan aje, perasaan yang diperhias indah oleh syaitan. Macam yang disebut oleh Allah dalam KitabNYA(mafhum) solat itu terasa berat, kecuali bagi orang2 yang khusyuk...

Kenapa tak solat ? Antara alasan :
  • Tak sempat ......dah tu, awak dok buat apa sampai tak sempat? Tak ada buat apa2..
  • Tak sempat...banyak kerjalah, homework bertimbun ..... alahai, solat tu sekejap aje, 2-3 minit dah siap.Anggap aje, commercial break. Masa untuk muscle kita berehat sekejap.
  • Tak sempat....kenapa? saya keluar shopping atau  makan2 dengan kawan. ooooo....jadi,  tak ada masjid/surau la dekat2 area tu?
  • Seluar/baju kotor...ada nampak tak najis kat baju awak? Tak...dah tu, solatlah, unless kalau awak nampak najis berketul2 kat baju/seluar awak.
  •  Tak ingat bacaan solat - selalunya doa qunut atau tahiyyat akhir atau bacaan duduk antara dua sujud. Hemmmm....ada usaha menghafalnya? Tak ada...Oklah...cara very simple, awak photostat aje teks bacaan tersebut, besarkan saiznya, lepas tu tampal aje kat mana2, kat dinding ke atau kat almari ke atau kat mana2 yang agak2 awak boleh nampak dan boleh baca masa tengah solat. So, ketika dalam solat, bacalah berpandukan teks itu...tak ada benda yang tiada solutionnya. Nak atau tidak aje. 
  • Terlambat bangun...takut nanti lewat sampai sekolah atau ofis...jangan macam tu, utamakan perintah Allah, pasti Allah akan menolong anda. Kalau subuh tu, tak sampai 3 minit, dah siap. Jangan risau tak tentu pasal. 
  • saya masih muda....sori to say, mati itu tidak mengenal usia.  Dan saya selalu berpesan kepada pelajar saya, tanggapan ini adalah tanggapan yang saaaaaaangat silap. Kenapa silap? Saya suka menegaskan... apa yang anda lakukan di usia muda anda, maka itulah gambaran anda di masa tua nanti.  Rasionalnya mudah sahaja. Kalau anda seorang yang sangat committed dengan solat semasa muda, maka di masa tua ianya akan menjadi mudah, kerana ianya dah jadi satu kebiasaan.  Tapi kalau di usia tua, anda baru nak memulakannya, ianya agak sukar sebab belum terbiasa. Dan di usia tua juga, badan kita pun dah  lemah dan kurang bertenaga atau mungkin dah dihinggap berbagai penyakit.


Itulah selalunya alasan yang diberikan....nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Yelah kat atas dunia nih bolehlah bagi berbagai alasan. Tapi sekali dah masuk lubang kubur nanti, baru padan muka kita.  Mulut dan lidah dah tak boleh nak berbohong lagi, dah tak boleh mencipta pelbagai alasan lagi. Dipukul dan dipalu oleh malaikat mungkar nakir. Dibelit dan digigit oleh ular sepanjang sebulan perjalanan. Kita merintih dan meraung kesakitan di seluruh anggota badan selama 40 tahun, sehingga hancur segala badan kita, lalu penderitaan itu akan berulang lagi, sehingga bila? Sehingga tibalah Hari Yang Pasti : Kiamat. Itu cerita dalam kubur.

Cuba anda perhatikan orang di sekeliling anda, jiran atau saudara mara anda.  Cuba buat senarai semak:

  • Orang yang kurang berada dan kurang bahagia
  • Orang yang miskin tapi bahagia
  • Orang yang tak punya apa2 tapi sangat bahagia
  • Orang yang semua ada tapi tak bahagia juga
  • Ada orang yang sentiasa berkeluh kesah
  • Ada orang yang sentiasa tenang
  • Ada orang yang sentiasa dirundung duka
  • Ada orang yang macam tak derita


Cuba perhati, persamaan antara orang2 yang tak bahagia adalah kealpaan mereka daripada mendirikan solat.  Betul? Ini hipotisis saya berdasarkan pemerhatian saya terhadap individu2 yang saya kenali di sekeliling saya. Ada orang yang semua benda yang dibuat, semua benda jugalah yang tak menjadi. Tak habis2 ditimpa masalah. " Binalah hubungan yang hebat dengan Allah, pasti anda akan menjadi manusia hebat di dunia"

Jumaat, 10 Jun 2011

Mencari Bahagia....

     Hidup ini sangat complicated.  Banyak benar mehnah dan ujian hidup yang perlu kita lalui setiap saat dan ketika. Kadang kita jadi stress, duit tak ada, kalau ada pun cukup2 makan sahaja.  Bisnes kita tak berjalan lancar.  Macam2 dah kita lakukan untuk mendapatkan wang, supaya kita boleh beli macam2. Dah macam2 MLM atau direct selling kita join, tapi tak jadi jugak. Last2, untung tak dapat, modal entah ke mana.

     Hummm.... kereta rosak, nak gunakan duit juga tu. Road tax dan insurans lagi nak kena bayar.  Petrol nak kena isi, kalau tidak tak bergeraklah kita. Maintainance kereta nak kena guna duit jugak.Itu belum citer pasal tuan kereta lagi. hahahaha...maintainance kereta dan tuan kereta jugak nak kena fikir. Kadang2 tu maintainance kereta lagi mahal daripada tuannya.Dan lagi teruk kalau dekat2 dengan akhir bulan. Mahunya makan maggi hari2...hah, itu kalau bujanglah.  Kalau yang dah berkeluarga tu lain pulak citernya. Hari2 makan sardin...sampai anak binipun dah jadi macam muka sardin.


    Tengah2 kita pening kepala dok berfikir macam mana dari mana nak cekau duit, tetiba pulak dapat masalah sampingan....anak kita kat kolej nak pakai duit. Abang kita pulak dalam keadaan terdesak, nak hutang lah pulak dengan kita. Hummmm...kita sendiripun hutang keliling pinggang.  Mak atau ayah pulak sakit, nak guna duit juga tu. Ish2...bertimpa2 masalahnya, macam sudah jatuh ditimpa pintu pulak (sebab sekarang rumah dah tak ada tangga macam rumah dulu2...huhuhuhu..sorilah cik pah ye)...fening2 kepala. Di buatnya pada masa yang sama, kita jugak ada masalah problem dengan pasangan kita. Huh...boleh pecah kepala nak memikirkannya. Kan seronok kalau dapat jadi macam kanak2, hidup mereka bahagia aje, tak ada masalah apa2pun....just enjoy their life time.

    Lepas tu,  kita pun mulalah nak membandingkan diri kita dengan orang lain.  Kenapa aku tak jadi macam dia, seronok sahaja, macam tak ada masalah. Kenapalah nasib aku jadi begini, tak sebaik nasib orang lain. Lama2 nanti, akan terbit perasaan bahawa hidup ini tidak adil....tak baik tu cik pah, macam dah tak redha pulak dengan kadak dan kadar Allah SWT. Kalau dah begitu, hati pun tak bahagia. dada rasa macam sempit sahaja. Nafas yang kita sedut, macam tak berapa nak masuk aje. Monyok aje. Rupapun dah tak nampak macam muka orang.

Kenapa jadi begini?

Muhasabah diri.... penyelesaiannya:

1.  Jaga solat fardhu ditunaikan denga khusyuk, sempurna dan penuh makna.  Bukan asal solat aje...tu tak  ada makna tu. You've to feel it.


2.  Tutup aurat. Jaga batas pergaulan.

3.  Ingat Allah. Ingat ketika solat tu memang dah wajib.  Yang kat luar solat?  Matlamat hidup bukan untuk hiburan semata.Kalau hari2 telinga disumbat dengan lagu2 yang melalaikan, mata pulak dijamu dengan     benda2 maksiat...tak cukup kat dunia reality, kat dalam tv pun banyak maksiat, bila masa pulak kita nak      ingat Allah. 
     Apa kaitannya? Rezeki dari Allah, kalau dah dikelilingi maksiat, ada ke peluang untuk kita dapat rezeki      yang diberkati dariNYA?


4.  Jaga hubungan dengan ibu bapa.  Sebab doa atau apa sahaja yang keluar daru mulut ibu bapa ni makbul.     Jadi,  jaga hati dan perasaan mereka

5.  Jangan berbohong atau menipu orang.


6.  Jangan panjang angan2 tentang masa depan. Bina impian dan merancang tak apa. Jangan jadi macam Mat      Jenin pulak.  Berangan sahaja. Tapi tak ada tindakan susulan.

Amalan-amalan sunat untuk memperoleh rezeki yang diberkati Allah : 
a.  Solat sunat Dhuha. Minimum 2 rakaat. 
Masanya: 28 minit selepas syuruk, kebiasaanya, dalam pukul 7.40 pagilah, tamatnya : masuk waktu zohor.  Huh...sempat tu sebelum masuk pejabat, buatlah. 
Caranya : very simple, seperti solat sunat lain jugak, cuma niatnya : Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala. 
     Lepas tu iringilah dengan doa khusus ....usahakan, banyak sumber carilah.Ganjarannya : selain murah rezeki, sebuah istana dalam syurga bakal menantinya.


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 

b.  Amalan membaca surah al-waqiah selepas solat maghrib atau kalau tak sempat, sebelum tidur. 

c.  Banyakkan membaca doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang Sahabat Baginda :


   Amalan2 di atas tu, rasa2nya ramai yang dah tahu...cuma mungkin terlupa. Tapi tak pelah sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua.  Semoga dapat diamalkan oleh semua dan kita semua dapat menemui kebahagiaan di dunia dan yang paling penting kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.  Dan sekiranya hati pembaca terjentik hati untuk mengamalkannya, di situlah beradanya keikhlasan kita bersama.  Semoga ianya menjadi pahala amal jariah untuk saya....

Khamis, 17 Februari 2011

penjual tempe...

aku cukup tersentuh dengan satu cerita yang dikisahkan oleh seorang motivator di radio ikim fm. Kisah tentang penjual tempe....

Makcik penjual tempe, seperti biasa menyiapkan tempe2nya dengan sebaik mungkin.  Kacangnya dibersihkan, dicampurkan dengan bahan tertentu dan dibungkus dengan sewajarnya menggunakan bahan yang bagus.  Pagi2 esoknya, makcik tempe membawa tempe untuk jualan di tempat biasa, dengan penuh harapan dan doa agar tempenya dapatlah dijual pada hari tersebut.

tempe..
Maka datanglah seorang lelaki, bertanyakan tentang tempe makcik tersebut.  Lelaki tersebut ingin melihat dulu sebelum dibeli. Lalu dengan senang hatinya, makcik tempe membuka bungkusan tempenya dan ditunjukkan kepada lelaki tersebut.  "oh...tempe makcik belum masak lagi, saya tak jadi belilah..".  Lelaki itu berlalu.  Makcik tempe merasa sedih, tapi masih berdoa agar tempenya dapat dijual pada hari itu.  Setelah seharian berlalu, makcik tempe kembali ke rumah dengan tempenya yang tidak terjual.

Keesokan harinya, makcik tempe membawa tempenya itu lagi ke pasar, dengan harapan dan doa agar tempenya masak, dan ada yang sudi membelinya. Peristiwa semalam berulang lagi.  Semua orang nak membeli tempe yang masak, tapi tempe makcik tidak juga masak.  Kembali lagi makcik tempe ke rumah....tempenya juga tidak terjual walaupun sebungkus.

Hari yang kedua, dibawa lagi tempenya ke pasar. Masih lagi menggantung harapan dan doanya kepada Allah.   Doanya kepada Allah, moga hari ini tempenya dapat dijual.  Berulang kali doanya kepada Allah. Berterusan dia mengharapkan rezeki daripada Allah.  Tiba2 datanglah seorang lelaki bertanyakan tentang tempenya.  Makcik tempe menunjukkan tempenya kepada lelaki tersebut.  "Oh...tempe makcik belum masak..." makcik tempe masih mendoakan agar tempenya masak. "..emm...saya memang mencari tempe yang belum masak, saya nak beli semuanya sekali.."makcik tempe terkesima.

Moral :  setiap yang berlaku pada diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.  Mungkin kita tidak realize, tapi itulah yang berlaku. Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia2. Janganlah sedih, kalau kita minta sesuatu, Allah bagi sesuatu yang lain. Ketahuilah, sesuatu yang lain itu, pasti yang terbaik untuk kita. Atau kita dah berusaha dan berdoa kepadaNYA, tapi masih belum dikabulkan, janganlah risau...kerana Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.  Yang penting, berusaha dan terus berdoa kepadaNYA.

Jumaat, 4 Februari 2011

hubungan hebat dengan Allah...

Walau berbagai ragam dan acara yang dilakukan oleh kita sebagai manusia, sebenarnya kita hanya menuju satu hakikat iaitu kematian.Setiap saat bertambah umur kita, maka setiap saat itulah kita menuju ke arah itu.  Tiada sesiapapun yang makin menjauhi hakikat yang ditakuti oleh ramai manusia itu. Kita berjalan ke depan, bukannya berjalan ke belakang. Semakin kita berusaha untuk menjauhinya, semakin ianya mendekati kita...itulah hakikat kematian.

Lalu aku terfikir, kenapa kita perlu menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk dunia semata-mata, kalau tempat tujuan kita adalah mati?  Bukankah patut kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita untuk Allah sebagai persediaan untuk menghadapi saat kematian itu?  Apatah lagi kalau umur kita dah masuk waktu asar (maksud aku 40-an)? Apalah sangat yang dikejar dunia ini yang sementara sahaja. Namun ..kalau yang dah ada keluarga..mesti mereka akan menjawab.."alah...i bekerja siang dan malam, bertungkus lumus ni untuk anak-anak i juga..." Betulkah begitu? Ada kemungkinan tak anak2 mereka akan berusaha bersungguh2 bersedekah, beribadah etc...semata2 untuk kita yang dah mati? Wallahu'alam....kalau betul didikan kita, maka itulah yang kita dapat.

Lalu aku memerhati, terutamanya orang2 yang berada di sekeliling aku.  Aku dapati, (maaflah kalau aku silap) ramai yang rajin bekerja dan berhempas pulas untuk mendapatkan wang atau untuk menyara hidup mereka. tapi kehidupan mereka begitu juga.  Kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam, kais malam makan pagi. Nampak tak senang jugak mereka. Hidup mereka macam bermasalah, haru biru, kelam kelibut.  Aku terfikir, kenapa ya begitu? Rupa2nya ada sesuatu yang penting yang mereka lupakan.  Mereka sangat rajin bekerja sehingga melupakan Allah. Mereka bertungkus lumus sehingga tidak sempat untuk mendirikan solat. Dengan harapan, waktu yang ada boleh digunakan semaksimum yang boleh untuk mencari rezeki.

Tapi mereka lupa solat adalah kewajipan yang menjadi fardhu ke atas setiap muslim mukallaf.  Solat menjadi tiang agama, tanpa solat robohlah agama.  Itulah yang disebut dalam mafhum hadis Rasulullah s.a.w :

"Perbezaan antara kafir dan muslim adalah pada solat"

Dengan solat jiwa kita akan tenang.Dengan solat kita akan mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah, Maha Pemberi Rezeki. Dengan solat, segala pekerjaan kita akan diberkati dan diredhai Allah, lalu makanan secubit, kenyangnya sehari. Jadi kalau kita sudah puas berusaha untuk menyara hidup, tapi belum cukup2 juga, cubalah buat semakan/muhasabah diri....solat kita bagaimana? Sudah sempurna? 

Aku cukup suka dengan kata2 ini (ciptaan aku sendiri sebenarnya...hihihi..)

      "Kalau kita ingin jadi manusia hebat, binalah hubungan yang hebat dengan Pencipta 
        manusia (iaitu Allah SWT)" 

Aku selalu ingatkan pelajar2 aku, tanam kukuh dalam jiwa mereka agar mereka benar2 faham pentingnya  menjaga hubungan dengan Allah SWT.  Hubungan hebat dengan Allah? Of course lah hubungan ini secara rasminya tercipta melalui solat.  Medium lain pun boleh, e.g. zikir.  Cuma solat itu lebih rasmilah. Sebab melalui solat kita akan berhubung terus dan live dengan Allah SWT. Dirikanlah solat 5 waktu.  Nak hebat lagi, buatlah solat2 sunat.  Banyak sebenarnya solat sunat. Selain solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat sunat dhuha sebagai  pembuka pintu rezeki, solat sunat tahajjud kita akan dipandang hebat di kalangan makhluk ciptaan Allah.

Berilah ruang untuk diri kita membina hubungan yang hebat dengan Allah.  Jangan hanya mengejar dunia sahaja. Nanti jadi macam "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Dunia kita tak hebat, akhirat kita tak dapat, akhirnya jadi sahabat syaitan dalam neraka. Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti.  Kalau solat kita tidak beres, maka yang lain pun akan..... kantoi!!!!!  Tahulah dimana nasib kita nanti

Ahad, 23 Januari 2011

hidup bermakna...

'Hidup bermakna" kata2 yang sungguh simple, tapi padat maknanya.  Aku cukup suka dengan ucapan ini.  Apa yang aku faham, hidup bermakna menggambarkan bahawa hidup ini perlu mempunyai dan memberi makna kepada diri kita dan orang lain. "Mempunyai makna?" dengan kata lain, memberi faedah dan manfaat kepada diri kita dan orang sekeliling kita.

Sebagai hamba kepada Pencipta, hidup bermakna bermaksud kita jadikan hidup yang sementara ini memberi makna kepada kita untuk penghidupan akhirat yang kekal abadi.  Mentaati Allah dan menjauhi laranganNYA itulah antara cara untuk kita hidup bermakna. Buat yang wajib, tambahkan dengan sunat, dan tinggalkan yang haram. Very simple dan senang.  Tak susah mana pun untuk menjadi hamba yang bermakna.
bercerita tentang perkara sunat, aku teringat lagi kata2 Ustaz Zahazan, dalam segmen 'Tanyalah Ustaz'.  Beliau memberitahu tentang kelebihan solat sunat Dhuha.  Bermula dari situ aku mula berusaha untuk komited dengan solat sunat yang satu ini.Katanya solat sunat Dhuha pembuka pintu rezeki, pembuka pintu jodoh...dan betullah yang diberitahu oleh ustaz Zahazan.  Rasa2nya gaji aku tu biasa aje, macam beberapa tahun lepas, cuma bertambah sikit around RM 160 aje setahun, tidaklah banyak...tapi berkatnya tu, rasa macam gaji berjuta2....Alhamdulillah.Terima kasih kepada ustaz Zahazan....pahala berterusan untuk ustaz. Dan rasanya hidup akupun sekarang ini lebih bermakna.  yang paling seronok, aku dah ada follower.  Buatlah, hanya dua rakaat, setengah jam selepas syuruk, dan setengah jam sebelum zohor...anda telah membina satu kehidupan yang bermakna di dunia dan membina sebuah mahligai dalam syurga....hanya untuk dua rakaat itu...

cik n mek...dalam kenangan
Sebagai anak, hidup bermakna dengan mentaati ibu bapa, menghormati mereka dan merasakan benar2 pengorbanan mereka.aku cukup tersentuh sampai mengalir air mata, dengan kisah yang disampaikan oleh motivator di radio IKIM hari ini. kisahnya tentang kasih seorang ibu.  menurut motivator tersebut, kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba, yang cuba menyelamatkan ibu dan anak dalam kejadian kemalangan yang amat mengerikan.  Dalam kemalangan tersebut, hanya anaknya selamat.  ibu dan bapanya terkorban.
Ibu tersebut dalam keadaan yang sangat teruk lukanya dan sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, sempat lagi meyusukan anaknya yang sedang menangis, ketakutan dan terkejut agaknya, walaupun dirinya sendiri dipenuhi dengan darah lukanya dan menahan kesakitan yang amat sangat. Anaknya dipeluk dan dicium seolah2 tidak mahu melepaskannya, sehinggalah rohnya tercabut dari jasadnya. kasih ibu, kasih yang bermakna kepada anak....tapi pernah tak kita terfikir untuk menjadi anak yang bermakna kepada ibu kita?

Berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi mereka ada....dan kepada yang telah ketiadaan ibu dan bapa, berbuatlah amal kebajikan semoga amalan anda menjadi saham pahala kepada mereka.  bukan hanya doa mohon keselamatan sahaja, tapi apa sahaja amal perbuatan anak2 akan menjadi saham akhirat untuk ibu dan bapa....

Selasa, 18 Januari 2011

oh! dunia ini...

huh..sedapnya..petang tadi aku masak gulai lemak ikan, entahlah ikan apa..tapi kakak yang jual ikan kat tepi jalan tu beritahu, namanya 'ikan pisang'.  entah betul, entah tidak.  tapi yang penting sedap...well...tengoklah pulak sapa yang masak kan?  my hubby siap makan bertambah 2-3 kali.  nampak sangat isterinya ni pandai masak...kah..kah..kah..sebenarnya nampak sangat jarang masak.huhuhu..

sebut pasal jarang masak ni, aku bukannya tak nak masak, tapi kadang tu penat sangat.  selalu juga aku terfikir, kita ni selalu kelelahan dan kepenatan mengejar dunia.  pagi2 lagi dah keluar rumah, petang2 baru balik rumah.  let say, pukul 6.00 pagi dah bermula rutin di rumah...pergi kerja, balik rumah dah pukul 4.00 petang. hampir 10 jam kita habiskan untuk rutin harian kerja.  dalam masa 10 jam tu, kita habiskan 15 minit untuk solat zohor. kalau rajin bolehlah buat solat sunat dhuha, katalah 15 minit jugak.  so, 10 jam kerja, hanya 30 minit sahaja untuk ibadah, berbaloi ke?

So, apa cara untuk kita kaut segala pahala daripada kerja dunia kita?  Senang sahaja, NIAT...sebab niatlah yang membezakan antara rutin dan amal, antara adat dan ibadat. Jadi kalau kita nak pi kerja, mulakan yang pertama dengan langkah kaki kanan beserta dengan niat kerja kita kerana Allah..contohnya " Ya Allah, aku bekerja, kerana Engkau ya Allah,atau untuk mendapat keredaan Engkau ya Allah"...tapi mestilah kerja yang halal kan.. Jadi, Alhamdulillah, kita mendapat pahala berterusan selama 10 jam kita bekerja, sebagai bonusnya...Allah akan memberkatinya dengan menganugerahkan ketenangan hati kepada kita, tak delah nak tension2 lagi, orang sekeliling akan suka, kita bekerjapun luarbiasa tekunnya... Tak percaya? Cubalah..dan beritahu saya...

Penat dan letih kita kejar dunia? memanglah...habis tenaga dan kudrat kita untuk dapatkan habuan dunia. tapi dunia ni makin kita kejar makin lagi dia jauh, sedangkan akhirat kita (mati) makin mendekat. kuantiti dunia kalau nak dibandingkan dengan akhirat seperti sebutir padi dalam seguni beras..tapi itu juga yang kita kejar. Nilai dunia ini hanyalah ibarat seekor bangkai anjing sahaja, tapi dunia jugalah yang kita cari.
Ini bukan bermaksud kita kena tinggalkan dunia, tinggalkan semua kerja dan tanggung jawab, sebab nak fokus kepada akhirat sahaja.  ini satu pandangan yang salah. Ambillah dunia sekadar perlu sahaja, dan jangan lupa untuk mendapatkan ganjaran untuk akhirat.

"Bekerjalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi, tapi beramallah untuk akhiratmu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya"...mafhum hadis Rasulullah s.a.w

Selalunya kita bila kat tempat kerja, semua benda kita boleh buat : berlari ke hulu ke hilir, panjat naik dan turun tangga. menghadap komputer, menghadap pelajar, menghadap kerja2 yang menimbun, etc. tapi kenapa bila nak solat, nak menghadap Allah Rabbul Jalil, Maha Pencipta, kita rasa penat, kita rasa lelah...nak habiskan 4 rakaat tu pun rasa macam lama bebenor?Ya Allah, janganlah Engkau timpakan perasaan ini kepada ku.

Sedangkan pada hakikatnya...waktu solat itu adalah waktu yang sangat penting bagi diri manusia. waktu untuk bersantai2 dengan Rabb kita, waktu untuk kita bersembang2 dengan Allah, waktu rehat setelah seharian bekerja.  mengikut kajian ahli sains juga mendapati solat boleh menenangkan jiwa. perlakuan dalam solat boleh memberikan kesihatan kepada minda dan fizikal manusia.kajian itu juga mendapati bahawa jantung manusia berada di peringkat yang paling normal adalah ketika takbir kita untuk berpindah dari rukun rukuk ke sujud.Allahu Akbar! Maha Suci Engkau ya Allah...

Kalau kita sedih, solatlah medium yang paling mujarab untuk kita meluahkan perasaan kita kepada Allah.  Kenapa? Allah tak tahu ke kita sedang sedih?..No, salah tu, sebab Allah itu Maha Mengetahui. Tapi kan seronok bila kita dapat meluahkan perasaan kita kepada seseorang yang sudah mengetahui hal keadaan kita, tapi dia mendengar dengan teliti seolah2 dia belum mengetahuinya... mana ada a good listener macam tu...kalau kita meluahkan perasaan kepada suami atau kawan, paling2 dia mendengar dengan telinga aje, mata ke lain, hati pun entah ke mana2...
Dengan Allah? kita boleh bersembang, bercakap, meluahkan apa sahaja...unlimited skop. asal sahaja kita mahu. lagi pula, ada satu petikan, cuma aku lupa kat mana aku bacanya...:-(..yang menyebut tentang permintaan malaikat supaya dimakbulkan segera doa seorang hamba (someone else)..tahu apa jawapan Allah?

"...tidak, sebab AKU sangat suka mendengar hambaKU berdoa kepadaKU".

...Allahu Akbar, aku rindu sangat2 untuk bertemu MU, cuma aku takut, layakkah aku untuk itu?  Semoga aku ada peluang itu.  Takut aku, kalau2lah ada..memang ada kot..kesalahan yang walaupun kecil menjadi penghalang untuk aku bertemu dengan MU dalam syurga nanti..

Khamis, 13 Januari 2011

muhasabah diri 3...

qoute dari Mukashafah al-qulub li Imam al-Ghazali, rahimahullah....

Allah memberikan kepada syaitan/iblis :
-  kemampuan untuk mengoda anak Adam
-  setiap kali anak Adam beranak, setiap kali itulah iblis beranak
-  diberi umur panjang untuk memperdayakan anak Adam sehingga kiamat...

Allah menganugerahkan kita untuk mengalahkan syaitan/iblis:
-  setiap kita dijaga oleh malaikat
-  setiap satu kebaikan diberi 10 kali ganda pahala, (sebaliknya satu kemungkaran diberi satu dosa sahaja)
-  taubat kita diterima sehingga sakaratul maut di halkum
-  niat untuk melakukan kebaikan diberi satu pahala, jika dibuat diberi sepuluh kali ganda, lintasan untuk
   melakukan kemungkaran, tidak akan diberi dosa sehingga anak Adam melakukannya...

lagi...

                       - utusan iblis : tukang tenung (tukang tilik...termasuk tukang horoskop)
                       - kitab iblis : perangai buruk dan syair2 yg melalaikan
                       - hadis iblis : pembohongan
                       - tukang azan iblis :seruling/alat muzik yg boleh melalaikan
                       - masjid iblis :pasar
                       - rumah iblis : tandas
                       - makanan iblis: semua makanan yang tidak disertai dengan nama Allah, (ketika makan atau          
                          menyediakannya).                                                                       
                        - minuman iblis: semua yang memabukkan
                        - perangkap iblis: perempuan...

Isnin, 10 Januari 2011

rindu...

aku perasan beberapa hari ini, terasa macam kosong aje hati dan fikiran aku.  macam ada vakum space dalam diri.  aku cuba mengoreksi diri, apalah yang kurang dengan diri ini.  rasa macam sesuatu yang tidak beres dengan diriku...
ruang kosong ini sangat menyakitkan..
aku rasa sangat tak selesa..
hatiku tak tenteram..
jiwaku terpenjara...
semua benda yang aku buat, rasa macam tak kena aje..
bila aku tersenyum, rasa macam sumbing aje...
bila aku ketawa, rasa macam hambar..
bila aku bercakap, rasa macam tawar aje...
orang kata macam mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena
dimanakah silapnya
dimanakah salahnya....

setelah beberapa hari membuat koreksi diri,
baru aku perasan,
rupa2nya aku 'offline' dengan Allah...
sebab ehem2.....
line solat...off
line khalwah..off
line tilawah..off
line doa...kadang on, kadang off

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan aku sendirian,
tanpa perhatianMU...
tanpa kasih sayangMu...


Ya Allah, tak sanggup aku menanggung sakitnya rasa rindu padaMU
sakitnya...
peritnya..
sengsaranya...

semoga rindu hambaMU yang hina ini..
semoga kasih hambaMU yang kerdil ini...
semoga sayang hambaMU yang dhaoif ini..
mendapat perhatianMU ya Allah...

"Kalau hambaKU mengingatiKU sehasta, AKU mengingatinya sedepa, kalau hambaKU mengingatiKU dalam keadaan berjalan, AKU mengingati hambaKU dalam keadaan berlari, jika hambaKU mengingatiKU dalam keadaan baring, AKU mengingatinya dalam keadaan berdiri"


Itulah Allah, kekasihku..aku tahu Allah sedang merinduku di kala aku juga sedang merinduiNYA, aku tahu Allah menyayangiku, di kala aku mengingatiNYA.  mana lagi kekasih yang mampu melakukan seperti itu?

Khamis, 6 Januari 2011

muhasabah diri 2...

Apa yang ada pada bilangan 40? kalau ianya melibatkan bilangan, tiada bezapun dengan nombor2 lain. kalau ianya melibatkan duit, mungkin RM40 tidak sebesar mana berbanding dengan nilai RM40 ribu. Tapi kalau ianya melibatkan umur, bannnnnnnnyakkkk pandangan dan berbeza.
Apabila aku bertanya kepada kawan2ku, ada yang berpandangan..."krisis umur pertengahan" kawanku melontarkan pandangan. " perasan nak jadi macam remaja, berimejkan remaja, pakaianpun macam remaja, gelagat macam orang muda.." tempelak kawanku yang kedua. pandangan sinis..."simpton2 awal untuk menoupouse" huh..ganas tu...
tak kurang juga yang beranggapan..."perempuan ni kalau dah masuk usia 40, bukan main lagi mereka bergaya..kalau lipstik tu, sebatu dah nampak merahnya.., kalau dressing pulak, dia punya cutting ikut body, sampai terlupa bonjolan di sana sini... sampai malu den nak nengoknya...". kalau kawan lelaki pula, tak ade benda lainlah.." ..nak tambah sorang lagi.." huhuhu...bermacam2 pandangan mereka.
bagi aku sendiri, usia 40 itu sangat penting dalam perjalanan hidupku. usia 40 itu permulaan usia kematangan. kalau dulu, aku sering kali bertindak secara emosi tanpa berfikir secara rasional. usia 40 bermaksud sudah 40 tahun aku hidup. sudah 40 tahun juga aku mengharungi pelbagai onak dan duri hidup. sudah 40 tahun juga mengutip pengalaman di sepanjang perjalanan ini. dan jangan lupa usia 40 ini, aku semakin hampir kepada kematian, seolah2 sebelah kaki aku dah berada dalam kubur. bila dinilai banyak benar kekurangan atau kesilapan yang aku lakukan sepanjang meniti usia 40 ini. dalam usia ini barulah timbul perasaan ini...

Rupa2nya dalam al-Qur'an pun disebut tentang kepenting usia 40 ini. iaitu dalam surah al-Ahqaf ayat 15. firman Allah tersebut menjelaskan tentang permulaan usia untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan bertaubat dan melakukan ketaatan. ini juga bertepatan dengan sabda Rasulullah yang mafhumnya :

.."sesiapa yang tidak berubah (kearah kebaikan-masih melakukan maksiat) ketika usianya 40 tahun, maka dia telah mempersiapkan satu tempat duduk dalam neraka"

walaupun hadis ini tidak mencapai tahap hadis sahih (hanya dhoif), dan tidak boleh digunakan untuk penetapan hukum, tapi bagi aku sendiri, kalau untuk menimbulkan kesedaran diri, apa salahnya...
Rasulullah s.a.w sendiri mula dilantik menjadi rasul ketika Baginda berusia 40 tahun.

wahai diri hisablah dirimu, dimanakah kedudukan dirimu sekarang....adalah masih leka dengan ibadah, atau masih lena dengan maksiat....

wahai diri, sekali engkau masuk ke lubang kubur, tiada lagi laluan untuk keluar, kecuali hanya laluan ke syurga atau ke neraka.

wahai diri, apabila datangnya malaikat munkar dan nakir, bolehkan engkau menjawab pertanyaannya dengan baik, berjayakah engkau melepasi peringkat saringan ini?

wahai diri, bila beradu dalam liang lahad, siapakah yang menemani dirimu, si buruk yang busuk atau bidadari seharum kasturi?

wahai diri, mampukah engkau terbang melalui titian al-mustaqim dengan selamat? atau sekadar berjalan atau hanya merangkak atau yang lebih teruk lagi jatuh nun di bawah sana dengan api yang marak menjulang?

insaflah diri....usiamu pemberian Allah, walaupun hanya bilangan sahaja, tapi ada tanggung dan ada jawabnya....mampukah engkau menjawap di hadapan Allah nanti tentang pemberian ini?

Selasa, 4 Januari 2011

tanggung jawab atau sayang...

   Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang sangat relevan dengan tanggung jawab atau sayang...
misalnya, sebagai seorang pekerja....kita melakukan tugasan kita kerana rasa tanggung jawab atau kerana sayangkan tugasan tersebut. sebagai seorang isteri, kita menguruskan suami dan anak2 kerana tanggung jawab atau kerana sayang.. sebagai anak pula, kita berbakti kepada ibu bapa atas dasar tanggung jawab atau sayang.
   
   Pernahkah kita terfikir bahawa kedua2 perkataan itu mempunyai bentuk perilaku yang sama tapi impak yang berbeza. sebagai pekerja, kita melaksanakan tugasan tersebut walau atas dasar apa sekali pun. tugas kita sebagai isteri, menguruskan anak2 atau suami atau juga pengurusan rumah tangga tetap berjalan lancar walaupun atas niat apa sekalipun.

   Bila kita lakukan atas dasar tanggung jawab, diakhir tugasan nanti pasti kita akan kelelahan dan mudah berputus asa. tetapi bila kita lakukan kerana perasaan sayang dan cinta kita, kita pasti akan melakukannya dengan terbaik dan tanpa rasa jemu atau putus asa.
 
   Dalam beribadah kepada Allah, konsepnya tetap sama...kalau kita lakukan ibadah kerana tanggung jawab kita sebagai hamba, maka kita akan lakukan seadanya..ataupun mungkin kita macam 'hangat2 tahi ayam'....dah habis gasnya, hilanglah mood kita. ataupun bila kita berdoa kepada Allah, lambat makbulnya kita akan kecewa...


   Lakukan ibadah kerana cintakan Allah, pasti rasanya berbeza. lakukan ibadah kerana sayang kepada Allah, ini akan menyebabkan timbul rasa cemburu bila melihat orang lain melakukan ibadah lebih daripada kita.
bila kita lakukan apa sahaja, kepada Allah, ataupun kepada makhluk Allah disekeliling dengan penuh kasih sayang, tanpa ada pelbagai 'intentions', maka kita akan mendapat balasan kasih sayang.

   Itu yang disebut dalam pepatah : kalau bercakap lahir dari hati yang ikhlas, maka ianya akan jatuh ke hati juga, oleh itu kalau kita bercakap hanya lahir dari mulut aje, maka telinga kanan mendengar, keluar telinga kiri.


So, buatlah sesuatu dengan penuh makna, lahir dari hati yang ikhlas, matlamat kita kerana Allah dan untuk mendapatkan mardhatillah.... 

Sabtu, 25 Disember 2010

Allah Maha Mengetahui...

Sebagai manusia biasa, kita sering diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan ujian. kadang kala kita rasa macam tak adil, kenapa kita ditimpa dengan begitu, begini...kenapa tidak orang lain? sebenarnya itu adalah permulaan untuk memberi peluang kepada syaitan menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan ujian Allah SWT.
Tiadalah sia2 bagi setiap yang ditentukan oleh Allah SWT. tidaklah sesuatu itu berlaku secara coinsident atau kebetulan. ianya adalah perancangan teliti dan rapi dari Allah. dan ketahuilah bahawa Allah SWT itu adalah sebaik2 perancang, even perkara2 yang kita anggap sebagai remehpun, ianya termasuk dalam perancanganNYA. tiada yang terkecuali. Pasti ada hikmahnya. cuma kita sebagai manusia biasa kadang kala tak nampak bukan kerana kita memang tak nampak tapi kita tidak berusaha untuk mencarinya.
pernahkah kita terfikir, kenapa ujian setiap manusia itu berbeza, ada orang yang kematian orang yang disayangi, ada yang miskin sangat, ada pula yang ditimpa penyakit kronik dan macam2 lagi? itulah kehebatan Allah. Dia hanya memberi ujian mengikut kemampuan hambaNYA. Yakinlah bahawa kita mampu menghadapi ujian tersebut. so, terimalah dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.
aku juga tidak terlepas. sepanjang 42 tahun hidup, banyak ujian yang bagiku terasa amatlah besarnya. bila aku fikir2kan, rupa2nya ada hikmah Allah memberikan aku pelbagai ujian. alah, macam kita main game, untuk naik ke level2 yang lain kita perlu melepasi level sebelumnya. dan setiap level itu, cabarannya pastilah berbeza. makin tinggi level kita, makin susahlah cabaran game tersebut. so, itulah kita....
ada satu kisah yang berlaku kepada kakakku. baru2 ni suami dia terkena strok. tak boleh makan mengikut cara biasa, tapi kena pakai tiub. taklah makan nasi, tapi minum susu formula dan makanan special...iskh..iskh dah tua2 pun minum susu formula pulak. dia takleh berjalan biasa, kena bertongkat kaki empat. kakakku tak pernah putus asa untuk mengubati suaminya, dengan perubatan modern dan tradisional, bersusah payah betul dia.kesian kakakku. kuat betul semangat dia. tetapi dalam hatinya aku tak tahulah...tapi aku amat memahaminya..mesti hatinya menangis kesedihan, tapi pandai dia cover. bila bercakap tentang sakit suaminya, takpernah menampakkan kedukaannya. very impressive. setelah hampir 3 bulan, suaminya recovered dari penyakitnya. dah boleh makan seperti biasa dan bolehlah berjalan slow2. selepas cuti beberapa bulan, november baru2 ni dia masuk kerja. dan dia dinasihatkan supaya pencen ilat, kerana hilang upaya untuk bekerja.
akhirnya dia berjaya mendapatkan bayaran pampasan (agaknyalah, aku pun tak berapa faham tentang hal ini) daripada socso, dalam bentuk bayaran bulanan. so itulah hikmahnya. sebab kalau suaminya pencen tanpa ilat, habukpun tak ada. kerja swasta, mana ada pencen.

Firman Allah :" setiap yang susah itu pasti beriringan dengan kesenangan"(al-insyirah)

pengajarannya ialah apa yang penting, bila ditimpa ujian, jangan cepat melatah/melenting, be positiflah, redha dan sabar. semua yang berlaku ada hikmahnya. jangan lupa berdoa kepada Allah. Yakinlah kepada Allah. kalau doa/permintaan anda agak lambat berlaku, yakinlah Allah sedang merancang sesuatu yang lebih bagus untuk anda. mungkin apa yang anda minta itu tidak sesuai untuk anda atau belum sampai masa yang sesuai untuk anda.

"Aku meminta daripada Allah sekuntum bunga yang indah, tetapi Allah memberiku kaktus yang berduri. aku meminta daripada Allah seekor rama-rama yang cantik, tetapi Allah memberiku seekor ulat yang buruk. setelah sampai masanya, rupa2nya kaktus itu telah mengeluarkan bunga yang sangat indah dan wangi. ulatku telah bertukar menjadi rama2 yang lebih indah daripada apa yang ku minta dari Allah" .

yakinlah kepada Allah dan sentiasa berbaik sangka bahawa Allah pasti memakbulkan doa kita, cuma mungkin dalam bentuk yang lain, kerana DIA Maha Mengetahui dan sentiasa Maha Mengetahui....



klik...