I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

43....

Salam semua, apa khabar? Aku suka sangat2 hari ni. Sebab apa? Sebabnya hari ini adalah hari yang sangat istimewa bagiku.  Hari ini (1.11.11) genaplah usiaku 43 tahun. 

Hummm.....43? Oit....cikjah, dah 43 usiamu?Ish..ish...dah tua rupa2nya cik jah nih...aku ingatkan muda lagi.  
Ye ke cik pah? Engkau rasa aku nih dah tua sangat ke? 
Tapi kan cik pah,  aku rasa macam masih lagi muda seperti dulu. Bagiku 43 itu hanyalah pada bilangan sahaja. Cuma kekuatan fizikal aje yang agak menurun berbanding ketika berusia 20an dulu. Tapi aku masih mudalah cik pah, berbanding dengan orang yang berusia 50..hahahaha...

Ish..ish..cik jah ni lorat betullah...janganlah dok perasan...engkau tu memang dah berumur, walaupun tak tua...
yelah...yelah...cik pah oiii..
Cik pah, engkau tahu dak? Tak tahu...
Sabarlah dulu cik pah oii..Sebenarnya,   walau apahal sekalipun, sepanjang hidup ini, aku cukup suka bila usia aku dah menginjak 40an...

Apa kehal kau nih cik jah, pelik betullah engkau ni...biasanya kalau ponpuan tu memang tak suka bila ditanya usia, lagi2 kalau dah masuk umur 40an....ish..ish...tercabut wayer ke apa cik jah nih.
Tak lah cik pah. Aku suka sangat2 sebab aku rasa hidup nih dah complete.  Yelah bila dah masuk usia 40, kedudukan ekonomi pun dah agak stabil. Perasaan pun jugak stabil. Tak ada dah nak marah2 atau garang2 ke, jadi nak risau apa? Cuma risau sikit pasal suamilah....risau dia bukak cawangan baru....hahahaha..gurau aje. jangan marah ye bang!

Tapi cik pah, semenjak dah masuk usia 40an nih ada beberapa perubahan yang aku rasa. 
Rasa2 macam separuh dari jiwa ini dah terikat dengan akhirat. Ingatkan mati aje.Yelah, orang kata, sebelah kaki dah dok ada dalam kubur.  Aku nak tanya engkau cik pah: 
Agak2 engkaulah, apa penerimaan Allah terhadap aku?  
Agak2 Allah sudi tak nak berjumpa dengan aku? 
Agak2 engkau bagaimana layanan Allah terhadap aku nanti? 
Agak2 engkau lepas tak bila aku melalui saringan pertanyaan dalam kubur?
Agak2 engkau selamat tak aku dari azab kubur? 
Agak2 engkau timbangan aku mana yang lebih berat, pahala atau dosa?
Agak2 engkau selamat tak aku semasa meniti titian sirat? 
Agak2 engkau layak tak aku masuk syurga Allah?

Walaupun pertanyaan ini tiada siapa yang mampu menjawabnya, tapi aku makin merindui alam yang satu lagi, aku semakin rasa macam tak sabar untuk bertemuNYA....

"Mati itu syarat untuk bertemu Allah yang dirindui..."

Rabu, 19 Oktober 2011

suami suka, isteri tak suka...

Assalamualaikum....apa khabar semua? feeling good?i'm in good feeling, because it's good for me, good for my health, good to be good and always be good...so it's good for me and me is good...whatever lah...

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca tentang keSUKAan lelaki yang tidak diSUKAi oleh sang isteri. Dan saya rasa sifat-sifat ini juga pasti tidak akan disukai oleh suami sekiranya diamalkan oleh isteri....sebagai manusia tentulah fitrah kita sama...tak suka pada perkara-perkara yang tak elok...
Saya tidaklah pakar dalam hal-hal ini, cuma ingin berkongsi sahaja...antaranya  :

1. Suka merajuk .....ish...ish...ada ke lelaki merangkap suami, suka merajuk?  Ada, jangan kau tak tahu cik pah oiii...memang ada spesis lelaki yang suka merajuk.  Yang teruknya merajuk tahap TID (Tak Ingat Dunia)!. Isteri tersilap cakap ke, tersilap react ke, atau apa2 aje yang tersilap, huh...merajuk! Mulut tu panjang aje muncungnya , sampai boleh sangkut hanger! Eiiii...rimaslah dengan lelaki yang suka merajuk nih.  Mengalahkan ponpuan pulak. Sepatutnya kaum kita yang merajuk dan kaum dia yang kena memujuk.

Jadi para suami kat luar sana yang suka merajuk tu, kurang2kanlah sikap suka merajukmu itu. Merajuk sekali sekala tak apa, sekurang2nya boleh test market kan. Kalau isteri tu nampak macam tak berapa nak layan, udah2lah merajuknya! Rajukmu dah tak berapa nak lakulah tu...Kalau nak jugak, buat promosi untuk bukak cawangan baru, kalau tak patah kaki tangan, paling2 pun, benjollah kat kepala tu.

2. Suka temberang.  Ni macam kisah Madu Tiga P. Ramlee....'mesti pandai berbohong, mesti pandai temberang'.Biasanya suami yang suka temberang ni, jenis lelaki yang tak setia atau ada ura2 untuk menambah cawangan baru, tapi takut. Ditambah pulak dengan sikap malu2 kambing dengan isteri.  Jadi untuk cover, kenalah cakap bohong.Temberang sana, temberang sini....

Jaaaaangan....Labu, sikap ni sangat tidak disukai oleh isteri.  Once isteri dapat tahu, lukanya akan jadi 'double'.  Luka pertama kerana dibohongi, luka kedua kerana dicurangi. Sakitnya tahap TBC (Tak Boleh Cerita). Nampak gaya ada yang kena 'backhand' nih...macam Haji Bakhil..."aku llesing kan"

Jadi nasihatku kepada suami yang ada impian nak bukak cawangan baru, tell her the truth. I tell you, as a women i can accept it, rather then to be foolish around...hahahaha...biar betul cik jah, putus fius ke apa? Betullah tu cik pah oiii...barulah gentelmen, lepas tu jadilah 'lunyai-men' sebab dilunyaikan oleh 'the most understanding's wife' huhuhuhu....
      
3.  Suka mengkritik....kalau kritik membina tak apalah jugak, ini kritikan membunuh!. Membunuh jiwa dan rasa.  'Putuh angin' (hihhii...ini bahasa akulah, made in Kelantan) Ini memang den tak suko! Tak suko bebenor! Dah jadi macam mat kepoh lah pulak. Bukan kritik isteri kat sebelah aje, jiran yang dok 2-3 belah pun dikritik.  Itu tak kena, ini tak kena. Mata tu asyik juling ke sana, juling ke sini, saje je nak cari point yang boleh dikritikkan. Sampaikan kekurangan diri sendiripun dah tak nampak. Asyik nampak silap orang aje. Naik lemas telinga mendengar omelannya.  Ini pengkritik tahap TKD (Tak Kenal Diri).

Nasihat untuk suami yang ada iras2 sotong ni, agak2lah kalau nak komplen.  Kalau rasa macam nak ngutuk2 jugak, semak diri dulu, tengok baju dan seluar kita dulu, lepas tu tengok kain baju anak bini kita. Bila kita asyik melihat kekurangan kita, mana ada masa nak lihat keburukan orang lain, ye dak?  

4.Suka menyibuk.....Hihihihihi....kalau suami aku suka menyibuk dek kerana nak menolong aku memasak, basuh baju, sidai kain baju, mengemas, menyapu dan seumpama dengannya....suka...suka...suka...

Tapi yang ni lain sikit, suka menyibuk hal orang. Semua benda dia nak ambil tahu.  Apa nama kucing jiran sebelah rumah. Kambing tok penghulu beranak berapa ekor. Lagi teruk, anak dara mak cik Milah berapa orang, ek? Dah ada pak we ke?.  Hohoho...geli geleman teman, sampai meremang bulu telinga. Ini penyibuk tahap MBT (Meremang Bulu Telinga) Hahahahahaha.....cik jah...memang konpem, hang nih dah putus fius...

Nasihat akulah untuk sapa2 yang jenis suka menyibuk hal orang ni, tinggalkanlah sikap tak berapa bagus untuk kesihatan nih...Rasulullah s.a.w sangat2 tak suka. Nabi suruh kita tinggalkan ; jangan suka menyibuk, hal2 yang tak ada kaitan dengan diri kita....mafhum hadis Rasulullah s.a.w.

5.  Suka 'mencantas'. Hah! mencantas? Apa ni cik jah oiiii....tak faham, cuba buat pencerahan sikit, dah mengembang otak aku ni.  Alahai, cik pah, aku pun tak berapa clear jugak nih...tatau lah nak bagi istilah apa yang paling tepat.

Senang cerita, aku bagi satu situation;...contohnya, pada suatu hari aku sedang bersembang2 dengan suamiku.  Tiba2 tercetus satu idea.  Lalu aku suggestlah kat suami aku, then....dia terus reject. Dengan intonasi dan pemilihan kata yang sungguh2 menunjukkan ketidaksetujuannya terhadap cadangan aku. Reject tahap GBK (Gorila Beranak Kecik).  Kecik hati aku tau, cik pah....apa salahnya kalau dia tunjukkan sikit aje pun tak apa, tanda2 yang dia bersetuju dengan idea aku. (Air mata aku dah nak meleleh nih cik pah....)Tak salahkan?, bukan nak ambil hati sapa2 pun, hati bini dia jugak. Kalau dia nak ambil hati orang lain, akupun naik marah jugak, lagi2 kalau hati anak dara, laaaaaagi aku marah!

Nasihat aku pada sang Rajuna Tapa @ suami, terimalah idea isteri. Kalau nak reject sekalipun, berdiplomasilah sikit. Hati manusia nih, sangat fragile....mudah terhempas, mudah terluka.....lagilah kalau hati isteri, sangatlah mudah hatinya terluka dengan suami.  Hati yang kecewa, lama2 akan menjadi dendam. Tak bahagia hidup berumahtangga jika disulami dengan rasa dendam. Dia tak happy, kita pula menyepi....so dimana akan ada kesudahan itu?


"HIDUP INI HANYA SEKALI, KENAPA TIDAK KITA CUBA SALING MEMBAHAGIAKAN, SEMOGA BAHAGIA DI SINI, BAHAGIA JUGA KITA DI SANA, SAMA2LAH KITA MENJADIKAN RUMAHKU SYURGAKU, SYURGAKU RUMAHKU"

Sabtu, 1 Oktober 2011

manual lelaki...

Troubleshooter 3  : Lelaki sukar memahami maksud tersirat disebalik kata-kata atau tingkah laku anda (isteri). 

    Salah satu faktornya, kerana lelaki hanya boleh menggunakan otaknya untuk satu fungsi sahaja bagi satu2 masa. Berlainan dengan perempuan, dalam satu masa mereka berkemampuan memastikan otak mereka boleh melaksanakan beberapa fungsi ' multipurpose'...hahaha...hebatkan jadi perempuan!. Huh! cikjah nih suka bebenor syok sendiri. Hoi! cikpah ni bukan kata akulah, ini hasil kajian...pihak yang berkaitanlah..

   Betul apa? Kalau aku kat dapur tu, macam2 kerja aku boleh buat....tengah2 masak, cuci pinggan mangkuk, washing machine 'on',  jangan tak tahu, sempat lagi ber'fb'ing, hahahaha...multipurpose!

  Oklah, berbalik kepada problem kita.  Kalau dah memang laki kita tu susah nak faham 'body language' kita, atau bahasa kiasan kita, maka jalan yang terbaik, luahkan aje apa yang berselirat dalam kepala kita tu.  Jangan biarkan dia membuat andaian sendiri. Nanti berlaku salah faham. Cakap aje berterus terang, straight to the point, tak payahlah nak guna bahasa sanskrit ke, bahasa yang berbunga2 ke, atau bahasa sindir2.  Mereka tak faham. Buat letih aje, letih jiwa dan raga.

   Aku pun dulu2 dah banyak kali terkena, konon malulah, ye..lah baru kahwin, mestilah malukan, ala2 malu2 kambing gitu...
  One day, aku memang dah berkenan sangat dengan 'that sandal'....:Ish2..cantiknya sandal tu, berkenan sangat2, hah...muat elok aje, pakai pun rasa macam selesa sangat" penuh teruja aku membayangkan hasrat hati kat suami. "Nak ke?", boleh dia buat tak faham....."eeeh...takpelah"...sebenarnya dalam hatiku...belilah...belilah..untuk saya. Last2 sekali apa berlaku? Hampeh! memang dia tak beli pun...wuaaaaaaaa.....aku tak leh tidur malam tu, dok ingatkan sandal yang itu......wuaaaa..

hah! semenjak hari itu aku dah ubah sikap pemalu kambing aku tu...kalau aku 'nak' aku cakap aje ' aku nak'...tell him the truth! Never sorok2 lagi.

Cara mengatasi :

Jadi,  wahai isteri2 kat luar sana, ubahlah cara anda berkomunikasi dengan suami. Komunikasi yang lebih telus, terbuka dan berterus terang. Jangan anda beranggapan suami anda akan fahami bahasa kiasan atau bahasa badan anda, sebab mereka agak lemah dalam hal2 sebegini...

So, you may try this ;
"Abang, saya sukakan hand bag tu, belikan untuk saya...."

Selalulah gunakan bahasa yang lebih positif :

" Abang sayangkan saya kan?" atau

"Saya rasa abang memang sayangkan saya..." 
lebih baik daripada kita menggunakan kata2: "Abang memang dah tak sayangkan saya...." memang sah, suami anda tak sayangkan anda..... 

Ok...jumpa lagi...bye2

klik...