I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Selasa, 29 November 2011

novel oh novel...kemana arah tuju kita?

Tahun 2011 telah melakar sejarah bagi diriku....Hampir 80 buah judul novel aku habiskan sepanjang 2011.  Gila? Kaki novel? Obses? Aku tak tahu istilah yang paling tepat untuk menceritakan situasi ini. Apa yang aku tahu, ianya merupakan sejarah bagi diriku.


Setiap bulan aku habiskan puluhan ringgit dan puluhan masa untuk membaca novel, especially bila aku offline dari solat. Entahlah apa agaknya yang telah merasuk diriku.  Aku sendiripun tidak faham. Akhirnya apa yang aku rasa kini ialah perasaan cuak, muak, dan semua perkataan yang sewaktu dengannya. Novel2 yang dihasilkan terlalu stereotype. Cinta fantasia, wanita yang sentiasa mengalah (especially dalam mengejar cinta),balas dendam lepas tu jatuh cinta, kahwin tanpa cinta lepas tu jatuh cinta dan mesti ada orang yang ketiga.....ish...ish..kadang2 rasa macam tak berbaloi menghabiskan duit untuk membaca isu yang sama , macam seolah2 ulang tayang.


Hasil daripada pembacaan itu, ada beberapa isu yang aku rasa cukup tak puashati dengan perkembangan hasil penulisan novel hari ini. Aku rasa cukup tak selesa sehingga aku meluahkannya. Dan sekiranya hasil tulisan aku yang tak seberapa ini dibaca oleh penggiat atau penulis novel, maafkan aku....kerana aku ini tiada sebarang authority. Yelah, siapalah aku untuk mengkritik kerana aku bukanlah seorang pengulas novel, apatah lagi penulisnya.  Cuma aku adalah pembaca tegar yang rasa macam ada sedikit perasaan tanggung jawab untuk menegur. Teguran membina ni, bukan teguran menghina ye...


Antara perkembangan yang kurang sesuai (pada pandangan akulah) yang terdapat pada beberapa buah novel yang aku baca ialah tentang isu wanita dijadikan sebagai simbol pemuasan nafsu seks. Walaupun untuk seorang suami. Aku jadi malu dan rendah diri.  Betapa aku sebagai perempuan telah direndahkan sehingga ke tahap itu sekali.  Apakah aku perempuan hanya berfungsi sebagai 'itu' sahaja? Bagi aku perkara ini tidak sewajarnya berlaku.Ini hasil pembacaan seorang aku, yang agak dah berumur dan boleh menilai. Apa pula yang berlaku jika dibaca oleh seorang engkau yang masih mentah dan tidak mampu menilai? Bayangkanlah apa yang boleh mereka  bayangkan. 


Isu yang kedua ialah tentang penggunaan bahasa, terutamanya dalam dialog, yang menurut pendapatku terlalu kasar dan tidak sesuai dalam usaha kita membentuk budaya kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat Malaysia umumnya.  Apatah lagi masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesopanan dan keindahan bahasanya. Ini sangat ironi, kerana pembaca novel2 ini kebanyakannya adalah dari kalangan orang Melayu. Jadi apa yang ingin kita terapkan kepada anak bangsa kita?


Saya tidak mahu bersikap berat sebelah...banyak juga novel2 yang aku cukup suka membacanya.  Membacanya dari kulit ke kulit. Ada yang aku ulang membacanya, kerana seronok. Bila dapat baca yang bagus2, itu yang menjadi pendorong untuk aku membeli lagi dan lagi.....sehinggalah bila aku melihat senarainya aku jadi terkejut....almost 80 judul novel sama ada dari penulis yang sama atau yang berlainan. Contohnya Hlovate, Norhayati Berahim, dan Ramli Awang Murshid ( nama yang agak familiar dalam koleksi aku) Dan ada beberapa novelis lain seperti Siti Rosmizah, Adah Hamidah, Aina Emir, Aisya Sofea, dan yang terbaru Melur Jelita....hanya sekadar menyebut beberapa nama sahaja....

Aku cukup kagum dengan cara garapan novelis Ramli Awang Murshid.  Sebut aje, judul apa, semua ada dalam koleksiku.  Bermula daripada Tumbiro hinggalah Cinta Sang Ratu, semua ada. Memang tema yang dibawa lain dari yang lain, dan ada yang agak tidak realistik (contohnya Cinta Karmila atau Cinta Sufi atau kebanyakan novelnya ) tapi aku tak kisah...sebab garapan beliau tidak menjadikan diri aku tertipu. Beliau berjaya membawa aku menghayati dan macam berada dalam novelnya secara realiti. Apa khabar agaknya Ramli Awang Murshid, novel terakhirnya Cinta Sang Ratu (kalau aku tak silaplah) sehingga kini tiada khabar beritanya. Sama juga dengan Hlovate, sudah disimpan ke tintanya? senyap aje. 


Oklah...aku noktahkan dulu disini untuk entry kali ini... 
sorilah cik pah, aku membawa intonasi berbeza hari ini, 
intonasi kematangan dan keseriusan....
hihihihi...
tapi tak bolehlah, cik pah....mesti nak kena ada juga humournya tu...
macam tertekan aje bila menulis...
well u know me kan cik pah...
laugh is a good medicine....
so, untuk akhirnya aku melampiaskan jugak kehendak hatiku untuk berhumour.....
hahahahahaaha..

Ahad, 27 November 2011

kaw-kaw breakfast...

Ubi kayu rebus...
Hummmm...hari ni aku dan family bersarapan ala kampong, tradisional gitu. Menu pagi ni : tonyyoh ubi kayu, ubi kayu rebus, pulut pagi dimakan bersama dengan ikan kukus yang digoreng dan kelapa parut.  Ummmm... yummy. Nak lagi real...pinggan pun gunakan design lama dan klasik...

Lagi syok, sebab sekarang dah masuk musim tengkujuh, hujan aje memanjang.  Dalam media pun dah laporkan di sana sini dah berlaku banjir, ada yang dah kena pindah.  Bersabarlah ye...itulah ujian Allah, untuk meningkatkan level keimanan dan kesabaran kita. No pain, no iman. Huhuhuhu...pandai2lah engkau cikjah oiiii...

Pekena pula dengan kopi panas kaw...
Oklah cik pah hari ni aku nak kongsi resepi makanan tradisional, kawan aku...namanya kak nik yang pass kat aku resepi ni. Namanya memang klasik sangat2....Kuih Tonyyoh(ada tasydid kat huruf 'y'....baru ada ummphhh) Ubi Kayu. Resepi yang sangat simple...

Kuih Tonyyoh Ubi Kayu
Ubi kayu yang disagat sedia untuk dikukus
Bahan2 :
Gula melaka yang diricih halus
2 ketul ubi kayu.....dipotong 2 dan dibuang kulit ye cik pah
1 1/2 keping gula melaka, kalau yang guna ketul tu....pandai2 ajelah estimatenya - diricih halus2
Cara :
Kuih Tonyyoh Ubi kayu
1. Ubi kayu disagat kasar atau boleh jugak diricih halus. Kemudian dikukus, agak2 dalam 15-20 minit (atau dah cukup masak..try dululah)  Angkat dan masukkan gula melaka yang dah diricih halus. Kemudian gaul sebati. Kalau gula melakanya tak berapa nak cair, bolehlah kukus semula dalam 5 minit.
Kelapa parut putih
suamiku: gabungjalin semuanya sekali...hihihihi..
2.  Hidangkan bersama kelapa parut putih yang dah dicampurkan dengan sedikit garam.  Kak nik kata, kalau nak sedap lagi, gunakan kelapa muda.  Kelapa putih : kelapa diparut tanpa kulit arinya.


Cara nak masak pulut pagi:
1.  Beras pulut dibersihkan dan ditoskan.  Masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air sama aras dengan beras pulut.  
Pulut Pagi....
2. Bila dah masak (keep warm) masukkan 1/2 cawan air bersih.  Bukan masuk sekaligus cik pah oiiii.... masukkan sikit2 dan digaul rata.  Lepas tu masukkan lagi dan digaul rata.  Buatlah sehingga agak2 pulut tadi dah nampak masak.  Kemudian 'on' (cook) rice cooker tadi dan tunggu sehingga 'keep warm'.  Nak tahu betul2 masak, bila dibuka penutup periuk, kita nampak asap berkepul2 naik...hah...masak dah tu...
Anak daraku suka makan pulut dengan ikan kukus goreng aje...
  

Isnin, 21 November 2011

Belakang tabir majlis oren 2011...

Huhuhu....lagi pasal majlis perkahwinan oren kak long dan kak cik...Tapi kali ni tentang sapa2 aje yang terlibat di belakang tabir, terutamanya bahagian penanggah dan tukang sibuk....hahahaha...

Hero paling hensem semalaya.....perasan...hahahaha

Pengapit kita tengah praktis tu....
 Inilah orang2 yang paling sibuk sepanjang majlis berlangsung....






Yang berbaju biru tu.....tumpang sekaki aje tu, sendiri punya tak tahu bila lagi...

Kaklong dan Kakcik's Wedding 2011....

Majlis kahwin kak Long dan Kak Cik....2 dalam 1.  Temanya oren, ish2..rasanya macam dah bertukar warna oren biji mataku....tapi very nice colour, oren dan putih...nice combination...Layan ajelah gambar2 sekitar perkahwinan itu...

Berdebar kak long menunggu saat diijab kabulkan...

Akhirnya kau menjadi milikku.....

Tumpang sekaki nih...

umi dan abah pun mengambil peluang bersanding pulak....

Ish2...lepas ko dok syed nih.....


Akhirnya........ 


oren.....oren.....oren....

  

Asam Pedas Terubuk Goreng

Asam pedas terubuk goreng

  Aku nih tak berapa pandai masak. Kalau setakat nak bagi suami tambah nasih dua tiga pinggan tu bolehlah...Huhuhuhu....cikjah, cikjah...memang suamimu bertambah dua tiga pinggan, sebab aku tahu suami engkau tu bukan jenis yang cerewet...huhuhuhu...agak2lah cik jah oiiii....


Haah...betul tu cik pah, suami aku ni bukan yang jenis cerewet pasal makan, apa aje yang aku masak, semuanya sedap aje...makan nasi dengan budu dan celur pucuk 'beko' pun orait aje....senang nak jaga....hahahaha....


Tapi cik pah, banyak2 menu masakan aku, asam pedas nihlah yang paling aku suka, laki akupun suka....siap diratahnya ikan terubuk tu...walaupun banyak bebenor tulang temulangnya, silap2 boleh tercekik. Bila teringat aje,meleleh air liurku...Yang pastinya, setiap kali bulan puasa, asam pedas ikan terubuk goreng  ni memang tak pernah miss daripada menu wajib aku.
Cuba engkau bagi resepinya, bunyi macam menarik aje....teringin gak nak cuba..

Oklah cik pah, bahan2nya :
(minta maaflah cik pah, aku ni tak berapa pandai nak bagi resepi yang tepat....aku pakai campak aje...kalau rasa macam terkurang atau terlebih, pandai2 engkaulah cik pah...)

Terubuk 'bogel' yang telah siap digoreng...
1 ekor ikan terubuk, disiang dan 'bogelkan' daripada sisiknya, lepas tu diperap sekejap (sekejap aje tau) dengan garam kunyit

Bahan A:
5 ulas bawang merah (aku selalu nak cepat...so gunakan 1 labu bawang besar)
bunga kantan, bendi, daun kesum
3 tangkai cili kering (kalau suka pedas tambahkan cilinya.  Aku lebih suka guna cili merah yang fresh, jadi tak berapa nak merah kuahnya)


lengkuas - agak 2 dalam 4-5 hirisan 


kunyit segar - agak2 dalam 2-3 hirisan  kalau kunyit serbuk - agak2 dalam 1 sudu kecil kot!

Bahan B:
Sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
asam keping - 3-4 keping, agak2lah....kalau suka boleh tambah belimbing buluh 
garam secukup rasa
serbuk perasa - kalau suka, aku selalu gunakan maggi secukup rasa


apa lagi ye....
hah! lupa aku...sedikit daun kesum dan 2 batang bunga kantan (belah empat)
Sayuran yang sesuai : Bendi (kalau panjang potong 2) dan tomato (belah empat)
Rasa2nya dah cukup kot bahannya...

Cara nak memasak :
1.  Ikan terubuk digoreng hingga masak, berhati2 ye, kadang2 ikan terubuk yang dah 'bogel' ni agak sukar masa kita nak balikkan, nanti terkopek isinya...so, bagi dia garing sikit supaya senang kita nak balik2kan, tapi jangan sampai hangus pulak. Ketepikan
masak asam pedas dalam belanga tanah liat....baru ada ummph!
2.  Semua bahan A diblend . Tumis bahan2 tersebut hingga naik bau. Masukkan air, banyak mana? Kalau banyak sangat, cairlah kuahnya, kalau sikit, pekatlah pulak...agak2 ajelah cik pah..aku pakai campak aje...






3.  Masukkan asam keping, kenapa letak asam dulu? Saje nak bagi kuah tu terasa masamnya. Biarkan mengelegak, then masukkan ikan, garam, serbuk perasa, dan sayur2 - bendi dan bunga kantan,biarkan sekejap barulah dimasukkan tomato dan daun kesum.


4.  Apalgi, boleh dihidangkan dan dimakan.....





Rabu, 16 November 2011

la...la....la....la....la....



La...la...la...la....laaaa.... Hatiku bernyanyi riang. Kenapa? Esok dah bermula cuti sekolah.  Hok alahlah...seronok kemain, mengalahkan budak2 sekolahlah pulak.  




Aduhai cik pah, aku seronok bebenor bila cuti sekolah nih. Bukan apa pun...nak merehatkan badan, kaki tangan, mata kepala dan semua sekalilah anggota badanku.  Tahun 2011 nih, bermaksud dah nak masuk tahun yang ketujuh aku memandu kereta berulang alik rumah dan sekolah.  Bukan dekat tau cik pah...2 jam satu hari aku habiskan atas kereta...duit minyak tak payah citer lah....nih penat badan nih lagi satu hal...nak buek camno...kerana tugas dan keluarga...
Ibu bapa boleh merancang aktiviti untuk anak2...eg. pegi library ke, pameran buku ke, atau mengikuti kem2 yang boleh membina jati diri atau kem ibadah ke atau kelas2 yang berkemahiran mengikut minat anak2....maklumat di jari anda
Bagi yang nak berjalan ke tempat2 menarik atau balik kampong ke
...rancang awal2....selamat berjalan2....hahahaha..







Cikgu2 jangan lupa....first meeting kita ye....

Selasa, 15 November 2011

lovebird....

Aduhai! kenapalah pulak aku nak upload gambar2 burung nih? Sebenarnya saje je, alang2 aku dah snap gambar2 burung yang menjadi kesayangan suamiku, apa salahnya kalau aku kongsikan keindahan ciptaan Allah ini dengan pembaca2 budimankan....sambil 'cuci2 mata' bolehlah tingkatan iman kepada Allah...
Sebenarnya dalam sedar atau pun tidak, naluri kita atau fitrah kita macam ada chemistry dengan ciptaan Allah.  Seronok sangat dan kita sangat cenderong untuk mendekati alam ciptaan Allah....Kita lebih tenteram melihat keindahan pantai dengan pepasir yang memutih, daripada melihat bangunan2 yang dibina daripada pasir juga.Bila lihat keindahan ciptaanNYA, hati kita rasa tenang dan aman.  Kalau anda nak tahu, itulah tanda2nya fitrah kita sangat suci dan bersih.  


Allah adalah kecintaan kita yang pertama " first love".  Cinta pertama takkan kita lupa selamanya.  Bila kita melihat sesuatu yang ada kaitan dengan 'dia' rindu pasti akan menggamit rasa.  Begitulah cinta pertama kita kepada Allah.  Kita akan rasa 'sesuatu' bila kita lihat alam 'hasil ciptaan' Allah.  Secara automatis lidah kita akan mengucapkan betapa indahnya alam ciptaan Allah.
  Dan betapa hati kita ingin sangat2 untuk berlama2an dalam suasana begitu. Kenapa?  Kerana hati kita mengingati sesuatu yang pernah kita cintai.  Cuma malang bagi diri kita,  bila hadir ke alam dunia ini, segala kekotoran dan debu2 maksiat dan dosa telah mengelabui ingatan kita kepada cinta pertama kita, iaitu cinta hakiki kepada Allah.  














Jadi bagi sapa2 yang mengatakan lelaki itu, atau perempuan itulah cinta pertama saya, sebenarnya ianya adalah satu pembohongan.Kerana cinta pertama kita semasa di alam roh dulu adalah CINTA ILAHI

























Lepak waktu petang...

Waktu petang2 sambil minum teh 'O' dan biskut, bukan perkara rutin bagiku... cuma bila ada kelapangan bolehlah aku lepak bersama dengan suamiku yang tercinta dan anaknda yang tersayang. Sambil2 melayan telatah anaknda dan menemani suami membelek pokok2 yang ditanamnya.  Cik pah, engkau jangan tak tahu...suami aku ni cukup suka bercucuk tanam, macam-macam ada, ada pokok bunga, pokok tak berbunga pun ada...ada juga pokok yang berbuah dan yang tak berbuah langsung pun ada. Pendek kata, semua adalah...
Dan selalunya 'port' yang aku cukup suka untuk lepak2 dengan suamiku dan anaknda .........silalah scroll ke bawah ye cik pah....layanlah ajelah cik pah oiii...






Beri Malaysia

Peralatan beadingku....

kalau tak silap aku, ini bunga kenanga, bau wanginya semerbak waktu menjelang maghrib









klik...