Bahan-bahan :
1. Base
100 gm biskut marie
100 gm biskut cracker –apa2 brand pun tak apa
100 gm butter dicairkan atau minyak jagung…
Cara membuatnya :
1. Kisar kering kedua2 biskut. Campurkan dengan butter atau boleh jugak gunakan
minyak
jagung. Sebenar aku agak2 aje kuantiti minyak tu, agak2 sampai biskut tadi jadi agak
lembab (agak2 aku dalam 6 camb atau ¼ cawan).
2. Kemudian tekan padat dalam loyang. Alas dulu
loyang tu dengan aluminium foil,nanti
lebih senang bila nak
keluarkan kek. Sejukkan dalam peti ais
selama 20 min or so….. tapi aku tak buatpun....
2. Filling kek
:
250 gm cream cheese
40 gm gula halus
30 gm tepung gandum
3 biji kuning telur
100 gm whipping cream –
anggaran ½ cawan
3 biji putih telur
60 gm gula halus
1 peket kecil biskut oreo – dibuang
krimnya dan dibelah empat
3. Topping
100 gm blueberry @ strawberry
Cara-cara membuatnya :
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi sehingga
sebati
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga
sebati.
3. Masukkan kuning telur sebiji sebiji dan putar
lagi hingga sebati.
4. Kemudian tambahkan whipping cream dan putar
lagi hingga licin.
5. Dalam bekas lain : pukul putih telur hingga
berbuih dan kembang. Kemudian masukkan
gula dan pukul lagi hingga kental atau istilah tepatnya : meringue. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Tak perlu dipukul, hanya kaup balikkan sahaja dengan
menggunakan sudip. Kemudian masukkan biskut oreo. Gaul sekejap.
6. Sapu sedikit topping ke atas base tadi,
kemudian barulah dituangkan adunan cream cheese tadi.
7. Bakar dengan kaedah water bath – alah macam
kukuslah jugak. Bahagian atas adunan kek, kat bawah pula letaklah air
Suhu : 160
Api : atas bawah sahaja
Masa : 45 – 1jam atau hingga nampak agak
kekuningan
9. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau
semalaman.
Bila tiba time nak makan barulah letakkan topping.
Hummmm…yummy…sedap.