...sambungan dari kisahku di pulau redang
pada hari yang kedua kat sana, pagi2 lagi kami dah bersiap sedia untuk ke marine park. berkumpul kat jeti di pusat ko menunggu boat yang akan membawa kami ke sana. aku memerhati kiri dan kanan, melihat kawan2 aku yang begitu teruja. masing2 sedang mencuba alat snorkling - goggle, tiub - i guess lah- untuk bernafas, serta kaki itik -aku yang bagi nama kat alat tu, ok dak?. aku? hahahaha...melayan perasaan gabra aku aje. tapi.... control power! tak de orang perasan kot.hihihi...
|
kat marine park |
opps! terlupa nak beritahu you all...hihi...:-) malam tadi masa taklimat tu kami diajar cara2 untuk menggunakan alat untuk snorkling. aku cuba try test gak, walaupun aku tahu, aku takkan sama sekali melakukan snorkling, gayat oooh ngan air. tapi try gak lah. ish..ish... nak gunakan benda tu pun aku dah rasa rimas, lagi lah kalau masuk dalam air nanti. so, masing2 pilih2 dan amik satu set sorang. aku buat bodo aje, tak de rasa pun nak ambil.
|
boat ke marine park |
boatpun dah ada, kami pun teruslah naik dan bertolak ke marine park. boatnya tidaklah besar sangat tapi tidaklah terlalu kecik untuk kami semua. agak2 akulah, ini mesti boat nelayan. diaorang kidnap kat mana tah. cantik betul pemandangan ciptaan Allah ni. kagum sangat aku. pulau2 kecik dengan pepohonan yang menghijau, laut yang membiru...fuuuuhhhhh cantik betul.
dari pusat ko untuk ke marine park, seolah2 kami macam mengelilingi separuh pulau tersebut. jadi masa awal2 tu tak delah mencabar sangat. tapi bila dah agak2 kat tengah laut China Selatan, ombak pun makin kuat lalu boat pun makin tinggilah dilambung ombak. aku tak berapa gayat sangat, sampai mabuk laut,sebab dah biasa naik boat untuk ke sekolah dulu2. cuma takut dan gerun aje. yelah..aku dok bayangkan, kalau2 boat tu jadi macam kapal titanic, huh, takut lemas...ayat al-Kursi, ayat seribu dinar dan macam2 lagi, semua aku baca
Rakan aku Wan, rupanya tak tahan dengan lambungan ombak, dia mabuk laut. tapi kira oklah, sebab dia dah makan ubat tahan mabuk laut. jadi masa kat atas boat tu dia macam mamai , nak tidur aje. ada sorang lagi rakan kami pun tak tahan jugak. dia pun mabuk laut jugak. hampir2 nak termuntah. kami diberitahu oleh instructor, kalau mabuk laut yang teruk, sampai muntah tu dah bewarna hijau, maksudnya tak ada makanan yang keluar, tapi cecair yang ada dalam usus. boleh jadi lembek dibuatnya. rasa2 aku kalau dia dah start muntah, mesti susah nak berhenti tu...huhuhu.....pucat lesi mukanya...huhuhu...amboi cikjah, hang dok gelak kat orang, tunggulah hang kena sekejap lagi...
selepas teruk kena lambung ombak dan melawan perasaan takut dan gerun, akhirnya kami sampai dengan selamatnya di marine park. tak ada bahasa yang boleh aku gambarkan betapa cantiknya tempat ini, subhanallah....hebatnya ciptaan Allah.
|
mendengar arahan instructor -water confident |
selepas bersarapan, bersantai sekejap meninjau2 keindahan marine park. agak2 dalam pukul 9 lebih gitu kami diberi taklimat oleh instructor untuk aktiviti snorkling pada pagi itu. kami dibekalkan dengan roti putih, lepas tu dimasukkan ke dalam botol mineral yang kecik. aku ingatkan untuk apa, rupanya bila kita kat bawah laut tu, melihat keindahannya, kita juga boleh bagi makan kat ikan lah...makan time! untuk para ikan. mesti ikan2 tu seronok.
bila diaorang dah mula menyentuh kesejukan air laut dan merasai kemasinannya, aku...secara senyap2 membawa diriku ke tempat lain...hihihi..nanti kalau dok tercongok kat situ, obvious sangatlah aku takut air. sebab semua orang yang ke sana mesti dan wajib menghayati keindahan alam lautan itu dengan snorkling.
so...ke mana aku?aku ke jeti. menelusuri keindahan laut dari atas. oklah jugak boleh nampak tapi tidak secara dekatlah, macam tengok dalam tv ajelah. then, aku menuruni anak2 tangga jeti tu, bolehlah nampak ikan2 yang pelbagai warna, ada yang bewarna biru, stripe kuning dan macam2lah...sempatlah jugak ikan2 tu merasa hangatnya kasih sayangku bila aku suapin mereka...hahahaha...
sedang aku leka bermain dengan ikan2 tu, sayup2 terdengar suara2 yang memanggil namaku. bila aku menjengok, ada tangan2 yang menggapai2 ke arahku. aku dipanggil. instructor memanggil aku....alahai..sudah aku kali ini. ini tak lain, mesti nak paksa juga aku menyelam. ish..ish..dia nih tak tahu ke, aku takut.
dengan hati hati yang sembal, aku ke sana. memang sah, dia paksa jugak aku. jadi, aku terpaksalah jugak menyelam....tapi yang bagusnya, dia sanggup jadi tourist guide untuk aku...huhuhuhu...semua kengkawan gelakkan aku.....
tapi betullah bila kat dalam laut tu, memang cantik sungguh, ikan berenang2, tayang body mereka kat depan mata aku aje...tapi, korang jangan tak tahu, tangan aku ni memang tak lepas dari memegang lengan si tourist guide aku tuh...berlapik ye...tak pegang direct, diakan lelaki...jangan marah ye... aku bukan nak menggatallah...jauh sekali nak mengorat, hoii....aku dah ada suami yang aku cintai. cuma aku tak percaya pada diri, sebab aku tak berapa ada "water confident". bila dah naik ke daratan, semua kawan2 masih gelakkan aku, siap perli lagi tu...wuhh...hebatlah kak jah, dapat layanan istimewa, siap ada tourist guide lagi tu...huhhuhuhu...janganlah jeles..
menjelang tengahari, kami menuju pelangi bay...katanya kat sana ada satu tempat yang menjadi tumpuan anak2 ikan yu...Cikgu Him menakutkan kami, especially akulah..katanya boat ni tak leh berhenti betul2 kat tepi pantai, sebab air cetek...boat akan menurunkan kami agak jauh jugaklah dari pantai,jadi kami dikehendaki berenang ke tepianlah....ahhh...sudah aku...akut dah gabra dah, tak tahu nak cakap apa. aku beritahu cikgu Him, aku nak dok dalam boat ajelah...tak nak pergi sanalah...dia gelak memanjang kat aku...aku menjeruk rasa.rupa2nya dia saja je nak menakutkan aku...ada jeti pun..
|
kumpulan jungle trekking |
sesampai aje kat pelangi bay, aku bukannya sibuk nak melihat anak2 ikan yu macam orang lain, tapi sibuk mencuci mata dan mencuci wallet...beli cenderamata untuk cahaya mata dan cahaya hatiku kat rumah tu... lebih kurang dalam pukul 4 lebih, kami meninggalkan pelangi bay...kami diberi pilihan sama ada untuk menaiki boat ataupun berjalan..jungle trekking... aku dan beberapa kawan memilih untuk jungle trekking aje....sebab dah penat dilambung ombak dan ketakutan, jadi harap2nya daratan akan memberi suasana baru. so, dalam satu hari tu, kami dah mengelilingi pulau redang. kumpulan kami ni ditemani dua orang aje lelaki, cikgu asmadi dan instructor kami, encik apa...lupalah pulak...:-) treknya mencabar jugak, tapi masih dikira oklah berbanding merempuh ombak petang yang agak kuat. hampir 2jam juga perjalanan untuk sampai ke pusat ko. perghhh.....penat gila...
rasanya inilah peristiwa terakhir di pulau redang, kerana esoknya awal2 lagi kami bertolak balik...fuhhh...selamat aku.
tapi aku sangat2 bersyukur kerana dapat pergi ke sana, melihat sendiri keindahan ciptaan Allah dan merasai pengalaman yang tak mungkin aku perolehinya di mana2 pun. jadi kalau anda diarahkan untuk menghadiri kursus ke atau apa2 aje yang baru bagi anda, pergilah..berbaloi...pengalaman yang sangat berharga...
|
nilah muka2 yang kepenatan selepas jungle trekking |