I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 28 November 2010

mati itu pasti...


sudah lebih daripada sebulan ayahku meninggalkan dunia yang fana ini. agak lama ayah menderita sakit. macam-macam sakitnya. doktorpun dah naik pening. sakit batu karang, kebocoran pada jantungnya yang menyebabkan kakinya selalu bengkak,dan sakit dalam perut, doktor kata penghadaman ayah tak berapa elok...biasalah ayahku kan dah tua sangat, 80 lebih usianya.
sedih? memang tak boleh ceritalah...walaupun aku dah menjaganya dengan kemampuan aku yang ada, tetapi rasa ralat, sedih, pilu dan macam-macam lagi, pasti tak boleh dielakkan.
agaknya apa khabar ayaku di sana.
bagaimana agaknya alam kubur ayahku,
bolehkah ayahku menjawab soalan mungkar nakir,
semacam bilik pengantinkah kuburan ayahku
atau seperti lubang daripada lubang-lubang neraka...
siapakah yang menemani perbaringan ayahku
adakah amal solat, atau bacaan al-Qur'an ayah yang menjadi penyuluh kegelapan kubur
atau..
ular, atau binatang berbisa lain yang memenuhi kuburanmu ayah...
bagaimanakah layanan Allah terhadapmu wahai ayahku?
bagaimanakah engkau dapati daripada janji2 Allah wahai ayahku?
Apakah yang diberi Allah kepadamu wahai ayahku
sebagai makanan....
sebagai minuman...
Ya Allah, Engkau selamatkan ayahku, kasihanilah dia sepertimana dia sangat mengasihiku...
jadikanlah usahanya membesarkan untuk menjadi seprti aku ini, sebagai pahala untuknya
jadikanlah belaian kasihnya padaku sebagai belaian kasihMU ya Allah kepada ayahku
jadikanlah ucap nasihatnya kepadaku sebagai penyuluh dalam kuburan ayahku...
ya Allah, masukkanlah ayahku dalam golongan orang yang mendapat rahmatMu ya Allah...








Jumaat, 26 November 2010

cik jah oiii....

Weh.... cik jaaaah, engkau ni menulis blog ni buat ape?
nak cari glamour ke?atau nak cari peminat?


Alahai cik kiah...aku ni menulis ni bukan apa2 tau, 
saja je, nak mengasah mata pensel aku ni yang dah berkarat.....mana tahu boleh jadi macam menulis 
novel prolifik yang terkenal sekarang ni, macam 
love story author,norhayati berahim ke, atau thriller novelist, macam ramle awang murshid ke. 


Hah..kita ni kena ada wawasan cik kiah ooiii..
jangan kau tak tahu cik kiah...aku ni memang minat sangat membaca novel-novel ni. dari zaman kecik-kecik lagi aku dah minat membaca.

Kalau zaman bebudak dulu, cerita-cerita berbentuk 
fairy tales. snow white n the seven dwarf, cinderella, 
jack n the beanstalk, dan banyak lagi. kalau dah baca tu, 
layan khayallah sekejap.
Aku dok bayangkan aku ni macam, snow white ke 
atau cinderella ke yang menunggu prince charming datang. 


Berkuda, sangat segak sekali.wah...seronoklah kan kalau ianya berada di alam nyata. tapi sayang ianya hanyalah di alam fantasia siti aja.


Kalau zaman aku muda-muda pula,aku cukup suka novel cinta-cintun. biasalah kan akupun macam remaja lain jugak. 
suka benar diulit dengan mimpi-mimpi indah. kalau dah mula baca novel, aku tak boleh berhenti, sanggup berjaga...
pukul tiga pagi...(mesti bunyi macam lagu p.ramlee). 
kalau boleh mau kasi habiskan juga..hahaha..teruk juga kan?

Ada satu novel inggeris yang aku cukup suka, tajuknya -no greater love- authornya danielle steell. ceritanya sangat menyayat hati. pasal cinta, berkorban kerana cinta dan terkorban kerana cinta..ada iras-iras movie...the titanic..sedih betul.
Sekarang ini dah masuk fasa ketiga. tak main dah critera cinta...minat aku telah berubah arah, tapi masih novel lagi...jeng..jeng..jeng.. novel thrillerlah pulak. penulisnya...si ramle awang murshid. boleh dikatakan semua hasil tulisannya ada dalam simpanan aku...hasil tulisannya yang terkini, tajuknya cinta sufi, dah habis aku baca.


Alkisah..itulah yang menyebabkan aku ni mula cuba-cuba menulis untuk journal hidupku. penulis inilah yang membakar semangat untuk aku menulis. untuk permulaannya, medan ini untuk aku jadikan pengasah bakat aku (hihihi perasan...oiii..cik jah engkau tu ada bakat ke idak?)

Lagi pula aku nak sangat-sangat, bila anak aku yang sorang ni dah besar, nanti dia akan lebih mengenali dan memahami diri aku yang sebenar. mana tahu, kalau aku tidak sempat untuk berlipur lara dengannya nanti...at least, dia boleh baca kan?

Khamis, 25 November 2010

Zaman Sekolah Rendah Nan Seronok...

Zaman persekolahan ku bermula pada tahun 1975, ketika aku berusia 7 tahun. Tadika? Mana ada, zaman tadika tidak begitu glamour pada masa itu. Jadi aku masuk sekolah rendah dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Ibu ku dan ayah tentulah tidak mampu memperkenalkan aku dengan konsep 3M, kerana mereka buta huruf. Ketika di sekolah rendah, tak banyak yang aku ingat, cuma ada beberapa peristiwa sahaja yang betul-betul berada dalam ingatanku sehingga ke hari ini.
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Morak. Aku masih ingat lagi, semasa dalam darjah 1- zaman aku dulu disebut darjah, sekarang tahun -, bangunan sekolah tu agak usang jugak. Dengan hanya berdindingkan papan, berlantaikan tanah, disitulah aku belajar. Meja dan bangku, oklah... Beg sekolah? Macam gaya beg Mr. Bean. Beg kotak dan bercorakkan kotak-kotak. Fuhh, itu kiranya bergaya sakan lah tu pergi sekolah. Kalau musim raya lagi bagus. Ada sekali tu cikgu Nasir, tegur aku, wah..cantiknya kasut khatijah...yelah mana tak cantiknya, kasut raya merangkap kasut sekolah...hahaha..aku tersipu malu. Pernah juga aku beraya dengan kasut sekolah, macam kes tadilah jugak...kasut sekolah merangkap kasut raya. Yelah ayah akupun bukan orang senang, dengan tulang empat keratnyalah dia membesarkan kami adik beradik, jangan tak tahu, aku adalah anak yang 13 daripada 14 orang adik beradik.
Antara aktiviti yang paling aku suka, ialah membaca buku-buku, tentulah "fairy tales story book". itulah kegemaran aku. Perpustakaan sekolah pada masa tu- masa aku darjah 3, agaklah- macam kioks aje keciknya, tapi aku cukup suka. Kat rumah mana ada buku-buku, lagi lah buku-buku inggeris. masih ku ingat lagi, permulaan penceritaannya mestilah...once upon the time...seronok sangat kalau dapat menghadap buku-buku tu.waktu rehat aku? selain daripada perpustakaan, mainlah, apa lagi. tak ingat dunia..melompat sana, melompat sini. biasalah budak-budak kan?. kala itu, dunia milik kami.
Pernah sekali tu, ketika aktiviti sukan tahunan sekolah, aku masuklah juga acara lumba lari. Aku pun tak ingat kenapa aku berlari dengan memakai skirt sekolah (pinafoo). yang malangnya skirt tu terkoyak, kat bontotlah pulak tu...eeee malunya aku. aku meneruskan perlarianku dengan kedua-dua tangan memegang bahagian belakang skirtku. weh..kalah..at least dapat jugak buat alasan kan? tak boleh lari laju, sebab ada kecemasan...
Cikgu-cikgu yang mengajar aku termasuklah, Mdm Kamariah (teacher bahasa Inggeris masa darjah 4), Miss Marhala Letchumy (teacher bahasa Inggeris jugak tapi masa aku darjah 5), Allahyarham Cikgu Mat tahi lalat -sebab dia ada tahi lalat besar kat pipinya, semoga beliau dirahmati Allah,Cikgu Ismail, Cikgu Fauzan-guru kelas aku, dan ustaz tu, aku lupa namanya tapi masih ku ingat rupanya, selalu bawa kami ke masjid, untuk solat zohor berjamaah. terima kasih ustaz. Tapi malu betul aku dengan kengkawan aku, yelah..aku solat ikut aje apa orang buat, bacaannya? aku tak tahu....budak-budak sekarang kiranya sangat beruntung, kecik-kecik lagi dah pandai solat dan bacaannya solatpun bagus. anak aku yang berumur 5 tahunpun dah boleh. yang pedihnya, ada kawan-kawan aku tu siap sound lagi...ada orang solat, tapi tak pandai baca...uhhhh pedihnya menyucuk-nyucuk hatiku...aku bertekad untuk menghafaz semua bacaan solat.
aku tidak pernah marah kepada kedua ibu bapaku. mereka agak sibuk untuk mencari sesuap nasi untuk kami. Kekangan masa menyebabkan mereka tidak ada masa untuk mengajar kami. Mereka keluar rumah pagi dan baliknya kadang kala kami dah tidur....kerja sendiri, bila balik dah penat. Jadi apa-apa halpun kami kena usaha sendiri.
Selepas peperiksaan penilaian darjah 5, aku mendapat tawaran untuk menduduki ujian kelayakan ke MRSM di SK Padang Garong, Kota Bharu. Pagi-pagi hari lagi aku, dengan ditemani ibu dan ayah, bergegas ke sana. Semua perasaan ada, perasaan malu, bangga, sedih dan pilu bersimpang siur dalam diri. Kenapa tidak, murid-murid lain datang dihantar dengan kereta menjalar, aku...dengan hanya berbeca buruk, tapi sekurang-kurangnya aku kagum jugak dengan diriku, walaupun miskin, tapi ada wawasan, persis dengan kehidupan.
Bila aku berada dalam darjah enam, banyak benar kenangan yang tak dapat aku lupakan. Kiranya ini adalah kemuncak kepada zaman sekolah rendahku. Kawan-kawan perempuanku- jangan tak tahu, aku dah mula belajar berkawan dengan budak perempuan ketika aku berada di kelas inilah, antara yang masih kuingat..wan norazlina, azma, zaiton,marzita (anak cikgu Ismail), nooraziah, Ini dan zurina, yang lain tu lupa.
Budak-budak lelaki suka mengusik kami. selalunya mereka akan jadi mangsa, kena pulas telingalah, kena marah oleh guru kelas kami, cikgu Fauzan, guru besar panggilah, macam-macamlah lagi. Sebabnya ada seorang pelajar perempuan tu..alahai, sikit-sikit aje budak lelaki usik, menangisnya panjang. Aku lupalah pulak namanya, tapi kami panggil Ini aje. Dia yang selalu bagi warning kat aku..jangan berkawan dengan budak lelaki, nanti..entah apa-apa dia cakap. iskh..iskh..aku ni tak berapa minat nak berkawan dengan pompuan macam ni....eee sabar ajelah.
Khabarnya, Mat Nasir yang selalu usik Ini, dah kahwin ngan janda beranak satu. Adik Awang suka baca berita cicak accident dengan kapal terbang, Midi Kepek dan kawannya Medan suka ngusik aku, bila nampak anak sedara aku, Seni, mesti dia akan eja..s..u..s..u, kalau singkatan ejaan sekolah kami SKM, dia kata Siti Khatijah Mamat, sebab dalam kelas kami ada seorang murid tu namanya Mamat, konon-kononnya aku dan Mamat ada ehem-ehem. sori naik lori la..not my taste, begang betul aku. Tapi Mamat tu sekarang dah jadi duda, tau... Disebabkan Midi ni suka menyakat aku, lalu aku gelarkan dia Midi Kepek, hahaha...sukanya aku. si Faisal anak D.O tu pulak, kami panggil si lembik. Pengsannn, bila dentist datang ke sekolah untuk rawatan pergigian bagi murid-murid darjah 6. riuh kami gelakkan dia. tapi sekarang dia dah jadi jurutera kat petronas, kalau tak silap akulah.
Bila aku kenangkan zaman sekolah rendah, tak ade yang sedih kecuali seronok aje...tapi sebenarnya ada jugak bab sedihnya..cuma tak banyak. Aku ni walaupun ramai adik beradik, tapi yang masih hidup hanya 5 orang sahaja termasuk akulah, 9 orang lagi meninggal masa diaorang kecik-kecik lagi. Masa aku darjah 1, kakak aku yang keempat, Sapinah, dah berada di tingkatan satu. selalunya, pagi-pagi dia yang kena mandikan aku. yelah budak kecik, mana pandai nak "karai" (angkut air) dari perigi, gelap pulak tu. Selalu juga aku kena ketuk dengan baldi, tapi aku lupa kenapa. tapi bab kena ketuk tu aku ingat sangat..agaknya menyusahkan dia kot. Nak karai air dari perigi tu bukannya senang, untuk dia dan untuk aku sekali...tentu menyusahkannya...terima kasih kak. ini bukan perli ni, ini ucapan terima kasih kerana sanggup bersusah untuk aku..
Habis saja darjah 6, kami kena membuat pilihan sekolah menengah. Aku memilih untuk ke sekolah agama- Maahad Muhammadi di Kota Bharu. Rupa-rupanya aku seorang sahaja yang memohon ke sekolah agama. Cikgu Mat ke hulu ke hilir untuk aku mendapatkan borang dan segala keperluan lain. Nak harapkan aku? apa juga yang aku tahu...ibu bapaku lagilah tak tahu..semoga Allah memberikan pahala untuk Allahyarham Cikgu Mat. Sekolah Maahad...kita sambung di catatan lain...

Zaman Kanak-kanak Nan Indah...

Pada pagi Jumaat, bulan Sya'aban bersamaan dengan 1 November 1968, aku telah dilahirkan . Menurut ibuku, proses kelahiranku sangat sukar. Pada ketika itu, ibu-ibu lebih gemar bersalin di rumah dengan berbidankan bidan kampong sahaja. Tiada misi tiada hospital...semuanya dilakukan di rumah sahaja. Bidan yang membantu ibuku pada masa itu, akupun dah lupa namanya, sudah habis ikhtiarnya, ibuku lagilah sudah habis kudratnya. Akhirnya, pilihan yang terakhir, bidan meminta agar digantung lelangit dengan kain kuning, berlapikkan kain kuning, boleh kata serba kuninglah, maka dengan kehendak Allah jua, lahirlah aku dengan selamatnya.
Ibuku bercerita lagi, asalnya namaku Mahani. Nama ini disukai oleh kakak aku, katanya sempena nama pembaca berita RTM yang terkenal pada masa itu, iaitu Mahani Ujang. Kemudian Nenek Sedara ku pula tak berkenan, katanya nama Khadijah lebih bagus, yelah nama isteri Nabi...lalu kekallah namaku Khadijah...dengan harapan agar aku menjadi sebagus akhlak Khadijah.
Zaman kanak-kanakku biasa saja. seperti kanak-kanak kampong lain. Yang paling kuingati, ialah ketika musim tengkujuh, sebab masa catatan ini dibuat ketika musim tengkujuh. Aku ni jenis lasak sangat, suka pulak tu berkawan dengan budak lelaki. Budak perempuan, emmm..lecehlah kawan dengan mereka, sikit-sikit dah nak merajuk, siap lapor kat mak bapak diorang lagitu...tambahan pulak diorang ni main benda-benda yang tak mencabar, main masak-masak, kahwin-kahwin...tapi yang ni suka jugak aku, pasal apa? masa nak pakai mekap le...lipstik? Kudup bunga senduduk..hahaha...seronok jugak.
Berbalik pada kisah berkawan dengan bebudak lelaki ni, suka..sebab diaorang suka main benda-benda yang mencabar. Lastik burung, main tembak-tembak dengan bedil buluh berpelurukan buah cenerai, atau ke lopak-lopak atau baroh tangkap ikan darat atau memancing ikan kat sawah padi le...lepas tu balik rumah, mintak mak siangkan ikan tu. selalunya mak masak goreng atau pais ikan, selalunya ikan kecik-kecik aje.
Kawan-kawan lelaki yang aku ingat sangat, ialah Mat Junoh, sebab dia pernah selamatkan aku dari lemas. Ceritanya, suatu hari tu, seperti biasa, aku kat barohlah dengan kawan-kawan lelakiku, tiba-tiba aku dapat informasi, kakak ku, Rokiah, sedang meronda satu kampong mencari aku, siap dengan penyebatnya sekali. Aku apa lagi menyorok mana sempat. Aku tak de pilihan, menyelam dalam air kolam.Kolam ini sebenarnya terhasil apabila tanahnya dikorek untuk dijadikan bata tanah liat. Aku tak pandai berenang sebenarnya. Bila kakak ku dah pulang kerana tidak menjumpaiku, tentulah kawan-kawanku pun bersengkongkol dengan ku, pada masa itu aku dah hampir-hampir lemas...nasib baik si Mat Junoh ni telah menyelamatkan aku....

klik...