I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Selasa, 31 Mei 2011

aku jatuh cinta lagi...


   Ohhh...inilah agaknya perasaan orang bercinta...rasa macam dunia ini milik kami berdua.  Kala mata bertentangan, seolah kami berbicara rasa cinta yang sama. Dari pandangan matanya, aku tahu, melimpah ruah kasihnya padaku. Dari pandangan matanya, aku tahu, dia memang juga merinduiku.Dari pandangan matanya, aku tahu, hanya aku dihatinya.  Ohhhh...Aku sangat2 mengharapkan agar dapat aku lalui hidup ini bersama lelaki ini selamanya....dunia dan akhirat.

  Suatu petang yang mendamaikan, aku sendirian, hanya ditemani anak daraku. Suamiku tiada bersama. Out station. Terpaksa bertugas di tapak perkhemahan, apa lagi kalau bukan menjaga budak2 sekolah. Hemmm...Cuti2 begini pun masih lagi bekerja, sudah beberapa hari aku ditinggalnya sendirian menanggung kerinduan.


   Sedang aku melayan perasaan rindu ini, tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. Aku tahu sangat, ada mesejlah tu...sebab aku dah memang set deringan untuk mesej.  Tanpa ada sebarang syak wasangka, lalu aku buka mesej tersebut.  Sapalah pulak yang nak hantar mesage nih.  Fuhhh....terkejut aku bila membaca mesej tersebut.
                                  
"Sudikah awak bercinta dengan saya?"

   Hah! itulah mesejnya.  Ku membacanya berulang kali.  Tak puas rasanya. Tersentuh jiwa dan perasaan perempuanku. Rasanya aku berada di awang-awangan.  Memang dialah yang sentiasa kuingati. Memang dialah yang ku rindui saban hari, setiap ketika. Hanya dia yang mampu membuat perasaanku tidak menentu. Hanya dia yang mampu membuat hatiku berdebar. Hanya dia yang mampu membuat naluri perempuanku bergetar.  Setiap kali bertentang mata dengannya, jiwaku rasa cukup tenang, rasa amat selamat.
Berada disisinya, itulah yang menjadi impianku setiap ketika.Berpisah dengannya membuatkan jiwaku merana.




   Ish..ish..ish teruk betullah bila orang tua bercinta. Macam orang tua yang kena penyakit cacar(chicken pox), sangat teruk berbanding dengan budak2. Sakitnya lebih teruk dan parutnya lebih buruk.

  Oiii...cik jah, engkau ni apasal hah? Nak bercinta konon, suami tu engkau nak letak mana? Tak ingat halal haram ke cik jah oiii...aku bukannya apa, bukan kata nak dengki kat hang, cuma nak ingatkan saja.  Berdosa tau isteri yang bercinta dengan lelaki lain, itu curang namanya.


Hahahahaha...cik pah..cik pah..agaknya engkau ni belum begitu mengenali diriku yang sebenar. Apa yang aku cerita tu kisah aku dan suamilah...apalah engkau nih. Suamiku yang hantar mesej tu. Tak adanya aku nak berlaku curang kat suami aku.


  Selepas 15 tahun melayari hidup berumah tangga banyak rencah yang telah kami kongsi bersama. Apa yang boleh aku simpulkan adalah :
i.  Terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri sebelum menemui titik persamaan :
     a.  Fasa yang pertama : tahun 1- 5 perkahwinan, iaitu fasa untuk mengenali hati budi masing-masing. "Alah aku dah lama bercinta dengannya, dah kenal.." mungkin benar, tapikan cik pah, hidup bercinta dan hidup berumah tangga lainlah.  Kalau masa bercinta, semua nak cover. Takpun, cinta telah membutakan mata mereka.  Sekali hidup bersama, semua dah over.  Hahahaha, berapa lama mau simpan sifat2 negatif tu...
Macam aku ni cik pah, lagilah...kami kahwin pun..family yang arrange, lepas akad nikah barulah kami bertentang mata, menjalin rasa, mencetus cinta.tahun yang pertama dan kedua, asyik gadoh aje, macam kucing dan anjinglah...tapi yang bagusnya, pergaduhan kami ni akan berakhir dengan perbincangan.. lantas dari situ kami mula mengenali diri dan kehendak masing2. Jadi bagi yang tak sabar memang tempoh inilah tempoh yang sangat kritikal, itu yang berlaku baru setahun kahwin, dah bercerai...kena banyak bersabar..
    
    b.  Fasa yang kedua : 6 - 10 tahun perkahwinan adalah tahun2 untuk membina keluarga yang lebih stabil kedudukan kewangan dan keharmonian berumah tangga.  Sebab masing2 sudah mula 'mengenali'.  Masing2 agak sibuk membina kerjaya dan mengukuhkan kedudukan dalam organisasi tempat mereka berkerja.  Di sini mungkin akan timbul problem pulak..yelah kalau masing2 dah sibuk, masa untuk pasangan jugak agak berkurangan.  Dah jadi isu, suami kata isteri dah berubah, yang isteri pula tuduh suami ada perempuan lain.... kena sabar .  Akan timbul juga macam2 perasaan tidak puas hati, geram dan sebagainya...jadi kena sabar jugak...
 
  c. Fasa yang ketiga: 11 - 15 tahun perkahwinan adalah tahun2 kita mula menerima pasangan seadanya. Kalau masa kita kahwin dulu, umurnya 25, so sekarang dah jadi 40lah...jadi perasaan kita akan lebih stabil, kalau yang suka memberontak pun, kiranya dah jadi makin slowlah .  Dan diusia perkahwinan inilah kita mula terbitnya titik pertemuan antara dua pasangan ini. Iaitu, kita menuju ke satu arah...kematian.  
Kalau sebelum ni kita sering sibuk dengan hal2 dunia, maka di usia ini, alangkah bagusnya kalau kita mempunyai matlamat yang sama iaitu menuju keredhaan Allah. Saling ingat mengingati tentang alam yang satu lagi.  Kalau kita menaiki kereta, seolah2 kita sedang memandang ke satu arah, iaitu ke arah hadapan (mardhatillah) barulah selamat sampai.  Kalau tak fokus dan asyik pandang kiri kanan, atas bawah, agak2 engkau cik pah, kemana kita akan sampai?


   d.  Fasa yang keempat :  tunggulah aku belum sampai lagi...huhuhuhuhu...
    

Selasa, 24 Mei 2011

Hanya yang terbaik untukku...

   Hemmm....hari ni dah 25 haribulan. Hari ni sangat penting.  Hari ni sangat mendebarkan. Pagi2 lagi hati ni berdebar2. Tapi boleh cover lagi...senyum termevek, tapi nun jauh kat dalam..... bergetar hati dan perasaan. Antara takut dan harap.

   Ni, cik jah apasal lain bebenor tunenya...tak faham, apa yang ditakutkan, apa yang didebarkan dan apa yang diharapkan? Huh, tak faham, tak faham.  Oii...cik pah oii...biasalah, dah nak cuti pertengahan tahun, ada berita besar, dah enam tahun dan agak2 ini kali yang ke 12, aku melalui pengalaman yang sama. Harapan yang sama. Debaran yang sama.dan ketakutan yang sama. Hish, cik jah ni, terus terang ajelah. Nak bermain teka tekuklah pulak.  Direct to pointlah. Apa citer sebenarnya...cuciter...cuciter...

   Hummm...cik pah, cik pah. Macam hantu mak limah balik kampunglah pulak.  Aku nih dok dub.... dab .... dub ....dab...kenalin...nak tahu keputusan pertukaran akulah....macam 11 kali yang lepas jugak. Dan untuk kesekian kalinya, aku masih begini...keputusannya masih begitu, dan kekallah aku kat sini  lagi untuk 6 bulan lagi, InsyaAllah kalau panjang umurlah...kalau tak aku berpindah jugak, tapi berpindah kat alam lainlah pulak...hah, perpindahan ini, adalah perpindahan yang terakhir dan kekal abadi.

   Gementar jejari ini menekan papan kekunci...(hahahaha...macamlah betul gementarnya tu....huhuhu....saja je cik pah...nak bagi sedap sikit cerita,)Hemmmm.....aku nak tulis apa tadi ye, lupalah pulak.  Potong betullah cik pah nih, tetiba hilang idea aku nak menulis.  Alah...senang citer, permohonan aku tak diluluskan... wuaaaaa...sedihkah aku? atau gembirakah aku?

  Tak apalah, kan aku sentiasa memberitahu Allah, apa sahaja keputusanNYA aku akan terima dengan redha.  Kerana aku sangat menyakini, bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang hebat untuk aku...dan sudah pasti ianya adalah yang terbaik untukku.  Hanya yang terbaik untukku! Tiada yang sia-sia atau just coincident.  Semuanya ada rasional dan hikmah.  Dan aku rasa, aku tak perlu membuat analisa, kenapa dan sebab apa berlaku semuanya. Kerana keyakinanku, Allah pasti akan memberi yang terbaik untukku!

Ahad, 22 Mei 2011

Kesian kita...

Harga petrol mungkin naik lagi....sebenarnya aku tak berapa suka nak bercakap pasal nih, tetapi rasa macam terpanggillah pulak, sebab rasa2nya aku antara pemandu yang boleh dikatakan sebagai pengguna petrol yang aktif.  
Cuba anda bayangkan....aku setiap hari berulang alik dari rumah ke tempat kerja...purata 20 hari setiap bulan dengan memandu kereta.  Jaraknya sejauh....emmmmm..  (memikir sekejap....) maaf! hehehehe...tak pastilah pulak. Tapi selalunya aku ambil masa dalam almost 2 jamlah jugak pergi baliknya.  Kalau top up petrol RM50 tu (Ron 95), bolehlah untuk 2 hari perjalanan.  Aku memang spend lebih kurang RM450.00 untuk petrol sahaja setiap bulan.

Ish..ish...ish..cik jah, kayanya engkau!. Huh! cakap tu elok2 sikit cik pah oiiiii...itu bukan kaya tu...itu kayap namanya!.  

Itu Ron 95 yang berharga RM1.90.  Aku ada dengar jugak cik pah oii, akhir bulan ada meeting.  Buka sebarang meeting, bukan meeting ahli tingkap, tapi meeting untuk bincang hal2 yang berkaitan harga petrollah.  Yelah meeting puak2 ahli kabinet negaralah. Tapi ada menteri yang memberikan penegasan, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan harga petrol....huhuhuhu....ucapan ini cukup trauma bagi aku.  kenapa pulak cik jah?  Bukan apa cik pah oii, kalau ikut pengalaman aku dalam dua tiga bulan nih, selalunya ucapan ini akan disertai dengan peristiwa.....(huhuhuhu...suspen sikit nih) agak2 malam karang (dalam pukul 12.00 tengah malam nanti) berlakulah.......KENAIKAN HARGA PETROLLLLLLLL!.  Sekarang nih dah tak ada ucapan...HARGA PETROL AKAN DINAIKKAN MULAI MALAM INI..... semedang aje(meaning : terus/selalu) naiknya, tak ada warning2 lagi.

Yang aku faham, bila harga petrol naik, maka tidak semena2 harga barangan lain akan juga turut naik. Atas alasan, harga petrol naik, kesan daripada peningkatan kos pengangkutan. Kalau sebelum ni karipap bolehlah dibeli dengan harga 5 biji seringgit, tapi sekarang nih, harganya 3 buji seringgit... Bulan lepas aku pi berbelanja barang dapur, RM230.00.  Terkejut gorilla aku, bila menengokkan barangan yang dibeli.Sikitnya barang.  Duit yang dikeluarkan sama sahaja nilainya dengan beberapa bulan lepas.  Tapi kuantiti barangnya dah susut.
Yang lagi aku tak faham dan sangat menghairankan aku :  kitakan antara negara pengeluar minyak...macam mana kita boleh dipengaruhi oleh harga minyak pasaran dunia ya? Ish..ish... tak faham betul aku.  Adakah kita kena bawak minyak kita ke pasaran global, lepas tu baru boleh jual dalam negara? Atau kita jual minyak kita dan kita beli minyak dunia? Atau ...aku dah tak tahu nak cakap apa.... Aku ni bukannya ahli ekonomi, atau ahli astronomi pun bukan, sekarang yang aku tahu... eko-no-money....  rasanya bukan aku sahaja, tetapi purata rakyat malaysia yang tercinta mengalami situasi yang sama, dan merungut perkara yang sama....

Aku nak kongsilah sikit cara-cara untuk menjimatkan petrol(huhuhuu...kita sebagai rakyat itu ajelah yang kita boleh buat), aku pun dah lupa kat mana aku amik sumber nih...sori ye :
  • Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
    • Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
  • Kurangkan Berat / Bebanan Kereta
    • Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.
  • Tayar Diisi dengan Tekanan Angin Yang Betul
    • Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Lakukan Penyelenggaraan Dan Servis Berkala
    • Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
  • Kurangkan Kelajuan 
    • Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
  • Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
    • Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
  • Bijak Dalam penggunaan Gear
    • Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod ‘ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. 
    • Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
  • Membrek Pada Jarak Yang Selamat
    • Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.
  • Rancang Perjalanan
    • Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
  • Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
    • Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
  • Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
    • Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
  • Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
    • Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan  penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
  • Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai
    • Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
    • Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".
Barang Yang Perlu Dibawa
  • Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"



Selasa, 17 Mei 2011

Tension!...

    Kringgggggg....panjang bebenor bunyi deringan handphoneku.  Itu bunyian kalsik, khusus untuk message. huh, tunggulah sekejap...sms aje tu.  Selepas beberapa minit, ku capai handphoneku...betullah...sms dari cikgu tadika- lebih tepat, tukang masak kat tadika anakku. hummm...bagus, ada ucapan hari guru dan hari ibu. bagus2, sangat prihatin...
    Tapi...bila ku baca sms tu yang di penghujungnya tu yang tak berapa sedap dibaca tu...Hok alahlah...rupa2nya ada udang di sebalik mee, ada matlamat lain...rupa2nya dia nak mintak duit dengan aku, katanya untuk membeli barang keprluan anaknya yang dapat tawaran masuk ke universiti tempatan. ish2...tetiba aje aku jadi tension.
    Tension....alahai cik jah oiiii...janganlah tension, nanti cepat kau dapat penyakit...
    Huhuhu...macam mana aku tak tension, kali nih dah masuk 4-5 kali dia mintak duit dengan aku.  nak kata ku kenal baik dengan dia, takpun jugak, "KENAL" sahaja, tapi tidak begitu mengenalinya.  Cuma dia nih selalu bercerita, suami dia sakit, tak boleh buat kerja....jadi dia sorang aje yang bekerja untuk menanggung keluarganya.
    Asal ceritanya, aku pernahlah bagi duit kat dia, tapi as a hutanglah...bukan bagi aje.  Dan dia bayar ikut perjanjianlah.  Then dia nak berhutang lagi, aku bagilah RM30.00, tapi aku cakap kat dia, takpelah aku beri as a sedekah.  Then, dia mintak duit lagi...bukan hutang, tapi "MINTAK" terus.  Katanya nak cukupkan duit untuk beli tiket bas untuk anaknya yang balik ke kampus.  Akupun bagi ajelah.  Kesian jugak. Then a few week ago, dia mintyak lagi duit, katanya tak ada duit untuk buat belanja.  Hatiku dah membengkak...Ini dah lebih nih...Takkan aku ni dah jadi bank dia kot...
    Aku mintak pandangan kawan2 aku...ish2 nih tak boleh jadi cikjah oiiii... salah seorang kawan aku, kak min, katanya, "...kak min yakin dia akan mintak lagi".  Aah, bettullah kak min huhuhuhuhu....dia mintak lagi.
   Dua hari lepas dia mintak lagi duit, nak beli barang keperluan katanya.  Kawan aku kata...ish, ish, ish, kalau dah nak beli barang keperluan nih, mesti banyak punya...huhuhuhuhu....aku pulak tension nak melepaskan diri...Ini dah jadi tak ikhlaslah pulak, macam paksaan dah.
    Huh! itulah cikjah, jangan bagi muka sangat.  Ada sesetengah manusia ni, kalau kita buat baik, ambil kesempatan.  Kalau kita tak layan, katanya kita nih sombong. So, apa kita nak buat.....Kalau aku senang aje, cikjah oiiii...buat bodoh...hehehehe..
Engkau cakap senang cik nah oiiii...Aku ni masih dalam dilema...apa patut aku buat, serba salah...tak diberikan, salah...kalaulah dia betul2 susah.  Tapi kalau diberikan, takut dia ambil kesempatan atas kebaikan aku (huhuhuhu...perasanlah kau cikjah)
Tolong!...tolong!...tolong! aku dalam kelemasan fikiran..... fikirlah sendiri cikjah...

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.....

Bulan Mei bulan untuk ibu-ibu di seluruh dunia.  Hebat ibu nih...ada hari khusus untuk mengingati mereka. Ibu sehebat kedudukanmu di sisi Allah, begitu jugaklah hebatnya jasamu terhadap makhluk yang bernama anak.
Allah telah menjelaskan dalam surah Luqman ayat 14 secara panjang lebar tentang perkara ini:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Nabi ada menyebut hadisnya yang bermaksud:
        " Redha Allah kepada seseorang anak itu bergantung kepada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah juga bergantung kepada ibu bapa...au kama qaal"

Formula yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w senang sahaja, anak melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada ibu bapa, maka Allah juga akan sayangkan kita.  Tetapi jika kita melakukan sebaliknya, perkara yang boleh melukakan hati ibu bapa maka Allah juga sedang murka kepada kita.  So, kita tahu bila Allah sayang atau murka kepada kita dengan melihat kepada ibu bapa kita.

Rasulullah s.a.w juga meletakkan kedudukan ibu itu, tiga kali ganda lebih tinggi daripada bapa. Perlu berbuat baik kepada ibu tiga kali ganda berbanding kepada ayah.  Dan juga berbuat baik kepada ibu itu lebih baik berbanding dengan pergi berjihad....(mafhum hadis sahih al-Bukhari dan an-Nasai)

Ibuku suka membebel
sebab selalu aku buat silap
cik dan mek yang kurindui...
masa tu..
aku cukup tak suka
aku rasa tak selesa
apalah ibu ni suka bising2
tapi itu yang kurindu hari ini.

Ibu suka marah2
macam semua benda yang aku buat
tak kena pada matanya
aku malas2...ibu marah
aku bangun lambat...ibu marah
aku menjawab...ibu marah
tapi itu yang kurindu hari ini

Ibu suka menasihati
aku kata, boringlah ibu
aku kata, tak sportinglah ibu
aku kata, tak coollah ibu
aku kata, aku masih muda
aku kata, aku tak perlu semua itu
tapi itu yang kudambakan hari ini

Ibu....
setelah menjadi ibu
baru ku tahu...
kenapa engkau suka membebel
kenapa engkau suka marah2
kenapa engkau suka memberi nasihat
kerana 
Engkau sayangkan aku....
Wuaaaaaaaa.......aku rindu ibu....


Mengimbau antara kenangan semasa remajaku....masihku ingat saat manis tika mana ibu menyisir rambutku, dan didandan.  Masih ku terasa lembutnya jemari ibu tika itu...indah sangat2.
Ibuku yang ku sayangi telah kembali ke rahmatullah pada tahun bulan Mei 1998.  Semoga Allah menempatkannya di sisiNYA bersama dengan orang-orang yang soleh...

teguran Allah....

    Aku cukup terkesan dengan teguran seorang kawan tentang sikap aku.  Mungkin selama ini aku perasan sendiri (huhuhuhu...) bahawa sikap aku disenangi oleh semua orang.  Kerana aku tidak menyusahkan orang lain bahkan aku merasakan bahawa orang lain bahagia dengan pembawakan diriku.  Aku beranggapan semua orang suka dengan persis diriku.
  Sikap aku?  Aku nih jenis peramah dengan semua orang, especially kawan2 sekerja.  Termasuklah rakan lelaki, apatah lagi rakan perempuan.  Aku jenis yang tidak 'pilih bulu', orang atasan atau orang bawahan, termasuklah kakak tukang sapu atau pak cik jaga.
  Tiba-tiba.....tup! hari itu....ketika aku sedang beramah dan bergelak, kawanku mengeluarkan kata-kata yang membawa maksud, dia tidak suka dengan situasi itu. Mula-mula tu aku anggap sebagai gurauan sahaja, tetapi bila aku fikir2 balik....sebenarnya dia tegur seriously and  i think she mean it.
  Kawan, terima kasih....aku tak marah. Aku melihatnya dari aspek positif....aku beranggapan, Allah sedang menegur tingkahku yang tidak disenangi olehNYA, melalui lidah kawanku.  Selama ini aku tidak rasa ianya satu kesalahan...aku suka gelak, aku suka bercakap, dan aku bergurau.  Kerana aku seorang yang sentiasa ceria dan sentiasa menceriakan orang lain. Kalau aku diam atau senyap aje, sama ada itu bukan aku , atau aku tak sihat  atau memang aku tak ada kat sekolah....hahaha..perasan betullah cik jah nih...macamlah awak tu penting sangat kat sekolah.
   Aah..cik jah..from now on, you've to behave yourself and control your manners.  Kena ingat cik jah ooii..tak semua orang suka bila kita ketawa, tak semua orang bahagia bila dengar kita gelak.  Mungkin the others tu ada problem, so..try put yourself in their shoeslah cik jah...
  Tapi...kan, cik jah...kan, kalau kita selalu happy dan suka senyum dan suka ketawa, its good to our health. Ianya satu exercise dalaman.  Betul tu, dalam usia begini...enjoy your life but never forget the other life..akhirat.  Usia begini kena jaga diri dan kesihatan.  Elakkan stress, be happy.  Kalau tidak, penyakit darah tinggi dan jantung cepat hinggap.
   Cik jah weh...to be honest, engkau ni suka gelak2 and over peramah ni nak mengurat laki orang ke? Atau nak menggaru2 gatal? Sorri ye cik nah,....aku ni hanya jenis yang suka gelak aje dan peramah aje, takde  maknanya nak mengurat laki orang, aku ni jenis yang setia pada suamiku sorang saje. Aku hanya menikmati hidup yang sekejap ini dengan merasa bahagia dengan semua orang. Tak ada maksud tersirat atau tersurat macam Batu Bersurat tu..Ikhlas? Itu no komen, sebab yang menentukannya hanyalah Allah. I just enjoy myself!
   Tapi cik jah...berpada2lah, jangan over sangat.  Happy macam mana pun, sarang tebuan jangan dijolok.  Ok...ok...i'll control myself, aku akan berusaha untuk mengurangkan gelak dan sikap homour aku tu...
Terima kasih kawan...

klik...