I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 27 Mac 2011

tikam.....

   Tikam biasanya merujuk kepada penggunaan alat yang tajam. perkataan yang menggambarkan kita menggunakan alat tersebut  untuk dibenam atau ditusuk ke dalam sesuatu...huhuhu..macam buat tesis pulak aku . Itu adalah maksud tikam bagi penggunaan biasa.  Tetapi di Kelantan, tikam ini juga membawa maksud lain. 'Lompat Tikam' adalah  sejenis kuih yang lazat dan manis. Kombinasi pulut yang berwarna pink, 'tepong' berwarna hijau, 'kepala santan' berwarna putih dan air gula melaka berwarna 'brown' itulah dia kuih 'Lompat Tikam'....yummy..sedap. Yang kat luar tu, kalau nak rasa, mailah Kelantan...sebab kat lain tak ada.  Ada masa nanti aku upload gambar 'Lompat Tikam"...
inilah kuih lompat tikam...emmmm..best


   Hari ni aku bukan nak citer pasal kuih 'Lompat Tikam', dan memang tak ada sangkut paut langsung kecuali pada perkataan tikam sahaja...

   Kalau merujuk kepada tikam fizikal, takpun jenis yang "tikam depan"...tentulah ianya amat menyakitkan dan mungkin boleh membawa maut.  Kalau dah luka terkena tikaman, kita pergi hospital.  Dah diletak ubat ke, atau minyak gamat ke, lama2 nanti oklah...mungkin ada yang ambil masa yang panjang untuk sembuh. Bergantung kepada kedalaman luka itu...huhuhu..macam doktorlah pulak.  Paling2 pun kalau dah sembuh nanti, tinggal parutnya ajelah.

   Tapi kalau merujuk kepada tikam bukan fizikal atau diistilahkan sebagai "tikam belakang"....sakitnya mesti tak sama.  Sebabnya luka fizikal boleh diletak ubat, tapi luka dihati, nak letak ubat macam mana?
 
   Sepanjang hampir 15 tahun aku menjadi seorang penjawat awam, selama itulah aku mula mengenali konsep tikam belakang. Zaman belajar dulu, rasa2nya tak adapun kawan2 yang cuba tikam belakang.  Kami berkawan sungguh2..best fren forever. Tak ada istilah untuk mengambil kesempatan, kami ikhlas berkawan. fren indeed is fren in need...tapi bila aku dah berada dalam bidang kerjaya, macam2 manusia aku jumpa. Yang tak ikhlas, yang mengambil kesempatan dan yang paling teruk, sanggup pijak kawan semata2 untuk naik.

   Aku pernah difitnah kawan, semata2 dia nak expose diri dia dengan boss.  Sakitnya tak leh citer.  Hari2 aku menangis. Hari2 aku mengadu kepada Allah tentang kekecewaan aku. Bukan hanya kerana sakitnya dimarahi boss, tapi aku sangat kecewa, tak sangka kawan yang 'baik' boleh makan kawan... entahlah, apa jugak yang didengkikan dengan aku.  Nak kata boss suka aku, jauh sekali....sebab boss punya setting "tak suka orang pantai timur, especially orang kelantan".  Aku pun tak tahu kenapa boss aku jadi macam tu, maybe dia ada sejarah hitam kot dengan orang kelantan. Tapi unfairlah, nak judge semua orang kelantan tu semuanya tak bagus, contohnya, akulah..hahahaha... At last, dia dapat apa yang dia nak (jawatanlah...), dan aku pun dapat apa yang aku inginkan....hihihi..aku dapat transfer selepas agak lama juga suffer dengan karenah my ex-boss.

Nak ngumpat pasal my ex-boss aku, hihihi...punyalah dia bengang dengan aku, apa sahaja yang aku buat pasti akan mendapat "perhatian khusus" daripadanya....not positive side....Dia akan berusaha bersungguh2 untuk mengenalpasti kesilapan dan kesalahan aku.   Huh..bengang betul aku.  Semua bendalah...dari hal yang remeh temeh sampai hal yang besar2...

"...hem...cikgu! ni... cermin tingkap ni kenapa masih ada habuk? kenapa tak dilap betul2?" itu semasa sambutan maulid ar-rasul yang diadakan di surau sekolah. Aku salah seorang JK persediaan tempat. Huh...ya Allah, sabar ajelah...tension betul aku, sebab aku ni bukan jenis yang kerja tangkap muat, aku ni jenis kalau buat kerja, mesti kerja dengan betul2...kawan yang se'kapal' dengan aku..."kesian kau Jah, sabarlah ajelah, nak wat guano..."

   Rupa2nya sepanjang 15 tahun aku bekerja, aku dapati "tikam belakang" ni macam dah jadi satu keperluanlah pulak, sebagai cara untuk expose diri.  Masing2 saling tikam menikam, semata2 untuk mendapat kedudukan yang lebih selamat.  Tiada lagi keikhlasan dalam bekerja.  Tiada lagi keindahan sebuah persahabatan. Masing2 hanya mementingkan diri sendiri, mementingkan keperluan periuk nasi masing2 aje...no share..no care...

   Kadang kala  sukar benar untuk aku mempercayai sesiapapun.  Even kerusi dan meja pun tak leh nak dipercayai.  huhuhuhu...seksanya nak hidup kalau begini.  Kadang kita cakap lain, lain pulak ceritanya. Kadang mereka cakap depan kita lain, belakang kita lainlah pulak. dan yang lain itu, mestilah dengan tujuan untuk menjatuhkan kita....nak bercakap siang, pandang2.  Nak bercakap malam, dengar2.  ya Allah, rimas betul aku dengan situasi ini.  Dah tak rasa enjoynya bekerja. Dah tak rasa indahnya datang sekolah. Dah hilang semangat juangku untuk mendidik anak didik aku.  Banyak sangat ion2 negatif, depan, belakang, tepi, kiri, dan  kanan.  Rasa2 macam nak pergi jauh2 aje dari sini. tak suka..tak suka...tak suka...

  para pembaca budiman, maafkan aku, agak emo sikit untuk entry nih...sebab bila kena tikam, sakitnya tak terperi.....

Rabu, 9 Mac 2011

kecurangan...

Kadang kala aku terfikir, kenapa pasangan kita boleh berlaku curang.  Setelah kita hidup bertahun-tahun bersama, makan dan minum bersama, bersembang dan bergurau bersama. Belum lagi lagi cerita, duduk sebumbung, tidur sekatil,tapi...itulah dia, mimpi kita lain2..

Apakah penyebab yang "memaksa" pasangan kita berlaku curang.  Apakah kita yang kurang, atau pasangan kita  nak yang lebih. Atau mungkin kerana kita tidak pandai berinteraksi selepas kahwin, berbanding semasa bercinta. Atau juga mungkin kerana jarak masa yang lama menyebabkan kita dah hilang aura, lalu kebosanan yang melampau pun menyelubungi kita?. Sudah hambarkah  kenangan2 manis bersama ketika bercinta?  Itulah persoalan2 yang sentiasa menghantui diri yang dicurangi.

Kecurangan ini tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.  Hari ini macam2 boleh berlaku. Isteripun boleh juga mencurangi suaminya. Banyak kes berlaku, suami orang bercinta dengan isteri orang.  Kalau suami orang bercinta dengan anak dara ke, atau dengan isteri bukan orang (huhuhu..ade ke?) tak pelah juga...Atau isteri orang bercinta dengan bukan suami orang (teruna @ duda lah tu...)pun ada jugak. Dunia yang semakin tua dan nyanyuk...

Bagi pencurang (hihihi...kalau betullah istilahnya) tentulah perasaannya sangat seronok ketika dapat menyorokkan segala kecurangannya. Mesti seronok gorila.  Yelah..kalau curi2 makan, mesti lebih adventurious berbanding dengan makan2 curi...ish2..betul ke tu...cikjah? Tetapi hakikat yang sebenarnya tidaklah seronok pun...cuma syaitan tu memang expert sangat dalam meng'cover' benda2 gini. Itulah manusia yang mengikut kata hati dan kata nafsu. Hah...kalau dah sampai ketahuan, kantoilah...ambik kau..baru tahu langit tu tinggi ke rendah...lagi2lah kalau yang kantoi tu isteri, muka tu dah tak tahu nak letak mana. Kalau boleh nak letak dalam beg aje.  Huhuhu...tak boleh nak bayanglah macam mana...

Bagi mangsa curang, atau orang yang dicurangi, mestilah sakitnya tak leh nak cerita.  Hancur lebur hatinya. Kecewa tahap dinosour. Sakit benar hatinya. rasa2nya kalau berjalan tu, macam di awang2an. Pandang bendapun macam dah tak nampak benda. Kalau tengok orangpun dah tak nampak orang...(jangan nampak hantu dah...huhuhu...) Kesian betul. Agak2nya kalau anda dicurangi, apa mungkin anda memaafkan pencurang?. emmmm...kalau aku, maaf mungkin boleh, tapi untuk menerimanya kembali....mesti nak kena fikir 600 ratus juta kali dululah...

Nasihat bagi pasangan yang curang,
fikirlah dulu...tak ada ke rasa sayang pada anak2?
atau dah tak sayangkah pada pasangan anda?
Jangan biarkan titik kecurangan itu bermula, kerana sekali anda membiarkannya, ia akan tumbuh subur di laman hati anda.
Jangan biarkan satu titik perbezaan yang kecil antara anda dan pasangan anda tumbuh menjadi titik perbezaan yang besar.
Abaikan kekurangan pada pasangan anda, tapi carilah kelebihannya
kagumi kelebihannya walaupun kecil
Ucapkan sayang setiap hari...
lama2...buatlah kejutan sekali sekala

Ahad, 6 Mac 2011

meminta dan memberi maaf...

"Maafkan saya, saya banyak buat salah kat awak.."." Tak pe, saya dah lupakannya",atau " tak pe..saya dah maafkan awak"....selalunya itulah dialog yang sering kita lafazkan kepada seseorang yang memohon kemaafan daripada kita.

Semudah itukah juga kita memaafkan individu tersebut.  Betulkah kita telah memaafkannya?.Tapi itulah yang selalu berlaku.  Kadang kala kita menlafazkan dialog itu memang lahir dari hati sanubari kita. Kita memang bermaksud begitu.  Kita memang betul2 memafkan individu tersebut. Kata2 yang betul2 lahir dari hati yang ikhlas.

Tapi adakala juga kita menuturkan kata2 itu hanya untuk menyedapkan hati orang yang mendengarkannya. Atau situasi yang memaksa kita melafazkannya. Tapi nun jauh di sudut hati kita, agak sukar untuk kita memaafkannya. Ucapan memaafkan hanya di hujung lidah dan tidak lahir dari hati yang ikhlas.

"Maafkanlah dia..." agak senang untuk diucapkan tapi memang susah untuk dilaksanakan.  Ucapan maaf itu satu hah, memberi maaf pula satu hal lain yang berbeza. Meminta itu senang, tapi memberi itu sukar.  itulah yang selalu kita rasa.  Kalau itu berlaku, sebenarnya kita sedang melayan ego kita. Ego ini salah satu sifat syaitan dan iblis.  Kenapa iblis tidak tunduk kepada Adam, kerana egolah..

Hakikatnya, kalau anda ingin hidup bahagia, berikanlah kemaafan kepada orang lain. Bila kita tidak memaafkan , dengan kata lain kita menjadi pendendam.  Pendendam juga sifat syaitan.  Orang yang berdendam ini, hidupnya tidak tenang.  Bila jumpa aje...hati kita jadi sakit, kita menjeruk rasa, memendam perasaan marah. Akhir sekali kita bukan sahaja sakit hati, tapi hati kita pula akan sakit, stress, blood pressure pun tak stabil, hypertension dan berbagai penyakit lagi.  so sayangi diri anda dengan memberikan kemaafan.

  Dan perlu diingat tentang satu perkara, bila kita memaafkannya, maka akaun kita dengannya telah ditutup atau not activated, tapi akaun dia dengan Allah? Terpulanglah kepada Allah.Yang penting apabila kita berada di Padang Mahsyar nanti, sebahagian urusan kita telah selesai, moga2 urusan pengiraan amal atau hisab kita dipercepatkan oleh Allah.

Latihan memaafkan orang lain dengan ikhlas (mengikut pengalaman saya sendiri):


1.  Tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2.
2.  Betulkan niat anda..ikhlaskan niat untuk memaafkannya kerana Allah
3.  Setelah selesai 1 dan 2, barulah anda ucapkan kemaafan tersebut, tidak semestinya tuan empunya tu   
     wujud, cukuplah anda memberitahu kepada Allah.
4.  Jika perasaan masih tidak selesa, bermaksud anda belum betul2 memaafkannya.
5. Latih diri anda supaya sentiasa positif.  yang ni memang susah sikit. Antara cara untuk menimbulkan sifat positif ini, sentiasa mengucapkan terima kasih kpd individu tersebut (dalam diam) kerana telah memberi peluang kepada anda untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi.  Sebab pemaaf ini amat dikasihi Allah. 

klik...