I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 19 Disember 2011

Suami oh suami...

Perkahwinan umpama suatu perjalanan dalam sebuah pelayaran bahtera.  Suami dan isteri merupakan tunjang utama untuk memastikan bahtera tersebut terus bergerak menuju destinasi dengan selamat. Sudah pastilah kedua-duanya perlu saling memahami dan cuba untuk melengkapi setiap lompong2  antara keduanya. Apa yang paling penting, kerjasama....hehehehe...macam wonder petlah pulak...

Walaupun sang suami itu, secara fitrahnya ego....dan enggan mengakui pengharapan2 mereka terhadap sang isteri, jadi sang isteri kenalah memahaminya. Suami ni nampak aje buat muka seposen, atau buat selamba aje, tapi sebenarnya banyak yang mereka nak kita buat. Agak2 aku lebih banyak dari impian kita kut!. 
Jadi, wahai isteri2 sekalian, di sini ingin kunukilkan beberapa impian dan harapan mereka terhadap kita. Amboi! cik jah, berbahasa sanskrit nampak!...well, biasalah cik pah, bila bercakap pasal suami ni, kenalah berlemah lembut sikit. Sebagai tanda hormat dan kasih...

1.  Suami sentiasa mengharapkan isteri memahami kehendak, cita rasa dan prinsip mereka. Memahami betul2, tanpa perlu kepada penjelasan yang panjang lebar. Oit, susah jugak ni cik pah oiii...macam mana nak faham kalau tak diberi info sejelas2nya.  Macam mana kita nak faham dia, kalau tak diberitahu? Alah senang aje cik jah oi, jangan banyak tanya, buat aje...atau kalau suami buat apa2, kau diam aje.  Mana boleh begitu kan, betul tak wahai para isteri? Kalau diam aje, boleh jadi stress aku! Hah, suamipun biarlah reasonable sikit. Jadi pada fikiran akulah, kita pakai sistem wws (win-win situation)....bawak berbincang, biar suami tahu dan isteri pun jelas.Barulah line clear!


2.  Memberi penghormatan yang sewajarnya.  Beri tabik hormat ke? Dia lintas aje, kita tabik. Dia lalu aje, kita tabik.  Ish2...idak le gitu cik pah oii...Hormat ni, maksudnya kita menyedari dan meraikan kewujudannya sebagai seorang suami. Contohnya, mendahulukan suami dalam setiap hal, minta pandangan dan nasihat suami atau minta keizinannya dalam melakukan sesuatu....hehehe...mesti suami aku cukup seronok bila membacanya.... tumpang lalu ye bang!....


3.  Memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap suami.....hehehehe, suamiku dah senyum sampai ke telinga! Yang ni semua suami kat luar sana, termasuk laki akulah, gerenti suka sangat2. Agaknya kalau dapat isteri yang cengini, pasti tergolek2 suami suka....Aku tahu apa yang ada dalam kepala depa ni! Jangan engkau tak tahu cik pah oiii....macam2 ada dalam kepala mereka. Bersimpang siur. Simpang prenang dalam kepala tu.  Tapi bagi suami yang baik, ikhlas dan jujur (macam laki akulah....hehehehe....betul ke?) sehala aje kut....(hehehe...melambangkan peratus kepercayaanku dah makin menurun). Tapi sang suami kena ingat, kalau kedapatan anda berlaku curang di belakang isteri.....siaplah! Masak! Ada yang kena goreng dan ada yang kena rebus, kena gulaipun ada!


4.  Suami sentiasa mengharapkan agar dimanjakan oleh isteri. Tapi tidaklah sampai makan bersuap, tidur berdodoi. Manja macam yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  Baring atas ribaan isteri, sambil bersembang dan berbual. Sambil2 tu, isteri bolehlah gosok2, cakar2 macam cakar harimau (hehehehe...maaf ye Datok Ustazah Siti Norbahyah). Sambil2 tu bolehlah .....psst...pssst...baca2kan doa pelembut hati ke, pengikat kasih sampai tak tengok orang lain ke (hehehe...kalau nak doa tu, boleh mintak kat aku....confirm suami tak cari lain....macam laki akulah...hehehehe....cik jah..cik jah...tak habis2.  Ish...betul apa yang aku cakapkan ni cik pah, tak percaya, sudah! malaslah nak layan cik pah ni)


5.  Suami juga mengharapkan agar isteri mereka sentiasa anggun, kemas dan wangi bila bersama mereka. Wahai isteri2, suami kita kat luar tu, bermacam2 jenis wanita yang mereka jumpa setiap hari.  Ada yang merah bibirnya. Ada yang pink pipinya. Ada yang sampai 1 km masih lagi terbau wanginya.  Hummmm....balik rumah, hampeh! Bibir isteriku pucat kelat dan muncung. pipi isteriku dah macam hantu dengan bedak sejuknya. Isteriku wangi bak serbuk kari dah!.  Itu kalau suri rumah.  Kalau isteri yang bekerja, pergi pejabat....alahai isteri sapa tu, comelnya!.  Balik pejabat, alahai isteri sapa yang seksi tu...pakai kaftan yang nampak ketiak...huhuhuhu...


6.  Suami mengharapkan untuk memandang wajah isteri yang sentiasa memaniskan mukanya.Hehehehe...bukan kencing manis! Bila pandang isteri, jiwa rasa aman dan tenteram, belum lagi mendengar kata2nya. Bila pandang isteri, hilang segala masalah yang melanda, jangan pulak, bila dipandang akan bertambahlah masalahnya. Bila pandang isteri, rasa amat bahagia menyerbu ke dalam jiwa. Bila tak pandang isteri, rasa macam ada yang tak sempurna....itulah isteri yang bagus menurut gambaran oleh Rasul Allah s.a.w. Isteri mesti sentiasa cantik dan memberahikan suami. Hanya untuk suami.  Noktah

"Isteri yang menaburkan kasih sayang, maka kasih sayanglah yang akan dituai
Isteri yang menanam perasaan curiga dan benci, maka bencanalah yang akan dituai..."

"What you gift,you get"

Terima kasih suamiku, kerana sudi menjadi suamiku...
Terima kasih suamiku, kerana tidak pernah menyesal (ye ke?)menjadi suamiku...
Terima kasih suamiku, kerana sentiasa menyayangi diriku seadanya (betul ke?)...

Bubur Lambuk Cik Jah...



BUBUR LAMBUK CIK JAH

Bahan A:
2 pot beras
Air secukupnya untuk memasak bubur

Bahan B: Blend halus
1 labu bawang besar…bawang merah pun boleh
3 batang serai dihiris halus
3 keping hirisan halia

Bahan C:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ekor ikan selayang yang dipanggang atau rebus diambil isinya sahaja
4 sudu besar kerisik
1 cawan santan + 5  cawan air
3 sudu kecil garam halus, agak2...kalau rasa macam tak cukup, tambah aje..
Sedikit ‘maggi secukup rasa’

Bahan D:
1 kg lala/lokan mentah
Daun midin
Daun kadok
Daun pucuk manis
Daun kesom (kalau suka)

Cara2 membuatnya :
1.        Masak nasi sehingga menjadi bubur.  Nak tahu masak macam mana? Tips mak aku senang saja, bila kita dah nampak beras tu macam dah ‘pecah perut’nya, kira dah masaklah tu…hihihihi…istilah mak akulah…
Dah sudah, ketepikan dulu.
2.   Kalau nak sedap lagi nasi direbus bersama dengan tulang rusuk lembu, bukan tulang rusuk suamimu ye cik pah…atau mana2 bahagian, asalkan tulang lembu dan of course kena ada juga la dagingnya, takkan tulang semata….
3.       Isi ikan dicarik2kan agar sedikit halus.
4.       Lala/lokan : tuangkan air panas yang kalau boleh, air yang sedang menggelagak ke atasnya supaya senang dikopek kulitnya…lalu  diambil isinya sahaja ye cik pah…
5.       Sayuran pula dibersihkan dan dipetik2 aje,  kecil2
6.       Bubur nasi tadi diletakkan atas api semula dan masukkan semua bahan (B dan C) serta digaul hingga rata. Bila dah mengelegak, masukkan semua bahan D.
7.       So, Bubur Lambuk Cik Jah semudah A,B,C,dan D sahaja….selamat mencuba…

Sabtu, 17 Disember 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Tahun 2011 belum lagi menutup tirainya....Gaji plus bonus bulan Disember 2011 belum lagi keluar.  Cuma aku nak kongsi tarikh-tarikh keramat (huhuuhu...) seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tarikh keramat? Tarikh dapat gaji lah cik pah oiii...


JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2012

BULAN
TARIKH
CATATAN
JANUARI
16 JAN (ISNIN)
TAHUN BARU CINA 23 &24 JAN
FEBRUARI
23 FEB (KHAMIS)

MAC
22 MAC (KHAMIS)

APRIL
25 APRIL (RABU)

MEI
23 MEI (RABU)
PESTA MENUAI 30 & 31
JUN
25 JUN(ISNIN)

JULAI
25 JULAI(RABU)

OGOS
13 OGOS(ISNIN)
IDIL FITRI 19 & 20
SEPTEMBER
25 SEPT(SELASA)

OKTOBER
22 OKT(ISNIN)
IDIL ADHA 26 & 27
NOVEMBER
6 NOV (SELASA)
DEEPAVALI 13
DISEMBER
18 DIS (SELASA)
KRISMAS 25




Untuk keterangan labih lanjut sila klik :
 http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf

Isnin, 12 Disember 2011

7 Lubang Ajaib

1. Kimberley Hole – Afrika Selatan
Lubang Besar Kimberley berada di Afrika Selatan dan lubang ini mencapai kedalaman 1.097 meter dan garis tengah lubang ini adalah 463 meter. Lubang ini adalah yang terbesar yang pernah digali manusia di atas bumi ini. Dari tahun 1866 hingga 1914 (ditutup pemerintah) sebanyak 50.000 orang telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih dari 3 ton berlian. Jumlah tanah yang terbuang  sekitar 22,5 juta ton.
kimberley hole 1kimberley hole 2
2. Glory Hole – Monticello Dam,
California
Lubang ini merupakan spillway terbesar di dunia, digunakan apabila air sudah melebihi kapasiti  dan harus dikurangi volumenya. Dengan ukuran ini memungkinkan untuk mengkonsumsi 14.400 kubik air setiap detik.  Lokasi lubang ini berada di Bendungan Monticello, California, Amerika.
glory hole 1glory hole 2glory hole 3Coba perhatikan lubang pada bagian kiri gambar di atas, jika Anda melompat ke dalam maka Anda akan keluar dari pancaran air di dekat bagian bawah bendungan (Gambar di bawah).
glory hole 4
3. Bingham Canyon Mine – Utah
Lubang ini dibuat manusia untuk pertambangan. Pengerukan dimulai pada tahun 1863 dan masih terus berlangsung sampai dengan hari ini. Pada saat ini ukuran lubang adalah dengan kedalaman 0,75 mil dan lebar 2,5 mil.
bingham canyon 1bingham canyon 2
4. Great Blue Hole – Belize
Fenomena geografis yang luar biasa ini dikenal sebagai “Blue Hole” terletak 60 mil di bagian daratan Belize. Terdapat banyak “blue hole” di seluruh dunia, tetapi tidak seperti yang menakjubkan ini. Pada permukaan diameter lubang adalah 0,25 mil, dengan kedalaman mencapai 145 meter. Dengan jelas bisa diamati dengan menyelam.
blue hole 1blue hole 2
5. Mirny Diamond Mine – Serbia
Banyak orang telah melihat lubang satu ini. Mereka berpendapat bahwa penambangan intan ini hasil perbuatan manusia terburuk yang pernah ada di dunia. Pada kedalaman 525 meter dan diameter atas 1200 meter, bahkan telah ditetapkan larangan terbang di atas zona lubang karena beberapa helikopter pernah jatuh kedalam lubang tersebut.
mirny diamond mine 1mirny diamond mine 2Panah merah pada foto di atas adalah sebuah truk besar.
mirny diamond mine 3
6. Diavik Mine – Canada
Lubang yang luar biasa ini dapat ditemukan di 300km timur laut dari Yellowknife di Kanada. Ini adalah tambang yang sangat besar dan daerah yang jauh sehingga ia bahkan telah memiliki sendiri bandara dengan landasan yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737. Hal itu juga terlihat sama ketika air di sekililingnya membeku.
diavik  mine 1diavik  mine 2
7. Sink Hole – Guatemala
Pada tahun 2007 terjadi sebuah sink hole atau lubang sedalam 300 kaki yang sanggup menelan Patung Liberty.  Sinkhole disebabkan ketika air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam dan menyebabkan permukaan tanah “collaps” atau runtuh ke dalam bumi,  menenggelamkan belasan rumah dan menewaskan setidaknya 3 orang.
sink hole 1sink hole 2sink hole 3
link :
http://babesajabu.wordpress.com

Nasi Ayam Cik Jah

Rasa2nya ramai yang dah teror buat nasi ayam.  Cuma ini nasi ayam versi akulah....mungkin orang lain punya versi lagi sedap kut. Just care to share aje...

A. Nasi Ayam Cik Jah
Bahan2 :
3 pot beras yang dah dibersihkan dan ditoskan.  Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang 
3-4 hirisan halia dan dimayang - untuk sedap gunakan halia yang masih muda
3 helai daun pandan
Sedikit marjerin
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara2 :
1.  Panaskan periuk dan masukkan marjerin/mentega.  Tumiskan bahan yang dimayang halus sehingga terbit bau.  Masukkan daun pandan. kacau.  Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan garam.  Bila mengelegak masukkan beras.  Nasi dimasak seperti biasa.

B. Ayam 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam dibersihkan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1/2 cawan kicap manis kipas udang
Ayam siap untuk dipanggang....
3 sudu makan sos tiram ( additional sahaja. kalau tak ada tambahkan garam secukup rasa)
1 sudu makan madu (kalau tak ada, tambahkan sedikit gula)
(tak perlu sebuk perasa sebab kicap tu memang dah banyak serbuk perasanya)


Cara2 :
1.  Semua bahan diblend sehingga hancur.  Perapkan ayam dengan bahan ini, agak2 dalam 10-15 minit sahaja.
2.  Ayam dipanggang selama 35 minit dengan suhu 250c, atau boleh sahaja digoreng.  Cuma nanti mudah hangus dan berwarna agak kehitaman, so be carefull. 
3.  Bahan lebihan perapan tadi dimasak sehingga mengelegak - untuk dijadikan pencicah kicap.Angkat.

C. Sup
Bahan2 :
Air rebusan ayam
sedikit halia diketuk
sedikit lengkuas diketuk
2 ulas bawang merah diketuk
1 ulas bawang putih diketuk
2 keping asam keping
1 sup bunjut
Garam, gula dan serbuk perasa


Cara2 :
Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus  hingga betul2 masak.  Perasakan dan angkat.  Taburkan dengan bawang goreng serta daun bawang. Petua untuk sedapkan semua jenis sup: bersihkan bahagian bawah batang daun sup dan daun bawang (bahagian akarnya) dipotong dan masukkan bersama rebusan sup tadi.  

Sup, pencicah : kicap dan air lada
D. Pencicah Kicap dan Air Lada
 Pencicah kicap : Lebihan perapan ayam tadi 

Bahan Air Lada :
3-4 biji cili merah yang besar
2-3 biji cili  kecil
1 biji tomato dipanggang
3 ulas bawang merah dipanggang
2 ulas bawang putih dipanggang
Garam
Gula
Cuka


Cara2 :
Semua bahan diblend halus. Masak bahan tadi sehingga mengelegak.  Kalau agak cair, masak sehingga sedikit pekat. Rasakan manis dan masamnya biar lebih sikit


E. Additional 
Mentimun
Daun salad
Buah tomato
Nenas

Nasi Kerabu Kuning

Cuti sekolah...hari2 untuk mengasah bakat memasakku dan hari2 untuk menaikkan saiz badan.  Nasi kerabu, sedap dimakan tapi leceh nak membuatnya. Banyak procedure (hihihihi....) dan benda yang nak dibuek.

Nasi Kerabu Kuning :

Bahan utama :
Nasi kuning 
Sambal kelapa 
Budu 
Sambal lada  
Serbuk lada hitam
Ulam2 yang dipotong halus


Additional :
Keropok
Ikan celup tepung
Ayam goreng

A. Cara2 membuat nasi kerabu kuning :
1.  Beras dibersihkan.  Masukkan air secukupnya.  Masukkan  kunyit serbuk sebagai pewarna.  Jangan lupa pewangi nasi : daun pandan (2-3 helai) daun limau purut (2-3 helai) dan nak lagi sedap masukkan 2-3 pelepah daun serai.  Masaklah seperti biasa.
Kelapa parut sangai dan bahan yang ditumbuk

B. Sambal Kelapa (Sambal Nyiur)
Bahan :
1 mangkuk kelapa parut 
5 ulas bawang merah- potong kecil supaya senang suami awak nak tumbuk nanti
4 batang serai - serai dipotong halus2 agar senang hancur.
4-5 hirisan halia
Bawang merah, halia dan serai
3-4 sudu makan gula (anggaran aje)
1 sudu makan garam (aku guna garam halagel rasanya kurang masin sikit...jadi agak2 ajelah, kalau macam kurang masin boleh tambah)
3-4 ekor ikan selayang atau ikan mata besar- dipanggang atau direbus dengan sedikit air, dah sejuk asingkan isi ikan.

Cara2 membuat :
Ikan selayang yang dah direbus 
1.  Kelapa sangai : kelapa parut disangai dalam kuali dengan menggunakan api perlahan. Hendaklah dikacau selalu. Macam mana nak tahu ianya dah ok? Bila warnanya dah bertukar keperangan dan agak crunchy.  Keluarkan cepat2 dari kuali, kalau tak nanti warnanya bertuka coklat gelap...itu kiranya dah hampir hanguslah tu...
  
Sambal kelapa yang dah siap digaul sebati dengan bahan tumbuk
dan isi ikan....
2.  Kemudian dapatkan tukang tumbuk yang gagah perkasa (hihihihi...my hubbylah tu ) kemudian carikan lesung batu. Tumbuk sampai hancur bahan2 berikut (ikut urutan ye!) : Mula2 tu serai....bila dah hancur baru masukkan halia, kemudian masukkan bawang.  Bila semua dah hancur dan sebati masukkan garam dan gula secukup rasa.  Macam mana nak tahu gula dah cukup rasa? Bila kita tumbuk, ianya macam agak berair sikit. Kalau kering, maksudnya gula belum cukup lagi.  So, tambahlah sikit2, sampai ianya agak berair. Sambal kelapa ni mesti ada rasa masin dan agak sedikit manis. Akhir sekali masukkan isi ikan dan ditumbuk sehingga hancur dan sebati semua bahan tadi. Satukan bahan tumbuk tadi ke dalam kelapa sangai dan gaul rata...of courselah, use your hand, pakai sudu? Takut nanti tak sebati elok.
3.  Resepi ini versi mak aku. Mak aku kata ini resepi nasi kerabu pemalas. Kalau rasa macam korang nak asingkan ikan dan kelapa pun boleh. Ikan yang dah siap diasingkan isinya tu hendaklah di hancurkan dengan tangan aje.  Lepas tu digoreng tanpa minyak atau disangai atas api perlahan. kacau selalu sehingga isi agak kering dan tak melekat di  kuali. Dan yang ni nasi kerabu orang yang rajin. Huhuhuhuhu....
Budu, sambal lada dan serbuk lada hitam

C. Budu
Bahan :
1/2 cawan budu
1/4 cawan sedikit air asam jawa
Ulam-ulam yang dah dipotong halus : timun, bunga kantan, bawang merah,
kubis dan limau nipis
2 ulas bawan merah diketuk
1 batang serai diketuk
1 keping gula melaka (kecil)

Cara2 membuatnya :  semua bahan dicampur dan dimasakkan di atas api sederhana. Dimasak sehingga pekat.

D.  Sambal Lada : Cili, garam, gula, dan cuka semua bahan diblend hingga hancur

Cara2 Menghidang Nasi Kerabu Kuning :


Masukkan sedikit nasi dalam pinggan. Letakkan sambal kelapa kat atasnya, budu, serbuk lada hitam, sambal lada, ulaman dan perahkan asam limau nipis.  Lepas tu gaul sebati dan rata2 semuanya sekali.  Barulah boleh dimakan. Yummmm.....yummmm

 Ok...semua bahan utama sudah siap.  Yang paling penting, yang menentukan kesedapan nasi kerabu ini terletak pada sambal kelapanya dan juga budu. Rasa2 aku dah complete kut resepinya tu. Cuma kuantiti bahan2nya tu tidak exactly sangat, aku estimate aje. Sebab kebolehan aku hanyalah  pakai campak aje....
Selamat mencuba...

Gambang Water Park...

Dah 2-3 hari aku dok godek2 internet, nak cari maklumat tentang Gambang Water Park.  Rasa macam teringin nak pergi sana....dengar2 cerita, katanya seronok. So pagi2 lagi kami dah bertolak ke Kuantan.  Anak daraku, apa lagi excited sangat2. Sekejap2 dia tanya, kita dah sampai kat mana ni mama....hok alah la..baru sampai pasir puteh.  Oit, jenuhlah aku nak menjawabnya.  Yang lagi teruk, dia tanya nama2 pekan yang akan dilalui untuk sampai ke Kuantan.  Lagi jenuhlah aku menjawab....lepas Pasir Puteh Jerteh, lepas tu Bukit Besi...lepas tu...lepas tu...nak senang aku skip aje....hahahahaa..


Jauh juga sebenarnya.  Tapi perjalanannya agak smooth sikit sebab suami menggunakan Lebuh raya pantai timur (LRPT).  Kiranya shortcutlah, tak payah masuk ke Bukit Besi. Laluan LRPT ini bermula di Ajil dan berakhir di laluan keluar Bukit Besi.


Selepas perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam, kami sampai di bandar Kuantan.  Melilau2 mata kami, for the very first time, kami berada di bandar Kuantan.  Sebelum ni, hanya 'tumpang lalu' aje.... Pakai redah ajelah, bang.  Aku beri cadangan.  A'ah...nak buat macam mana lagi. Paling2pun sesat kat Malaysia aje..tapi kalau sampai Turki seronok jugak. Suamiku buat lawak. Aku ketawa mengekek...Akhirnya mataku tertancap kat sign board  " Pavillion Hotel"..Hah! tu ada hotel, bang...jomlah. Tanpa bersogeh lagi, hotel itulah fokus kami.

'Pavillion' bunyi macam bagus aje, macam kat KL pulak. Rate RM 98 - RM188 per night. Kebetulan bilik untuk family (4 persons) saja yang ada, RM188! Below our budget. Oklah.  Breakfast on your own! Bolehlah. Eloklah, sebab sebelahnya tu ada restoren D'Ayahnda.  Kat hujung blok pulak ada Kemaman Kopitiam. Kat depan nuun, ada White Coffe Kopitiam.  Lagi cantik Berjaya Megamall seberang jalan aje...jalan kaki pun dah sampai. Kalau nak jauh sikit (berkereta) boleh pergi kat EC Mall (kalau tak silaplah), kat situ ada Parkson, Carefour.  Ada jugak Malay Town dan Chinese (China? i'm not so sure) Town. Nombor telefon hotel : 09-5173318. opppssss! Jangan lupa beli dan pamerkan kad gores parking anda! Kat hotel ni pun ada dijual.Nanti tak pasal2 kena denda RM300.00

Aku boleh bagi 3 stars untuk decoration, tapi untuk keselesaan aku boleh bagi 1 1/2 stars aje. Just untuk tidur aje, it's ok. Tapi kalau nak lepak kat bilik....kurang oksigenlah...lemas. Sempitlah! Kami pun tidaklah berhasrat datang sini untuk lepak kat bilik, jadi kira oklah... Lepas check in, mandi2 dan take 5, kami keluar ronda ke mall2 yang ada sekitar.  We've our dinner kat Sri Affar (Ground floor Parkson). Restoren Melayu. We've chicken rice...not bad 'lah. dessert -puding sagu, sedap sangat2. Dah sudah shopping apa2 yang patut, balik bilik dan tidur, sebab esok nak pi Gambang Water Park (GWP).
Dinner nasi ayam kat Sri Affar..

Perjalanan dari Kuantan ke GWP mengambil masa agak2 dalam 30 minit pemanduan kereta. Mula2 aku agak cuak jugak, betul ke ni jalannya, macam jalan kampung aje...alah ikut ajelah.... Aku perasan sebelum sampai GWP, kami melintasi kolej Matrikulasi. Maksudnya kalau korang dah sampai kat Kolej Matrikulasi ni, kiranya dah dekat nak sampailah tu.


Bila sampai, mula2 tu preparelah dulu persalinan untuk mandi-manda nanti. Selipar jepun atau kasut jepun (ada ke? hehehehe) Tuala, pakaian mandi-manda masukkan dalam beg, dan jangan lupa, plastik beg untuk isi pakaian basah nanti. Dah sudah, beli tiket kat kaunter. RM 21.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak2. Top up (untuk membeli belah kat dalamlah, espc. makanan atau minuman) RM 50.00. Untuk kami semuanya RM108.00. Tiket tu kena pakai kat pergelangan tangan. Macam tag kat wad bersalin tu, baby n mum....

Kat dalam tu, kita boleh sewa pelampong, locker, atau hut (pondok kalau kita nak berehat etc).  Lepas tu enjoy yourselflah. Perbelanjaaan percutian kami 2 hari 1 malam:
Minyak keta : RM 135.00
Posing kat Parkson...
Hotel : RM 188.00
GWP :RM 108.00
Makan2 :RM   80.00
Jumlah : RM 511.00


Additional :
Shopping         RM ikut suka


Semoga info ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Kuantan atau GWP...hepi viewing...












Tertelan air....kihkihkih...


Huhuhuhu....merpati dua sejoli...

klik...