I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

alhamdulillah...

Alhamdulillah..itu saja yang mampu aku ucapkan.
Hari ini aku jumpa dentist dengan pelbagai perasaan, berani tapi takut, yakin tapi gerun...
sesampai aje kat klinik, tak ada client lain, tapi dentistnya tak ada. so aku menunggu lebih kurang 15 minit gitu sebelum dia sampai.
jadi, dalam menunggu itu, aku cuba menenangkan hati dan perasaan aku. rasa2 macam ada butterfly dok terbang dalam perutku...orang kampung aku istilahkannya sebagai"kenalin". aku cuba cover. aku cuba belek2 majalah yang ada. aku pandang suamiku, dia senyum aje. aku dok menanti response dia...pucatnya macam orang mati...kehkehkeh...tapi dia diam aje. agaknya aku berjaya mengawal dirilah.
tapi memang betul, kali ini lain sikit. tidak seperti yang kesekian kalinya aku berkunjung ke klinik gigi. aku agak 'cool' sikit....iskh...iskh..jangan tak tahu, aku solat hajat semalam, minta supaya Allah menghilangkan rasa phobia aku ni...agaknya Allah dah makbulkan doaku dan emosi aku agak tenang kesan daripada solat hajat tersebut. aku rasa akulah manusia yang pertama melakukan solat hajat semata2 nak jumpa dentist...hihihi..betul dak?
so, bila aku dipanggil, dan bermulalah operasi mendrill dan menampal...so far so good, n i'm feeling good...tapi jari jemari aku, merangkap kedua2 belah tangan ini, tak yah citer lah, sejuk menggigil. tapi Alhamdulillah...ianya bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga. ada 3 tampalan semuanya.
semuanya selesai agak2 dalam pukul 12 tghari. tapi malanglah sikit, aku kena datang balik. around pukul 3.30 ptg, tampalan yang agak besar tu tercabut. so dentist kena buat lagi dan kena gerudi lagi sikit. bila sebut gerudi, itu yang aku tak tahan sangat....at last, penyeksaan jiwa dan ragaku hari ini dah selesai semuanya. aku tengok kat cermin, wuhhh..cantiknya, gigi akulah...

Isnin, 27 Disember 2010

dentist....

setiap orang pasti mempunyai 'phobia'. mungkin ada peristiwa yang membawa kepada perasaan phobia tersebut. aku juga tidak terkecuali. aku mempuanyai beberapa perkara yang menjadi phobia kepada aku. antaranya dentist dan laut.
setiap kali nak jumpa dentist, pasti aku akan berpeluh, peluh jantan pun ada, peluh tak jantan pun ada. apakah peristiwa yang menyebabkan aku sangat takut dengan dentist? dulu2 aku tidaklah takut atau gerun ngan dentist sehinggalah suatu hari tu aku pi jumpa dentist sebab sakit gigi. aku bilang sama dentist mau dicabut aje gigiku itu, tapi dentist kata, alah sayangnya nak cabut gigi tu, tampal ajelah...setelah dipujuk beberapa kali, lalu akupun bersetuju. semasa gigiku didrill, aku dah beritahu dentist, gigiku amatlah sakitnya. apabila dah selesai, akupun balik rumah. seharian sampai ke malam gigiku asyik berdenyut2 aje, sangat sakit... malam pun tak leh tidur. lambatnya nak tunggu pagi...rasanya aku tak tidur langsung pada malam itu, asyik melayan gigiku yang sakit itu...
akhirnya pada pagi2 esoknya, aku kembali jumpa dentist tersebut. gigiku dicabut. akhirnya hilanglah sakitnya itu...tapi kesannya sampai hari ini, aku masih gerun nak jumpa dentist. rasa2nya masih terasa sakitnya lagi, especially ketika gigiku digerudi...bila terpaksa jumpa, suami aku beritahu..muka aku pucat macam orang dah mati....kakakaka...
Ya Allah, berilah kekuatan padaku, hilangkanlah segala kenangan dan kegerunanku itu. kuatkan semangatku ya Allah...esok aku kena pi jumpa dentist!!!!!!!!!!
harap2 dengan menulis catatan ini dapat memberi kelegaan kepadaku, dan menghapuskan kenangan itu...


Ahad, 26 Disember 2010

matrikulasi yang menyedihkan...

Selepas mendapat keputusan SPM yang agak bagus, aku memohon untuk memasukki matrikulasi. Alhamdulillah, rezekiku..aku mendapat tawaran tersebut. siapa yang paling gembira? Pastinya kedua ibu bapaku, lebih2 lagi aku sendiri.
Kemiskinan kami menyebabkan ibu bapaku menyediakan keperluan ala kadar sahaja. dan aku pun tidaklah terlalu demand, kerana sangat memahami keadaan kami, yang serba kekurangan. Segala barang kemas ibu yang tak seberapa itu serta seutas rantai kakakku menjadi korban. tetapi belum mencukupi lagi untuk menyelesaikan bayaran yuran dan beberapa bayaran lain lagi.
ayahku dah kehabisan ikhtiar. akhirnya dengan berat hati dia berusaha untuk meminjam dengan kakaknya...yang memang agak 'berada'....dia tokey beras..mestilah kaya.
sebenarnya, hubungan antara ayah dan kakaknya agak sedikit hambar, ini dek kerana kemiskinan ayah..yelah dah miskin, sapa yang nak bersaudara, tak pasal2 kan nanti kena beri hutang la, apa2 la...
pada malam tersebut, ayah dan ibu ke rumah kakaknya yang hanya 20-30 langkah aje dari rumah kami. Ayah serik sebenarnya nak berhutang dengan kakaknya. masa aku kecik2 dulu,ayah pernah nak berhutang ngan kakaknya, untuk mendapatkan rawatan untukku yang pada masa itu sakit - kalau tak silap aku demam yang teruk- '...tak de! aku tak de duit...' katanya separuh menjerit. Allah nak tunjukkan buktinya, ...dan2 masa tu juga, berkepuk2 duitnya jatuh berterabur dari handbagnya masa dia marah2kan ayah...nampak sangat muka dia gabra dan panik, ayah hanya diam dan terus berlalu.
rupa2nya malam tersebut, sejarah berulang lagi. ayahku kecewa. dalam perjalanan pulang, ibu ku memberitahu, ayah menangis sepanjang perjalanan itu. aku terkedu. ..'takpelah ayah, kalau dah tak de rezeki, saya tolak aje tawaran tersebut...' beritahuku. aku kira memang dah tak ade peluanglah untuk aku menyambung pelajaranku. aku redha. tapi Allah masih memberiku peluang. ada kenalan abang iparku yang sudi membantu dengan memberi hutang...jadi akupun bertolak ke Kuala Lumpur membawa segalas impian dan sepundak pengharapan ibu ayahku...
cerita sedihku, tentang pengorbanan ibu dan ayah akan sentiasa di ingatan dan akan ku ceritakan kepada anakku.... jadilah kaya tapi pemurah, jadilah kaya tapi beriman, jadilah kaya tapi dengan cara halal, supaya kita tidak menyusahkan orang lain....

Sabtu, 25 Disember 2010

Allah Maha Mengetahui...

Sebagai manusia biasa, kita sering diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan ujian. kadang kala kita rasa macam tak adil, kenapa kita ditimpa dengan begitu, begini...kenapa tidak orang lain? sebenarnya itu adalah permulaan untuk memberi peluang kepada syaitan menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak redha dengan ujian Allah SWT.
Tiadalah sia2 bagi setiap yang ditentukan oleh Allah SWT. tidaklah sesuatu itu berlaku secara coinsident atau kebetulan. ianya adalah perancangan teliti dan rapi dari Allah. dan ketahuilah bahawa Allah SWT itu adalah sebaik2 perancang, even perkara2 yang kita anggap sebagai remehpun, ianya termasuk dalam perancanganNYA. tiada yang terkecuali. Pasti ada hikmahnya. cuma kita sebagai manusia biasa kadang kala tak nampak bukan kerana kita memang tak nampak tapi kita tidak berusaha untuk mencarinya.
pernahkah kita terfikir, kenapa ujian setiap manusia itu berbeza, ada orang yang kematian orang yang disayangi, ada yang miskin sangat, ada pula yang ditimpa penyakit kronik dan macam2 lagi? itulah kehebatan Allah. Dia hanya memberi ujian mengikut kemampuan hambaNYA. Yakinlah bahawa kita mampu menghadapi ujian tersebut. so, terimalah dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.
aku juga tidak terlepas. sepanjang 42 tahun hidup, banyak ujian yang bagiku terasa amatlah besarnya. bila aku fikir2kan, rupa2nya ada hikmah Allah memberikan aku pelbagai ujian. alah, macam kita main game, untuk naik ke level2 yang lain kita perlu melepasi level sebelumnya. dan setiap level itu, cabarannya pastilah berbeza. makin tinggi level kita, makin susahlah cabaran game tersebut. so, itulah kita....
ada satu kisah yang berlaku kepada kakakku. baru2 ni suami dia terkena strok. tak boleh makan mengikut cara biasa, tapi kena pakai tiub. taklah makan nasi, tapi minum susu formula dan makanan special...iskh..iskh dah tua2 pun minum susu formula pulak. dia takleh berjalan biasa, kena bertongkat kaki empat. kakakku tak pernah putus asa untuk mengubati suaminya, dengan perubatan modern dan tradisional, bersusah payah betul dia.kesian kakakku. kuat betul semangat dia. tetapi dalam hatinya aku tak tahulah...tapi aku amat memahaminya..mesti hatinya menangis kesedihan, tapi pandai dia cover. bila bercakap tentang sakit suaminya, takpernah menampakkan kedukaannya. very impressive. setelah hampir 3 bulan, suaminya recovered dari penyakitnya. dah boleh makan seperti biasa dan bolehlah berjalan slow2. selepas cuti beberapa bulan, november baru2 ni dia masuk kerja. dan dia dinasihatkan supaya pencen ilat, kerana hilang upaya untuk bekerja.
akhirnya dia berjaya mendapatkan bayaran pampasan (agaknyalah, aku pun tak berapa faham tentang hal ini) daripada socso, dalam bentuk bayaran bulanan. so itulah hikmahnya. sebab kalau suaminya pencen tanpa ilat, habukpun tak ada. kerja swasta, mana ada pencen.

Firman Allah :" setiap yang susah itu pasti beriringan dengan kesenangan"(al-insyirah)

pengajarannya ialah apa yang penting, bila ditimpa ujian, jangan cepat melatah/melenting, be positiflah, redha dan sabar. semua yang berlaku ada hikmahnya. jangan lupa berdoa kepada Allah. Yakinlah kepada Allah. kalau doa/permintaan anda agak lambat berlaku, yakinlah Allah sedang merancang sesuatu yang lebih bagus untuk anda. mungkin apa yang anda minta itu tidak sesuai untuk anda atau belum sampai masa yang sesuai untuk anda.

"Aku meminta daripada Allah sekuntum bunga yang indah, tetapi Allah memberiku kaktus yang berduri. aku meminta daripada Allah seekor rama-rama yang cantik, tetapi Allah memberiku seekor ulat yang buruk. setelah sampai masanya, rupa2nya kaktus itu telah mengeluarkan bunga yang sangat indah dan wangi. ulatku telah bertukar menjadi rama2 yang lebih indah daripada apa yang ku minta dari Allah" .

yakinlah kepada Allah dan sentiasa berbaik sangka bahawa Allah pasti memakbulkan doa kita, cuma mungkin dalam bentuk yang lain, kerana DIA Maha Mengetahui dan sentiasa Maha Mengetahui....


alahai isteri....

bermacam ragam kisah rumah tangga ni. ada yang tangganya berliku2, ada yang bewarna-warni macam tangga orang melaka, dan tak kurang juga tangga biasa tanpa warna. kali ini aku nak kongsi tentang kisah isteri merangkap kawan2ku. semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua...
let say, kawanku ini namanya Siteri dan suaminya bernama Sisua. semasa aku mengenali, mereka dah lama berkahwin. dah ada beberapa orang anak. setelah beberapa lama berkawan, barulah siteri ni terbuka hatinya untuk bercerita denganku. agaknya dah tepu kot atau overload, sampai takleh nak simpan dah...sambil menangis dia bercerita padaku.
katanya, suaminya dari satu aspek seorang yang baik, bukan jenis playboya, setia pada isterinya sahaja, kalau boleh nak berkepit ngan siteri sepanjang masa.
Tetapi lain jadinya bila dia melahirkan anak yang pertama, dia dapat baby boy. bila anaknya semakin membesar, dia jadi pelik dengan sikap suaminya. cemburu dengan anak sendiri. macam-macam dia lakukan untuk menjarakkan hubungan siteri dengan anaknya. tak cukup dengan itu, apa sahaja yang dilakukan oleh anaknya, semuanya salah pada pandangan sisua. kata2 kasar, caci maki dah jadi halwa telinga anaknya. Siteri sangat kasihan kepada anaknya. tapi apalah yang mampu dilakukan oleh siteri, hanya mampu membujuk anak dan hatinya sendiri. berlalulah begitu sehingga anaknya membesar menjadi anak teruna. sekarang aku tak tahu macam mana kisahnya, kami dah terputus hubungan.
Ada lagi kisah isteri yang mendapat suami jenis tak tahu nak buat apa. semua tak tahu? wallahu a'lam. Kawanku ini jenis yang suka berdikari, tapi tak kena tempatlah. pada awal perkahwinannya, dia beranggapan tak nak menyusahkan suami. jadi semua dia buat sendiri, hinggakan nak betulkan rantai basikal anakpun, dia yang buatkan. suami...tengok aje. hoohoohoo...isteriku serba boleh, jadi aku bolehlah goyang kaki...agaknya itulah yang bermain dalam fikiran suami. jadi akhirnya apa yang berlaku? si isteri dah stress, tertekan, tension. tapi salah siapakan. salah isterilah..
pengajaran untuk kita...jangan bagi muka sangat kat suami. kongsi lah kan. transferkan tanggung jawab kat suami.biar dia buat sampai tunggang terbalik pun takpa, biorlah...kita tengok dulu.tapi kalau dah nak dekat nyawa2 ikan tu, barulah kita menolongnya...hahahaha....padan muka.
tapi yang penting" lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang buruk akhlak hanya layak untuk perempuan yang juga buruk akhlaknya"- firman Allah (surah an-Nur)

Jumaat, 24 Disember 2010

jalan-jalan...

hummm....esok apa nak buat ah? hari ni dah seharian ditimpa penyakit keboringan yang melampau. tak tahu nak buat ape, nak pi makan angin, aku tak de angin pulak. aku lebih prefer dok rumah sebenarnya...jenis gadis pingitan...hahahaha...perasan! tapi itulah aku sebenarnya. aku tak sukalah pi jalan-jalan terutamanya tempat2 yang sibuk, macam kat kl ke atau mana2 bandar besar.
aku lebih suka tempat2 yang mempunyai pemandangan yang menarik, pepohonan yang merimbun, bunga2an yang segar...macam kat cameron highland...suka sangat. udaranya sejuk, penuh dengan bunga2 yang pelbagai warna dan bentuk. aku dah ke sana beberapa kali. tak puas. rasa macam nak pergi lagi. insyaAllah, tahun depan kot.
selain daripada Mekah dan Madinah, negara yang ingin sangat aku lawati adalah Turki. kabarnya Turki mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. pemandangannya cantik, terutama musim bunganya, orang-orangnya juga baik serta makanannya juga sedap2. iskh..iskh..bila agaknya aku dapat pergi sana...
woooi...jauhnya cikjah engkau melamun...esok ni nak pi mana? apa kata esok kan kita pi breakfast kat luar, dah kenyang, kita ronda KB dengan keta, lepas tu buka mulut luas2 dan telan angin banyak2. so makan anginlah kita esok....huhuhuhu...jimat belanja....






Rabu, 22 Disember 2010

kerana cinta...

peristiwa ini berlaku pada tahun 1996. pada masa itu aku sedang praktikal di salah sebuah sekolah di Jalan Sikamat, Seremban, bagi menyelesaikan diploma pendidikan. Praktikal ini melibatkan dua sesi. sesi pertama dipanggil ROS, iaitu rancangan orientasi sekolah. aku dikehendaki berada di sekolah tersebut selama 4 minggu. kerjanya : dapatkan maklumat umum tentang sekolah, relief class, berkejar di tengah2 padang Paroi masa sukan tahunan sekolah, bla bla bla... semua keje kena buat, sebab kami cikgu praktikal ni macam penyapu baru...sedap aje buat sapu ape2. lepas tu balik maktab, then pukul 2 -3 pagi tak tidur lagi, buat lapuran dan hantar kepada penyelia.
sesi kedua, aku dikehendaki ke sekolah itu semula untuk praktikal sebenar. almost dua bulan jugak. sesi pertama, aku menyewa rumah Uteh Normah kat Seremban. so ulang alik ke sekolah dengan baslah. sesi kedua ni aku menyewa rumah yang agak dekat dengan sekolah. jalan kaki aje dah sampai ke sekolah. ada beberapa buah sekolah yang terletak berhampiran dengan sekolah praktikal aku ni, termasuklah Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM).
ceritanya bermula kat rumah sewa nilah. aku menyewa bersama ngan 3 rakan yang lain. Sadar dan aku mengajar sesi petang, dua orang lagi sesi pagi. rumah sewa kami ni bersebelahan dengan rumah yang disewa oleh dua orang pelajar MPRM. Salah seorangnya, aku panggilnya si tikus. entahlah, aku tak ingat lah macam mana dia dapat nama tu. dia ni cekeding aje orangnya. selalu mengusik kami, sebenarnya, akulah tu...well, orang comel, mestilah ada peminatnya...huhuhu... bila dia usik aku, kadang tu aku sukalah jugak , tapi nak marah pun adalah sekali sekala....(hehehe...tapi banyak yang sukalah, biasalah kan...). usikannya tidaklah sampai aku hilang ingatan, tak ingat dunia ke, apa ke. biasa aje. aku rasa2lah agaknya diapun rasa macam apa yang aku rasa..nothing.. no feling2 lah... just for laughing...laughing is a good medicine
asyik2 kena usik aje, sesekali tu aku teringin jugak nak pekenakan dia pulak. suatu hari aku cabar dia, kalau dia betul2 serius, tunggu dan amik aku kat sekolah petang nanti. aku terus blah ke sekolah. tok tek tok tek...sampailah time balik. adus..hujan lebat bangat, aku pulak tak bawak payung...aku dan Sadar pun tercongoklah kat depan dewan tu menunggu hujan reda. tiba2 mataku terarah kepada satu pandangan yang menyahdukan jiwa dan meruntun perasaan perempuanku.....huhuhu....lelaki itu...berpayung...dalam hujan lebat...dan kesejukan...menunggu aku...wuaaaaaaa... bersalahkah aku...maafkan aku wahai lelaki yang berpayung itu....




alahai anakku....

 aku hanya mempunyai seorang anak perempuan. baru berusia 5 tahun. keletahnya kadang tu tak kering gusi kami suami isteri, tapi ada kalanya juga pening kepala, tak kurang juga nak marah...
Manja bukan main lagi..
tapi dia seorang yang sangat prihatin dengan orang lain, macam mak dialah..hahahaha....kalau papanya, mesti dia selalu ingatkan..."papa dah makan ubat?.."
Lagi manja dengan papanya...
selalunya aku akan solat berjemaah dengan anakku ini, sementara papanya ke surau atau masjid. suatu hari, masa nak solat zohor, dia mengadu sakit lutut (macam aku selalu mengadu kat suami dengan lututku yang bermasalah, ekoran daripada peristiwa kemalangan tahun 1998). anakku beritahu dia tak boleh solat berdiri, jadi dia nak solat sambil duduk aje. aku pun malaslah nak bercakap banyak, ok ajelah... akupun terus solat bersamanya. oklah, semuanya berjalan lancar....sehinggalah tiba waktu untuk rukuk. bayangkan dalam usianya 5 tahun tu, dia dah pandai rukuk, macam orang2 tua yang dah uzur, solat sambil duduk. aku bagaikan nak pecah perut menahan gelak melihatkan keletahnya, tapi sabar ajelah...aku tengah solat ni...rasanya solat aku hari tu, entah apa2 jadinya. rasa2nya aku tak pernah ajarnya cara nak solat sambil duduk. agaknya dia selalu nampak papanya solat begitu semasa sakit hari tu...

Selasa, 21 Disember 2010

alahai isteri....

sudah hampir 14 tahun aku bergelar isteri kepada sorang suami yang sangat penyayang. Perkahwinan aku dengannya pada awalnya tidak direstui oleh diriku sendiri..macam kahwin paksa jugalah, agaknya separuh paksa kot, hahaha...'family arrangement' lah ni. kedua orang tua kami adalah kenalan, walaupun aku tak pernah jumpa dengan suamiku.
awal perkahwinan, memang kerjanya, gaduh aje....aku tidak mengenali sikap dan peribadinya dan dia pun sama jugaklah. kami kahwin dalam keadaan 'zero'. dalam seminggu, adalah 2-3 hari aje berlalu tanpa pergaduhan. tapi yang bagusnya, dari pergaduhan itu kami semakin mengenali sikap dan prinsip kami..pergaduhan ini selalunya berakhir dengan perbincangan. so, kami senaraikan apa yang kami tak suka dan apa yang kami gemari. jadi, dari situ kami membina persefahaman.
tapi, sorilah...kami bukan bergaduh dengan perang mulut atau menerbangkan periuk belanga, aku ni jenis yang lebih gemar berdiam diri aje bila tak suka. so dia akan tanyalah kenapa. akupun terangkanlah apa2 sahaja, termasuklah tindakannya atau kata2nya yang aku tak suka. bila time sesuai, diapun akan bercerita jugak apa yang dia tak suka...
itu cerita aku....
sepanjang perjalanan hidupku, kerap juga aku didatangi oleh isteri-isteri yang tak puas hati dengan suami mereka. Aku ni sering bertukar 'post', selalulah juga menjadi tempat rujukan kawan2 merangkap isteri. ini kisah sepasang suami isteri. Let say, suami namanya Laki, isteri pula namanya Teri. masa aku mula2 bertugas di situ, aku cukup adore dengan mereka berdua. suami sangat prihatin, nampak sangat caring. isteri pula sangatlah berketerampilan, vogue gitu. eeeee...seronoknya dapat suami macam tu...semua benda dia beli untuk isterinya, semua benda dari atas sampai ke bawah. size kasut, jenis handbag etc...semua dia tahu. Suami aku? sori to say, size kasut aku dia tidak tahu gamaknya.
ada sekali tu aku 'on trip' (kursus) dengan kawan2 lain, termasuklah Laki, Teri tak ikut. ya Allah, bagusnya si Laki ni, siap belikan kasut dan baju untuk isterinya. hish...kalau aku, mesti dah tergolek2, suka sangat bila suami bawak balik tangan yang berbuah begini. nampak sangat kecintaan dan kerinduannya pada aku.
bila bersembang dengan si Teri, rupanya lain pulalah iramanya. iskh...iskh...macam2 ragam manusia. tak puas hatilah pula sang isterinya. alah, tak syoklah....tak menepati my taste, katanya. betul jugak, agaknya tak boleh memuaskan nafsu yang satu itu...apa lagi, nafsu membeli belah lah bagi perempuan.
si Teri memberitahu lagi, kalau boleh nak jugak rasa memakai pakaian ikut taste sendiri. nak juga rasa kepuasan yang tak terhingga bila dapat shopping sakan. ini, katanya, dah semua Laki belikan, nak pi shopping macam mana kalau dah gitu kan? salah seorang kakak aku lagi teruk, lipstik dia pun laki yang belikan....
yang aku ni pulak, tak puas hati jugak...kalau boleh nak jugak merasai perasaan bila semua disediakan oleh suami. suami aku : you nak pakai apa, you beli. Nak colour apa, you pilihlah..abang tak kisah. nak shopping kat mana, cakap aje, abang bawakkan. kad atm aku, gaji aku dia tak pernah amik tahu. cukup bulan, aku keluarkan gaji aku dan gaji dia mengikut peratusan yang telah dipersetujui untuk kegunaan rumah kami, yang lebih tu terpulanglah kepada aku.
si Teri ni pulak, suka sangat bila aku perihalkan kisah aku dengan suami aku. Hah, ini dah terbalik ni, aku suka sangat kalau aku berada di tempat Teri, si Teri pulak suka tempat aku. ehhhh..fenin kefala lah pulak...
Cik Jah oiiii... bersyukurlah dengan apa yang ada. kita tak kan dapat package yang lengkap, sebab tak ada manusia yang perfect. suami dan isteri adalah pelengkap..mereka saling lengkap melengkapi, kurang pada kita, sebab ada kelebihan itu padanya. Macam cincin dan jari, saling lengkap melengkapi...kalau dah jari tu sama bentuk dengan cincin, dah nak sarungkan cincin tu kat mana? hahaha..macam mana cik jah, boleh engkau jawab...

Isnin, 20 Disember 2010

muhasabah diri...

november yang berlalu, usiaku dah memasuki 42 tahun. 40an...orang putih cakap "life begin at 40". kata-kata ini memberi pelbagai intepretasi, bergantung kepada kepelbagaian individu. bagi seorang lelaki, mungkin inilah permulaan usia untuk mencari cinta baru, yelah, ekonomi dah mantap, rumah dan kenderaanpun dah mantap,isteripun mungkin dah mantap jugak sizenya..agak le...
berbeza dengan perempuan pula, aku lah tu..orang lain tak tahu lah pulak aku. dalam usia ini semacam ada perubahan dalam aliran pemikiranku. berlaku anjakan paradigma dalam kehidupan. berubah arah. agaknya dah tua ke aku ni, tapi rasa macam taklah tua sangat, kan? hormon tak stabil kot?
dulu aku tak tahupun dan tak minatpun pasal seni2 kraftangan ni, tup2..bila dah masuk usia asar ni, minatlah pulak....sulam menyulam, siap amik tempahan lah pulak...eee...apa pasal hah?
dalam bab berpakaian pulak, huuuu...semua nak cantik2, siap berbling2 lagi tu....kalau dulu, baju murah aje harganya, tak pernahlah harga mencecah RM40 sepasang , biasa2 aje. hihihi...sekarang ni, rasa macam gatallah pulak kalau pakai baju yang murah...hahaha...hormon apa yang hinggap kat aku ni? atau virus riak kot atau bakteria sombong. no..no...aku rasa tidak, sebab aku rasa macam bila aku pakai tu just untuk kepuasan diri sendiri, seronok sendiri dan yang paling penting bila jumpe pelajarku, aku mempunyai keyakinan yang tinggi.
kalau kat dalam "gobok"...wardrobe lah tu...huhuhu..baru ada klass...baju2 lama dah tak ada..dah dieksport kat orang2 yang agak memerlukannya, so ada alasan le nak tambah collection baru
tapi kan setakat ni, perubahan ni masih 'under control'.

Jumaat, 3 Disember 2010

lagu sedih...

entahlah, beberapa hari ni, rasa macam irama dan lagu yang sedih aje berdendang dalam hati dan perasaan. Ku lihat kiri, ku lihat kanan. manusia semuanya nampak bahagia aje, aku? entahlah...sedih sangat, terluka sangat, kecewa sangat dan semua irama sedih ada.
kisah dah berlarutan daripada tahun 2003, kalau tak silap aku.
sebenarnya kalau diceritakan lagi luka dalamnya, lagi perit sedihnya. tapi aku dah tak boleh simpan sorang2. tak de sesiapa tempat ku nak luahkan segala perasaan ini. yang adapun, hanyalah kata2 yang mempersalahkan diriku sahaja. ini menambahkan lagi kesedihan yang sedia ada. paling2 pun baik aku pendam sorang2 atau aku luahkan segala isi hatiku kepada Allah yang Maha Esa. sekarang ini bukan masa untuk mempersalahkan diriku, tapi sepatutnya bantu aku untuk mengeluarkan diriku dari kelumit masalah ini...yang ku dengar hanyalah : ...itulah, sapa suruh buat? ....kenapa kita yang perlu bersusah payah? tidak... itu tidak menyelesaikan masalah ini. arghhh...aku sendirian dalam menghadapinya...

Ahad, 28 November 2010

mati itu pasti...


sudah lebih daripada sebulan ayahku meninggalkan dunia yang fana ini. agak lama ayah menderita sakit. macam-macam sakitnya. doktorpun dah naik pening. sakit batu karang, kebocoran pada jantungnya yang menyebabkan kakinya selalu bengkak,dan sakit dalam perut, doktor kata penghadaman ayah tak berapa elok...biasalah ayahku kan dah tua sangat, 80 lebih usianya.
sedih? memang tak boleh ceritalah...walaupun aku dah menjaganya dengan kemampuan aku yang ada, tetapi rasa ralat, sedih, pilu dan macam-macam lagi, pasti tak boleh dielakkan.
agaknya apa khabar ayaku di sana.
bagaimana agaknya alam kubur ayahku,
bolehkah ayahku menjawab soalan mungkar nakir,
semacam bilik pengantinkah kuburan ayahku
atau seperti lubang daripada lubang-lubang neraka...
siapakah yang menemani perbaringan ayahku
adakah amal solat, atau bacaan al-Qur'an ayah yang menjadi penyuluh kegelapan kubur
atau..
ular, atau binatang berbisa lain yang memenuhi kuburanmu ayah...
bagaimanakah layanan Allah terhadapmu wahai ayahku?
bagaimanakah engkau dapati daripada janji2 Allah wahai ayahku?
Apakah yang diberi Allah kepadamu wahai ayahku
sebagai makanan....
sebagai minuman...
Ya Allah, Engkau selamatkan ayahku, kasihanilah dia sepertimana dia sangat mengasihiku...
jadikanlah usahanya membesarkan untuk menjadi seprti aku ini, sebagai pahala untuknya
jadikanlah belaian kasihnya padaku sebagai belaian kasihMU ya Allah kepada ayahku
jadikanlah ucap nasihatnya kepadaku sebagai penyuluh dalam kuburan ayahku...
ya Allah, masukkanlah ayahku dalam golongan orang yang mendapat rahmatMu ya Allah...








Jumaat, 26 November 2010

cik jah oiii....

Weh.... cik jaaaah, engkau ni menulis blog ni buat ape?
nak cari glamour ke?atau nak cari peminat?


Alahai cik kiah...aku ni menulis ni bukan apa2 tau, 
saja je, nak mengasah mata pensel aku ni yang dah berkarat.....mana tahu boleh jadi macam menulis 
novel prolifik yang terkenal sekarang ni, macam 
love story author,norhayati berahim ke, atau thriller novelist, macam ramle awang murshid ke. 


Hah..kita ni kena ada wawasan cik kiah ooiii..
jangan kau tak tahu cik kiah...aku ni memang minat sangat membaca novel-novel ni. dari zaman kecik-kecik lagi aku dah minat membaca.

Kalau zaman bebudak dulu, cerita-cerita berbentuk 
fairy tales. snow white n the seven dwarf, cinderella, 
jack n the beanstalk, dan banyak lagi. kalau dah baca tu, 
layan khayallah sekejap.
Aku dok bayangkan aku ni macam, snow white ke 
atau cinderella ke yang menunggu prince charming datang. 


Berkuda, sangat segak sekali.wah...seronoklah kan kalau ianya berada di alam nyata. tapi sayang ianya hanyalah di alam fantasia siti aja.


Kalau zaman aku muda-muda pula,aku cukup suka novel cinta-cintun. biasalah kan akupun macam remaja lain jugak. 
suka benar diulit dengan mimpi-mimpi indah. kalau dah mula baca novel, aku tak boleh berhenti, sanggup berjaga...
pukul tiga pagi...(mesti bunyi macam lagu p.ramlee). 
kalau boleh mau kasi habiskan juga..hahaha..teruk juga kan?

Ada satu novel inggeris yang aku cukup suka, tajuknya -no greater love- authornya danielle steell. ceritanya sangat menyayat hati. pasal cinta, berkorban kerana cinta dan terkorban kerana cinta..ada iras-iras movie...the titanic..sedih betul.
Sekarang ini dah masuk fasa ketiga. tak main dah critera cinta...minat aku telah berubah arah, tapi masih novel lagi...jeng..jeng..jeng.. novel thrillerlah pulak. penulisnya...si ramle awang murshid. boleh dikatakan semua hasil tulisannya ada dalam simpanan aku...hasil tulisannya yang terkini, tajuknya cinta sufi, dah habis aku baca.


Alkisah..itulah yang menyebabkan aku ni mula cuba-cuba menulis untuk journal hidupku. penulis inilah yang membakar semangat untuk aku menulis. untuk permulaannya, medan ini untuk aku jadikan pengasah bakat aku (hihihi perasan...oiii..cik jah engkau tu ada bakat ke idak?)

Lagi pula aku nak sangat-sangat, bila anak aku yang sorang ni dah besar, nanti dia akan lebih mengenali dan memahami diri aku yang sebenar. mana tahu, kalau aku tidak sempat untuk berlipur lara dengannya nanti...at least, dia boleh baca kan?

Khamis, 25 November 2010

Zaman Sekolah Rendah Nan Seronok...

Zaman persekolahan ku bermula pada tahun 1975, ketika aku berusia 7 tahun. Tadika? Mana ada, zaman tadika tidak begitu glamour pada masa itu. Jadi aku masuk sekolah rendah dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Ibu ku dan ayah tentulah tidak mampu memperkenalkan aku dengan konsep 3M, kerana mereka buta huruf. Ketika di sekolah rendah, tak banyak yang aku ingat, cuma ada beberapa peristiwa sahaja yang betul-betul berada dalam ingatanku sehingga ke hari ini.
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Morak. Aku masih ingat lagi, semasa dalam darjah 1- zaman aku dulu disebut darjah, sekarang tahun -, bangunan sekolah tu agak usang jugak. Dengan hanya berdindingkan papan, berlantaikan tanah, disitulah aku belajar. Meja dan bangku, oklah... Beg sekolah? Macam gaya beg Mr. Bean. Beg kotak dan bercorakkan kotak-kotak. Fuhh, itu kiranya bergaya sakan lah tu pergi sekolah. Kalau musim raya lagi bagus. Ada sekali tu cikgu Nasir, tegur aku, wah..cantiknya kasut khatijah...yelah mana tak cantiknya, kasut raya merangkap kasut sekolah...hahaha..aku tersipu malu. Pernah juga aku beraya dengan kasut sekolah, macam kes tadilah jugak...kasut sekolah merangkap kasut raya. Yelah ayah akupun bukan orang senang, dengan tulang empat keratnyalah dia membesarkan kami adik beradik, jangan tak tahu, aku adalah anak yang 13 daripada 14 orang adik beradik.
Antara aktiviti yang paling aku suka, ialah membaca buku-buku, tentulah "fairy tales story book". itulah kegemaran aku. Perpustakaan sekolah pada masa tu- masa aku darjah 3, agaklah- macam kioks aje keciknya, tapi aku cukup suka. Kat rumah mana ada buku-buku, lagi lah buku-buku inggeris. masih ku ingat lagi, permulaan penceritaannya mestilah...once upon the time...seronok sangat kalau dapat menghadap buku-buku tu.waktu rehat aku? selain daripada perpustakaan, mainlah, apa lagi. tak ingat dunia..melompat sana, melompat sini. biasalah budak-budak kan?. kala itu, dunia milik kami.
Pernah sekali tu, ketika aktiviti sukan tahunan sekolah, aku masuklah juga acara lumba lari. Aku pun tak ingat kenapa aku berlari dengan memakai skirt sekolah (pinafoo). yang malangnya skirt tu terkoyak, kat bontotlah pulak tu...eeee malunya aku. aku meneruskan perlarianku dengan kedua-dua tangan memegang bahagian belakang skirtku. weh..kalah..at least dapat jugak buat alasan kan? tak boleh lari laju, sebab ada kecemasan...
Cikgu-cikgu yang mengajar aku termasuklah, Mdm Kamariah (teacher bahasa Inggeris masa darjah 4), Miss Marhala Letchumy (teacher bahasa Inggeris jugak tapi masa aku darjah 5), Allahyarham Cikgu Mat tahi lalat -sebab dia ada tahi lalat besar kat pipinya, semoga beliau dirahmati Allah,Cikgu Ismail, Cikgu Fauzan-guru kelas aku, dan ustaz tu, aku lupa namanya tapi masih ku ingat rupanya, selalu bawa kami ke masjid, untuk solat zohor berjamaah. terima kasih ustaz. Tapi malu betul aku dengan kengkawan aku, yelah..aku solat ikut aje apa orang buat, bacaannya? aku tak tahu....budak-budak sekarang kiranya sangat beruntung, kecik-kecik lagi dah pandai solat dan bacaannya solatpun bagus. anak aku yang berumur 5 tahunpun dah boleh. yang pedihnya, ada kawan-kawan aku tu siap sound lagi...ada orang solat, tapi tak pandai baca...uhhhh pedihnya menyucuk-nyucuk hatiku...aku bertekad untuk menghafaz semua bacaan solat.
aku tidak pernah marah kepada kedua ibu bapaku. mereka agak sibuk untuk mencari sesuap nasi untuk kami. Kekangan masa menyebabkan mereka tidak ada masa untuk mengajar kami. Mereka keluar rumah pagi dan baliknya kadang kala kami dah tidur....kerja sendiri, bila balik dah penat. Jadi apa-apa halpun kami kena usaha sendiri.
Selepas peperiksaan penilaian darjah 5, aku mendapat tawaran untuk menduduki ujian kelayakan ke MRSM di SK Padang Garong, Kota Bharu. Pagi-pagi hari lagi aku, dengan ditemani ibu dan ayah, bergegas ke sana. Semua perasaan ada, perasaan malu, bangga, sedih dan pilu bersimpang siur dalam diri. Kenapa tidak, murid-murid lain datang dihantar dengan kereta menjalar, aku...dengan hanya berbeca buruk, tapi sekurang-kurangnya aku kagum jugak dengan diriku, walaupun miskin, tapi ada wawasan, persis dengan kehidupan.
Bila aku berada dalam darjah enam, banyak benar kenangan yang tak dapat aku lupakan. Kiranya ini adalah kemuncak kepada zaman sekolah rendahku. Kawan-kawan perempuanku- jangan tak tahu, aku dah mula belajar berkawan dengan budak perempuan ketika aku berada di kelas inilah, antara yang masih kuingat..wan norazlina, azma, zaiton,marzita (anak cikgu Ismail), nooraziah, Ini dan zurina, yang lain tu lupa.
Budak-budak lelaki suka mengusik kami. selalunya mereka akan jadi mangsa, kena pulas telingalah, kena marah oleh guru kelas kami, cikgu Fauzan, guru besar panggilah, macam-macamlah lagi. Sebabnya ada seorang pelajar perempuan tu..alahai, sikit-sikit aje budak lelaki usik, menangisnya panjang. Aku lupalah pulak namanya, tapi kami panggil Ini aje. Dia yang selalu bagi warning kat aku..jangan berkawan dengan budak lelaki, nanti..entah apa-apa dia cakap. iskh..iskh..aku ni tak berapa minat nak berkawan dengan pompuan macam ni....eee sabar ajelah.
Khabarnya, Mat Nasir yang selalu usik Ini, dah kahwin ngan janda beranak satu. Adik Awang suka baca berita cicak accident dengan kapal terbang, Midi Kepek dan kawannya Medan suka ngusik aku, bila nampak anak sedara aku, Seni, mesti dia akan eja..s..u..s..u, kalau singkatan ejaan sekolah kami SKM, dia kata Siti Khatijah Mamat, sebab dalam kelas kami ada seorang murid tu namanya Mamat, konon-kononnya aku dan Mamat ada ehem-ehem. sori naik lori la..not my taste, begang betul aku. Tapi Mamat tu sekarang dah jadi duda, tau... Disebabkan Midi ni suka menyakat aku, lalu aku gelarkan dia Midi Kepek, hahaha...sukanya aku. si Faisal anak D.O tu pulak, kami panggil si lembik. Pengsannn, bila dentist datang ke sekolah untuk rawatan pergigian bagi murid-murid darjah 6. riuh kami gelakkan dia. tapi sekarang dia dah jadi jurutera kat petronas, kalau tak silap akulah.
Bila aku kenangkan zaman sekolah rendah, tak ade yang sedih kecuali seronok aje...tapi sebenarnya ada jugak bab sedihnya..cuma tak banyak. Aku ni walaupun ramai adik beradik, tapi yang masih hidup hanya 5 orang sahaja termasuk akulah, 9 orang lagi meninggal masa diaorang kecik-kecik lagi. Masa aku darjah 1, kakak aku yang keempat, Sapinah, dah berada di tingkatan satu. selalunya, pagi-pagi dia yang kena mandikan aku. yelah budak kecik, mana pandai nak "karai" (angkut air) dari perigi, gelap pulak tu. Selalu juga aku kena ketuk dengan baldi, tapi aku lupa kenapa. tapi bab kena ketuk tu aku ingat sangat..agaknya menyusahkan dia kot. Nak karai air dari perigi tu bukannya senang, untuk dia dan untuk aku sekali...tentu menyusahkannya...terima kasih kak. ini bukan perli ni, ini ucapan terima kasih kerana sanggup bersusah untuk aku..
Habis saja darjah 6, kami kena membuat pilihan sekolah menengah. Aku memilih untuk ke sekolah agama- Maahad Muhammadi di Kota Bharu. Rupa-rupanya aku seorang sahaja yang memohon ke sekolah agama. Cikgu Mat ke hulu ke hilir untuk aku mendapatkan borang dan segala keperluan lain. Nak harapkan aku? apa juga yang aku tahu...ibu bapaku lagilah tak tahu..semoga Allah memberikan pahala untuk Allahyarham Cikgu Mat. Sekolah Maahad...kita sambung di catatan lain...

Zaman Kanak-kanak Nan Indah...

Pada pagi Jumaat, bulan Sya'aban bersamaan dengan 1 November 1968, aku telah dilahirkan . Menurut ibuku, proses kelahiranku sangat sukar. Pada ketika itu, ibu-ibu lebih gemar bersalin di rumah dengan berbidankan bidan kampong sahaja. Tiada misi tiada hospital...semuanya dilakukan di rumah sahaja. Bidan yang membantu ibuku pada masa itu, akupun dah lupa namanya, sudah habis ikhtiarnya, ibuku lagilah sudah habis kudratnya. Akhirnya, pilihan yang terakhir, bidan meminta agar digantung lelangit dengan kain kuning, berlapikkan kain kuning, boleh kata serba kuninglah, maka dengan kehendak Allah jua, lahirlah aku dengan selamatnya.
Ibuku bercerita lagi, asalnya namaku Mahani. Nama ini disukai oleh kakak aku, katanya sempena nama pembaca berita RTM yang terkenal pada masa itu, iaitu Mahani Ujang. Kemudian Nenek Sedara ku pula tak berkenan, katanya nama Khadijah lebih bagus, yelah nama isteri Nabi...lalu kekallah namaku Khadijah...dengan harapan agar aku menjadi sebagus akhlak Khadijah.
Zaman kanak-kanakku biasa saja. seperti kanak-kanak kampong lain. Yang paling kuingati, ialah ketika musim tengkujuh, sebab masa catatan ini dibuat ketika musim tengkujuh. Aku ni jenis lasak sangat, suka pulak tu berkawan dengan budak lelaki. Budak perempuan, emmm..lecehlah kawan dengan mereka, sikit-sikit dah nak merajuk, siap lapor kat mak bapak diorang lagitu...tambahan pulak diorang ni main benda-benda yang tak mencabar, main masak-masak, kahwin-kahwin...tapi yang ni suka jugak aku, pasal apa? masa nak pakai mekap le...lipstik? Kudup bunga senduduk..hahaha...seronok jugak.
Berbalik pada kisah berkawan dengan bebudak lelaki ni, suka..sebab diaorang suka main benda-benda yang mencabar. Lastik burung, main tembak-tembak dengan bedil buluh berpelurukan buah cenerai, atau ke lopak-lopak atau baroh tangkap ikan darat atau memancing ikan kat sawah padi le...lepas tu balik rumah, mintak mak siangkan ikan tu. selalunya mak masak goreng atau pais ikan, selalunya ikan kecik-kecik aje.
Kawan-kawan lelaki yang aku ingat sangat, ialah Mat Junoh, sebab dia pernah selamatkan aku dari lemas. Ceritanya, suatu hari tu, seperti biasa, aku kat barohlah dengan kawan-kawan lelakiku, tiba-tiba aku dapat informasi, kakak ku, Rokiah, sedang meronda satu kampong mencari aku, siap dengan penyebatnya sekali. Aku apa lagi menyorok mana sempat. Aku tak de pilihan, menyelam dalam air kolam.Kolam ini sebenarnya terhasil apabila tanahnya dikorek untuk dijadikan bata tanah liat. Aku tak pandai berenang sebenarnya. Bila kakak ku dah pulang kerana tidak menjumpaiku, tentulah kawan-kawanku pun bersengkongkol dengan ku, pada masa itu aku dah hampir-hampir lemas...nasib baik si Mat Junoh ni telah menyelamatkan aku....

klik...