I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

pulau redang....

as i said before, aku ni sangat phobia ngan air. ada peristiwa kenapa aku sangat gerun bila sebut aje air...
ingat lagi dak peristiwa aku hampir lemas semasa aku kanak2...so semenjak hari itu, aku memang takut ngan air.   Dua tahun lepas, aku diarahkan mengikuti satu kursus, khusus untuk penasihat persatuan, ke sebuah pulau yang amat cantik di Pantai Timur, Pulau Redang.  Pulau ini terletak dalam negeri Terengganu.  Sangat familiar bagi sesiapa yang berminat dengan snorkling atau apa2 aje yang berkaitan dengan pulau dan pantai.
Macam mana nak pergi sana? Hanya dengan menaiki feri di Kuala Terengganu.  Resort dan pengangkutan untuk ke resort2 yang ada kat Pulau Redang boleh diuruskan dari sini, di jeti di Kuala Terengganu.
bersama bff
Bila cerita bab pulau, mestilah ada air kan?....huhuhuhu...hatiku merawan. air! huhuhu...hatiku menyeriau. meremang bulu romaku.  macam mana nak tolak ni....pengganti pun tak dapat.  yelah sapa yang nak pergi...bukan seronok pun.
at last, aku kuatkan hati dan kukuhkan semangatku. aku terima cabaran tersebut. sebenarnya aku ingin mencabar diriku sendiri, mencabar perasaan takutku...dan menyahut cabaran kengkawan aku.


Di jeti kat Kuala Terengganu
then, pada pagi tersebut kami, agak2 dalam 20 orang atau lebih, bertolak ke Kuala Terengganu. aku tak ingat jam berapa kami sampai kat jeti pulau redang di Kuala terengganu, agak2 after lunch hour.
dari jeti ini, kami menaiki feri dan sampai di pulau redang  dah petang.
semasa dalam feri, tiada masalah..so far so good. Tapi setiap kali feri dilambung ombak yang agak besar, weh... gayat gak.
PATI..yang kat depan tu ketuanya...hihihi
kami berkampung di pusat-ko di Pulau Redang. ianya terletak berhampiran dengan jeti.  Seusai solat asar, kami dibawa ke pantai, untuk 'water confident'...alahai..sudah! rela dalam paksa...akulah...kami bertolak ke tepian pantai. huh...ganasnya transport kat sini.  kami ramai2 disumbat dalam anak lori, macam ikan sardin ...orang yang tak berapa muda ni, faham2 ajelah macam mana kami nak panjat anak lori ni, tertonggek2...huhuhu..gelihati aku...lagi2 bila dah berada kat dalam tu, macam "PATI" pendatang asing tanpa izin....wuhhh...jalannya...sangat2 mencabar...berbukit dan berbatu bata...sengal2 badanku diulik ayunan lori....melintasi berjaya resort, pehhh... menarik.  nantilah ada fulus lebihkan, nak jugak bawak suami dan anak...

inilah transport kami kat sana...



bila sampai kat sana....tolong..aku sebenarnya tak leh nak citer, masih terasa pedihnya mataku, masih terasa masinnya air laut yang masuk ke dalam tenggorokku...baru aje nak mula water confident, aku hampir2 lemas. nasib baik kawan aku perasan. pakai safety jacket tu....tapi tak leh jugak.  instructor puas memujuk aku...iskh2..makhluk sesat dari planet marikh agaknya nih...takut gila ngan air laut...last2, aku menjadi penonton aje kat tepian pantai.  melihat kawan2ku yang begitu teruja.  Malam tiada aktiviti menarik, cuma penerangan untuk aktiviti  esok. kami semua tidur mati...letih dan penat plus lemas...akulah tu...hihihi..
itu baru satu peristiwa di pulau redang....senang2 nanti aku citer pulak insiden2 lain yang menggempakkan di pulau redang nan indah....
ikan2 yang bergembira menyambut kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...