Jauh juga sebenarnya. Tapi perjalanannya agak smooth sikit sebab suami menggunakan Lebuh raya pantai timur (LRPT). Kiranya shortcutlah, tak payah masuk ke Bukit Besi. Laluan LRPT ini bermula di Ajil dan berakhir di laluan keluar Bukit Besi.
Selepas perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam, kami sampai di bandar Kuantan. Melilau2 mata kami, for the very first time, kami berada di bandar Kuantan. Sebelum ni, hanya 'tumpang lalu' aje.... Pakai redah ajelah, bang. Aku beri cadangan. A'ah...nak buat macam mana lagi. Paling2pun sesat kat Malaysia aje..tapi kalau sampai Turki seronok jugak. Suamiku buat lawak. Aku ketawa mengekek...Akhirnya mataku tertancap kat sign board " Pavillion Hotel"..Hah! tu ada hotel, bang...jomlah. Tanpa bersogeh lagi, hotel itulah fokus kami.



![]() |
Dinner nasi ayam kat Sri Affar.. |
Perjalanan dari Kuantan ke GWP mengambil masa agak2 dalam 30 minit pemanduan kereta. Mula2 aku agak cuak jugak, betul ke ni jalannya, macam jalan kampung aje...alah ikut ajelah.... Aku perasan sebelum sampai GWP, kami melintasi kolej Matrikulasi. Maksudnya kalau korang dah sampai kat Kolej Matrikulasi ni, kiranya dah dekat nak sampailah tu.
Bila sampai, mula2 tu preparelah dulu persalinan untuk mandi-manda nanti. Selipar jepun atau kasut jepun (ada ke? hehehehe) Tuala, pakaian mandi-manda masukkan dalam beg, dan jangan lupa, plastik beg untuk isi pakaian basah nanti. Dah sudah, beli tiket kat kaunter. RM 21.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak2. Top up (untuk membeli belah kat dalamlah, espc. makanan atau minuman) RM 50.00. Untuk kami semuanya RM108.00. Tiket tu kena pakai kat pergelangan tangan. Macam tag kat wad bersalin tu, baby n mum....
Kat dalam tu, kita boleh sewa pelampong, locker, atau hut (pondok kalau kita nak berehat etc). Lepas tu enjoy yourselflah. Perbelanjaaan percutian kami 2 hari 1 malam:
Minyak keta : RM 135.00
![]() |
Posing kat Parkson... |
GWP :RM 108.00
Makan2 :RM 80.00
Jumlah : RM 511.00
Additional :
Shopping RM ikut suka
Semoga info ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Kuantan atau GWP...hepi viewing...


![]() |
Tertelan air....kihkihkih... |
![]() |
Huhuhuhu....merpati dua sejoli... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan