I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 12 Disember 2011

Nasi Kerabu Kuning

Cuti sekolah...hari2 untuk mengasah bakat memasakku dan hari2 untuk menaikkan saiz badan.  Nasi kerabu, sedap dimakan tapi leceh nak membuatnya. Banyak procedure (hihihihi....) dan benda yang nak dibuek.

Nasi Kerabu Kuning :

Bahan utama :
Nasi kuning 
Sambal kelapa 
Budu 
Sambal lada  
Serbuk lada hitam
Ulam2 yang dipotong halus


Additional :
Keropok
Ikan celup tepung
Ayam goreng

A. Cara2 membuat nasi kerabu kuning :
1.  Beras dibersihkan.  Masukkan air secukupnya.  Masukkan  kunyit serbuk sebagai pewarna.  Jangan lupa pewangi nasi : daun pandan (2-3 helai) daun limau purut (2-3 helai) dan nak lagi sedap masukkan 2-3 pelepah daun serai.  Masaklah seperti biasa.
Kelapa parut sangai dan bahan yang ditumbuk

B. Sambal Kelapa (Sambal Nyiur)
Bahan :
1 mangkuk kelapa parut 
5 ulas bawang merah- potong kecil supaya senang suami awak nak tumbuk nanti
4 batang serai - serai dipotong halus2 agar senang hancur.
4-5 hirisan halia
Bawang merah, halia dan serai
3-4 sudu makan gula (anggaran aje)
1 sudu makan garam (aku guna garam halagel rasanya kurang masin sikit...jadi agak2 ajelah, kalau macam kurang masin boleh tambah)
3-4 ekor ikan selayang atau ikan mata besar- dipanggang atau direbus dengan sedikit air, dah sejuk asingkan isi ikan.

Cara2 membuat :
Ikan selayang yang dah direbus 
1.  Kelapa sangai : kelapa parut disangai dalam kuali dengan menggunakan api perlahan. Hendaklah dikacau selalu. Macam mana nak tahu ianya dah ok? Bila warnanya dah bertukar keperangan dan agak crunchy.  Keluarkan cepat2 dari kuali, kalau tak nanti warnanya bertuka coklat gelap...itu kiranya dah hampir hanguslah tu...
  
Sambal kelapa yang dah siap digaul sebati dengan bahan tumbuk
dan isi ikan....
2.  Kemudian dapatkan tukang tumbuk yang gagah perkasa (hihihihi...my hubbylah tu ) kemudian carikan lesung batu. Tumbuk sampai hancur bahan2 berikut (ikut urutan ye!) : Mula2 tu serai....bila dah hancur baru masukkan halia, kemudian masukkan bawang.  Bila semua dah hancur dan sebati masukkan garam dan gula secukup rasa.  Macam mana nak tahu gula dah cukup rasa? Bila kita tumbuk, ianya macam agak berair sikit. Kalau kering, maksudnya gula belum cukup lagi.  So, tambahlah sikit2, sampai ianya agak berair. Sambal kelapa ni mesti ada rasa masin dan agak sedikit manis. Akhir sekali masukkan isi ikan dan ditumbuk sehingga hancur dan sebati semua bahan tadi. Satukan bahan tumbuk tadi ke dalam kelapa sangai dan gaul rata...of courselah, use your hand, pakai sudu? Takut nanti tak sebati elok.
3.  Resepi ini versi mak aku. Mak aku kata ini resepi nasi kerabu pemalas. Kalau rasa macam korang nak asingkan ikan dan kelapa pun boleh. Ikan yang dah siap diasingkan isinya tu hendaklah di hancurkan dengan tangan aje.  Lepas tu digoreng tanpa minyak atau disangai atas api perlahan. kacau selalu sehingga isi agak kering dan tak melekat di  kuali. Dan yang ni nasi kerabu orang yang rajin. Huhuhuhuhu....
Budu, sambal lada dan serbuk lada hitam

C. Budu
Bahan :
1/2 cawan budu
1/4 cawan sedikit air asam jawa
Ulam-ulam yang dah dipotong halus : timun, bunga kantan, bawang merah,
kubis dan limau nipis
2 ulas bawan merah diketuk
1 batang serai diketuk
1 keping gula melaka (kecil)

Cara2 membuatnya :  semua bahan dicampur dan dimasakkan di atas api sederhana. Dimasak sehingga pekat.

D.  Sambal Lada : Cili, garam, gula, dan cuka semua bahan diblend hingga hancur

Cara2 Menghidang Nasi Kerabu Kuning :


Masukkan sedikit nasi dalam pinggan. Letakkan sambal kelapa kat atasnya, budu, serbuk lada hitam, sambal lada, ulaman dan perahkan asam limau nipis.  Lepas tu gaul sebati dan rata2 semuanya sekali.  Barulah boleh dimakan. Yummmm.....yummmm

 Ok...semua bahan utama sudah siap.  Yang paling penting, yang menentukan kesedapan nasi kerabu ini terletak pada sambal kelapanya dan juga budu. Rasa2 aku dah complete kut resepinya tu. Cuma kuantiti bahan2nya tu tidak exactly sangat, aku estimate aje. Sebab kebolehan aku hanyalah  pakai campak aje....
Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...