Ibuku bercerita lagi, asalnya namaku Mahani. Nama ini disukai oleh kakak aku, katanya sempena nama pembaca berita RTM yang terkenal pada masa itu, iaitu Mahani Ujang. Kemudian Nenek Sedara ku pula tak berkenan, katanya nama Khadijah lebih bagus, yelah nama isteri Nabi...lalu kekallah namaku Khadijah...dengan harapan agar aku menjadi sebagus akhlak Khadijah.
Zaman kanak-kanakku biasa saja. seperti kanak-kanak kampong lain. Yang paling kuingati, ialah ketika musim tengkujuh, sebab masa catatan ini dibuat ketika musim tengkujuh. Aku ni jenis lasak sangat, suka pulak tu berkawan dengan budak lelaki. Budak perempuan, emmm..lecehlah kawan dengan mereka, sikit-sikit dah nak merajuk, siap lapor kat mak bapak diorang lagitu...tambahan pulak diorang ni main benda-benda yang tak mencabar, main masak-masak, kahwin-kahwin...tapi yang ni suka jugak aku, pasal apa? masa nak pakai mekap le...lipstik? Kudup bunga senduduk..hahaha...seronok jugak.
Berbalik pada kisah berkawan dengan bebudak lelaki ni, suka..sebab diaorang suka main benda-benda yang mencabar. Lastik burung, main tembak-tembak dengan bedil buluh berpelurukan buah cenerai, atau ke lopak-lopak atau baroh tangkap ikan darat atau memancing ikan kat sawah padi le...lepas tu balik rumah, mintak mak siangkan ikan tu. selalunya mak masak goreng atau pais ikan, selalunya ikan kecik-kecik aje.
Kawan-kawan lelaki yang aku ingat sangat, ialah Mat Junoh, sebab dia pernah selamatkan aku dari lemas. Ceritanya, suatu hari tu, seperti biasa, aku kat barohlah dengan kawan-kawan lelakiku, tiba-tiba aku dapat informasi, kakak ku, Rokiah, sedang meronda satu kampong mencari aku, siap dengan penyebatnya sekali. Aku apa lagi menyorok mana sempat. Aku tak de pilihan, menyelam dalam air kolam.Kolam ini sebenarnya terhasil apabila tanahnya dikorek untuk dijadikan bata tanah liat. Aku tak pandai berenang sebenarnya. Bila kakak ku dah pulang kerana tidak menjumpaiku, tentulah kawan-kawanku pun bersengkongkol dengan ku, pada masa itu aku dah hampir-hampir lemas...nasib baik si Mat Junoh ni telah menyelamatkan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan