I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Sabtu, 23 Julai 2011

Gelagat anak daraku...

Gelagat anak daraku...yang mencuit hati...




 Kadang bila aku tegur dia suka banyak bertanya, apa jawabnya? adik kena banyak tahu...sebab adik nak jadi orang yang banyak maklumat...hahahaha...


 Ada sekali tu, aku tanya dia, kenapa adik solat sambil duduk, hummmm....nak tahu jawapannya? adik solat sunatlah mama....kan solat sunat boleh buat sambil duduk?....hahahahah...kena batang hidungku...



 Kalau dia nampak lelaki dan perempuan yang berpasangan...dia pasti akan memberi komen...adik tahu, dua2 tu mesti belum kahwin lagi...aku tanya, mana adik tahu? katanya : yelah...kalau dah kahwin mesti kereka ada anak kan, jadi kalau tak ada anak, mesti belum kahwin.....

 Selalu bila aku malas nak jawab soalan yang dia tanya, aku akan kata: adik, lain kali jangan guna perkataan "bakpe" (bahasa kelantanlah, maksudnya "kenapa"). So, lain kali bila dia nak tanya aku, dia dah tak guna perkataan 'bakpe'....dia akan tanya "kenapa"......some other times, kalau aku guna pulak perkataan'bakpe', pasti dia akan questioned aku...kenapa mama boleh guna 'bakpe' dan dia tak boleh guna?....aku pun beritahulah...'bakpe' adik tu selalu membuatkan mama tak ada jawapan....hahaha...cara nak mengelak dirilah tu....pening anakku..



 papa: amboi! adik, lepas tengok kartun, main game pulak..., anakku : hah! papa, jangan hasad dengki gak ke orang lain... Tergolek2 papa dia gela....Nak tahu kenapa dia cakap macam tu?  Aku selalu nasihatkan dia  jangan hasad dengki kat orang lain, bila tengok orang lain dapat dan dia tak dapat....hahahahaha...padan muka aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...