Troubleshooter 3 : Lelaki sukar memahami maksud tersirat disebalik kata-kata atau tingkah laku anda (isteri).
Salah satu faktornya, kerana lelaki hanya boleh menggunakan otaknya untuk satu fungsi sahaja bagi satu2 masa. Berlainan dengan perempuan, dalam satu masa mereka berkemampuan memastikan otak mereka boleh melaksanakan beberapa fungsi ' multipurpose'...hahaha...hebatkan jadi perempuan!. Huh! cikjah nih suka bebenor syok sendiri. Hoi! cikpah ni bukan kata akulah, ini hasil kajian...pihak yang berkaitanlah..
Betul apa? Kalau aku kat dapur tu, macam2 kerja aku boleh buat....tengah2 masak, cuci pinggan mangkuk, washing machine 'on', jangan tak tahu, sempat lagi ber'fb'ing, hahahaha...multipurpose!
Oklah, berbalik kepada problem kita. Kalau dah memang laki kita tu susah nak faham 'body language' kita, atau bahasa kiasan kita, maka jalan yang terbaik, luahkan aje apa yang berselirat dalam kepala kita tu. Jangan biarkan dia membuat andaian sendiri. Nanti berlaku salah faham. Cakap aje berterus terang, straight to the point, tak payahlah nak guna bahasa sanskrit ke, bahasa yang berbunga2 ke, atau bahasa sindir2. Mereka tak faham. Buat letih aje, letih jiwa dan raga.
Aku pun dulu2 dah banyak kali terkena, konon malulah, ye..lah baru kahwin, mestilah malukan, ala2 malu2 kambing gitu...
One day, aku memang dah berkenan sangat dengan 'that sandal'....:Ish2..cantiknya sandal tu, berkenan sangat2, hah...muat elok aje, pakai pun rasa macam selesa sangat" penuh teruja aku membayangkan hasrat hati kat suami. "Nak ke?", boleh dia buat tak faham....."eeeh...takpelah"...sebenarnya dalam hatiku...belilah...belilah..untuk saya. Last2 sekali apa berlaku? Hampeh! memang dia tak beli pun...wuaaaaaaaa.....aku tak leh tidur malam tu, dok ingatkan sandal yang itu......wuaaaa..
hah! semenjak hari itu aku dah ubah sikap pemalu kambing aku tu...kalau aku 'nak' aku cakap aje ' aku nak'...tell him the truth! Never sorok2 lagi.
Cara mengatasi :
Jadi, wahai isteri2 kat luar sana, ubahlah cara anda berkomunikasi dengan suami. Komunikasi yang lebih telus, terbuka dan berterus terang. Jangan anda beranggapan suami anda akan fahami bahasa kiasan atau bahasa badan anda, sebab mereka agak lemah dalam hal2 sebegini...
So, you may try this ;
"Abang, saya sukakan hand bag tu, belikan untuk saya...."
Selalulah gunakan bahasa yang lebih positif :
" Abang sayangkan saya kan?" atau
"Saya rasa abang memang sayangkan saya..."
lebih baik daripada kita menggunakan kata2: "Abang memang dah tak sayangkan saya...." memang sah, suami anda tak sayangkan anda.....
Ok...jumpa lagi...bye2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan