Segalanya pasti akan berakhir...kata-kata yang ringkas tetapi persepsinya pelbagai.
.jpg)
Ada juga orang yang diberi ujian dengan sakit. Sakit yang agak kronik. Kena makan ubat, macam2 ubat. Kena berpantang makannya, macam2 benda yang tak boleh dimakan. Bukannya pantang jumpa, terus makan...hehehehe.
Ada yang kena operation. Gerun nak kena operation tu satu hal, menanggung sakit itu satu hal lain pulak. Lagilah kalau kena duduk dalam ward, lama2 pulak tu. Ward tu macam dah jadi rumah kedua. Tengok pulak orang keliling kelalang, sihat...segar bugar. Boleh gelak, boleh ketawa. Boleh tidur baring dengan lena. Boleh makan dengan berselera...masa tu kita rasa cukup tension dan hidup ini tidak adil.

Ada orang yang kehilangan orang yang dikasihi. Hilang ibu dan ayah. Hilang suami, hilang anak. Suami mati, anak pun meninggal. Suami ceraikan kita, anak2 dapat kat dia. Tengok orang sebelah dok bersenda gurau laki bini. Kita bersendu garau dengan dinding. Tengok orang sebelah dok suap menyuap dengan anak isteri. Kita pulak suap sendiri. Tengok orang sebelah sakit demam ada orang peduli. Kita pulak sendiri kena peduli. Tension...tension.

Hehehehehe....cik jah...cik jah.Itu orang yang kurang siuman. Kalau macam kita yang siuman ni macam mana?
Cikpah, segalanya pasti akan berakhir! Itulah nasihat dan pegangan yang kita hayati sebenar2nya. Kalau kita susah, sakit atau apa sahaja masalah dan kesusahan yang kita hadapi, ingatlah...segalanya akan berakhir. Tak ada yang kekal di dunia ini. Yang paling penting, kita kena bersabarlah dulu...by hook or by crook..segalanya akan tamat. Kalau ada masalah, tiba masa hilanglah masalah itu. Kalau kita sakit, tiba masa akan hilanglah penyakit itu...paling2 pun kita semua akan matikan?
Yang paling penting...setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan. Ustaz Zahazan kata, sekali kesusahan akan diikuti dengan dua kali kesenangan. So, sabarlah dan sentiasa berfikiran positif. Ingat jugak, Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Kena sabar dan tunggu 'our turn'. Buah anggur pun ikut step jugak sebelum menjadi raisin, takkan keluar buah terus jadi raisin kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan