I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

kecurangan...

Kadang kala aku terfikir, kenapa pasangan kita boleh berlaku curang.  Setelah kita hidup bertahun-tahun bersama, makan dan minum bersama, bersembang dan bergurau bersama. Belum lagi lagi cerita, duduk sebumbung, tidur sekatil,tapi...itulah dia, mimpi kita lain2..

Apakah penyebab yang "memaksa" pasangan kita berlaku curang.  Apakah kita yang kurang, atau pasangan kita  nak yang lebih. Atau mungkin kerana kita tidak pandai berinteraksi selepas kahwin, berbanding semasa bercinta. Atau juga mungkin kerana jarak masa yang lama menyebabkan kita dah hilang aura, lalu kebosanan yang melampau pun menyelubungi kita?. Sudah hambarkah  kenangan2 manis bersama ketika bercinta?  Itulah persoalan2 yang sentiasa menghantui diri yang dicurangi.

Kecurangan ini tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.  Hari ini macam2 boleh berlaku. Isteripun boleh juga mencurangi suaminya. Banyak kes berlaku, suami orang bercinta dengan isteri orang.  Kalau suami orang bercinta dengan anak dara ke, atau dengan isteri bukan orang (huhuhu..ade ke?) tak pelah juga...Atau isteri orang bercinta dengan bukan suami orang (teruna @ duda lah tu...)pun ada jugak. Dunia yang semakin tua dan nyanyuk...

Bagi pencurang (hihihi...kalau betullah istilahnya) tentulah perasaannya sangat seronok ketika dapat menyorokkan segala kecurangannya. Mesti seronok gorila.  Yelah..kalau curi2 makan, mesti lebih adventurious berbanding dengan makan2 curi...ish2..betul ke tu...cikjah? Tetapi hakikat yang sebenarnya tidaklah seronok pun...cuma syaitan tu memang expert sangat dalam meng'cover' benda2 gini. Itulah manusia yang mengikut kata hati dan kata nafsu. Hah...kalau dah sampai ketahuan, kantoilah...ambik kau..baru tahu langit tu tinggi ke rendah...lagi2lah kalau yang kantoi tu isteri, muka tu dah tak tahu nak letak mana. Kalau boleh nak letak dalam beg aje.  Huhuhu...tak boleh nak bayanglah macam mana...

Bagi mangsa curang, atau orang yang dicurangi, mestilah sakitnya tak leh nak cerita.  Hancur lebur hatinya. Kecewa tahap dinosour. Sakit benar hatinya. rasa2nya kalau berjalan tu, macam di awang2an. Pandang bendapun macam dah tak nampak benda. Kalau tengok orangpun dah tak nampak orang...(jangan nampak hantu dah...huhuhu...) Kesian betul. Agak2nya kalau anda dicurangi, apa mungkin anda memaafkan pencurang?. emmmm...kalau aku, maaf mungkin boleh, tapi untuk menerimanya kembali....mesti nak kena fikir 600 ratus juta kali dululah...

Nasihat bagi pasangan yang curang,
fikirlah dulu...tak ada ke rasa sayang pada anak2?
atau dah tak sayangkah pada pasangan anda?
Jangan biarkan titik kecurangan itu bermula, kerana sekali anda membiarkannya, ia akan tumbuh subur di laman hati anda.
Jangan biarkan satu titik perbezaan yang kecil antara anda dan pasangan anda tumbuh menjadi titik perbezaan yang besar.
Abaikan kekurangan pada pasangan anda, tapi carilah kelebihannya
kagumi kelebihannya walaupun kecil
Ucapkan sayang setiap hari...
lama2...buatlah kejutan sekali sekala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...