I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 6 Mac 2011

meminta dan memberi maaf...

"Maafkan saya, saya banyak buat salah kat awak.."." Tak pe, saya dah lupakannya",atau " tak pe..saya dah maafkan awak"....selalunya itulah dialog yang sering kita lafazkan kepada seseorang yang memohon kemaafan daripada kita.

Semudah itukah juga kita memaafkan individu tersebut.  Betulkah kita telah memaafkannya?.Tapi itulah yang selalu berlaku.  Kadang kala kita menlafazkan dialog itu memang lahir dari hati sanubari kita. Kita memang bermaksud begitu.  Kita memang betul2 memafkan individu tersebut. Kata2 yang betul2 lahir dari hati yang ikhlas.

Tapi adakala juga kita menuturkan kata2 itu hanya untuk menyedapkan hati orang yang mendengarkannya. Atau situasi yang memaksa kita melafazkannya. Tapi nun jauh di sudut hati kita, agak sukar untuk kita memaafkannya. Ucapan memaafkan hanya di hujung lidah dan tidak lahir dari hati yang ikhlas.

"Maafkanlah dia..." agak senang untuk diucapkan tapi memang susah untuk dilaksanakan.  Ucapan maaf itu satu hah, memberi maaf pula satu hal lain yang berbeza. Meminta itu senang, tapi memberi itu sukar.  itulah yang selalu kita rasa.  Kalau itu berlaku, sebenarnya kita sedang melayan ego kita. Ego ini salah satu sifat syaitan dan iblis.  Kenapa iblis tidak tunduk kepada Adam, kerana egolah..

Hakikatnya, kalau anda ingin hidup bahagia, berikanlah kemaafan kepada orang lain. Bila kita tidak memaafkan , dengan kata lain kita menjadi pendendam.  Pendendam juga sifat syaitan.  Orang yang berdendam ini, hidupnya tidak tenang.  Bila jumpa aje...hati kita jadi sakit, kita menjeruk rasa, memendam perasaan marah. Akhir sekali kita bukan sahaja sakit hati, tapi hati kita pula akan sakit, stress, blood pressure pun tak stabil, hypertension dan berbagai penyakit lagi.  so sayangi diri anda dengan memberikan kemaafan.

  Dan perlu diingat tentang satu perkara, bila kita memaafkannya, maka akaun kita dengannya telah ditutup atau not activated, tapi akaun dia dengan Allah? Terpulanglah kepada Allah.Yang penting apabila kita berada di Padang Mahsyar nanti, sebahagian urusan kita telah selesai, moga2 urusan pengiraan amal atau hisab kita dipercepatkan oleh Allah.

Latihan memaafkan orang lain dengan ikhlas (mengikut pengalaman saya sendiri):


1.  Tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2.
2.  Betulkan niat anda..ikhlaskan niat untuk memaafkannya kerana Allah
3.  Setelah selesai 1 dan 2, barulah anda ucapkan kemaafan tersebut, tidak semestinya tuan empunya tu   
     wujud, cukuplah anda memberitahu kepada Allah.
4.  Jika perasaan masih tidak selesa, bermaksud anda belum betul2 memaafkannya.
5. Latih diri anda supaya sentiasa positif.  yang ni memang susah sikit. Antara cara untuk menimbulkan sifat positif ini, sentiasa mengucapkan terima kasih kpd individu tersebut (dalam diam) kerana telah memberi peluang kepada anda untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi.  Sebab pemaaf ini amat dikasihi Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...