I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 13 Jun 2011

mencari bahagia II...

Bahagia itu dari hati
Carilah bahagia dari dalam diri
Mustahil engakau dapati
dari luar diri

Hati yang terikat dengan dunia
pasti tidak akan bahagia
kerana penat mengejar dunia

Hati yang hitam dek  maksiat
pasti tidak akan pernah menemui bahagia
kerana hati itu punca segala bahagia

Hati yang kecewa
pasti tidak akan bahagia...
kerana penat berusaha
mengubat lara

Hati yang penuh hasad dengki
pasti tidak akan bahagia
kerana penat mencari
kekurangan orang sampai lupa diri sendiri

Hati yang penuh syak wasangka
pasti tidak akan bahagia
kerana penat menduga
betulkah syak kita
atau salahkah wasangka kita

Hati yang penuh dendam kesumat
itu umpama api yang membakar diri
hingga sakit sendiri
kerana dendam itu dari syaitan yang berapi
lalu membakar diri

Untuk bahagia...
hati perlu bersih
dengan zikruLlah
disitu engkau temui ketenangan dan kebahagiaan seluruh kehidupan

Lapangkan hatimu dengan kemaafan
di situ engkau temui keindahan sebuah ikatan

Sirami hatimu dengan sifat redha dan qanaah
di situ engkau temui kepuasan nikmat anugerah Allah

Penuhkan hatimu dengan sangkaan baik
di situlah engkau akan rasai nikmat hidup bermasyarakat
marahmu bukan untuk dihapus
tapi untuk diurus


nukilan
cikjah@journalperjalananhidupku
jun 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...