I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 15 Jun 2011




Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”


Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.


“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI


Komen Cik Jah...
Berbuatlah apa sahaja, tapi fikirlah dulu berlandaskan agama....
Agama bukan bahan untuk dijadikan gurauan...
Dan jangan sekali2 kalau nak bergurau kita gunakan isu berkaitan agama
Walaupun benda2 yang remeh temah atau simple
sebab kesannya amat membahayakan...
Iman umpama senipis kulit bawang, mudah terkoyak
Kalau tersilap sikit, boleh menyebabkan hilang iman dan agama
Kalau nak bercakap juga isu berkaitan agama, sila bertanya kepada yang lebih tahu..

Kepada pelukis yang berkenaan...
berapa ramai orang dah hilang kepercayaan kepada agama,
berapa orang yang dah mempertikaikan hukum Allah,
berapa orang yang dah tergelincir imannya,
hanya semata2 lukisan anda....
semuanya anda akan tanggung dan jawab di hadapan Allah nanti...
bertaubatlah dan bersyahadahlah semula...
anda sedang mempertikaikan keEsaan Allah dalam bab syariat yang telah ditetapkan olehNYA....

Bila kita masuk Islam, 
maka kita kena menerima segalanya...suka atau tidak...
SEMUANYA...
Bila anda mengucapkan kalimah syahadah...
maka Islam perlu diterima
bukan hanya ibadah fardhu, tetapi semua sekali ketetapan Allah...
daripada sekecil2 perkara....contohnya cara masuk tandas,
sehinggalah perkara yang besar2....contohnya dalam hal ehwal negara
Sebab Islam itu sempurna dan syumul...
tiada benda yang tertinggal, semuanya ada, 
sebab....Allah yang mmencipta manusia dan DIA MAHA Tahu semua keperluan manusia...
seperti tukang meja, dia tahu apa yang diperlukan untuk memastikan meja itu boleh berfungsi dengan betul...
Islamlah keseluruhannya....jangan ambil separuh2...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...