Troubleshooter 2: Lelaki tidak boleh meminta maaf

1. Dipersalahkan
2. Ditegur kerana kesalahan atau kesilapan mereka...sebab 'budget bagus'
3. Disyaki melakukan kesilapan
4. Disedari kesilapan mereka
Kenapa lelaki tidak suka dan tidak boleh meminta maaf? Susah ke nak ucapkan.."saya minta maaf".
Sepanjang tempoh perkahwinan anda, berapa kali agaknya suami anda meminta maaf atas kesalahan yang betul2 mereka lakukan? Paling2 mereka senyap aje kalau mereka buat silap. Ataupun dibiarkan aje kita termangu2 memikirkannya...
Agaknya seksa betul nak meminta maaf nih. Mungkin bagi perempuan, 'no hal'lah kalau nak minta maaf. Sebab kita spesis yang boleh menerima kekurangan dan kesilapan yang mungkin kita lakukan. Tapi bagi lelaki, minta maaf tu menunjukkan mereka tidak sempurna dan telah melakukan kesilapan.

Cara Mengatasi :
1. Perbaiki cara kita berkomunikasi dengan suami. Pilih perkataan atau bahasa yang sesuai agar mereka tidak tersinggung, tapi matlamat kita tercapai..
2. Pastikan anda tingkatkan harga diri suami dan iktiraf sumbangannya sebelum anda menyampaikan rasa hati anda (hihihi...untuk mengutuklah tu...)
Kata2 yang biasa kita ucapkan ..
" Abang selalu sahaja membuatkan hati saya sakit"
Kata2 yang luarbiasa...
" Saya tahu, abang sayangkan saya dan sentiasa nak jaga hati saya, tapi..abang tahu tak, hati saya rasa terluka sangat setiap kali abang buat begitu.."
Rasa2nya mesti terbuka pintu hati suami untuk meminta maaf...good luck ya!
See all of u soon..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan