Tahun 2011 telah melakar sejarah bagi diriku....Hampir 80 buah judul novel aku habiskan sepanjang 2011. Gila? Kaki novel? Obses? Aku tak tahu istilah yang paling tepat untuk menceritakan situasi ini. Apa yang aku tahu, ianya merupakan sejarah bagi diriku.
Setiap bulan aku habiskan puluhan ringgit dan puluhan masa untuk membaca novel, especially bila aku offline dari solat. Entahlah apa agaknya yang telah merasuk diriku. Aku sendiripun tidak faham. Akhirnya apa yang aku rasa kini ialah perasaan cuak, muak, dan semua perkataan yang sewaktu dengannya. Novel2 yang dihasilkan terlalu stereotype. Cinta fantasia, wanita yang sentiasa mengalah (especially dalam mengejar cinta),balas dendam lepas tu jatuh cinta, kahwin tanpa cinta lepas tu jatuh cinta dan mesti ada orang yang ketiga.....ish...ish..kadang2 rasa macam tak berbaloi menghabiskan duit untuk membaca isu yang sama , macam seolah2 ulang tayang.
Hasil daripada pembacaan itu, ada beberapa isu yang aku rasa cukup tak puashati dengan perkembangan hasil penulisan novel hari ini. Aku rasa cukup tak selesa sehingga aku meluahkannya. Dan sekiranya hasil tulisan aku yang tak seberapa ini dibaca oleh penggiat atau penulis novel, maafkan aku....kerana aku ini tiada sebarang authority. Yelah, siapalah aku untuk mengkritik kerana aku bukanlah seorang pengulas novel, apatah lagi penulisnya. Cuma aku adalah pembaca tegar yang rasa macam ada sedikit perasaan tanggung jawab untuk menegur. Teguran membina ni, bukan teguran menghina ye...
Antara perkembangan yang kurang sesuai (pada pandangan akulah) yang terdapat pada beberapa buah novel yang aku baca ialah tentang isu wanita dijadikan sebagai simbol pemuasan nafsu seks. Walaupun untuk seorang suami. Aku jadi malu dan rendah diri. Betapa aku sebagai perempuan telah direndahkan sehingga ke tahap itu sekali. Apakah aku perempuan hanya berfungsi sebagai 'itu' sahaja? Bagi aku perkara ini tidak sewajarnya berlaku.Ini hasil pembacaan seorang aku, yang agak dah berumur dan boleh menilai. Apa pula yang berlaku jika dibaca oleh seorang engkau yang masih mentah dan tidak mampu menilai? Bayangkanlah apa yang boleh mereka bayangkan.
Isu yang kedua ialah tentang penggunaan bahasa, terutamanya dalam dialog, yang menurut pendapatku terlalu kasar dan tidak sesuai dalam usaha kita membentuk budaya kesopanan dan kesusilaan dalam masyarakat Malaysia umumnya. Apatah lagi masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesopanan dan keindahan bahasanya. Ini sangat ironi, kerana pembaca novel2 ini kebanyakannya adalah dari kalangan orang Melayu. Jadi apa yang ingin kita terapkan kepada anak bangsa kita?
Saya tidak mahu bersikap berat sebelah...banyak juga novel2 yang aku cukup suka membacanya. Membacanya dari kulit ke kulit. Ada yang aku ulang membacanya, kerana seronok. Bila dapat baca yang bagus2, itu yang menjadi pendorong untuk aku membeli lagi dan lagi.....sehinggalah bila aku melihat senarainya aku jadi terkejut....almost 80 judul novel sama ada dari penulis yang sama atau yang berlainan. Contohnya Hlovate, Norhayati Berahim, dan Ramli Awang Murshid ( nama yang agak familiar dalam koleksi aku) Dan ada beberapa novelis lain seperti Siti Rosmizah, Adah Hamidah, Aina Emir, Aisya Sofea, dan yang terbaru Melur Jelita....hanya sekadar menyebut beberapa nama sahaja....
Aku cukup kagum dengan cara garapan novelis Ramli Awang Murshid. Sebut aje, judul apa, semua ada dalam koleksiku. Bermula daripada Tumbiro hinggalah Cinta Sang Ratu, semua ada. Memang tema yang dibawa lain dari yang lain, dan ada yang agak tidak realistik (contohnya Cinta Karmila atau Cinta Sufi atau kebanyakan novelnya ) tapi aku tak kisah...sebab garapan beliau tidak menjadikan diri aku tertipu. Beliau berjaya membawa aku menghayati dan macam berada dalam novelnya secara realiti. Apa khabar agaknya Ramli Awang Murshid, novel terakhirnya Cinta Sang Ratu (kalau aku tak silaplah) sehingga kini tiada khabar beritanya. Sama juga dengan Hlovate, sudah disimpan ke tintanya? senyap aje.
Oklah...aku noktahkan dulu disini untuk entry kali ini...
sorilah cik pah, aku membawa intonasi berbeza hari ini,
intonasi kematangan dan keseriusan....
hihihihi...
tapi tak bolehlah, cik pah....mesti nak kena ada juga humournya tu...
macam tertekan aje bila menulis...
well u know me kan cik pah...
laugh is a good medicine....
so, untuk akhirnya aku melampiaskan jugak kehendak hatiku untuk berhumour.....
hahahahahaaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan