Oklah...sambil layan kemalasan ini, aku mencuba beberapa resepi yang aku 'godek' dari internet...Beberapa minggu lepas aku ada juga mengikuti kelas memasak..Swiss Roll... Tapi tak berapa syok la..Cikgunya ajar cara nak buat swiss roll pakai tepung segera...aku barang segera nih tak berapa minat...risau gak apa kebende yang dimasukkan dalam tepung tu. At last aku godek2 internet dan jumpa resepi yang paling simple tapi sedap...resepi dari hanamemories.blogspot.com
Terima kasih dan sori ye Hana ada yang saya ubah, ikut apa yang ada kat dapur saya...hihihihihi...

Bahan kek :
3 biji telur
50 gm gula
60 gm tepung diayak
1 sk esen vanilla
pewarna/perasa -strawbery emulco
Filling:-frosting krim chis
150 gm cream cheese
150 gm whipping cream(aku guna fresh cream...sebab itu yang ada )
30 gm gula
1 sk lemon jus (aku guna limau kasturi aje...)
Bahan lain :
1/2 cawan fruit coktail tanpa airnya- sebab aku nak buat swiss roll coktail
Loyang : saiz 27cm
Cara2 ;
1. Panaskan oven suhu 180.
2. Pukul telur dan esen vanilla hingga berbuih, kemudian masukkan gula. Terus pukul hingga telur betul2 kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung sikit2. Hanya kaup balikkan aje..hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian plain dan satu bahagian lagi letak strawbery emulco.
5. Alas loyang ngan baking sheet dan dilengser dengan sedikit marjerin. masukkan adunan ke dalam piping bag. Secara selang seli picitkan ke dalam acuan. Bakar selama 10-15 minit.
6. Filing - mula2 pukul krim chis hingga gebu dan agak putih kemudian masukkan semua bahan lain kecuali jus kasturi (itu last sekali). Dah siap, boleh sapukan filing dan taburkan fruit coktail dan gulung dengan kemas. Sejukkan dulu agak 3-4 jam barulah dipotong.
p/s
Aku try kali ke3 baru jadi elok....beberapa pengalaman tidak menjadi:
1. Pastikan peralatan mixer dibersihkan dan kering kalau tak telur tak berapa kembang.
2. Pastikan telur betul2 kembang, kalau tak... dalam kedua2 situasi tadi akan menyebabkan kek anda bantat dan tak gebu.
3. Pastikan saiz loyang ikut yang ditetapkan oleh sumber resepi ini iaitu Hana, supaya anda boleh gulung dengan selamat. aku guna loyang ikut ada aje, lastly, kek aku pecah2, tak cantik tapi sedap..
oklah...kek ni berbaloi untuk dicuba ye...
"EZY TO TRY N NICE TO EAT" ...
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan