 |
al-Qur'an sumber kekuatan umat Islam |
Masih segar dalam ingatan, masa aku kecil2 dulu ketika belajar mengaji al-Qur'an.Guru al-Qur'an aku yang pertama, dia seorang lelaki yang agak berumur, agak2 aku dalam 80an kot umurnya, tinggal sendirian sebab isterinya dah meninggal dunia. Rumahnya bersebelahan aje dengan surau dan anak2nya adalah juga yang tinggal sekitar kampung aku.
 |
kkore |
Masih aku ingat, masa tu aku masih di bangku sekolah rendah, maybe dalam darjah 3 atau 4 gitu. Aku bersekolah sesi petang, so, aku pi belajar ngaji al-Qur'an pada waktu pagilah. Selalunya sebelum mula ngaji, aku akan tolong tok guru. Kadang kala aku masak nasi ajelah, lain tak pandai. Yelah..tok guru kan dah tua dan tak ade isteri. Yang seronoknya bila masak tu gunakan "dapur kayu" - memasak pakai dapur yang menggunakan kayu sebagai bahan bakarnya. Nak bagi api tu kuat nyalaanya, aku gunakan buluh yang dah dipotong pendek. Aku tiup aje, makin kuat aku tiup, makin kuatlah apinya. Aku seronok sangat2. Tak sedar rupa2nya muka aku dah tak nampak macam muka manusia dah, penuh dengan contengan hitam dan rambut aku dah memutih penuh dengan abu....tok guru hanya senyum, kawan2 pula dah ketawa gamat.
 |
mata kkore |
Yang seronok juga pengalaman mengukur kelapa. Kukur kelapa dengan menggunakan alat yang dipanggil "kkore". klik Sorilah aku tak tahu istilah yang tepat. Tapi ialah macam bentuk rehal besar, ianya mempunyai satu tempat duduk aje. Bahagian depan yang agak memanjang sikit diletakkan alat yang berbentuk bulat dan bergerigi macam gergaji. Hah...kita gerakkan aje kelapa yang dah dibelah dua kat benda bergerigi tu. Buat sampai habislah.
Tugas lain pula, kena penuhkan kolah surau dengan air. Kami selalunya bergilir2lah "mengarai" daripada perigi yang berdekatan.- rasa2nya akau pernah sebut maksud karai sebelum ni. Bila dah sudah kerja semuanya, barulah kami boleh mula belajar mengaji. Itulah rutin harian aku sepanjang 3 tahun, kalau aku tak silaplah. Sebab bila dah naik form 1 aku start belajar mengaji lagi dengan tok guru lain sampailah aku khatam...2 kali.
 |
Mengajar al-Qur'an satu bentuk sedekah jariah |
Walaupun apa yang tok guru aku lakukan nampak macam satu perbuatan yang tak patut bagi seorang dewasa, tapi di situlah sebenarnya terletak keberkatan. Dan ianya merupakan pengalaman yang tak mungkin aku perolehnya dimana2, begitu juga mungkin kanak2 atau remaja hari ini tak akan merasainya. Kalaulah situasi yang sama berlaku hari ini, geger satu Malaysia. Ibu bapa mungkin akan menyaman tok guru tersebut, atau pihak NGO akan mengambil tindakan terhadap tok guru aku. Pasti semua pihak akan memberikan komentar dan mengutuklah tok guru aku.
Tapi sebenarnya mereka tidak tahu, aku cukup2 seronok dan zaman kanak2ku berlalu dengan penuh kegembiraan. Dan hari ini aku cukup bangga untuk bercerita tentang kisah ini kepada anakku atau pelajar2ku. Aku cukup kagum dengan diriku sendiri, kerana merasai pengalaman indah ini. Aku sempat belajar dengan seramai 3 orang tok guru dan semuanya sudah dipanggil untuk bertemu dengan Tuhan mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama2 dengan orang-orang yang soleh.
gambar kkore, link :
http://bluesriders.blogspot.com/2010/04/kukur-kelapa-blues.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan