Cuba anda bayangkan....aku setiap hari berulang alik dari rumah ke tempat kerja...purata 20 hari setiap bulan dengan memandu kereta. Jaraknya sejauh....emmmmm.. (memikir sekejap....) maaf! hehehehe...tak pastilah pulak. Tapi selalunya aku ambil masa dalam almost 2 jamlah jugak pergi baliknya. Kalau top up petrol RM50 tu (Ron 95), bolehlah untuk 2 hari perjalanan. Aku memang spend lebih kurang RM450.00 untuk petrol sahaja setiap bulan.
Ish..ish...ish..cik jah, kayanya engkau!. Huh! cakap tu elok2 sikit cik pah oiiiii...itu bukan kaya tu...itu kayap namanya!.
Itu Ron 95 yang berharga RM1.90. Aku ada dengar jugak cik pah oii, akhir bulan ada meeting. Buka sebarang meeting, bukan meeting ahli tingkap, tapi meeting untuk bincang hal2 yang berkaitan harga petrollah. Yelah meeting puak2 ahli kabinet negaralah. Tapi ada menteri yang memberikan penegasan, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan harga petrol....huhuhuhu....ucapan ini cukup trauma bagi aku. kenapa pulak cik jah? Bukan apa cik pah oii, kalau ikut pengalaman aku dalam dua tiga bulan nih, selalunya ucapan ini akan disertai dengan peristiwa.....(huhuhuhu...suspen sikit nih) agak2 malam karang (dalam pukul 12.00 tengah malam nanti) berlakulah.......KENAIKAN HARGA PETROLLLLLLLL!. Sekarang nih dah tak ada ucapan...HARGA PETROL AKAN DINAIKKAN MULAI MALAM INI..... semedang aje(meaning : terus/selalu) naiknya, tak ada warning2 lagi.
Yang aku faham, bila harga petrol naik, maka tidak semena2 harga barangan lain akan juga turut naik. Atas alasan, harga petrol naik, kesan daripada peningkatan kos pengangkutan. Kalau sebelum ni karipap bolehlah dibeli dengan harga 5 biji seringgit, tapi sekarang nih, harganya 3 buji seringgit... Bulan lepas aku pi berbelanja barang dapur, RM230.00. Terkejut gorilla aku, bila menengokkan barangan yang dibeli.Sikitnya barang. Duit yang dikeluarkan sama sahaja nilainya dengan beberapa bulan lepas. Tapi kuantiti barangnya dah susut.
Yang lagi aku tak faham dan sangat menghairankan aku : kitakan antara negara pengeluar minyak...macam mana kita boleh dipengaruhi oleh harga minyak pasaran dunia ya? Ish..ish... tak faham betul aku. Adakah kita kena bawak minyak kita ke pasaran global, lepas tu baru boleh jual dalam negara? Atau kita jual minyak kita dan kita beli minyak dunia? Atau ...aku dah tak tahu nak cakap apa.... Aku ni bukannya ahli ekonomi, atau ahli astronomi pun bukan, sekarang yang aku tahu... eko-no-money.... rasanya bukan aku sahaja, tetapi purata rakyat malaysia yang tercinta mengalami situasi yang sama, dan merungut perkara yang sama....
Aku nak kongsilah sikit cara-cara untuk menjimatkan petrol(huhuhuu...kita sebagai rakyat itu ajelah yang kita boleh buat), aku pun dah lupa kat mana aku amik sumber nih...sori ye :
- Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
- Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
- Kurangkan Berat / Bebanan Kereta
- Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

- Tayar Diisi dengan Tekanan Angin Yang Betul
- Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

- Lakukan Penyelenggaraan Dan Servis Berkala
- Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
- Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
- Kurangkan Kelajuan
- Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

- Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
- Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

- Bijak Dalam penggunaan Gear
- Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod ‘ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya.
- Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
- Membrek Pada Jarak Yang Selamat
- Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.
- Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.
- Rancang Perjalanan
- Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
- Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
- Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
- Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
- Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
- Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.

- Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
- Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
- Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai
- Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
- Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".
Barang Yang Perlu Dibawa
- Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.
"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan