Kringgggggg....panjang bebenor bunyi deringan handphoneku. Itu bunyian kalsik, khusus untuk message. huh, tunggulah sekejap...sms aje tu. Selepas beberapa minit, ku capai handphoneku...betullah...sms dari cikgu tadika- lebih tepat, tukang masak kat tadika anakku. hummm...bagus, ada ucapan hari guru dan hari ibu. bagus2, sangat prihatin...
Tapi...bila ku baca sms tu yang di penghujungnya tu yang tak berapa sedap dibaca tu...Hok alahlah...rupa2nya ada udang di sebalik mee, ada matlamat lain...rupa2nya dia nak mintak duit dengan aku, katanya untuk membeli barang keprluan anaknya yang dapat tawaran masuk ke universiti tempatan. ish2...tetiba aje aku jadi tension.
Tension....alahai cik jah oiiii...janganlah tension, nanti cepat kau dapat penyakit...
Huhuhu...macam mana aku tak tension, kali nih dah masuk 4-5 kali dia mintak duit dengan aku. nak kata ku kenal baik dengan dia, takpun jugak, "KENAL" sahaja, tapi tidak begitu mengenalinya. Cuma dia nih selalu bercerita, suami dia sakit, tak boleh buat kerja....jadi dia sorang aje yang bekerja untuk menanggung keluarganya.
Asal ceritanya, aku pernahlah bagi duit kat dia, tapi as a hutanglah...bukan bagi aje. Dan dia bayar ikut perjanjianlah. Then dia nak berhutang lagi, aku bagilah RM30.00, tapi aku cakap kat dia, takpelah aku beri as a sedekah. Then, dia mintak duit lagi...bukan hutang, tapi "MINTAK" terus. Katanya nak cukupkan duit untuk beli tiket bas untuk anaknya yang balik ke kampus. Akupun bagi ajelah. Kesian jugak. Then a few week ago, dia mintyak lagi duit, katanya tak ada duit untuk buat belanja. Hatiku dah membengkak...Ini dah lebih nih...Takkan aku ni dah jadi bank dia kot...
Aku mintak pandangan kawan2 aku...ish2 nih tak boleh jadi cikjah oiiii... salah seorang kawan aku, kak min, katanya, "...kak min yakin dia akan mintak lagi". Aah, bettullah kak min huhuhuhuhu....dia mintak lagi.
Dua hari lepas dia mintak lagi duit, nak beli barang keperluan katanya. Kawan aku kata...ish, ish, ish, kalau dah nak beli barang keperluan nih, mesti banyak punya...huhuhuhuhu....aku pulak tension nak melepaskan diri...Ini dah jadi tak ikhlaslah pulak, macam paksaan dah.
Huh! itulah cikjah, jangan bagi muka sangat. Ada sesetengah manusia ni, kalau kita buat baik, ambil kesempatan. Kalau kita tak layan, katanya kita nih sombong. So, apa kita nak buat.....Kalau aku senang aje, cikjah oiiii...buat bodoh...hehehehe..
Engkau cakap senang cik nah oiiii...Aku ni masih dalam dilema...apa patut aku buat, serba salah...tak diberikan, salah...kalaulah dia betul2 susah. Tapi kalau diberikan, takut dia ambil kesempatan atas kebaikan aku (huhuhuhu...perasanlah kau cikjah)
Tolong!...tolong!...tolong! aku dalam kelemasan fikiran..... fikirlah sendiri cikjah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan