Ohhh...inilah agaknya perasaan orang bercinta...rasa macam dunia ini milik kami berdua. Kala mata bertentangan, seolah kami berbicara rasa cinta yang sama. Dari pandangan matanya, aku tahu, melimpah ruah kasihnya padaku. Dari pandangan matanya, aku tahu, dia memang juga merinduiku.Dari pandangan matanya, aku tahu, hanya aku dihatinya. Ohhhh...Aku sangat2 mengharapkan agar dapat aku lalui hidup ini bersama lelaki ini selamanya....dunia dan akhirat.
Suatu petang yang mendamaikan, aku sendirian, hanya ditemani anak daraku. Suamiku tiada bersama. Out station. Terpaksa bertugas di tapak perkhemahan, apa lagi kalau bukan menjaga budak2 sekolah. Hemmm...Cuti2 begini pun masih lagi bekerja, sudah beberapa hari aku ditinggalnya sendirian menanggung kerinduan.
"Sudikah awak bercinta dengan saya?"
Berada disisinya, itulah yang menjadi impianku setiap ketika.Berpisah dengannya membuatkan jiwaku merana.
Ish..ish..ish teruk betullah bila orang tua bercinta. Macam orang tua yang kena penyakit cacar(chicken pox), sangat teruk berbanding dengan budak2. Sakitnya lebih teruk dan parutnya lebih buruk.
Oiii...cik jah, engkau ni apasal hah? Nak bercinta konon, suami tu engkau nak letak mana? Tak ingat halal haram ke cik jah oiii...aku bukannya apa, bukan kata nak dengki kat hang, cuma nak ingatkan saja. Berdosa tau isteri yang bercinta dengan lelaki lain, itu curang namanya.
Hahahahaha...cik pah..cik pah..agaknya engkau ni belum begitu mengenali diriku yang sebenar. Apa yang aku cerita tu kisah aku dan suamilah...apalah engkau nih. Suamiku yang hantar mesej tu. Tak adanya aku nak berlaku curang kat suami aku.
Selepas 15 tahun melayari hidup berumah tangga banyak rencah yang telah kami kongsi bersama. Apa yang boleh aku simpulkan adalah :
i. Terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri sebelum menemui titik persamaan :
a. Fasa yang pertama : tahun 1- 5 perkahwinan, iaitu fasa untuk mengenali hati budi masing-masing. "Alah aku dah lama bercinta dengannya, dah kenal.." mungkin benar, tapikan cik pah, hidup bercinta dan hidup berumah tangga lainlah. Kalau masa bercinta, semua nak cover. Takpun, cinta telah membutakan mata mereka. Sekali hidup bersama, semua dah over. Hahahaha, berapa lama mau simpan sifat2 negatif tu...
b. Fasa yang kedua : 6 - 10 tahun perkahwinan adalah tahun2 untuk membina keluarga yang lebih stabil kedudukan kewangan dan keharmonian berumah tangga. Sebab masing2 sudah mula 'mengenali'. Masing2 agak sibuk membina kerjaya dan mengukuhkan kedudukan dalam organisasi tempat mereka berkerja. Di sini mungkin akan timbul problem pulak..yelah kalau masing2 dah sibuk, masa untuk pasangan jugak agak berkurangan. Dah jadi isu, suami kata isteri dah berubah, yang isteri pula tuduh suami ada perempuan lain.... kena sabar . Akan timbul juga macam2 perasaan tidak puas hati, geram dan sebagainya...jadi kena sabar jugak...
c. Fasa yang ketiga: 11 - 15 tahun perkahwinan adalah tahun2 kita mula menerima pasangan seadanya. Kalau masa kita kahwin dulu, umurnya 25, so sekarang dah jadi 40lah...jadi perasaan kita akan lebih stabil, kalau yang suka memberontak pun, kiranya dah jadi makin slowlah . Dan diusia perkahwinan inilah kita mula terbitnya titik pertemuan antara dua pasangan ini. Iaitu, kita menuju ke satu arah...kematian.
Kalau sebelum ni kita sering sibuk dengan hal2 dunia, maka di usia ini, alangkah bagusnya kalau kita mempunyai matlamat yang sama iaitu menuju keredhaan Allah. Saling ingat mengingati tentang alam yang satu lagi. Kalau kita menaiki kereta, seolah2 kita sedang memandang ke satu arah, iaitu ke arah hadapan (mardhatillah) barulah selamat sampai. Kalau tak fokus dan asyik pandang kiri kanan, atas bawah, agak2 engkau cik pah, kemana kita akan sampai?
d. Fasa yang keempat : tunggulah aku belum sampai lagi...huhuhuhuhu...
salam nak tanya..dapat dari sumber mane ye?
BalasPadamdari pembacaan dan pengalaman hidup...
BalasPadam