I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.....

Bulan Mei bulan untuk ibu-ibu di seluruh dunia.  Hebat ibu nih...ada hari khusus untuk mengingati mereka. Ibu sehebat kedudukanmu di sisi Allah, begitu jugaklah hebatnya jasamu terhadap makhluk yang bernama anak.
Allah telah menjelaskan dalam surah Luqman ayat 14 secara panjang lebar tentang perkara ini:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Nabi ada menyebut hadisnya yang bermaksud:
        " Redha Allah kepada seseorang anak itu bergantung kepada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah juga bergantung kepada ibu bapa...au kama qaal"

Formula yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w senang sahaja, anak melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada ibu bapa, maka Allah juga akan sayangkan kita.  Tetapi jika kita melakukan sebaliknya, perkara yang boleh melukakan hati ibu bapa maka Allah juga sedang murka kepada kita.  So, kita tahu bila Allah sayang atau murka kepada kita dengan melihat kepada ibu bapa kita.

Rasulullah s.a.w juga meletakkan kedudukan ibu itu, tiga kali ganda lebih tinggi daripada bapa. Perlu berbuat baik kepada ibu tiga kali ganda berbanding kepada ayah.  Dan juga berbuat baik kepada ibu itu lebih baik berbanding dengan pergi berjihad....(mafhum hadis sahih al-Bukhari dan an-Nasai)

Ibuku suka membebel
sebab selalu aku buat silap
cik dan mek yang kurindui...
masa tu..
aku cukup tak suka
aku rasa tak selesa
apalah ibu ni suka bising2
tapi itu yang kurindu hari ini.

Ibu suka marah2
macam semua benda yang aku buat
tak kena pada matanya
aku malas2...ibu marah
aku bangun lambat...ibu marah
aku menjawab...ibu marah
tapi itu yang kurindu hari ini

Ibu suka menasihati
aku kata, boringlah ibu
aku kata, tak sportinglah ibu
aku kata, tak coollah ibu
aku kata, aku masih muda
aku kata, aku tak perlu semua itu
tapi itu yang kudambakan hari ini

Ibu....
setelah menjadi ibu
baru ku tahu...
kenapa engkau suka membebel
kenapa engkau suka marah2
kenapa engkau suka memberi nasihat
kerana 
Engkau sayangkan aku....
Wuaaaaaaaa.......aku rindu ibu....


Mengimbau antara kenangan semasa remajaku....masihku ingat saat manis tika mana ibu menyisir rambutku, dan didandan.  Masih ku terasa lembutnya jemari ibu tika itu...indah sangat2.
Ibuku yang ku sayangi telah kembali ke rahmatullah pada tahun bulan Mei 1998.  Semoga Allah menempatkannya di sisiNYA bersama dengan orang-orang yang soleh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...