Tusibah Mabni sahabatku,
ku kenalinya sepanjang setahun ...1996
tika kami sama2 berada di MPI
untuk menyelesaikan diploma pendidikan.
seorang sahabat yang sangat baik
seorang sahabat yang sangat prihatin
tutur katanya sangat lembut
beralun-alun
sepatah-sepatah keluar dari mulutnya
setiap tuturnya dijaga
setiap kalimah penuh berhemah
tak pernah ku lihat dia marah
tak pernah ku dengar dia meninggikan suara
bibirnya hanya tahu mengukir senyum
di matanya terpancar keikhlasan dalam bersahabat
tiada buruk sangka pada orang lain
dia hanya tahu tersenyum sahaja...
aku cukup suka dan admire Tusibah...
seusai diploma
masing-masing membawa haluan
merata-rata aku mencarimu
sehingga semalam aku temuimu
itupun hanyalah berita kematianmu...
aku pasti akan sentiasa merinduimu
sahabatku..
dari kejauhan ini
semoga kita bertemu di sana..
berbahagialah sahabat
kerana sudah sampai masa untukmu
bertemu kekasih yang dirindui
bertuahnya dirimu
kerana telah tiba masa untukmu
menghadap Ilahi
yang sentiasa kau kasihi
Beruntungnya dirimu sahabatku
mendahului diriku
untuk bertemu kekasih
untuk bertemu yang kau rindui
Al-Fatihah untuk sahabatku, Tusibah bt Mabni.
luahan hati limpahan sukma sahabatmu...
cikjah@journalperjalananhidupku
8 September 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan