Bulan julai 2011, genaplah 15 tahun aku menaburkan bakti dan khidmatku sebagai guru. dari Sabah hingga ke Perlis (hihihi...lagu semboyan, tapi aku belum sampai lagi untuk berkhidmat di Perlis) aku membawa diri bersama tugasku sebagai. Bermacam karenah dan ragam kawan2 dan anak2 didik yang aku temui. Bukan bermaksud aku ni seorang guru yang hebat dengan pengalaman, tapi itulah faktanya...hihihihi..cikjah2...tak habis2.
Betul cik kiah oiii...dah banyak sekolah, dah berbagai ragam kawan sejawat, dan dah beribu perangai dan feel pelajar aku temui. Lalu tahun2 milinium ini rupa2nya tahun yang mencabar sangat2. Berbagai konflik pelajar yang aku temui, antaranya.....
1. Konflik Cinta
Konflik cinta membawa pelbagai masalah dan gejala sosial yang teruk. Kalau 5 tahun lepas pelajar2 bertanya aku, apa hukum bercinta bagi pelajar sekolah, aku akan menjawab..."boleh, tapi kena jaga batas pergaulan dan dalam had2 yang dibenarkan syarak sahaja".
Tapi kalau ditanya hari ini, aku berani menjawab " kalau anda bercinta, sebelah kaki dah dok ada dalam neraka". Sebabya? Pelajar hari ini cukup berani, kalau bercinta dah berani pegang sana, pegang sini.'Kissing2' tu dah tak heran...ya Allah..takut betul aku. Itu yang kes buang bayi, mencanak2 bilangannya. Kalau ikut perangkaan tahun lepas, setiap seminit lahir 3 anak luar nikah...nauzubillah.
Lagi satu kalau dah bercinta, prestasi akademik turut merudum. Pelajar yang bagus pun boleh kecundang, kerana cinta.
2. Konflik Malas dan Lembab
Malas belajar tahap gaban. Otak lembab tahap gorilla. Itulah rumusannya. kalau kat kelas, dari pagi sampai rehat, dari rehat sampai balik...tidur aje kerjanya. Mengantuk macam dah kena sihir. Macam tak cukup hari nak tidur.Dah bila masa hang nak belajar dan diajar? Ish...ish..malas tahap gaban betul
Lembab? betul! Mereka nih sayang sangat nak guna otak. 7x7=? tekan calculator. nak calculate markah yang tak seberapa tu pun kena tekan calculator. Nak congak kiraan simple matematik? sori naik lorilah...ketak..ketak..tekan calculator. Itu yang lembab sangat otak tu.Agak2 aku, sifir tu tak ada dalam kepala mereka. Otak ni kalau tak diasak dengan hafaz ayat al-Qur'an ke, hafal sifir ke, menjawab soalan ke, boleh berkematu otak, berkarat....
3. Konflik Hodonisme
"life for enjoy". Tahu nak seronok aje. "Happening" selalu. Abaikan tanggungjawab terhadap Allah, ibu bapa dan diri sendiri. Dah nak buat macam mana, saluran hiburan itu lebih banyak daripada saluran yang bermakna untuk hidup dunia dan akhirat.
Contoh yang simple, kalau ada artis2 yang meninggal dunia, 2-3 hari masih memperkatakan tentang betapa kita kehilangan artis tersebut, 2-3 sebesar2 muka surat, siap dengan gambar2 masa muda sampai ke tua..hahaha..dunia.
Tapi kalau ahli ilmuan, atau ulamak...cukuplah hari itu aje, itupun beritanya cikenit aja...itulah nilai yang cuba kita terap dan hasilnya.....wallaaaaaaa....remaja hari ini.
Satu lagi, pelajar hari ni dah tak ada perasaan malu lagi, especially pelajar perempuan. nampak aje budak lelaki, tersengih2, bukan lagi macam kerang busuk, tapi dah jadi macam kerang kena langgar dek lori...hihihi..Ish...ish.. agak2 akulah, boleh jadi meleleh air liur agaknya kalau tengok pelajar lelaki. Lepas nih pelajar lelaki pulak kena pakai tutup muka, takut2 nanti boleh mendatangkan fitnah...apalah dunia.... akhir zaman agaknya.
Itulah sebahagian cerita anak2 didik hari ini. Lalu dengan berbagai konflik itulah
.....kami guru Malaysia berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putera puteri negara kita....
tapi tidak semua pelajar mempunyai sikap begitu, cuma segelintir sahaja. Tapi pelajar2 yang bagus itu hanyalah satu dalam seribu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan