I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Sabtu, 22 Januari 2011

mrs perfectionist...

Tiada sesiapa pun dalam dunia yang perfect, kecuali Allah sahaja yang Maha Sempurna. Statement yang telah diketahui dan diakui oleh semua manusia, aku pun...Aku sangat2 mengetahui bahawa akupun termasuk  dalam kategori orang tidak sempurna, dan of course, berbanding dengan orang lain, mungkin aku lagi banyak kelemahannya.

Cuma satu perkara yang tak mampu aku halang dalam diriku...sifat mementingkan kesempurnaan. Aku sangat teliti dan sangat perihatin tentang kesempurnaan dalam apa sahaja yang aku lakukan, pada kata2 ku, pada tingkah laku aku and everything has to be done perfectly. my friend called me "mrs perfectionist".  "Skima" itu panggilan suami aku. Teruk ke sikap ini?

Semua perkara! termasuk perkara sekecil2nya atau besar.  as a sample, sidai kain kat ampaian, biasa aje bagi orang lain. Tapi bagi aku mesti ada disiplinnya. Mula2 sekali pengasingan dibuat mengikut spesifikasi dan jenis pakaian , contohlah:  Mula2 sidai baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, kain batik, baju kecik2, dan baju anak. Tak boleh campur2. so, disidai mengikut disiplin inilah....huhuhu..mesti you all gelak bila membacanya.
Kalau bab nak melipat pakaian, huh..lagi hebat... Lipatan yang kemas dan tersusun, juga mengikut jenisnya...kalau you all tengok kat pasar raya, hah macam tulah caranya aku melipat, mengemas dan menyusun pakaian kami sekeluarga.

Itu, baru kerja2 kat rumah.  kalau kat tempat kerja....alahai...orang macam aku ni kadang kala, sukar jugak orang lain nak terima cara aku bekerja.  semua nak perfect.  Pelajar2 aku pun, masa mula2 agak susah jugak diorang nak menyesuaikan diri dengan aku.  Tapi lama2 ok jugak.. Satu perkara yang jelas, kerana sikap ini, aku tak berapa percaya kepada orang lain untuk melakukannya.  Aku sanggup menyusahkan diri, semata2 untuk menyiapkan kerja agar sempurna.  Jadi, bagi yang tak berapa suka buat kerja, atau tak serius dalam melaksanakan tugasan, bila bekerja dengan aku, mereka boleh lepas tangan.  meaning, mereka cuba take advantage atas sikap aku ini.  itulah kelemahannya.

Tak tension ke?  Bukan selalu. Ada ketika2nya timbul juga tekanan dan stress, especially bila tidak menepati ciri2 kesempurnaan yang aku tetapkan. Contohnya baru2 ni, aku menjadi sangat tertekan, sampaikan ibadah aku jadi terganggu.  Ini kerana berlaku sesuatu yang tidak menepati kesempurnaan mengikut piawai akulah..., berterusan aku memikirkan hal tersebut. huh...teruk betul aku ni... Hanya kerana aku bercakap menggunakan perkataan yang tidak wajar menurut penilaian aku, (tapi rasanya bagi orang lain biasa aje) aku jadi stress dan ianya menghantui benak fikiranku berhari2 lamanya...

Alahai cikjah...sedarlah diri kau tu sikit, mana ada manusia perfect...nanti kan tak pasal2 engkau dapat penyakit darah tinggi atau jantung...huuhuhuhu..mintak jauhlah...let by gone be by gone..tak payahlah fikir2 sangat, cuma berhati2lah di masa hadapan.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan....langit mana yang tak berbintang pada waktu malam, bumi mana tidak diterangi mentari di waktu siang... huh..pandai2lah engkau ubah suai pepatah melayu tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...