I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 17 Januari 2011

fulus punya pasal...


ini hanyalah sebahagian daripada graf hidupku. grafnya agak menaik sikit, sebab ianya merupakan kejutan dan membawa perubahan yang agak besar terhadap diriku terutamanya berkaitan dengan tanggapan aku terhadap orang lain.
Aku ni termasuk dalam kategori manusia yang banyak merantau...itupun kerana tugaslah..kalau bukan kerana tugas, aku lebih suka duduk kat kampung aku sendiri...Jadi inilah sebahagian daripada pengalaman yang aku kutip disepanjang perjalanan ini.
kerana duit manusia sanggup lakukan apa sahaja
Aku..memanglah dah namanya journal kehidupan aku..maka aku mestilah ceritakan tentang kisah dan pengalaman aku...

Pengalaman ini telah mengajar aku tentang tanggapan aku terhadap orang lain selama ini adalah salah.  aku mengenali diriku, dan aku tahu apa yang tak mungkin dan tak sanggup aku lakukan terhadap orang lain. tapi bila dah nama pun orang lain, maka kita tidak mungkin mengenalinya.  hatta suami kita, walaupun bertahun2 kita duduk sebumbung, tinggal sebilik, tidur sebantal, kita masih belum betul2 mengenalinya.  inikan pula kawan, yang hanya berkerja aje sebumbung.
Kesilapan besar aku adalah, aku sentiasa beranggapan positif terhadap orang lain.  aku anggap orang lain itu sama dengan aku.  aku anggap, bila aku tak sanggup melakukan sesuatu tindakan itu, maka orang lain pun sama, tidak akan melakukannya.
aku sama sekali tidak akan menipu duit orang lain  maka aku anggap orang lain pun takkan sama sekali melakukannya...itulah kesilapan aku.
ceritanya bermula...aku sebagai ketua panitia kepada beberapa orang anak buah. kami bersepakat untuk meng'order' buku kerja bagi anak2 murid kami.  untuk menyenangkan urusan, aku sebagai ketua mengordernya atas nama akulah...dah ketuakan... bila dah dapat, so aku agih2kan kepada anak-buahku.  ada yang 'tak laku2' buku jualannya, dan ada yang terlebih laku pulak...so aku beritahu kepada yang terlebih laku tu, mintak aje daripada kawan2 yang tak laku2 tu, dan informlah kat kawan tu berapa banyak yang hang ambil. ok, semua settle..

Once upon the time...datanglah sang collector kepada akulah....nak mintak duit, apa lagi...buku dah habis, fulusnya kena bayarlah. so yang lain tu bila aku collect the money, tak ada masalah.  yang menimbulkan  masalah, tu... yang terlebih laku...tak nak mengaku dan tak nak bayar...siap mintak bahan bukti pulak yang menyatakan dia tu ada berurusan pasal buku kerja ngan aku....sabar ajelah. ada jugak manusia macam ni..memang silap aku...aku percayakan dia.  wal hasilnya...akulah..akulah juga yang kena bayornya...
memang malangkan...inilah yang dikatakan "diberi susu tapi dibalas ngan tuba"

Aku?...seriklah sekejap.  lepas tu berlaku lagi, jiran kat belakang rumah nak berhutang ngan kami RM200.  My hubby said"No!".  aku, alah kesiannya kat dia...sebab bagi aku, kita takkan sanggup nak pi berhutang dengan orang, especially yang kita tak berapa kenal atau baru kenal, kecuali kalau dalam keadaan kita desperate sangat.  agaknya dia tu terdesak sangat kot, takpelah bang, kita bagi ajelah sikit kat dia...so, my hubby pun bagilah kat 'JIRAN KAMI' RM100 aje.yelah...kami sebenarnya baru aje pindah kat situ, belum kenal sangat pun..janjinya minggu depan nak bayar, aah...yelah..

Tunggu, punya tunggu, habok pun tadak...bila jumpa dengan my hubby pun, dia buat bodoh aje..macam tak ada hutang pun ngan kami...biarlah, agaknya bukan rezeki kami, rezeki Allah nak bagi kat dia melalui kami...

Pengajarannya : jangan terlalu percaya kat orang selain diri kita...even, sedara mara pun...sebab dengan sedara mara pun aku pernah kena tipu...pasal duitlah jugak.  Bukan aku nak korang semua, berburuk sangka, tapi berpadalah kalau nak percaya tu.  terutamanya pasal duit, jangan percaya lebih2 sangat...lagi2 lah dalam keadaan hari ini, fenomena hari ini, atau dewasa ini...hahaha..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...