I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

kawan2 baik..

tiba-tiba aku teringatkan kawan2 baik dan orang2 yang pernah berbuat baik kepadaku...
tahun 1990, merupakan tahun yang sangat getir bagi aku dan kami sekeluarga.  masa tu aku berada di tahun satu kat universiti.  aku masih ingat lagi, ketika itu semua rakyat malaysia sedang sibuk dengan kempen untuk pilihan raya umum.
agak2 aku dalam bulan oktober.... kebetulan aku balik kampung, saje lah..hujung minggu kan..sesampai sahaja di rumah, aku agak terkejut dengan suasana rumah kami yang agak tunggang terbalik, macam kapal pecah.  aku kehairanan.  lalu ibu dan kakak aku memberitahu keadaan mereka masa itu.
boleh dikatakan semua ahli keluarga kami kesampukan syaitan...disihirkan oleh manusia yang durjana, atas dasar apa aku pun tak tahu. sedih sangat aku. seketika aku terkenang mimpi yang aku alami selama sebulan, berulang2 mimpi yang sama.  aku tidak memahami apa yang tersirat disebalik mimpi itu.
nak tahu mimpiku? dalam mimpi tersebut, aku bersama dengan anak2 buahku berada dalam sampan, di tengah2 laut.  aku cuba berdayung, tiba2 dayungku hilang.  entah macam mana, akhirnya tinggal aku sorang2 kat atas sampan tersebut.  aku berusaha untuk ke tepian. berjaya, tapi tiba2 sahaja aku berada di hadapan rumah abang aku.  untuk masuk ke rumahnya, aku terpaksa melintasi 3 lubang api dengan melompat.  sebulan mimpi yang sama.  aku naik seram jugak.  bila aku telefon mak, bertanyakan khabar katanya semua ok...sehingga hari aku balik.  rupa2nya mereka tak nak aku risau.
itu mimpi aku..
pada malam selepas aku tiba kat rumah, rupa2nya syaitan tu mencari mangsa baru....aku juga tidak terkecuali menjadi mangsa laknatullah itu.  bermula malam itulah, aku sudah tidak menjadi diri aku yang sebenar.  aku sedar, tapi tak mampu mengawal diri aku. dalam tempoh tersebut, ramai jugalah orang alim dan bomoh2 yang  cuba membantu kami...of courselah dibayar, bukah free weh...akhirnya, mimpi aku menjadi reality, tinggallah aku sorang2 yang masih belum baik lagi...dan 3 lubang api itu bermaksud, rumah2 kami 3 buah semua dijilat api hanya dalam 15 minit sahaja, rumah mak ayah dan 2 orang kakak aku. yang tinggal hanyalah rumah abang aku yang jaraknya agak2 dalam 10 langkah sahaja.  betullah mimpi itu.
masa keadaan sakit inilah aku  mengenali orang2 yang baik yang membantu kami dengan ikhlas.  antaranya, Allahyarham Shukor (semoga Allah merahmatinya), Zainuddin, kawan kat universiti : Fuad (dalam seminggu 2-3 kali dia bawa aku pi jumpa Ustaz as-Syifa' di UKM)Siti Eishah, Fauziah dan ramai lagi...
semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas kebaikan mereka dan semoga Allah memberiku peluang untuk membalasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...